FoLLoweRs

Monday, March 24, 2008

Hari ini..

Tengok cerekarama Sabtu lepas? Lupe tajuk apa...

Kisah lawyer yang menderhaka pada parents dia.

Aduhhh... nak nangis aku. Tringat ma dan abah.

Takutnya. Sebab kita kadangkala tak sedar kita pon ada menyakitkan hati parents kita secara tak langsung.

Rasa nak balik kampung je dan duduk dekat ngan parents.. berbakti pada mereka sementara mereka masih ada.

Ya Allah.. jauhkanlah aku dari menderhaka ataupon menyakiti hati ibu bapa aku. Tak sanggup rasanya menanggung azab siksa.. kat dunia lagi dah kena. Apalagi di alam barzakh dan jugak di akhirat nanti. Dah la amalan lain tak seberapa.


Hmm.. tu lah, Tuhan kalau nak uji kite bukan hanya dengan kesusahan sahaja tapi jugak dengan pangkat dan kemewahan.

Aku, dalam emosi untuk menyedapkan hati, kadangkala bersyukur dengan hidup yang sederhana dan bukannya dalam kekayaan yang berlimpah ruah.

Sebab, mana tau Tuhan nak uji aku dengan cara tu pulak. Buatnya aku jadi sombong dan bongkak ke.. kedekut ke. Manalah tau... kan.


Rindunya kat uyi.

Semalam waktu nak tidur teringat sangat2 kat dia. Apalagi... nangis lah!

Saturday, March 22, 2008

Burp..

Pagi tadi selepas menikmati sebungkus bihun goreng dan secawan milo panas, tersandar kekenyangan.


Fikiran kosong.

Tetiba terlintas momen2 bersama R. R yang lagi baik dan bagus dari M.

Teringat kenangan2 bersama M pulak.

Satu persatu macam slide show.

Senyum dan geleng kepala seorang diri.

Lagi dan lagi.

Kemudian giliran S pulak ambil alih mengisi episod ku-di halaman-rindu.

Lepas tu V, W, X, Y dan Z.






Huhhh... banyak nya berangan!!

Friday, March 21, 2008

Tak perlu tunggu gelaran hajah kan?

Pasar malam ari tu aku terserempak ngan Elin.

Kawan sebaya aku masa kanak2 ribena dulu.

Tahun lepas aku jumpa dia, rambut karat kerinting macam mariah karim. Cantik.

Tahun yang sudah dia dengan macam2 fesyen, baik rambut mahupun dressing.
Pendekkata, stylo jugak la. Dia memang pandai bergaya (tak macam aku!)

Tapi ari tu aku jumpa dia dah pakai tudung. Tudung kaler itam.

Cantik. Sebab, aku suka style bertudung macam dia gayakan tu. Sesuai pulak dengan baju. Tak de ketat2. Tak jugak jubah longgar. Just nice.

Tudung dia bukan macam Wardina ke, Ct ke, yang sepit2 atas kepala, selempang sana sini, pusing2 lilit2 atau segala fesyen terhangat bertudung skang ni yang selalu budak2 pakai atau dalam magazine tu. Tapi, simple je. Bukan jugak yang simple macam tiga segi tirus tuh.

Alah, susah pulak nak describe camner. Takpe, janji ada dalam kepala otak aku.

Kot nanti aku dah bertudung (insyaAllah), aku tepek gambo tu kat sini.




Huh. Kalau nak buat benda baik, susah nau nak menyetat! Naper ek.

Liza cakap sebab aku nak elakkan mat rempit.....

Myvi Liza dah kuwar Isnin ari tu. Kaler putih.

Sukanya dia.

Jelesnya aku. Aku jugak yang belum pakai kete.

Penghujung tahun lepas di saat ghairah mensubmit segala macam dokumen utk beli kereta, teraccident pulak kat Jalan Kuching.

Nasin baik orang tak apa2. Kereta yang jadi mangsa. Tapi Liza jadi ultraman sekejap. Benjol membujur besar kat tengah2 dahi.

Panik. Rasa macam tak percaya. Dah la kete pinjam... huwaaa...!!!!

Kereta belum dapat, duit dah keluar.

Terus terpadam nafsu nak pakai kereta.

