FoLLoweRs

Monday, January 20, 2020

20-1-20




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (Bismillahirrahmanirrahim)


20-1-20.
Genaplah aku yang lahir pada tahun 1976 ni menyambut ulangtahun kelahiran aku yang kesekian kalinya.
Alhamdulillah. Syukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Dunia blogging ni banyak bagi kenangan. Suka duka, pahit lazat, tawar manis, masam masin, kelat berkulat. Macam2 lah. Banyak yang aku ceritakan kat sini. Hikhik.

Dari single kepada berdua kepada complicated kepada dalam dilema kepada hancur luluh kepada berdua dan kepada bahagia. InsyaAllah ameennn...

Makin lama makin takde cerita nak update. Jadi aku nak follow macam KRU lah, buat pembubaran. Hehe. Dah beberapa belas tahun dah, dah takde apa nak cerita, dah malas. Huh.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Gonna miss all the memories!





Friday, March 29, 2019

Bon Weekend!







Ha ah.. sebenarnya saya teringin nak cakap bahasa Perancis. Ada la belajar sikit dan tanya encik Gugel. Belajar la jugak sebut beberapa patah kata. Hehe.


Hehehe.

Owh yea.. sebenarnya saya rindu zaman2 saya berbloging dulu. Zaman2 sewaktu penguasaan kosa kata saya bertambah sebanyak 90%. Hehe. Err..


Happy weekend gais!





Wednesday, March 20, 2019

je m'appelle.....





.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.................

Tadi beriya nak taip sesuatu. Sikit. Nak taip sikit.

Bila buka blog, dah takreti pulak nak start macamner dan kat mana nak mula. Hehe.


Tapi ok la.. at least aku ingat lagi password. Hikkksss.





Friday, July 06, 2018

Salam Jumaat.




Sebab dah lama sangat tak menulis, apa kata kita kongsi tulisan orang lain berdasarkan kisah2 menarik dan bermanfaat untuk renungan kita semua. 

Ok, aku share dari SINI.


SECEBIS KISAH TELADAN ANAK YANG SOLEH.



Nabi Musa A.S adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap kali hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Nukit Tursina.
Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah SWT. Nabi Musa A.S sering bertanya dan Allah SWT akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi.nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa A.S telah bertanya kepada Allah SWT;
“Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku ?”
Allah SWT pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa A.S turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.
Setelah beberapa hari perjalanan, akhirnya sampai juga Nabi Musa A.S ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut.
Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa A.S

Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar.
Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa A.S terkejut melihatnya. Nabi Musa A.S berbisik di dalam hatinya penuh kehairanan;
“Apa hal ini ?”
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sehingga kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian, dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta dicium dengan penuh kasih saying. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa A.S. Nabi Musa A.S bertanya;
“Wahai saudara, apa agama kamu ?”
Pemuda itu menjawab
“Aku agama Tauhid”
Nabi Musa berkata tegas;
“Habis, mengapa kamu membela babi? kita tidak boleh berbuat begitu”
Pemuda itu berkata;
“Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah SWT telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah SWT itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah SWT. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Setiap hari aku akan berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku”

Beliau berkata lagi;
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah SWT agar mereka diampunkan. Aku bermohon suapaya Allah SWI menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah SWT masih belum memakbulkan lagi”
Maka ketika itu juga Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Musa A.S;
“Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti. Hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami”

Allah SWT juga berfirman lagi yang bermaksud;
“Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam Syurga”

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga.
Begitu hebat pemuda itu, walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekalipun perangai kedua ibu bapa kita, itu bukan urusan kita. Urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kita kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekalipun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita. Urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah SWT supaya kedua ibu bapa kita diampuni Allah SWT.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat. Inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa yang berada di alam kubur.
Bersama kita kongsikan kisah ini agar memberi manfat dan peringatan kita bersama.





Tuesday, August 29, 2017

Sudah takdirnya begitu.




Musim-musim bakal bercuti panjang ni ofis memang lengang. Tapi orang memang sibuk. Sibuk buat hal sendiri. Makan, sembang, keluar, ketawa, gossip, merayap etc etc.
Aku pulak buat2 sibuk. Bila dah rasa nak pecah kepala sambil dengar lagu2 klasik kat ofis ni, aku menjelajah menyelusuri lorong2 sempit satu ketika dulu.

Ok. Pakai jari je pon. Tak perlu start kete nak ke sana. Hehe.

Hoih. Rupanya boleh tahan jugak aku menulis dulu ek. Boleh tahan aku kat sini bukan maksudnya gaya penulisan aku hebat atau sangat baik. Boleh tahan tu maksudnya macam2 aku tulis ek. Ada yang kelakar, jiwang, sedih, lara. Eh.. macam2 lah!

Pendek kata, banyak jugak idea. Sekarang ? Jangan haraplah. Kaku.

Atau mungkin dulu aku menulis berkisar tentang hidup aku. Yang sangatlah lara, kadang2 keciwa, kejap2 bersedih, happy, perasan, dilamun etc etc. Hahhh.

Sebab, bila kite sendiri lalui benda2 macamtu, automatik laju je jari ni menaip. Menaip dari hati dan sepenuh perasaan la katakan... kan. Kan? Jadi, idea tu mencurah-curah. Laju je. Kadang berebut2 nak keluar. Aku dulu aku dulu! Haha..

Dan komen dari kawan2 blogger yang rajin melawat dan membaca cerita hikayat hati aku tu sangatlah sweet.. bilamana ada je reply2 dan feed back walaupon cerita aku tu kadang merapu dan ntahhapa dan lebih kepada lamunan terhenti. Tapi sangatlah comel. Kiut je. Manja je. Manis je. Alahaiii... penuh kasih sayang rasanya. Rindu sangat. Apa khabar gina?? Apa khabar eddie? Deaf angel toksah cakap lah, hari2 apdet! Hahaha. OK tak, deaf sangat berdedikasi.

