FoLLoweRs

Friday, September 21, 2007

Opss, hari ini aku pakai sepasang baju kurung raya.

Raya tahun ni baju kurung aku ader 4.

Sepasang aku dah tempah awal2, so dah siap dah minggu lepas. Aku dah amik dah.

Aku ingatkan nak simpan nak pakai time raya. 4 hari berturut2 pakai baju kurung. (ceh.. padahal sebelom ni raya ketiga aku dah tibai kain batik dah)

Tapi pagi tadi aku rasa tak tahan. Grrrr... keinginan membuak2. Di tambah dengan hari ke 5 dalam seminggu memang pintu almari akan dibuka luas2 kasi ternganga mencari baju kurung, atau paling tidak baju labuh2, atau senang citer baju sopan sket lah. Haa.

Alahhh...apa barang nak tunggu sampai raya baru pakai. Bukannya budak2 lagi nak simpan2 baju. Pakai je lah.

Yang best kalau aku pakai baju kurung ni, aku rasa cam cikgu2 plak. Hehe. Tak dapat jadi cikgu, amik feel pon jadik la.

Selain jadi cikgu, rasa cam kakitangan kerajaan pon ader. Sebab tadi sumer adik2 aku pon berbaju kurung. Jalan sama2. Hehe.

Arkk, baju raya dah kurang 1. Takpe, biarkan. Tak boleh buat apa2. Takyah tambah apa2, ganti apa2. Raya aku cuma nak makan, lepak ngan famili.

Lagipon.... aku pokai sampai pertengahan tahun depan. Belanjawan 2008 dah kuwar beb! Sadis.

awek berbikini

Hehe.. sajer aku letak title tuh.

Actually, sebelum kuwar gi bank tadi aku call uyi.

Soalan lazim di bulan ramadan, 'Uyi poser ari ni?''Takk.. uyi tak tahan laaa. Uyi poser sehari demam 3 hari..'

Ulpp..! Parah anak aku ni. Tak tahan langsung. Seingat aku, waktu aku darjah satu aku pose. Nak tunjuk eksen, memang aku rasa cukup aku poser sebulan. Hehe. Tapi tak berapa ingat la jugak, cuma yang pasti aku poser!

Dan masih terbayang jelas lagi betapa lembiknya badan aku ni cam agar2 bile dah masuk kol 4-5pm. Meniarap kat atas kusyen dengan kaki terjuntai ke lantai. Lentok beb wa cakap lu! Memang tak tahan giler. Letih. Lembik. Rasa nak pitam, nak pengsan nak mati pon ada! Time tu lah kan. Tapi aku tahan. Nak gak abiskan poser. Kire bersemangat waja gitu. Tapi anak aku ni... isk.. kater keturunan pahlawan Bugis.

Tengah rancak berciter, tetiba uyi cakap;

'eee.. uyi risau laa ibu.'

'Naper?'

'Uyi risau kot ader bertanding baju swimming cantik nanti... ibu.. nanti ibu bawak balik deh baju swimming uyi.'

'Haaa.. uyi nak wat aper..? Nak bertanding baju swimming apanyer, kot bertanding baju kurung cantik ke, baju gaun cantik ke ader la. Ni baju swimming plak... Isk maner ader orang buat. Ader lak uyi ni, tak malu ehh nak bawak baju swimming kat skolah...? Amboiiii... gelenya tehhh...bla bla bla....'

Terkekeh2 uyi gelak bila aku sakat camtu. Iskk budak ni, ader hati nak tunjuk swimming suit dia kat kawan2. Isk. Isk. Dah le ari tu bawak gambar dia kat skolah, pastu seronok dia bila kawan2 dia cakap 'pheewiitt'. Ceyyyyh... suka menunjuk betul anakku itu.

Bertanding swimming suit saper paling cantik..? Huh, terbayang cam Miss World plak. Hey budak2 zaman skang ni, macam2. Zaman aku dulu maner reti benda2 camni. Yang jadi swimming suit kalau mandi kat sungai, tak seluar pendek ngan t-shirt, kain batik pon jadilah! Haaa pastu terkial2 la sorang2 pasal nak kontrol kain tak kasi tercabut.

Opss.. lupe nak tanyer uyi bisnes angpow dia... :p

al-fatehah..

Actually aku nak tulis entry ni dari semalam lagi tapi kesibukan kat opis yang amat terpaksa aku delay.

Apapun, aku nak baca al-fatehah untuk mangsa korban perbuatan manusia yang tak layak dilahirkan sebagai manusia.
al-fatehah.......
.
.
.

Bila dengar berita kematian Nurin, aku terkedu. Apa lagi dengan cara kematian dia. Meremang rasanya bulu tengkuk aku. Seram. Sebak. Ya Allah, lindungi kami dari bencana ini.

Kalau dapat ditangkap penjahat tu, kasi kerat anu dia sebelom tumbuk lumat dengan lesung batu. Yark! Lempar bagi makan kat anjing. Seksa dia pelan2 sebelom dia mati. Setan punya manusia. Eh, kao tak layak digelar manusia.


Apapon, semoga keluarga arwah tabah dengan dugaan ini...amiin...

Tuesday, September 18, 2007

Cepatlah bergerak wahai jam dinding

Aku rasa seolah-olah ader sebiji batu besar lepak kat dalam kepala aku ni. Berat sangat.

Apa nak buat ni.... lambatnya kol 5. Aku takde selera nak buat keje dah. Sib baik bos takde. Dia tak masuk. Takut la tuh. Cehh.. haprak betul. Dan2 takmo masuk lepas aku tanyer balance gaji budak opis untuk bulan ni.

Arhhh... selepas 2 tahun aku keje sini, ni le first time gaji lambat teramat. Dulu before 28 dah dapat. Cepat ajer, mengalahkan orang keje kerajaan. Skang..? Dah la bulan poser, pastu nak raya. Buatnya nak raya nanti dia wat hal lagi tak ke haru? Aduhh, makin bertembah sakit kepala aku ni.

Hopefully situasi ni tak lama. Tempat aku carik makan beb, mesti la goyang gak. Aku malas nak apply keje lain. Nak interbiu lagi, isi2 form, malehhh.

Bakul sampah aku dah penuh ngan tisu paper. Lap benda alah yang tak renti2 kuwar sampai pedih idung aku. Air mata aku pon mengalir. Pedih. Panas.

Aku rasa nak terbaring. Aku tak larat.

Ari ni aku demam

Sakit kepala. Berat. Selsema lagi. Dah 2 ari. Adehhh.

Friday, September 14, 2007

Perasaan ke perasan?

Waktu sekolah dulu, kalau tengah jalan kat tepi kelas atau kat koridor pastu kena usik2 ngan boys, mulalah tarik muke patbelas. Konon marah. Tak suka diusik. Tapi dalam hati... hi hi hi best jugak sesekali kena ngorat! Ehh.. bukan aku, orang lain!

Aku nak buat pengakuan. Aku dah lama tak kena ngorat.

Alah.. zaman ngorat2 ni bagi aku dah lama berlalu. Well, i'm a mother of 1 kid, tak reti bersosial, my life is just pegi keje balik keje sbb nak carik duit, pegi carefour beli barang dapur, nak berhibur pegi karaoke ladies night, kadang2 tengok wayang kat mines or jusco balakong, abis2 happening pon jalan2 malam minggu area hartamas atau bukit bintang. Tengok live band free. Takpon ada kawan baik hati ajak tengok show kat Planet Hollywood. Wah, tu memang paling best le dapat pegi.

Ofis plak, ciner2 mata sepet je. Tak hensem plak tu. Keliling ofis, kilang2. Bangla, Indon, Myanmar banyak la.

Abis, biler masa pakwe2 nak ngorat aku..?? Diorang tak perasan kewujudan aku! Ngeh ngeh ngeh!!

Tapi.... tapi... dalam minggu lepas aku perasan seakan ader seseorang nak tackle aku. Aku berperasaan, bukan perasan. I feel something. Tak tau la nak tackle sebab apa. Ntah2 sebab nak ngorat adik aku sebenarnya, so kena la tackle akak dulu, ek.

Aku bukan teruja beb. Isk! Rasa malu je lah kalau kena ngorat skang ni. Tak sesuaiii gitu.

Tapi syok gak. Huhu. Bukan sebab perasan, tapi kelakar. Sebab tak sangka dia cenggitu. Aku rasa dia tak tau umur aku, apalagi status aku. Eniwei, aku layan gak sms dia. Memang syok jugak kena ngorat ngan sang playboy. Susun kata yang berhati2. Bait2 ayat yang memikat. Sah! Ko memang banyak makwe. Mulut manis bagai ditabur gula. Tapi aku taknak jadi semutnya. Daripada aku jadi semut, baik aku kutip gula tu buat teh o.

Hari ni tak tau balik keje kol baper. Smalam aku bukak pintu umah je terus azan. Huh. Sib baik Alin dah prepare sumer. Cume buah kurma je takde. Arhhh... apa pasal pasar ramadan kat sini takde jual kurma??? Heran betul. Apadaa...

Tak tau la uyi dapat poser ke tak ari ni. Smalam, balik skolah je terus dia bukak peti sejuk minum milo ais. Tak tahan dia cakap. Haus. Dia rasa tak selesa sebab takde air dalam mulut. Hah, air liur kan ada! Geram tul aku. Tak kuat langsung lah uyi ni. Ibu dulu darjah satu dah poser tau.

Waktu sahur dia bangun. Siap mandi lagi. Dia tak sambung tidur tapi tengok tv sampai kol 7, then pegi skolah. Aduhhhh.... geram nak gigit telinger uyi.

Thursday, September 13, 2007

Dia yang bernama.........

Dia datang opis aku kelmarin. Heh. Surprise. Memang surprise.

Datang sekejap aje. Sebab... esok pagi dia dah nak ke Terengganu. Transfer ke sana untuk beberapa bulan lagi kot. Aku tak tanyer.

Dan, dia nampak macam dulu. Macam mula2 aku kenal dia dulu. Sudah kembali tak berapa berisi. Kemas. Cute. Hehe. Dan, satu yang tak boleh dinafikan.. aku suke personaliti dia. Aku suka karektor dia. Selepas dia, aku rasa aku belum jumpa lagi lelaki yang seperti dia.

Ohh.. dia bukan la hensem sangat. Tak jugak kacak. Tapi dia cute. Menarik. Unik. Agaknyer.. orang yang berseni ni memang menarik kot. A'ah. Sebab tu aku agak tertarik ngan kalangan orang2 seni ni. Errk...

Aku borak ngan dia tak lama. Kejap je. 15 minit.

Tapi .. last last conversation .. aku macam terdengar ... 'aku ni setia...hehe'.