Loan lulus. Ambank call tapi aku tolak. 'Betul tak nak ni..??' 2-3 kali orang bank tu tanya.

Tak berani aku nak bawak even kancil abah kat kampung.

Serik pon ye jugak. Fobia pon ada jugak. Tensen tul.

Tapi kawan2 cakap kena berani. Kalau asyik fikir takut je, sampai bila2 pon takkan boleh bawak.

Hmm, betul jugak tu.

Masalahnya, sekarang ni aku belum berani lagi. Belum boleh lagi.

Nantilah.

Kalau boleh, aku nak bawak kete yang kecikkkkkk je. Boleh nampak kat luar semua.

Macam kete go-kart tu. Hehe.

Nampaknya, kau masih diingatan..uh!

Bila rindu dan ingatan datang menjelma, rasa nak sms je dia.

Tapi... opsss!! Jangan.

Tunggu je la birthday dia July nanti. At least, sms sebab nak wish, bukan sebab teringat.

Dan, mesti dia rasa terharu.. walaupon dah takde apa2 tapi masih mengingati tarikh hari lahir dia. Hakhakhak.






Huhh. Itupon kalau dia ada perasaan.

Tuesday, March 18, 2008

Lupe... kampung aku pon ada air terjun!

Baru balik dari kampung.

Seronoknya.

Sehari sebelum balik kl berkelah kat air terjun yang berdekatan. Best giler. Tak sangka tempat tu ok. Ingatkan bersemak samun, kotor. Mana tau airnya jernih dan sejuk. Nyaman.

Ingatkan takde orang. Ingatkan kitorang je. Rupanya, sampai je ada 4-5 bijik kete. Diorang siap bbq lagi. Ni la.. tempat jauh dirindu2.. dipergi2. Tempat sendiri yang dekat, yang bajet, yang tak kurang cantik dan cool ditinggal2.. dilupa2. Haiiih.

Aku tak plan nak mandi. Pergi pun pakai kain batik je. Kain batik? Perghh.. terserlah gaya kemelayuan gadis kampung.

Yang sebenarnya malas nak salin pakaian lain!

Tempat ni nostalgic. Masa usia aku belasan tahun, tempat ni agak happening. Weekend ramai orang berkelah.

Tapi beberapa tahun lepas tu kawasan tu macam suram sket. Ye la, teletak di kawasan yang agak pedalaman. Walaupon cantik tapi tak banyak orang tau. Kawasan tak dibangunkan. Terbiar. Kedai pon ada sebijik. Seram jugak kalau datang setakat 2-3 orang je.

Tapi tu dulu. Aku pon dah dekat 10 tahun kot tak datang lata ni.

Itu hari aku tengok kawasan dia macam dah terang sket. Tempat parking pon ok la.

Dan paling selesa, bile ada orang lain yang sama2 berkelah. Maksudnya, tempat tu dah mula dikunjugi.

Hehh... ini tempat pandang2 jeling2 kenyit mata! Tempat usha mengusha. Haha. Tapi serius, aku tak pernah dating kat sini. Nak mampus... kebun getah nenek aku kat sebelah tu je!

Next time balik kampung aku akan pastikan piknik kat sini.

Monday, March 10, 2008

Pilihan beraya

Malam keputusan pilihanraya aku lepak rumah jer. Walaupon takde citer menarik dan walaupon aku tak mengundi, nak jugak tahu kisahnya.

Setiap kali lambang bulan penuh dapat undi, Uyi akan ‘yeayy yeayy..pah mene..
(pas menang).

Dan kalau 0, dia akan protes.

Aku : Uyi ni penyokong kuat Nik Aziz rupanya eh.

Uyi : Ho laa..tidok dia blakon citer P.Ramlee tu..? Aziz?
(bukan ke dia yang berlakon citer p.ramlee tu? Aziz?)

Huk alaaa….. tertukar dengan Aziz Satar pulak dah..!


********


Sekitar keputusan pilihanraya ke 12. Ewaahhh..

Dah jangka PAS tetap tawan Kelantan. Hmmm apa jadi ehh dengan projek2 tuh.. jalan jugak ker.. atau terbengkalai? ;)

Kalau waktu sekolah dulu, aku mengharapkan BN menang supaya dapat bawak masuk kemajuan kat Kelantan,

Sekarang tak kisah lah. Politik bukan dunia aku. Jauh sekali nak fahaminya.