Sekarang aku dah tak reti menulis. Tak pandai membebel. Tak tahu meluah. Bila tulis ada je yang tak kena.

Mungkin hati dah tak dilamun seperti dulu.

Haha.

Selamat hari raya aidil adha. Selamat hari merdeka. Selamat mendapat emas lagi dan lagi untuk SEA games ini.

Malam nanti bola lawan Thailand. Teringat dulu2 masa tengok kat Stadium Bukit Jalil Malaysia vs Indonesia. Piala AFC kot kalu tak silap. Seronok. Malam ni tengok sorang2.







Sunday, August 06, 2017

Benarkah sepi itu indah?




Sigh.

Mengeluh. Tak baik.

Bukan.. bukan nak mengeluh meratap nasib or sesal ke apa ke.

Bukan.

Bukan nak mengeluh pon sebenarnya. Tak bermaksud pon. Tak.

Tapi sebab takde buat apa kot... terkeluh pulak. Terhembus satu hela nafas yang agak panjang...



Ok. Bosan barangkali.








Monday, July 17, 2017

Ngee..




Takde apa yang menarik.

Cuma tarikh hari ini cantik.


170717






Thursday, June 22, 2017





Tak sabar nak balik kampung jumpa ma. Jumpa abah. Jumpa semua. Jumpa keluarga. Berkumpul macam dulu-dulu.

Semoga tahun depan.. insya Allah.

Tahun ni tak berapa meriah sangat kot sebab 5 daripada 9 anak2 ma abah tak balik beraya, diorang beraya di perantauan. Sob sobb... takpelah, janji aku balik kampung jumpa ma abah walaupon pada hari raya kedua.

Daa.





Salam Aidilfitri.





Assalamualaikum...

Hari ini 27 Ramadan 1438H. Hari Khamis.

Dan aku masih di sini. Di ofis. Di KL. Eh silap.. Putrajaya. Kerja. Yea... kerja.

Seronok sangat ke kerja? Huh?

Biasanya, hari2 macamni aku dah balik kampung. Kalau 3 tahun lepas, aku sedang excited giler memandu bersama ribuan malah jutaan pemandu menuju Kelantan. Samada melalui laluan Gua Musang atau membelah Banjaran Titwangsa, ikut Gerik.

Seronok dan teruja. Raya kan!

Tambah pulak dengan adik-adik, kadang2 konvoi 2-3 bijik kereta. Ye la, raya kan!

Tahun ni balik kampung jugak. Balik. Cuma balik raya kedua nanti. Sebab kite ikut turn. Tahun ni turn beraya di Kuala Kangsar dulu. So, petang esok aku balik naik Transnasional kat TBS turun di Ipoh, sebab bas ke KK dan habis. Last minit punya beli kan. Hehe.

Ini kat TBS esok ni mesti macam ulat taik. Hahkahkahkkkk. Manusia semua sibuk nak naik bas. Nak balik kampung. Takpe la, aku lone ranger. Takkan nak drive sorang2? Mau nangis. Baik aku naik bas. Tidur. Setel. Jalan dah tentu jem punya.

Oklah. Selamat menyambut hari raya yang dalam tempoh 3 hari je lagi.Tak lama dah kan. Sedih pulak rasa nak tinggalkan Ramadan. Dah tua2 ni semangat menyambut raya dah makin kurang. Dia lebih kepada semangat nak berjumpa dan berkumpul dengan keluarga. Lebih kepada menyambut kemenangan sebab selesai sempurnakan (sempurna kah?) puasa selama sebulan. Raya? Lepas solat aidilfitri tu, balik salam-salam, makan-makan, jalan-jalan lebih kurang.. tengahari ke petang tu kadang dah terbongkang. Tidur. Habis dah.

OK. Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.





Friday, May 26, 2017

Ramadan al-Mubarak.







Selamat menyambut bulan puasa bulan Ramadan.

Azam bulan puasa tahun ni... kalau cakap nak perbanyakkan baca al-quran, nak selalu solat berjemaah, teraweh taknak tinggal... etc etc macam nak menunjuk-nunjuk pulak kan. Hikss.. 

Tapi itulah hakikatnya bila kita dah lama hidup dan baki kehidupan kita tinggal tak berapa banyak lagi. Kita nak jadi lebih baik. Sedar tak sedar, secara semulajadi atau secara fitrah manusia sedikit demi sedikit kita rasa kita nak berubah dan memang berubah. Bila usia makin meningkat, slowly kita rasa banyak benda dalam dunia ni buat kita letih. Buat kita penat. Buat kita nampak banyak benda yang selama ni kita kejar, yang kita risau, yang kita takut sebenarnya takde apa pon sangat. Sebab kita bukannya menongkat langit. Kita ada di atas sana yang Maha Esa.

Dan aku sedar, kalau setiap perkara tu kita serahkan pada Allah, insya Allah hati kita akan jadi lebih tenang. Di samping kita pon usaha laa... tak aci lah kite serah bulat2 pada Allah tanpa usaha kan? Huhu.

Alhamdulillah.. esok 1 Ramadan. Insya Allah dapat teruskan ibadah puasa selama sebulan. Ameen... ameennn.

Selamat berpuasa seluruh umat Islam di seluruh dunia. Semoga hari ni lebih baik dari semalam. Semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas. Dan semoga puasa dan ibadah2 yang lain diterima Allah.

Takde apa yang lebih membahagiakan dan menenangkan selain dari kasih sayang Allah dan rahmat dariNya.