Aku sengih jerk. Aku rasa aku dengar. Agak jelas. Tapi takde pulak aku respon apa2. Aku senyum je. Itu yang aku suka pasal dia! Aku tau dia bergurau, atau mungkin tidak. Tapi takde paksaan. Aku dan dia saling respect. Sama2 memahami. Sama2 tau where we belong. Sama2 rasa.

Hemm.. rasa macam baru semalam berkenalan..

Ramadan Datang Lagi

Alhamdulillah... dan InsyaAllah dapat aku berpuasa lagi untuk tahun ke 31 kehidupan aku ni. Hopefully dapat puasa sampai abis sebulan unless sebab2 yg tak dapat dielakkan.

Aku dah tempah baju raya 4 pasang. Hehe. Raya sakan gak ek. Biasa aku buat sepasang je. Abis kuat pon 2 pasang. Tahun ni aku bersemangat lebih. Ohhh... aku nak buat baju keje nanti. Nak pakai pegi opis. Nak banyakkan baju kurung. Memang aku ada niat nak banyak pakai baju kurung tahun depan. So bukan lah satu pembaziran aku tempah baju tu.

Aku rasa aku kena ubah style dressing aku. Dah masuk 30an ni rasa segan lak nak pakai baju yang err.. baby size nikh. Nak menutup lemak yang tersengih. Ekekekeke. Lagipon nampak sikit maturity aku kalau berbaju kurung. Nampak sopan. Awww.
.
.
.
.
.
.
.
.


Arhh.. aku penat nak type lagi. Sikit masa tadi punyerlah berjela aku taip dengan syok dan penuh perasaan citer pasal raya, pasal baju raya aku yang sedondon ngan uyi, pasal uyi yang ligat ngan bisnes angpow dibulan poser dan takut nak kentut sbb dia ingatkan bleh membatalkan poser.... tup2.... ntah salah kat maner dan salah siapa tetiba hilang! Entah aku terklik kat mana aku pon tak pasti. Cehhh. Tak pernah pulak sepanjang aku berblogging ni menda yang aku taip ilang cenggitu jerk. Tak pernah plak tersalah teknik. Menyumpah seposen. Ohhh.. dugaan. Sabar. Ni baru first poser. Tu baru sikit je. Oklah.. aku senyum jer.

Nak try perah balik otak mengingat apa yg ditaip secara spontan tadi memanglah tersangatlah sukarnya. Naik mual urat perut aku. Biarlah.

Salam Ramadan.(Aku baru je baca satu blog tu, katanyer ni ler ejaan yang betul untuk Ramadan. Bukan 'Ramadhan'. Tambahnya lagi, tak cayer kalu, try cek kat Dewan Bahasa. Aku tak cek pon. Cehh. Aku eja 'Ramadan' ni sebab aku tak penah eja camni. Sebelom ni aku eja 'Ramadhan'. Sajer.)

Tuesday, September 04, 2007

Aku Suka Dengan Perasaan Ini

Semalam... aku tepon dia. Kali ni aku rasa aku tepon dia dengan bermaruah. Hehe. Sebab ader point. Ader perkara yang jelas ingin aku tanyakan. Bukan sekadar bertanya khabar. Sekurangnya dia tak fikir yang ingatan aku masih ada padanya. Normal. Sifar. Neutral.

Dan perbualan itu penuh dengan isi dan intipati. Bukan kosong semata. Aku rasa puas. Lega. Dan... aku rasa rindu! Tapi terubat dan segera aku padamkan. Buang jauh2. Habis.

Aku tersenyum. Hati aku rasa berbunga. Kembang sekuntum. Ceria. Agaknya sebab aku pon boleh merawat hati yang duka dan menerima segala yang ada.

Seronoknya sebab sesekali dapat berinteraksi terasa lebih mesra dan rapat.

Aku rasa lega. Aku rasa suka dengan perasaan ini.

Yeiiiihaaaa..!!

Akhirnya.... setelah bermandi hujan selama 2 hari berturut2 sampai sakit kepala aku ni dan termiss Manjalara, aku berjaya dengan cemerlang dalan test JPJ last week. Hehe. Aku dah ada lesen P!!! Yeye...

Takde la seronok sangat pon memandangkan masa umur aku 26 tahun aku dah penah pegang L (laa L ke bukan P ehh??) tapi tak penah amik test sampai abis. Sebabnya... arhhh masa tu aku keje tanam anggur. Anggur Malaysia tak laku beb. Mana nak ader wang. Lainlah kalau masa tu aku kenal lelaki berwang (bukan beruang), dah tentu bleh sapot. Ngeh ngeh ngeh. Citt..!

So aku biarkan je la L aku tu sampai expired. Takde selera aku nak habiskan lesen tuh. Lara betul. Semangat yang hilang. Alahh.. nak LRT pon orait apa...

Sampai la... ermmm.. aku kena ader kete. Aku kena ada harta, at least. Umah takde takpe sebab aku cadang nak lepak kampung je habiskan sisa2 tua. Sayang la buat umah cantik2 besar2 kat kampung tapi takde sape nak duduk. Huhu.

Lagipon, senang aku nak hantar uyi ke sekolah. Ermmm. Senang aku nak bawak uyi jalan2. Pegi carrefour. Pegi Mines Wonderland. Pegi Desa Water Park. Atau pegi joging petang2 keliling tasik permaisuri... atau usha brader ensem itu ari kat Bukit Jalil. Hek!

Uyi cakap ari tu nak kete yang boleh bukak bumbung. Errr, kite beli kete yang boleh bukak tingkap je la uyi... ekk??

Asam Garam Rumahtangga

Kawan masa keje kat 4WheelDrive dulu hubungi aku semalam tapi tak sempat nak jawab. So, bila setel sumer keje kat ofis awal pagi tadi aku amik masa sket call dia. Lagipon, dah lama tak dengar citer dia. Rasanya last week ader nombor dia tertera kat skrin handphone..missed call. Hmm.

Borak punyer borak rupanya dia ada krisis sket ngan wife dia. Puncanya? Haaa.. wife dia dapat tau dia ader skandal ngan pompuan lain kat luar.

Dia mengaku memang salah dia. Terbabas sikit.

Tapi, ada sebabnya. Cehh lelaki... adaaa je alasan dia.

Sebabnya, lately memang hubungan diorang dingin sket. Tak tau la dingin malam ke dingin siang. Tak perlulah aku tanya. Aku kan pendengar yang setia, jadi aku ambik pendekatan mendengar segala curahan rasa terlebih dahulu.

Salah satu sebab ialah anak. Memang diorang ni dah lama kawin tapi takde anak lagi. Masalah jugak tu. Nak kater tak subur, dua2 dah di check doktor. Belum rezeki la kot.

Pastu yang aku tau, wife dia ni kaki kontrol sket. Cam kuasa veto tu lebih kat wife dia. Dia banyak mengalah. Memang sepanjang aku kenal kawan aku ni, dia memang baik. Very tolerant.

Agaknya bila masing2 sibuk ngan kerja dan tak banyak masa diluangkan bersama, kemesraan tu pudar sikit. Tak banyak, sikit je. Tapi itulah kesannya. Sedar tak sedar dah macam orang asing dalam umah sendiri. Anak pulak takde. Ditambah lak ngan masalah keluarga kedua2 belah pihak. Macam2 masalah sampai ader yang buat dia rasa kecik ati. So, kawan aku ni ....alahhh biasalah..orang lelaki. Nakkan tempat mengadu la konon2. Tempat yang boleh dia luahkan isi hati dia.

Nak jadi citer lak, awek yang jadi tempat luahan perasaan tu syok gak kat dia. Tak kisah walaupon dia dah kawin. Boleh terima. Sayang. Pandai pulak bagi nasihat dan perangsang dengan kata2 pembakar perasaan. Huh. Memang bagai orang ngantuk disorong bantal siap ngan selimut skali lah. Lama2 timbul perasaan sayang. Diorang ni macam baru nak melangkah masuk ke alam percintaan.

Dipendekkan citer, wife dia bagi kata dua. Pilih salah satu. Dan kawan aku ni of course la pilih wife dia.

Tapi dia cakap memang berat sebab dia dah start sayang awek tu. Aduhhh..

Nak buat camner ek, kena la korbankan salah satu. Takkan nak korbankan perkahwinan dia kot semata2 awek yang baru kenal tu? Gila lah.

Menyesal tak sudah dia sebab tergelincir sikit. Dia pon tak tau camner hati dia boleh terpaut kat awek tu. Tak pasal2 rumahtangga dia bergoyang.

Ala, soal perasaan tak boleh nak salahkan sesaper. Dia datang pon kite tak tau bile, camner, dalam bentuk apa. Aku tak salahkan kawan aku tu 100% (walaupon lelaki ni cepat sangat nak carik kaunselor). Tapi ... itulah realiti kehidupan dalam sebuah perkahwinan. Suami isteri ni kalau takde masalah memang ajaib la.

Kadang aku rasa lega. Aku tak terlibat dalam masalah itu!

Monday, August 27, 2007

Best sangat ker nasi kandar nie...?

Malam tadi aku ajak abang helmi kuwar. Opss bukan ngedate. Aku ajak dia kuwar sebab nak pinjam kete buat blajar parking (sampai zura tersyasyul sebut 'faking' sebab terlalu banyak menyebut parking masa nak ngajor). Kitorang pegi kat area One Utama. Ada satu tempat parking kat dewan sukan, kot?

Lepas dah nak muntah buat parking, abang helmi ajak pekena nasi kandar kat ss2. Ari tu aku ader tanyer dia sedap sangat ke nasi kandar tu pasal aku tak penah makan. Bukan apa, aku kalau kari2 ni kureng sket. Rasa cam muak lah. Dengan kari yang pekat dan lauk pauk dia macam terlalu masak kot. Sampai naik lunyai daging. Aku rasalah. Melalui.....errr pemantauan aku kot? Huhu. Aku rasa lah. Takpon, instinct aku memang rasa camtuh.

Entah apalah yang mendorong aku nak try nasi kandar ni aku pon tak pasti. Walhal kari2 camtu memang jarang membangkitkan nafsu selera aku ni.

So, smalam kitorang makan kat restoran ...alahai lupe nama dia..Nasi kandar kayu kot, kat ss2. Abg helmi cakap tempat tu femes. Huh..memang femes. Yang menarik tu ramai cina makan kat situ. Tahan perut diorang ngan kari2 tu ek. Aku cam biasa la amik ayam goreng part peha ngan daging lembu. Pastu... ooo kuah2 dia tu main2 campur gitu. Gaul sumer sebati....bedal lah!

Suapan pertama, ermmm memang enak nasinya sebab dikukus. Suapan kedua, ketiga, keempat dan kelima... hermmm....ooooo gini rasanya. Sedap. Memang sedap.