Kelantan dan PAS dah sebati. Macam budu dengan tempoyak dan cili yang dilenyek. Perghh..! Susah BN nak tembus sini. Warga Kelantan yang dapat RM200 kalau balik mengundi pon bukannya pangkah dancing. Sediakan la seratus bas pon, kasi beras, payung.. ntah! Memang tak boleh.

Yang BN pon satu (memang satu pon).. dulu lagi nak sangat amik Kelantan ni. Ala, kasi je la kat PAS apa salahnya, dak? Ehehe.

Nah, sekarang jangankan Kelantan.. Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor tak lupe jugak Wilayah Persekutuan pon dah melepas.

Apapon aku suka sebab Datuk Pa menang kat Jeli. Tahniah untuk dia. He deserve it. Bagi aku dia baik dan pemimpin yang disenangi oleh rakyat. Tak tau la apa pandangan orang lain terutama dalam bab2 politik ni. Macam aku kata, aku tak faham.

Jiran sebelah kiri rumah aku kat kampung orang kuat UMNO. Sebelah kanan pulak PAS. Markas lagi. Nik Aziz pon pernah bagi ceramah kat situ. Kami yang kat tengah2 ni tak kuasa nak campur secara serius.

Aku cuma nak hidup selesa. Harap2 jangan ada benda yang naik lagi. Menyampah. Yang gaji ni tak reti2 pulak nak naik?


Eh.. jadi warga Tok Guru Nik Aziz pon ok apa...

Wednesday, March 05, 2008

Luahan rasa petang yang sentimental dan cool


Ada sesetengah kawan tanya kenapa aku tak kawin lagi. Ada yang mendesak suruh aku kawin lagi. For the sake of uyi katanya.

Selalunya aku akan balas balik dengan jawapan seperti ‘takde orang nak kat aku’ atau ‘ko tolong la cari kat aku sorang’ atau ‘malas lah’ atau ‘tak terfikir langsung nak kawin lagi’ atau jawapan2 yang sewaktu dengannya.

Duduk termenung sendirian. ‘Perlu ke aku kawin lagi?’

Ehhh.. sejenak terasa nak jugak! Bosan kadang2 takde partner ni. Bosan takde teman sejiwa. Bosan tidur sorang2. Dah lama tak dapat kata2 romantis berbaur cinta. Nafkah zahir dan batin yang dah lama tak dipenuhi. Huhu.

Tapi semestinya perkahwinan kali ni aku kena lebih berhati2. Tipu la kalau cakap aku tak serik.. aku tak takut.. aku tak risau. Perasaan inilah yang kadang2 buat aku malas dan tawar hati nak cari pasangan. Kot tersalah pilih? Taknak bodoh untuk kali kedua.

‘Perlu ke aku kawin lagi?’

Perlu ke? Life sekarang pon dah ok. Jadi single pon best jugak. Ikut pengalaman yang lalu, alam perkahwinan ni banyak menyakitkan. Ada hati nak kena jaga. Keputusan tak boleh dibuat sendiri. Bertengkar dah jadi asam garam. Risau dengan segala macam masalah dan sakit kepala dengan karenah dia yang tak responsible. Kecewa dengan harapan palsu yang berkecai. Arhh.. terlalu banyak memendam perasaan sakit hati.. sakit itu ini.

‘Perlu ke aku kawin lagi?’

Perlu. Sebab uyi nakkan seorang ayah. Itu alasan orang sekeliling aku. Bukan aku. Langsung tak terlintas difikiran aku uyi nakkan seorang ayah. Tak perlu. Uyi dah dapat cukup kasih sayang dari atuk, nenek, aku, mak2 dan pak2 sedara dia. Lebih cukup dari kasih sayang ayah dia. Jadi aku rasa alasan tu tak boleh pakai. Hanya alasan semata-mata.

Aku rasa macam jahat. Aku menidakkan keperluan uyi ker? Kasih sayang semua tu tak boleh ganti kasih sayang seorang ayah ker?

Memang kadang2 aku kesian kat uyi. Tapi aku rasa aku dan dia lebih happy dengan kehidupan sekarang. Just uyi dan ibu.

