FoLLoweRs

Friday, October 31, 2014

Wayang kita.






Assalamualaikum.

Minggu lepas pergi tengok wayang. Dah lama jugak tak layan panggung ni. Last aku tengok citer apa ntah. Citer melayu kot. Ah.. sesekali teringin jugak nak tengok movie melayu, asik layan citer omputeh je. Apa tu, nak support lah kirenyer. Hehe.. Tapi macam biasalah.. citer melayu.. cam tu lah.

Ok. Hari tu kitorang tengok Dracula Untold lakonan mamat Luke Evans. Cerita dia ok lah, tak boring sangat. Aku bukannya kaki wayang, tau semua cerita yang bakal terjah kat panggung. Citer drakula tu pon tengok sebab takde cerita lain yang menarik.

Love ones aku cakap (cewahhh... deaf, aku pon da ada love ones jugak tawww..hikk) cerita tu actually ada unsur sejarah. Tapi biasalah kan, bila mat salleh buat cerita. Semua nak kredit kat dia je.

Tengok tajuk ingatkan cerita hantu kan, rupanya bukan. Ala, nak tau pasal sejarah apa sila gugel sendiri. Hehe. Aku pon cari pakcik gugel jugak.

Yang buat geram tu sebab ada salah satu babak dalam cerita tu terang2 menghina dan menampakkan Islam ni pengganas dan kejam. Scene masa Putera Vlad dengan Raja Turki sign perjanjian tu, ada pulak kalimah Allah tertera. Terkejut mak tengok!

Diorang penapis filem ni tapis apa ek. Boleh pulak lepas masuk tayang kat Malaysia ni. Kot tak nampak, takde lah rasa bengang sangat walaupon cerita tu macam poyo je.

Ini, aku yang rabun ni pon boleh nampak dengan jelas. A few seconds pulak tu. Teruk betul.

Rupanya cerita ni memang dah jadi isu pon kat Malaysia ni. Aku je yang tak tahu. Sedih pon ada. Marah pon ada. Sakit hati pon ada. Macam2 hal sekarang ni. Dunia dah akhir zaman barangkali.

Wallahu alam.






* err... tapi dia ni memang hensem kan? hikhikkkk... gediks.