Tak pasti suapan keberapa ntah, aku dah tak rasa kesedapan yang serupa cam mula2 tadi. Biasa ajer.

Tapi at the end, memang kenyang giler. Walaupun nasik dia sikit (sbb mula2 aku tengok mamak tu bubuh sikittt je cam tak cukup), tapi sebab lauk dan kari dia yang bercampur2 buat rasa kenyang.... dan sedikit mual. Aku rasa kalo tambah lagi sikit memang aku takleh abiskan. Burrrppp...!

Dah. Abis dah ngidam. Hehe. Sedap memang sedap, tapi tak le sampai jatuh cinta cam sizzling yee mee.

Tapi....... ehhhh.. apasal tetiba aku terbayang nasi kandar smalam...? Huk ala....

Thursday, August 23, 2007

a shoulder to cry on

Waktu sekolah dulu, kalau kite admire kat orang tapi ader gak orang lain yang tak kurang giler babas admire kat dia, tetiba rasa cam tak best. (erm kecuali abang alid).

Sama la cam penyanyi atau pelakon. Kalau boleh nak minat yang bukan jadi pujaan kebanyakan orang. Taknak sama ngan taste member baik. Apa kelasss nak share ek.

Macam jugak dalam persahabatan. Kalau tetiba kawan yang memang kite anggap kawan nak expect more than that, mesti rasa lain. Tetiba rasa cam tak reti nak borak camner. (lagipon taknak jadik Rosli part II).

Bila nama kawan tu appear kat skrin handphone, nak jawab pon dah tak se'excited' dulu. 'Alamakk....emm'.

Boring la pulak bila jadi camtu.

Kan best kalau ader seorang kawan baik, yang kite anggap lebih dari sekadar kawan tapi tak lebih dari tu. Hermmm.

Thursday, August 16, 2007

Mata aku pedih weiss..

Nyenyak betul aku tido smalam. Sedar2 jer dah dekat kol 8am! Aiii.. biler masa lak aku tutup jam loceng yang aku kunci kol 4.30 pagi tadi?? Betul2 tak sedar. Macam tido mati. Iskkk... sib baik tak mati lagi. Fuhhh.

Ini hari last aku poser ganti. Esok raya la weh. Tapi hari ni betul2 aku letih sangat. Huarghhhh..!

Masa kat kampung itu hari, one day aku tak kasi uyi pegi sekolah. Huhu. Sajer. Tak puas peluk dia.

'Uyi toksah gi skolah aaa ari ni'. Hehe sajer menyakat dia. Nak tengok dia malas ke rajin pegi skolah.

Uyi sengih jerk.

'Uyiiiiiii, takyah gi ehhh, meh teman ibu kat umah meh' aku tarik dan peluk uyi. Cium dia. 'Uyi nak gi gak ke?' Aku buat2 manja cam kucing siam. Ni kalo Pajeen waktu kecik2 dulu sah2 tak pegi skolah. Sakit perut la, sakit kepala la.

'Emmhh, uyi nok gi'. Alahai manjanyer sore uyi.

'Ala uyi, ibu baru je balik uyi nak tinggal ibu dah... cian kat ibu, hukhuk'. Eh apa punye mak daaa aku ni. Hikhik! Aku sajer je test uyi, tapi kalo dia tak pegi skolah lagi best hihi.

'Ibu tinggal uyi tuh lagi lama. Uyi gi kejap aah skolah, buke uyi balik esok'.
.
.
.

Terdiam aku kejap. Dengan alunan sore dia yang lembut dan berbaur memujuk buat aku terkedu. Nak nangis, terharu, bersalah, sedih, kesian etc. Dengan muke yang manja dan penuh kasih sayang, dia lak pujuk aku supaya sabar tunggu dia balik skolah. Sigh. Tak tunggu lama, terus aku dukung dia bawak pegi bilik air.
Mandikan dia. Siapkan dia. Oh, rambut uyi dah pendek jadi senang nak uruskan. Tak perlu tunggu lama nak kering dan tak perlu diikat tocang.

Aku hantar uyi pegi sekolah. Takpe, aku tunggu dia balik tengahari nanti. Gosh.. betul2 terkena batang hidung aku apa yang dia cakap pagi tadi. Arhh!

I really miss her!

Wednesday, August 15, 2007

Patutnya aku bawak balik lori...

Yeah.... musim buah kat kampung seronok betul. Banyak sangat buah. Tak termakan. Tak terhabis. Nak makan dah tak larat, nak kasi kat orang sumer pon ader dusun sendiri. Ada pokok sendiri. Koman2 pon pokok rambutan. Jual la kot. Durian sekilo 40sen je. Dapat la sikit, at least. Kalo kat KL, mau dah beratus2 hengget untung.

Kat kebun abah, aku rasa cam fairytale. Seronok betul tengok buah rambutan yang masak ranum dengan kaler merah cantik, tumbuh lebat kat setiap pokok. Macam lukisan! Macam lukisan dalam buku citer dongeng, kisah tukang kebun dengan buah-buahan. Hehe. Really! Betul la gambaran pelukis tu, ingatkan bohong dan khayalan semata, rupenyer betul, memang pokok rambutan tumbuh cantik dengan buah yang banyak. Merah meriah.

Kalo kampung aku tu sekitar Selangor ke, Melaka ke atau N9 ke, mesti lagi best. Leh la kawan2 aku datang menghabiskan buah2 tu. Tak pon jual kat coket. Masyukkk. Tempoyak kat kampung tu aku ingat dah berbekas2 mak aku buat.

Nak balik kl ari tu tak leh bawak banyak buah. Ye la, kulit durian aje dah baper kilo. Keropok lagi. Duku, dokong, rambutan dan salak pon ader. Tempoyak tidak dilupakan. Budu ajer tertinggal. Ekekekeke. Betapa beratnya beban Satria tu nak tanggung. Terhenjut2 sepanjang perjalanan ke kl. Kesian betul kete tuh. Kalo dia leh cakap mesti dah lama dia mintak tolong.

Tapi aku takde pokok manggis. Hukkk...

Tugas Belia 4B

Masa balik kampung itu hari, Tariq tukar drive ngan aku kat Machang. Aku drive sepanjang highway tu sampai le masuk ke jalan kecil kampung aku.

Agak2 tak sampai 2km nak ke umah aku, dari jauh si Dik Jarr nampak cahaye lip lap berwarna biru bersama beberapa barisan kon tersusun kat jalan raya. Apa lagi, 'weii kak ina, polis tu.. polis..'. Hahh..?? Biar betul. Ader roadblock ke kat kampung ni? Tak penah2 pon ader, kalo kat KL tu biasa aa.

Aku yang rabun dan takde lesen yang sah ni dah tentu la panik. Beberapa meter sebelom roadblock tu ader satu jalan kecik belah kiri. Aah memang cantik sangat, tak sempat aku nak pikir2 lagi, terus aku buat libasan korner ala maut. Fuhhh sib baik tak masuk paya je, wa cakap lu. Huhu. Tau2 ler camner orang yang 'expert' bawak kete dengan keadaan gabra dan sedikit gangguan mental takut kena saman dan baru nak amik lesen P ni buat korner. Siap bunyi eiiyyyttttt lagi.............. cehhh!!!

Terdiam. 'Eh... camner nikh.. polis ke tadi tuh? Eh tapi apa hal tetiba plak dia wat roadblock. Ader apa ek? Tak penah2 pon.'

'Hahhh, apa hal apa, cepat aa tukar seat tuh!'

Ohh rupanya bukan polis atau JPJ. Bukan jugak JPN. Tapi Rukun Tetangga kot. Yang boringnyer lepas sorang sorang datang tanyer bende sama. 'Nok gi mano nih male2 buto nih?' ' Maghi mano nih?' 'Pah tu bakpo gi kona kok nu sakni?'

Nasib baik kitorang ada jawapan yang munasabah. 'Err kawan saya ni bawak kete tadi, kitorang sumer tido dia lak lupe kat mana umah, tu yang tersalah masuk ke sana tuh'. Huuu alasan yang logik. 'Aaarrrr....' Diorang mengangguk.

'Mintak IC eh'. Dia mintak IC Tariq. Bla bla bla. 'Errr.. mitok IC semuo buleh dok, meta deh'.

Lepas tu ader satu keta datang. Driver dia gemuk2. Aduhhh, diorang panggil saper lak ni. Takkan la salah masuk jalan tadi diorang dah suspek macam2. Agaknyer mencurigakan la kot. Uhhh.

Lelaki gemuk tu datang kat kitorang. 'Ni nok gi mano ni?' 'Kitorang nak balik umah encik, tu je kat depan sana je kat Batu Jong.' 'Oooo, anok sapo ni?' ' Anok Mukhtar...Mukhtar koko.' ' Oooo ... belako?' Sambil dia jeling kat Tariq. 'Hooo, blako, hok ni kawan kitorang. Anak kawan abah'.

Lepas tu datang pulak satu kete lagi. Aduhhhhhhh saper lagi ni. Sekali kuwar nampak cam someone. Terus dia datang kat kitorang. Tanyer bende yang sama. Naik berbuih mulut ni menjawab. Dia ni nampak cam orang berpangkat gak la. Rupenya dia ni adik ADUN kat situ. Dia kenal abah. 'Oooo anok Mukhtar belako ni. Maah la deh kito kena ikut prosedur pasa baru2 ni ado keh penculike... bla bla bla......'. Hmmm no wonder la sampai camni skali kitorang jadi suspek, ader kes rupenyer.

Sib baik bukan polis. Bukan JPJ. Sib baik Belia 4B jer. Patut le dia tak mintak lesen, just mintak IC. Aku rasa kalo tak tuko driver tadi pon ok. Takde la banyak soal camni. Takde la aku hampir nak masuk paya. Takde la diorang syak kitorang. Takde la dari nak sampai umah lagi 5 minit je jadi 20 minit. Tapi mana la tau, ingtkan abang polis......

Lagi satu, IC aku bagi tu sebenarnya bukan aku punye. Uyo punya! Huhhh, sib baik diorang tak perasan. Yang si Uyo ni pulak, selamba je dok kat Jengka sana takde IC. Iskkkk... Lupa la tu nak amik masa dia suruh aku simpankan. Aku lak, dah ader IC dalam purse aku, takkan nak cek2 lagi, dah tentu la aku punyer. Hmmm sib baik, kalo tak... 'Ni.... IC sapo nih...???????'

Sebelum beredar, si adik Adun tu sempat pesan, 'Ghoyak ko Pok Tar tu, mitok maah la, ghoyak Pok tehe anok dia deh'.

Huhu, tak pasal2 sebab curiga tengok kitorang, sorang sorang dipanggil. Bukan takat AJK je, naib setiausaha, pengerusi sumernya datang. Yang diorang lak datang le dengan baju komot2, ader yang berkain pelikat tak sempat nak salin la agaknya. Muka masing2 cam taugeh je. Ye la tengah syok tido sekali kena kejutan sebab ingatkan ader penyamun tarbus. Hehe. Ampehhh.