Lagipon, uyi dah tak tanyer pasal babah dia. Apasal babah tak duduk sama? So, aku pon tak rasa bersalah sangat skang ni. Mungkin dah ditakdirkan uyi membesar dengan cara begini. Tak salah pon. Takde cacat cela pon.

Jadi, perlu ke aku kawin lagi? Kalau perlu, ianya untuk keperluan aku sendiri. Tapi macamane, aku sendiri tak percaya dan takut pada ikatan itu. Takut.

Aku cuma risau waktu tua aku jer. Uyi dah besar dan berkeluarga, takde insan tersayang di sisi. Sunyi. Adik2 semua dah kawin. Habiskan sisa2 tua tunggu mati datang menjemput tanpa teman.

Ihhhhh…seram ahh!


********

Aku tak balik mengundi. Eh rasa macam rakyat tak bertanggungjawab pulak!

Monday, March 03, 2008

aku menulis ketika ini perut aku lapar tapi takde selera nak makan.

Hari jadi uyi yang ke6 aku belikan dia basikal. Sebab itu adalah basikal pertama dia, so aku belikan basikal dengan 2 lagi 'tayar tumpang'.

Punyalah suka, pagi2 celik mata je basikal. Balik tadika basikal. Lepas ngaji basikal. Petang2 basikal. 24 jam basikal.

Lama2 dia dah terer naik basikal. Sampaikan 2 tayar kecik tu dah terjungkit naik ke atas dan longgar. Mengganggu masa dia nak mengayuh dengan laju.

'Atukkkk... atuk buwe taya hok kecik tu.. taya tu londeh dohh...'
(Atukkk... atuk buang tayar yang kecik tu.. tayar tu londeh dah...)

Londeh..? Main belasah je guna perkataan tu.

Skang basikal tu dah kecik (sebab uyi dah besar). Tak sampai setahun basikal tu dah jahanam!


********


Masa arwah atuk aku meninggal, kurang seminggu baru aku balik.

Ma cakap uyi nangis kuat jugak. Kematian pertama yang dia saksikan. Tak taulah apa yang dia paham bagi budak seusia itu. Yang dia tau, mati. Che' dah tak bergerak. Ma nangis, mok cu nangis, sumer orang sedih... dia pon sedih. Ma cakap dia cium arwah che' lama2.

Aku : uyi jangan la sedih2 ye...

Uyi : hmmm....

Aku : ibu pon sedih jugak.. tapi nak buat camaner kan... Tuhan lagi sayang che'

Uyi : erm, takpe la ibu.. dah rezeki dia nak mati dihhh....

Aku : errrkkk... uyi... kalau mati kita tak cakap rezeki, kita cakap ajal dia dah sampai bukan rezeki. Rezeki ni macam... kalau kita dapat duit ker... dapat hadiah ker... tau...

Uyi : ermm....

********

Masa uyi kecik2 dulu ma selalu jugak bawak dia pergi kenduri. Kenduri kawin ke, kenduri kesyukuran ke, kenduri arwah ke, semua pergi asal ada nama kenduri. Tak pergi tak elok pulak ma cakap. Dah orang jemput. Biasanya kat kampung aku tu orang pompuan datang nak tolong2 masak lah.

Kenduri... sinonim la dengan makan2.

uyi : Tak dok oghe mati ko... nok make gula nikh..' (siler baca dgn bahasa baku,tq.)
(takde orang mati ke nak makan gulai nikh..')


Opss... dia baru 3 tahun masa tuh! Tak boleh nak cakap apa... Tapi yang pasti masa tu dia tengah lapar kot!

Istilah orang kelantan, makan gulai maksudnya lebih kurang makan kat kenduri lah.

********

Dik jarr nak pakai braces. Tunang dia tak kasi. Suruh pakai lepas kawin. Lepas kawin nak pakai apa pon pakailah.

Dik jarr tak puas ati. 'Apasal nak tunggu lepas kawin lak?'

Dia nak pakai skarang jugak.

Tunang dia tak kasi jugak.

Alahaii dik jarr... kot ko pakai braces nanti malam pertama bercalar2 kang mulut laki ko. Wakakakakaaa.... berderai ketawa.

Err... ye ker? Ntah!