Dan sehari lepas tu, masa abah pegi kenduri diorang saje2 usik abah. 'Tengok hok ni..binti Mukhtar, pahtu binti Mukhtar lagi.. ado 4 binti Mukhtar. So jah hok buke bin Mukhtar'.
Hehehe, baru tau ke abah ada ramai anak pompuan...??

Saturday, August 04, 2007

Saper nak gigi palsu percuma...?

Dua orang kawan baik tengah berborak pasal subsidi gigi palsu. Tetiba datang seorang kawan lagi yang kebetulan giginya rongak.


'Haa.. ko ni tak nak pakai gigi palsu ker mat, free je tau.'

'Eh ye ker, kementerian maner yang nak kasi gigi palsu free tuh??' (excited dan serius)

'Ko tunggu je la bulan 12 ni. Kan raya korban. Haa amik je gigi lembu wat gigi palsu ...muahahahah'


Aku citer kat uyi, terkekeh kekeh dia ketawa. Dulu mase uyi rongak dia sebuk suh aku beli gigi palsu.

Melayan perasaan 'Jangan Pisahkan' di pagi Sabtu

Biasa lah, ari Sabtu mana ader keje sangat.

Tunggu kol 1 nak balik. Petang nanti balik kampung. Oyeahhh! Karang nak packing, kemas umah sket. Umah mesti bersih dan kemas sebelum ditinggalkan.

Smalam uyi dapat jumpa ngan babah dia. Waktu maghrib, aku tepon uyi. Walaupon aku dengar sore uyi cam kontrol je, tapi aku tau dia excited. Err takde la terlalu gembira, tapi sedikit teruja mungkin. Alah, bukan dia happy sangat tapi sebab itulah penantian dia selama beberapa tahun, so..... at least release. Ye ker..?

Banyak betul citer uyi tentang babah dia. Banyak tul soklan dia. Satu satu dia tanyer. Satu satu aku kena jawab dengan berhati2 dengan ikut fahaman seorang budak berusia 7 tahun. Kadang aku rasa soklan uyi tu mengada2 dan berbaur nak menguji IQ serta kecerdasan minda aku ajer tapi aku cepat2 sedarkan diri aku, uyi is just seven. Tak banyak dia tau pasal hidup ini. Pasal aku, pasal babah dia, pasal perkahwinan dan macam2. So, sabor ajelahhh.

Oklah sayang ibu. Ibu tau uyi cerdik. Uyi kena tau ibu sayang sangat kat uyi.

Aku pon rasa lega. At least uyi kenal muka babah dia skang ni. Lama uyi tak jumpa, uyi pon dah lupe muka dia.

Macam2 lagi citer uyi. Tak sabar nak jumpa dan berciter dengan dia.

Balik kampung.. oooo balik kampunggg....

Thursday, August 02, 2007

Bile mak mertua jumpa menantu

Adik ipar aku call malam tadi. Sembang kejap ngan dia pastu tetiba dia pas tepon tu kat orang lain.

'Helo... saper ni..?'

Cehhh... rupenyer dia pas kat mamat tuh. Si mamat yang bekas ibu mertuaku nak kenalkan itu. Berumur 30 tahun (muda setahun dari aku.. cehh), orangnyer tak le tinggi sangat dan mak aku cakap sesuai le ngan aku (aku tak beraper suke lelaki pendek walaupon hakikatnyer aku ni tak cukup inci...cehhh), orangnya baik dan warak juga (no komen), bujang lagi tuuu... !(mak aku cakap), keje ok (mak aku cakap lagi..cehh), dan... errr apa lagi ek... mak aku suka dia sebab dia baik dan bersopan santun. Hihi... kelakar tul. Patut la dia tanyer aku dah ader boipren lom. Iskkk... pandai2 jerk.. ni kalu waktu dolu2 ni, Rosli mesti bengang punyer kat mak aku nikh. (arhh.. Rosli.. kat maner ntah dia).

Mak mertua aku ni siap nak temukan aku ngan mamat ni ha. Ntah maner yang dia berkenan ntah aku pon tak tau. Ala, pas je la kat adik. Adik pon tak kawin lagi. Senang citer. Huhu. Tapi agaknye mamat ni pandai amik ati dia kot. Ye la, anak lelaki dia yg sorang tu dah spoil, tu yang kasih sedikit tertumpah kat mamat tuh.

Herm, bercakap pasal anak lelaki dia tu, katenyer nak balik kampung aku. Nak jumpa uyi. What to say....

Biler diingat2, mata aku rasa panas lak. So, baik aku takyah ingat. Kalau dah panas, aku takut tetiba ujan plak. Satu perubahan cuaca yang amat tidak baik. Sebab kater orang tua, kalau panas pastu tetiba hujan maknanya ader orang meninggal. Innalillahhh.... Jadi, jangan diikutkan sangat. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari aww tidak, tidak! Biarlah panas ini berpanjangan sampai ke malam pon takpe, kang bile dah hujan takut non stop lak, banjir. Haru biru. Dah aku nak kena pindah. Err..

Esok jumaat, lusa sabtu. Sayang... ku menghitung hari..................

Monday, July 30, 2007

Two good frenz

Artis:The pinky uyi and the sweety eicha.

Lokasi: Pagar tepi umah yang tak siap dicat oleh buruh paksa

Aku tahu hari itu akan datang juga.

Aku bangun kol 4.30 pagi tadi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hermm yer lah, aku bangun sahur. Start ganti poser aah. Lagipon tak lama dah lagi nak masuk Ramadhan. Pejam celik pejam celik tup-tup dah nak poser. Takut tak sempat.


Dari semalam fikiran aku tak tenteram. Aku sebenarnya nak luahkan segala yang terbuku dan tersimpan dalam kepala otak ni. Segala apa yang aku rasa. Tapi aku tak mampu. Aku tak tahu nak tulis camner. Aku tak reti nak ungkaikan apa yang aku rasa. Apa yang aku rasa itulah yang aku rasa. Apa aku rasa.....??


Bila mengingatkan ini semua aku jadi tak keruan. Aku jadi kecut. Aku benci sebenarnya. Aku benci bila dia datang lagi. Dia datang lagi..? Buat apa? Tak payah la susah2. Aku senang dan bahagia sekarang. Jangan kacau aku! Aku tak perlukan kau dan aku tak hingin nak tengok muka kau. Kalau boleh selipar jepun kau pon aku taknak tengok. Aku benci lah. Aku tak suka. Aku menyampah. Aku taknak jumpa kau. Aku tak boleh jumpa kau. Bukan atas alasan benci yang teramat aku tak boleh nak jumpa kau, tapi sebab aku tak mahu. Aku tak nak. Dan aku memang tak nak. Kill! Kill! Kill! Die! Die! Die! (Gayour punyer citer)


Aku bukan nak maki2 atau sumpah seranah kau. Tak. Aku bukan kaki sumpah. Aku pon bukan kaki mencarut. Aku cuma taknak tengok muka kau. Mendengar nama kau pon buat aku sakit jiwa, inikan pula menghadap muka kau. Sumpah, orang Hindustan cakap kalau ada 7 kelahiran akan datang, pon aku tak pasti boleh ngadap muke kau ataupon tidak. Aku tak mahu. Aku taknak dengan melihat muka kau, nafas aku sesak dan tersekat lantaran otak aku yang aktif memutarkan cerita2 lama. Aku taknak. Stop.


Aku serik. Aku sedih. Aku sakit. Aku taknak nangis lagi. Aku tak ingin nak ingatkan kau lagi. Bagi aku kau sudah ku anggap mati. Dan aku suka dengan apa yang aku anggap itu. Sekurangnya aku rasa selamat dan lega. Lenaku rasa aman. Aku tak perlu risaukan kau. Sebab, buat apa risaukan orang yang dah mati. Dah tak bernyawa. Takkan bertemu kecuali di akhirat ataupon kau jadi hantu. Sebab tu aku lega dengan menganggap kau sudah mati. Aku tak perlu fikir apa2.


Namun begitu, aku sebenarnya tetap seorang wanita yang waras dan normal. Walau kau ku anggap mati, tapi aku tau kau masih ujud dan mungkin juga akan datang mencari aku bila2 masa. Cuma aku tak tahu adakah aku sudah cukup bersedia utk menghadapi hari itu.


Dan aku benci untuk menghadapinya. Aku tau aku kena. Mesti. Tapi aku tak suka. Aku benci. Aku taknak. Aduhhh... bencinyer. Apa aku nak buat ??


Kenapa mesti kau datang lagi. Kan elok macam ni ajer. Kau dengan urusan kau dan aku dengan hal aku. Arhh..


Aku taknak duit kau. Kau simpanlah buat kawin. Tak payah susah2. Aku pon tak heran kalau kau jadi jutawan. Bukan sombong, bukan bongkak, apalagi takbur. Tapi aku tak mahu. Aku tak kisah semua tu.


Eee..bencinyer..! Muka kau dah start melintas depan mata aku. Huh.. aku benci bile mengingatkan kau.


Bukan sebab aku tak boleh maafkan kau. Aku dah lama lupa. Dan aku dah lama maaf (kalau kau nak mintak maaf). Aku maaf pon sebab aku malas nak dengar bait2 kemaafan yang bakal kau pohon. So, terus maafkan je lah. Senang. Tak buang masa. Tak payah fikir banyak.


Tapi, nampaknya sekarang kau datang. Datang kau tak pernah aku undang. Tak pulak aku halau kau. Cuma aku berharap kau akan segera pergi. Janganlah datang lagi.


Nampaknya memang masa bergerak pantas. Aku akan berdepan dengan soalan2 dan kemusykilan2 yang bakal menerjah. Dan aku harus bersedia. Bersediakah aku....?

Saturday, July 28, 2007

Ko cakap apa ni...??

Petang smalam amoi kutip utang datang opis. Datang bawak surat last warning yang pertama, tak bayar kalu balai cerita. Hehe.. lately banyak tol lawyer letter sampai opis aku. Sumer tu nak kena jawab, nak kena forward kat lawyer, nak kena follow up, nak kena bayar tak banyak, sikit. Fuhhh... sib baik bukan company aku!

Aku bukak je pintu, terus amoi tu 'aiiyyyaa... u manyak kurus hahh?' Cehh.. apada ko nikh. Seingat aku memula jumpa dia dulu berat aku 39 je, skang dah 41 dia leh cakap camtu lagi. Ampeh tul. Nampak sangat penipu.

Malam tadi kawan lama tepon. Huhh, kalo nak ajak kuwar straight to the point ler. Nak ajak minum2 ker borak2 ker. Tak kisah. Tapi banyak sangat bunga silat yang kuwar, sampai langkah jadik sumbang. Bila dah sumbang aku pon bosan. Menyampah. Apadaa.. kenaper la membosankan sangat. Iskk.
Ari ni sabtu. Petang karang balik nak basuh baju. Banyak.

Friday, July 27, 2007

Balik kampung yeayyy..!!

Tadi tepon uyi. Eeeee... lemak merdunyer sore dia. Sedapnyer. Rasa nak makan jer.

Tak sabar nak balik kampung Sabtu depan.

'Ibu cuti baper ari?'

'Ibu cuti 3 ari jer'

'Ala...ibu cuti sebulan la, ibu tak penah pon cuti sebulan ngan uyi.'

Aduhhh... sian sangat kat dia. Sejak dah besar ni kater2 dia menikam terus kat jantung aku. Hm takpe la uyi, by next year bile uyi dah skolah kat sini kite spent most of the time together, ok cayang..? Tak sabar nak plan aktiviti ngan uyi. For that, aku kena kerja keras. Hah.

Uyi citer, budak2 nakal ejek dia muke cam ciner sebab potong rambut pendek. Pastu dia balas balik kat budak2 tu 'Ikut aku aa rambut aku buke rambut mu.' Maksudnya 'sukati aku la rambut aku bukan rambut ko.' Hehe, lantak diorang la bukan rambut diorang ek, rambut uyi. Bukannyer rambut takleh panjang lagi. Tapi jangan lak ikut cam si Amani tu.

Plan ngan bebudak ni nak bawak balik sport shoes. Nak naik bukit abah. Makan macam2 buah yang ada kat atas nun. Mesti best. Aku pon dah bertahun tak pegi saner. Last time pegi masa aku 12 tahun kot. Lama tuhhh...

Nampaknyer aktiviti membakar ayam atau sate ataupon majlis ari jadi Ain terpaksa dibatalkan atas sebab kewangan yang tak kukuh. Terpaksa la beb. Tak lama lagi nak raya dah. Banyak benda nak bertukar dan perlu dibeli. Tak pe, takde aktiviti ayam panggang kite buat la promosi buah2an tempatan. Buat yang maner dah ader. Musim2 buah ni kite bedal buah je la.

Yeayy yeayy, balik kampung!!

Kutu Punyer Baja

Smalam lepas tgk Manjalara terus aku tidur. Kol 10.30 malam baru aku bangun sebab nak basuh muke. Mandi? Hehe semalam cuaca amatlah sejuknya dan oleh kerana badan aku pon tak berpeluh sangat, tak payahlah aku membazir dengan menaikkan bil air. Actually dari petang lagi kepala aku ni sakit sangat. Berat. Berdenyut. Rasa nak pecahkan ajer dan kuwarkan sumer isi2 yang membebankan paler aku ni dan kosongkan kasi ringan sket. Tak tahan punyer pasal, lepas maghrib terus aku masuk selimut.

Saat ni, entah naper aku rasa jarak aku dan uyi jauh. Agaknye sebab dah lama tak borak ngan dia kot. Ye la, asal tepon je dia takde. Bz memanjang. Smalam tepon takleh cakap ngan dia, pagi tadi tepon takde kat umah. Aduhhh rindunye kat uyi.

Uyi dah gunting rambut. Pendek sangat. Paras tengkuk. Hmm tak sangka lak uyi kasi nenek dia gunting. Kalo dulu, rambut depan dah nak masuk mata pon punyerlah bercinta nak pujuk dia suh gunting. Alih2 rambut dia yang panjang dan tak pernah gunting ni pulak yang dia kasi.

'Apsal uyi gunting rambut?'

'Hiii..uyi rase serabut'


Hehe..bagus jugak dia gunting, senang nak uruskan. Kutu pon takde. Herm tapikan.. kutu tu la kot yang jadik baja buat rambut jadi cantik. Tak percayer..? Adik aku Ain mase kecik dulu mak aiii.. ader kutu tak ingat punyer. Kadang sampai dua2 tangan ni ha atas kepala..garu! Tak tau la baper banyak penghuni kat atas tuh.

Alaa.. budak2 biasalah ader kutu. Mak dah abis carik, tak lamer pastu ader balik. Kadang2 dia berjangkit dari kawan2, mase kat sekolah, maser bermain. Maner nak sedar. Herm, rambut Ain tadi..... Walaupon mase kecik dulu penuh kutu tapi skang rambut dia mengalahkan orang iklan Pantene. Serius! Tu pon dia tak penah jaga elok2. Tak pernah treatment. Pakai syampu pon main belasah je. Kadang2 tak pakai pon takpe. Tapi rambut dia...fuhhh...panjang lurus, hitam, lebat, licin. Pendek kater memang cantik aah. Kalo dia jaga betul2...hermm leh masuk iklan Rejoice nikh.

Paling kelakar abang aku la. Ni mak aku la citer. Masa sekolah rendah cikgu ader tanyer dalam kelas, 'Siapa ade kutu siler angkat tangan.' Dengan muke tak malu dan selambanyer abang aku angkat tangan ' Saya!'

Cehhh... apadaaa. Budak lelaki pon ader kutu ker..???

Monday, July 23, 2007

Dating di Malam Minggu

Lama tak kuwar dating. Malam minggu ari tu ngedate ngan abang Helmi. Kuwar makan kat Sri Hartamas. Erm lama tak pegi sana. Lepas makan pusing2 KL. Pusing dan pusing sambil citer2 sampai dah kering anak tekak haus pastu lepak kat Kampung Baru.

Macam2 citer, maklumlah lama tak jumpa. Yang best jumpa abang Helmi:-

1. Mesti makan sedap2 kat restoran mahal. Brppp...

2. Dia kater aku nampak lebih muda ngan rambut pendek...awwwww ngeh ngeh ngeh...!

Yang tak bestnyer:-

1. Malu jalan ngan dia sbb orang mesti toleh 2-3 kali sbb saiz badan dia tuh..maklumlah bodyguard.. cehh rasa cam Thumbelina jer aku kat sebelah tu

2. Dia kater aku gemuk sket....tuitui...!

Ingat nak tunggu bekfast kat mcD tapi tak tahan aa ngantuk. Kol 2 lebih tu dia antar aku balik. Gedebak gedebuk dekat kol 4am baru aku lelap. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

Thursday, July 12, 2007

Infinity

Ari tu borak2 ngan uyi dalam tepon:-

ibu : uyi ibu rindu la kat uyi

uyi : erm uyi pon rindu kat ibu

ibu : uyi, ibu saaaaaaayang sangat kat uyi... 8 juta bumi

uyi : uyi cayang kat ibu sampai takde nombor dah.....


Ohhh... dia lupe perkataan infinity la tuh. Frasa 8 juta bumi tu actually uyi yang mula2 sebut, menggambarkan dia sayang sangat kat aku. "Elehh, ibu sayang kat uyi infinity." " Infinity tu aper bu?" " Infinity tu, ibu sayaaaang sangat kat uyi lebih dari berjuta2 bumi... haa sampai dah abis nombor tu. Eh nombor tu tak abis... nombor tak bleh abis uyi, dia infinity. Aderrr jer.. sokmo ader. Sampai juta2 liun.. dia tak abis." " Ha kalu camtu uyi nak sayang ibu infinity aaa." Hmmm... cium dahi uyi. Cium rambut, kepala uyi.

Sonok kan borak ngan budak2 yang membesar. Lebih2 lagi ngan anak sendiri. Lebih2 lagi ngan uyi. Tak kisah, kawan aku slalu cakap, " Ye la ye la.. ko tu asik uyi jer, anak ko je la kan." Hek elehh... abis? Takkan nak citer anak orang lain pulak? Hehe.

Tak sabar nak balik kampung bulan 8 nikh. Tak sabar nak dapatkan lesen. Arghhhh...!

Wednesday, July 11, 2007

Doktor Cinta

Smalam aku mc. Sebab? Malas. Actually terlewat bangun, sedar2 jer dah 8.40. Terus mematikan mood aku nak pegi keje. Ye la nak bersiap lagi, pastu nak kena tunggu teksi yang kadang2 setengah jam aku jadik polis trafik baru dapat (tu pon dapat teksi yang busuk), pulak kang tetiba je ngam2 aku bukak pintu teksi, kete bos aku plak lalu kat depan teksi tu. Arrkk..pagi bos..! Awal lu masuk ini ari aaa...

Memikirkan kemungkinan2 itu, aku nekad sambung tido. Hehe. Senang ekk..? Hushh...Nak masuk 2 tahun aku keje kat sini je aku dah reti manage mc aku. Memula keje dulu aku jadi pekerja contoh. Mc jarang sangat tapi cuti rajin. Ciner2 beraya 3-4 ari aku seminggu. Pulak tu leh sambung plak lagi. Hehe. Last2 leave aku dah takde.

Tapi smalam aku pegi klinik pon bersebab. 2-3 ari ni perut aku ader peperangan apa ntah aku pon tak pasti. Kembung semacam je aku tengok. Ye la input ader tapi output tarak. Rasa tak selesa sangat. Sakit sangat. Memulas2 tapi takde pelaburan. Usus rasa cam luka je. Urat perut cam bersimpul2. Kadang2 dia menyentap. Cramp. Aduhh..sakit ni. Eno halia tu dah baper peket aku bedal aku pon tak tau. Lepas minum rasa relief. Tapi sekejap je. So aku buat andaian agaknya usus ni dah tersumbat kot. Kontrol sket makan. Makan sikit je. Kunyah pelan2. Cili pon aku makan sebijik je. Tu pon tak abis, separuh. Takleh makan, rasa panas je perut.

Aku pegi klinik dalam kol 3. Alah malas tul. Ingat nak beli je mc kat lorong2 gelap, tapi sbb perut aku pon ade problem, so sambil2 lah. Lagipon Liza cakap masa ni doktor Mansur ada. Haa.. doktor Mansur..?? Ehem.

Lama tak jumpa doktor Mansur. Baper tahun ek. Dulu aku slalu pegi klinik dia time muka aku berjerawat dulu. Masa tu aku tgh krisis dengan seekor monyet besar yang skang ni dah tak wujud dalam hidup aku lagi. Ada la 3-4 bulan aku wat treatment ngan doktor baik hati itu. Aku suka dengan cara dia. Karektor dia. Wajah dia..? Hmm toksah cakap la. Tenang setenang air di kali (cewaah..!). Pandangan mata dia pon redup ajer. Senyum dia ikhlas terukir. Nasihat dia perangsang jiwa. Kata2 dan pendapat dia pembakar perasaan. Alamakk..! Aku dah jatuh cinta! Hehe.

Tak sangka dia ingat lagi aku. Walaupon rambut aku dah pendek cam askar pompuan nak pegi kursus tapi dia cam lagi muke aku. Ececehh..! 2-3 kali dia cakap lama tak jumpa aku. Ye la doktor, takkan saya sakit ari2 kot? Eh tapi.. ok jugak boleh dating ari2 kan. Ngeh ngeh ngeh.

Muke doktor tu bukanlah hensem atau macho cam selebriti, tapi nampak tenang. Cool. Ye la orang alim. Tengok muka dia je pon kite turut rasa lapang. Sedap je mata memandang. Pendek kater kalau sakit pon rasa hepi sebab dapat jumpa doktor camtuh. Baik pulak tu. Lemah lembut. Itu pasal la dulu asal demam sikit je nak pegi klinik. Hehe.. bukan nak ubat, nak jumpa doktor.

Haii doktor... lama sungguh tak jumpa doktor. Lepas jumpa tu rasa hati ni kembang setaman.

Opss.. sib baik perut aku takde apa2. Bukan apendiks, bukan gastrik. Masuk angin je. Sebab aku makan jambu. Ha...? Jambu...? Makan sikit tu pon buleh kena sakit camni ker..? Huuuuhh..

Thursday, July 05, 2007

surat uyi(2)


Uyo sampai pagi smalam. Esok dia dah nak daftar kat Uitm Jengka meneruskan semester 2 kat sana. Uyo bawak sama surat yang uyi tulis tu. Cantik dah tulisan uyi. Dah pandai dah tulis huruf 'y' dan 'g' cantik2. Ader ekor lagik. Hihih. Tapi lukisan sponge bob tu bukan dia yg lukis aa, uyo yang tolong lukiskan, uyi kalerkan ajer.

Dulu aku tak beraper percaya teori kanak-kanak dan lukisan. Tapi sejak uyi dah pandai melukis baru aku faham. Rindunyer nak peluk uyi...

Wednesday, July 04, 2007

ciri2 anak solehah

Pada suatu malam seorang kanak2 kecil kelihatan sugul dan sedih tersandar di kerusi meja makan sendirian. Hidangan sate daging yang tersedia di atas meja tidak sedikit pon membangkitkan seleranya. Apalagi menjamahnya. Kepalanya tertunduk ke bawah.

Tidak lama kemudian, neneknya yang baru masuk ke dapur terpandang akan kanak2 kecil itu lalu duduk di sebelah. Dia memujuk kanak2 kecil itu supaya jangan terlalu bersedih. Sebenarnya kanak2 kecil itu bersedih kerana baru sebentar tadi dia menghantar ibu saudaranya ke stesen keretapi untuk meneruskan pengajian di Uitm. Hilanglah sudah teman gurauannya. Tiada lagi orang yang selalu menyuruhnya mandi tatkala senja menjengah. Tiada lagi orang yang selalu menghantar dan menjemputnya pulang dari sekolah. Tiada lagi orang mahu bawa pusing2 keliling kampung dengan motosikal buruk pada waktu petang. Tiada lagi kawan. Tiada lagi teman bergaduh. Dia terasa kehilangan. Dia sedih. Lantaran itu seleranya terbantut.

Nenek menasihati kanak2 kecil itu supaya bersabar. Ibu saudara bukan pergi makan angin. Bukan pergi jalan2. Tapi pergi belajar. Menimba ilmu. Pergi ke tempat orang pandai2. Pergi ke tempat di mana ibu pernah belajar dulu. Nenek meneruskan lagi, kamu pun harus jadi seperti itu. Belajar kerana ilmu itu penting. Nanti dah besar jadi macam ibu saudara kamu, macam ibu kamu. Pergi belajar. Nah, jangan terlau bersedih, makan sedikit supaya tidak lapar.

Termakan dengan nasihat nenek, kanak2 kecil itu terdiam. Kemudian dia menjamah 3 cucuk sate. Sebelum nenek berlalu keluar, dia berpesan pada nenek supaya mengejutkannya awal pagi esok. Dia ingin bangun pagi. Mungkin ingin awal ke sekolah kerana dia selalu lewat. Lewat ke sekolah kerana lambat bangun. Atau mungkin kerana dia ingin bersarapan di rumah kerana dia tak pernah breakfast disebabkan lambat bangun. Hairan dengan permintaan kanak2 kecil yang minta dikejut awal, lalu nenek bertanya kenapa ingin bangun awal. Dengan tenang kanak2 kecil itu menjawab dia ingin solat subuh esok.

Dan keesokan harinya, tatkala atuk melaungkan azan subuh, makan bangunlah kanak2 kecil itu setelah digerakkan nenek. Mandi dengan air sejuk tanpa rasa takut lagi. Dan setelah selesai mandi dia terus menunaikan solat subuh seperti yang terazam dalam hatinya semalam.

Alhamdulillahhhh....... semoga kamu akan menjadi anak yang solehah..amennnn...

Kelab Jiwa Luka

Dalam 2-3 menjak ni aku tak bersemangat betul. Tak tau la pesal. Saki baki demam ari tu tak ilang lagi ker atau penyakit org melayu yang memang payah nak ilang ni..malas! Aikk..tak ah..malas mendenyer. Aku rajin lagi menyental dinding toilet, bersemangat lagi sapu sawang kat bilik tido, ruang tamu, kat dapur. Lap sumer abuk2 yg melekat kat meja, peti sejuk, tv etc etc. Apa lagi job peberet aku dalam acara membersihkan umah, sapu dan mop lantai, pegi blajar bawak kete, singgah care4 beli barang dapur. Huh kire rajin le tu ek..hihih..

Agaknyer jiwa kosong kot. Life pon takde aktiviti yg istimewa atau yg boleh buat aku 'hidup'. Camniii jer. Keje. Balik keje. Tgk tv. Tido. Sakit paler.

Ader la 2-3 minggu lepas aku ikut member pegi karaoke ngan abang2 TUDM dia tuh. Layan jugak. Dapat la kenal satu abang logistik nikh. Dah kawin anak satu tapi stil flirt aroud. Ye la, bini jauh kat Arab sana. Nak kawan ngan aku, hang out, jumpa minum2 ker. Tapi....arhh..entahlah. Nak kawan je pon aku malas. Iskk..kalu camni alamat tak berkawan la aku. Dan yang paling penting tak berboifren la aku. Tak berkahwin lagi la aku.Isk..isk..isk. Sadis.

Dah takde desire ke aku? Takde keinginan? Takde nafsu? Huhhh..payah jugak. Sedih jugak. Torture jugak. Rasa cam salah satu kenikmatan yang Tuhan bagi ditarik balik atas kealpaan dan kelalaian serta ketakburan sikap manusia itu sendiri. Dalam kes aku ni, memang lepas divorce dulu aku dah hilang minat terhadap lelaki (ceh!). Apa lagi berkahwin. Aku dah takde hati. Takde selera. Tertutup pintu hati. Sungguh! Masa tu aku betul2 rasa dah takde nilai cinta dan tempat utk seorang yg bernama boifren utk duduk dalam singgahsana hati aku ni. Perasaan aku berada pada tahap neutral. Entah la.

Aku tak pasti samada pintu hati aku time tu betul2 tertutup ke atau aku sajer2 tutup kasi lock solex. Yang pasti aku tak mahu. Tak mahu ada apa2 hubungan istimewa ngan lelaki. Time tu laaa...ngeh ngeh ngeh.

Dan aku pon tak pasti biler plak aku rasa aku sebenarnya masih memerlukan seorang lelaki dalam hidup aku. Arrghh...! Tensen. Tensen. Tapi dalam waktu aku mengharapkan kehadiran seorang lelaki yang boleh aku panggil 'teman istimewa' atau 'boifren', pada waktu tu pulak mereka2 (penggunaan perkataan yg salah ni)yang pernah mendampingi aku satu masa dulu dalam ertikata satu perhubungan yang agak istimewa hilang..satu persatu. Mereka yang satu ketika dulu pernah menyandarkan harapan pada aku. Dan di saat aku pulak ingin berpaut pada dahan pokok yang maner ntah, pokok pulak hanyut..kena tsunami. Iskk..Entah!

Kadang2 aku terfikir. Entah2 Tuhan sengaja tutup pintu hati aku terhadap lelaki. Yer la, dulu beriya2 benar menolak lelaki dalam fitrah kehidupan seorang perempuan. Skang...hah amik ko! Huhu. Pastu biler dah terasa keinginan tu sepatutnyer dipenuhi, takde pulak lelaki yang boleh aku harapkan. Dan skang... aku pon tak tau apa perasaan aku terhadap lelaki2.

Aku sebenarnya bosan. Kadang2 aku nak sangat jatuh cinta lagi. Merasa betapa nikmatnya perasaan tu. Perasaan biler disayangi, menyayangi, rindu merindu. Huhu. Best jugak tuh. Terisi sikit ruang hati yang kosong ni.

Adehhhh....jiwa kaco betul lah!

Monday, June 25, 2007

New Hair

Ahah.. aku dah potong rambut aku sependek-pendeknya. Pendek sangat. Kalau tengok dari belakang cam lelaki pon ada. Rambutnyer lah! Cam askar pon ye gak. Ala2 tomboy gitu. Hehe tapi paling best skang tiap kali mandi kalau tak syampu mesti aku nak basahkan rambut skali. Aarhh..freshnyaaa... Segarnya. Senangnya. Bestnya.

Tiadalah sudah rambut aku yang panjang macam pontianak busuk malam tuh. Dekat 2 tahun aku bela tak potong langsung, huh panjang tuh..! Mentang2lah buat rebonding, sayang ler eh nak potong. Huhu... Memang la sayang woii...RM250 regenyer tuh.

Ari ni uyi peksa. Dah pesan ngan dia, kalo nak enpon kena dapat nombor satu. Kalo nombor dua dia nak ps2. Kalo nombor 3 tak dapat apa2. Enpon tu nenet dia yang kat subang nak kasi. PS2 tu, aku janji nak kasi masa besday dia tahun depan. Tapi kena blajar rajin2. Hermm.. dia pesan ngan aku beli kasut tumit tinggi yang dia jumpa kat Jusco tuh. Nak pakai masa raya nikh. Hermm ader ke dia cakap 'kan best kalu kaki uyi ader banyak..boleh pakai sumer kasut yang cantik2 tuh.' Huhhh kalu camtu uyi jadik lipan la... Kehkehkeh...dia gelak jer.

Friday, June 15, 2007

Demam


Ni....?? Gambar uyi tengah garu kepala pon jadik laaa. Actually ni antara pic uyi yang latest. Masa dia datang cuti sekolah baru ni. Skang uyi dah balik kampung. Sekolah. Aku lak rasa tak sihat dah nak masuk 5 ari dah. Ntah naper susah plak demam ni nak baik. Biasa kalau aku demam, aku masih gagah perkasa lagi nak mop lantai ker, cuci pinggan ker, kemas bilik ker. Tapi kali ni demam memang betul2 demam. Nak makan pon takde selera tapi perut lapar. Ader orang kater demam rindu...? Ermm..

Wednesday, May 30, 2007

Rombongan Cik Kiah

Pagi ni uyi, ma ngan abang satu famili sampai. Tariq jemput diorang kat KTM. Datang naik ketapi pasal abang malas nak drive. Letih.

Dengar je bunyi derapan kaki diorang kat luar, pastu uyi bagi salam... Eeeeee...'uyiiii...!' 'ibuuuu...' Waaaa terus meluru aku ngan uyi berpeluk. Hermmmm bestnye peluk anak aku. Dah besar. Terasa badan dia dah besar. Tak macam kecik2 dulu. Debab. Tembam. Rambut uyi panjang. Tak potong2. Hampir 3 bulan aku tak tengok muka dia rasa cam dah jauh sangat2 berubah. Dah besar. Lain. Takde dah sangat budak2 dia yang comel tuh. Hihii... Dah berubah ke raut wajah anak dara sunti. Ahaksss... Cam matured je nampak. Hiksss..

Muke uyi comel sangat. Tak puas aku tatap wajah dia tadi. 'Meh ibu nak tengok muka uyi betul2..eeee dah besar dah anak ibu..cantikk.' Uyi tersengih jerk. Riuh rendah la umah aku yang kecik tu pagi tadi. Bising ngan sore budak2 ni, ipam, nisa, bad...Huhhh balik karang mesti bersepah2 umah ni.

Dan aku pon masuk lambat la pagi tadi. Uyi cam biasalah tak kasi aku pegi keje. Tapi memikirkan aku nak setelkan keje betul2 before ponteng terpaksa la aku pegi jugak. Lagipon aku dah ready dah. Besides, kat umah pon ramai orang so uyi takdelah sunyi sangat. Nenek dia pon ader. Cousin pon sumer ader. Mak2 sedara dia pon ramai. Tak la aku rasa berat sangat. On the way to opis.....i smell something.......like familiar la jugak. Snif punyer snif....isskkk...ni cam bau air basi uyi je nikh...Huhuhu...

Dan semalam dengan rasminya aku telah potong rambut aku. Huk huk.. rambut yang telah aku bela panjang selama setahun setengah tu..rebonding lagik pasal tu sayang nak potong. Hehe. Dah rasa berat sangat dah kepala aku ni. So smalam aku decide potong pendek, tapi takla pendek sangat sbb takut cam budak2 skolah lak nanti. Ikutkan aku nak ajer buat ala2 tomboi tuh. Senang. Ari2 aku leh syampu rambut. Nak blow pon senang. Tapi aku potong paras tengkuk. Stil nampak panjang sebab potong ala2 layer..kasi nipis sket. Ntah aku pon tak tau apa pesen. Bukan aku reti sangat pon. Asal aku rasa ok, kemas, cantik dan adik2 aku takde banyak komplen tu kira ok la tuh.

Hermmm... dan esok aku 'eksiden'. Hehe. Baper ari ek..? Ala 2 ari jer. Nak spend masa ngan diorang. Abang nak bawak anak2 dia jalan2. So am i. Sempat la sambar seluar kaler pink kat Jusco smalam walaupon tak dapat gaji lagi. Huhu selama 2 tahun keje sini tak pernah2 lewat dapat gaji alih2 bulan ni bos aku cakap maybe gaji lewat sket. Huhhh rasa cam nak hempass je pc ni kat paler dia. Huhuh..


Saturday, May 26, 2007

Lagi citer antu


Pagi tadi sampai je opis aku terus tepon uyi. Borak2 ngan dia pagi2 ni. Again she told me wanna watch Jangan Pandang Belakang ngan Waris Jari Hantu kat pawagam. Actually aku ajak dia tengok Shrek, takpon Pirates of Carribean. Tapi dia takmo, nak tengok gak citer seram tuh.

Actually dia tau citer JPB ni masa aku bawak dia tengok wayang Cicakman. Kan ader promo filem2 lain. So biler dia tengok promo citer hantu tu terus dia suka. Siap cakap ngan aku lagi masa promo citer JPB kat wayang tu dia tengok gak blakang. Dan alangkah terkejutnya dia biler tengok....'Err ader antu ke uyi..???!' 'Takk..uyi tengok ader makcik rambut kerinting kat blakang..terkejut uyi'. Hehehehe..

And she reminds me the oversea chocolate. Haiii..high taste budak nikh, nak yang omputeh punyer jerk. Yang malaysia punyer dah tak sedap dah...?!??

Jangan Pandang Belakang

Semalam Alin blanjer kitorang kepsi (KFC) sempena naik gaji. Beruntung sungguh dia dapat bos yang baik ati. Dalam mase almost 2 years ni dah 2 kali dia naik gaji. Untung lebih kot.. Kitorang tapau makan kat umah je sbb kalu nak pegi makan kat luar tak muat kete lak.

After mengisi perut yang kebuluq tu, kitorang layan cd seram ni lah, don't look back. Buat style panggung la pulak. Padam lampu. Duduk seat satu sorang. Sofa baru lak tu. Ahakss...best, baru petang tadi sampai. Tak sangka besar pulak sofa L shape tuh. Cantik memang cantik, tapi rasa cam tak padan ngan umah aku yang kecik tuh. Lepas tu ader kaki lak tu lagi le nampak besar. Kot kat kampung punyer takde kaki, so nampak kecik le sikit. Patut sofa kat kampung tu letak kat sini, sofa baru ni letak kat kampung. Ehh apada citer pasa sofa nikkhh..Uhhh tapi memang best aa skang dok umah sebab kitorang dah make over walaupon tak abis2an tapi it looks nice. Hias sana sini, sofa baru, carpet baru, bunga baru, langsir baru, almari kasut baru, lukisan bergantungan. Tak sempat nak cat je. Huhu..ni sumer gara2 nak menyambut kaum keluarga datang next week. Of course my uyi...ngan ma, abang satu famili pon nak dtg. Dan aku dah plan camner nak mc next week. Hehe...or u people have any better ideas.

Ok skang ni aku nak citer pasal movie yang aku tengok smalam. First cd memang terkujat2 aku dibuatnya. Takde la seram sangat macam aku nengok citer Pengabdi Setan masa kecik dulu atau Penangkal Ilmu Teluh. Rasanya citer2 tu lagi seram giler. Tapi citer JPB ni banyak buat aku terkejut sampai kejang otot ginjal dan tegang urat tali perut. First aku tengok hantu tu appear dengan teramatlah suspen dan terkujatnya sampai aku tutup muka dan jerit. 'Arrrrhhhhhhhh..'. Cehhh...sejak biler pulak aku tengok citer hantu siap tutup muka nikh! Isk..tak rock langsung. Pastu kemunculan kali ke2 dan ketiga hantu2 tu pon buat aku terjerit2 (cehhh..!!). Bukan takut, tapi macam aku cakap tadi, terkejut! Citer ni memang pandai buat aku terkejut2 la. Sikit2 terkejut. Sikit2 suspen. Walaupon citer dia tak seram tapi hantu dia amatlah menakutkan. Eeeeee... memang geli aaa. Yarkk. Rasa nyampah pulak tengok hantu tu sebab hodoh sangat. Hehe.

Masuk second cd, aku dah ready dah. Dah bleh baca gerak citer dia. Aku dah standby bile agak2 antu dia nak muncul. So takde la rasa terkejut sangat, even tak seseram dan sesaspen first cd. Dah bleh gelak2 lagi. Dan lepas abis citer tu masing2 pegi toilet nak berteman. Cehhh, apadaaa..ni kalo tengok kat kampung ni mau beratur berderet nak ke toilet ni. Sib baik kat kl. Umah pon tak sebesar kat kampung. Kalau kat kampung...hermm dengan memandang ruang kosong kat meja makan dapur pon dah rasa kecut perut.

Citer ni bagi aku memang menakutkan. Bikin gua lemah jantung, tapi tak seram yang amat. Sebab dia lebih banyak main sound atau visual effect kot. Nak kater seram...herm citer2 hantu indon mase aku kecik dulu lagi scary. Tapi part yang best bagi aku dalam citer ni masa kete si Darma tu rosak on the way dia nak balik kampung. Hehe. Ader hantu kat blakang dia, pasal tu sumer orang cabut. Hehe..klakar. Best best.

Dan kitorang tido dekat kol 3am walaupon citer tu abis kol 1.30am. Abisss..masing2 takmo tido tepi. Katil queen size aku tu ader 4 orang tido! Pulak tu si alin sibuk nak takut2kan kitorang. Macam2 la dia buat nak nyakat. Cisss..memekak je pagi2 buta. Last2 si liza ngan alin tido katil lain, aku ngan uyo tido kat bilik aku. Panas. Sempit tido ramai2. Takut2 pon tapi kalo tido sempit2 takmo aah. Besides, aku bukan la penakut sangat. Kadang2 je..hehe.

Dan aku buat keputusan. Aku nak sorok cd tu bile uyi datang nanti. Aku rasa uyi tak patut tengok citer ni sebab banyak adengan terkujat2. Kang nanti dia ngigau. Dah ler dia beriya2 ajak aku pegi panggung semata2 nak tengok citer tu. Uyi ni memang berani. Serius..dia memang tak takut. Dia bukan penakut cam budak2 lain yang takut hantu. Entah apa yang dia takut aku pon tak tau. Ohhh masa kecik2 dulu dia takut ngan hair dryer dan mesin urut badan atuk dia. Hehe pasal dua barang ni shaking, dan hair dryer tu ader mengeluarkan bunyik. Dia takut. Huhu.

Lepas ni..... jangan pandang blakang, pandanglah depan sebab yang belakang tu dah berlalu. Toleh kejap takpe. Huhu...

Thursday, May 24, 2007

Citer Ciner

Ntah apa nak jot down kat sini. Tapi lately tersangat la boringnyer kat opis ni. Nak bangun pagi pegi keje pon rasa berat sangat. Takde spirit aah.

Tapi tetiba je aku tringat something. Skang ni dah takde citer ciner ek kat tv3 yang selalu main petang2 tuh. Drama bersiri ciner yang selalu main kol 6 petang tu. Dulu pernah diubah waktu siaran dia kol 7 la, kol 6.30 la. Kalu bulan pose start 5.30 kot. Skang aku perasan tv3 dah takde drama camtuh. Ganti ngan drama melayu, Manjalara. Aku layan citer tuh, best gak.

Tapi rasa tak best aa drama ciner dah takde. Slot tu dah lama, sejak aku darjah empat lagi, masa tv3 mula2 established. Bile dah dihentikan rasa cam tak lengkap slot siaran tv3 tuh. Huh, aku dulu memang giler tul ngan citer ciner petang2 tuh. Kat hostel pon ader je citer dia yang best2. Sampai la skang aku dah bekerja ni. Masa pregnant uyi pon aku sebok nengok si Lee Siew Tin tu blakon. Patut le muka uyi pon ader iras2 ciner sket. Kenan. Hehe. Tapi citer si budak gemuk lurus Fei Mou tu pon aku tengok gak. Citer Journey To The West pon aku layan. Sib baik ler watak2 ngan muka dalam citer tu tak melekat kat uyi. Heh..haru.

Melalui citer2 ni jugak la aku kenal si Tony Leung dalam Police Cadet 85. Ah Kit nama dia. Couple ngan Margie Tsang. Hensem seyy masa tuh. Minat giler ah. Time tu kalau boleh nak pakwe muka cam dia lah. Pastu citer The Brothers, casting Chow Yuen Fatt, Simon Yam, Dodo Cheng. Yesterday's Glitter aku tak tau nama pelakon dia tapi aku memang minat mamat ni start dari dia muda sampai la tua. Dan sampai skang pon aku tak tau nama dia apa. Hehe. Then citer The Breaking Point, casting Leon Lai Meng sama Derrick Wan ngan Fiona ngan sapa2ntah lagi. Lupe. Peek of Passion (Ah Chun..His smile....pehhh memang cun giler babss, sampai la skang..!), Cold Blood Warm Heart, 'Kaki Menggigil' (aku lupe aa tajuk cina dia). tu jer tajuk drama yang aku ingat, lain2 sumer aku dah lupe. Banyak sangat. Bayangkan dari tahun 86 aku nengok citer2 tu..agak2 dah baper ratus drama ntah. Tapi kebanyakan pelakon dia aku tak tau nama betul diorang. Cume menyebut nama diorang dalam drama masing2 je. Skang pon ramai pelakon yang hensem2 tapi aku tak tau nama diorang. Cehh nak yang ensem2 ajer ek..huhu.

Tapi paling takleh lupe soundtrack dia. Fehhh..memang best2. Aku siap pi carik kat kedai2 kaset ciner nak dubbing. Seriously, memang sedap lagu2 dia. Skang punyer soundtrack pon takleh lawan yang dulu nyer. Memang melekat di sanubari lah. Dia punye muzik pon memang kena ngan citer dia. Lepas habis satu citer.. satu satu citer lain main plak. Memang takleh tinggal. Ma pon sampai bising2 ngan kitorang. 'Nak jadi cine ke hapa budak2 nikh'.

Ehehe..tapi tu dulu2 la. Citer skang pon best gak tapi tu ler, yang lama jugak yang diingati. Skang pon kat channel lain dah berlambak2 sangat citer ciner, Singapore la, Taiwan la, Korea la tapi takleh lawan slot kat tv3 tuh. Very nostalgic. Sampai uyi pon layan citer Meteor Garden tuh, 'Eee..F4..F4..'. Hehe.

Hermm..tapi Andy Lau stil the most ensem lah. Dari muda sampai tua. Dari aku skolah sampai anak satu.
'I like the chinese look guy.' Hehe..ingat lagi jawapan aku masa cikgu sajer2 tanyer suke lelaki camner. Satu kelas boooo. Huhu. And lastly dapat la...ader ler iras2 chinese look, but it's more to javanese look lah kot! Ehehe.. Ala tu sajer2 jer. Yang penting hati budi kena baik. Jangan jadi rupalistik, materialistik takpe...kan.?

Tuesday, May 22, 2007

Wednesday, May 09, 2007

Pagi yang Jiwengss

Pagi ni KL ujan. Pagi2 ari lagi. Lebat lak tu. Uhh.. syok tido. Rasa takmo bangun. Apsal ler ari ni bukan ari Ahad ek. Hihi..

On the way to ofis, entah naper tetiba rasa .....entah! Tak tau nak cakap rasa apa. Yang pasti bukan rasa pahit atau manis atau masin atau masam. Tapi macam rasa...sepi...pilu...sedih sikit2..lonely..sebak...huk..! Agaknya perasaan ni ikut cuaca kot. Bercampur2. Cam rojak. Pulak tu lagu CRK on air. Cinta dan Airmata.
'Dikau..pergi tanpa pesan tinggalkan ku dalam kepasrahan, cintaku yang suci bagai tak kesampaian, terputus di tengah jalan...'
Tiba2 aku tersentak dengar bait2 lirik tu. Iskk..bukan tak penah dengar, dah naik lunyai aku dengar lagu ni. Dah boleh sampai nak muntah la kater orang kalau makan terlalu banyak, tapi aku stil maintain sbb aku suka lagu tu. Bukan aku tak tau lirik dia, tapi pagi ni bile aku dengar rasa lainnn jerk. Rasa sebakk je. Rasa macam baru dengar dan baru perasan je lirik ni. Huh..! Dan aku terus menghayati lagu tu sampai ke abis sambil perati wiper kete kat depan dan sumer kete yang ader kiri dan kanan. Seolah menari2. Hehe.

Dan yang lebih bestnya pas lagu tu, kuwar pulak lagu Realiti dan Fantasi by Crossfire. Grrrrrr... Apadaa lagu2 camni pulak yang main nikh. Cam tau2 plak aku nak layan blues. Layan je ler. Aduhh..jiwang nyerrrhhhh...!! Bukan tak biasa dengar, tapi ada ketikanya bila kite dengar lagu tu rasa cam terlalu la sentimentalnya dan terasa nak melayan perasaan jiwang tu sama2. Huhu.. Dan kadang2 rasa macam terkena batang idung sendiri. Rasa lagu tu terlalu bermakna. Menyentap hati. Menyentuh perasaan . Meresap ke fikiran.

Dan pada waktu yang sesingkat itu jugak aku teringat akan seorang insan yang belum bisa aku lupai. Belum lagi. Walaupon dah berpisah almost 4 years i guess, walaupon aku dah try tukar nombor tepon dan buang nombor dia tapi aku stil takleh lupa. Kadang2 aku dail gak nombor dia walaupon nombor last tu aku tak tekan. Hehe. Aku rindu lagi ke? Tak kot. Cuma takleh lupa lagi. Entah bila la aku betul2 leh lepaskan dia ek. Rasa terbeban betul kepala otak ni. Iskk..masa aku type ni pon terbayang plak muka dia. Adussss...menyampah...!! Syohhh...syohhh..!

Opss..! Sejak epull dapat nombor aku tu leh katakan ari2 tepon aku. Bosan pulak. Bukan apa, takde modal nak borak lah. Balik2 tanyer dah makan? Buat apa? Bz ke? Itu ke ini ker. Aduhhh..kadang terselit pasal masalah rumahtangga dia. Oo...aku paling nyampah. Kalau masalah biasa takpe, bertengkar ngan bini ker, anak nak sekolah ker, bini dia suka majuk ker. Ini kalau masalah melibatkan bini dan keluarga tok nenek bini dia aku takmo campur. Pulak tu ada masalah dalaman lagik. Bukan takleh nak kongsi ngan aku, boleh. Aku boleh jadi pendengar je. Lebih2 takde. Yang buat aku tak sedap ati sebab dia nak jumpa aku. Nak turun KL cuti sekolah nanti. Huhuh..idak le. Aku dah siap plan apa nak kelentong. Aku takmo create masalah sebenarnya. Lagipon aku taknak menimbulkan fitnah. Ye la, KL ni pon tak besar. Lagipon, aku takmo dia salah anggap. Lebih2 lagi kat kampung aku tu macam CNN. Apa2 berita cepat jer mendapat liputan meluas.

Arhh...aku rasa blues aku dah ilang. Ujan pon dah benti. Aku pon nak rentikan jugak perasaan jiwang karat pagi ni. Sekejap jerk. Dia hadir ada ketika2nya. Ketika hati ini terasa kosong yang amat. Duhai hati, bersabarlah. Elehh cam Ina Naim la pulak. Yeaahh...duhai aku, sabarlah. Cuti skolah tak lama lagi. Nak bawak uyi ke KLCC. Kasi tengok jaws. Eeeee..tak sabarnya. Oyeaaahhhh....!!!
Uyiiii...miss u so much bebeh..!!

Saturday, May 05, 2007

aARrrggGGhHHH....!!!

arRGhGhhHHHhh.....!!!! tensennyaa...!! tak cayer...tak cayer...!! hushhh...!!! i can't believe it! Ripleys believe it or not..i believe i can fly..what..?? uhhh..cannot believe maaa...urrghhhh....apsal nikhhh..??!!!!

Smalam aku teman liza pi farmasi, pastu sajer2 timbang berat aku. What..????? 42kg..??? Biar betoll..???!!! Eeeee..tak cayer aku. Really! Aku rasa mesin tu rosak kot..iskk...Betul! Takkan la berat aku dah 42kg kot..?? iskkk. Tipu. Tipu.
Tapi...patut le aku rasa badan aku skang macam kembang semangkuk jerk. Ghupenyer betoi aku dah berisi ker..??. Uhhh...tidakkkk.......!!!!!!!!
Aku tak puas ati. Mesin tu rosak. Tapi..kalu mesin tu rosak..camner berat liza ok jerk..? Errrrrkkkkk......adushhhh....! Eh tapi aku stil rasa tak puas ati. Aku kena test kat mesin lain gaks. Uhhh... ada ka...seyyy...iskk...sampai 42 kg..? Biar betul. Kalau yer, maksudnya memang aku dah gemuk sket aa..?? Gitu..?? Uhhhh...betul2 tak sangka akhirnya berat aku mencecah gak ke angka 40!!!!

Before this, paling berat aku ialah 39kg. Huhhh..time tu memang aku tembam giler ah. Tu pon masa skolah menengah kot. Pastu aku maintain 35-37kg jerk. Haaa...lagi satu masa aku tgh sarat 9 bulan. Ye la time tu aku 45kg. Berat sama ngan uyi maa...Uyi lahir je berat dia 2.9kg. Kire besar gak tu sbb saiz aku yg kecik nikh. Pastu berat aku 37-38kg. Tapi skang....??? huuhhh..tu yg cam tak cayer tuh. Nak kater kurang excersise...errr..memang kurang pon. Hik..! Jarang dah joging skang ni. Dulu rajin gak keliling Tasik Permaisuri tu. Tak pon kat Bukit Jalil. Makan....errrr..adik aku cakap aku la champion antara kitorang walaupon aku yg paling kecik. Kuang...kuang..kuang..!!! Hehehe...Adeeehhh..adehhh...adehh..

Patut ler pakai baju skang rasa lain macam jerk. Rupenya lemak tersengih. Huhh..
Hermm..dah berumur ni, agaknya gitu la ek. Dah masuk 30sen nih. Huk..dah tua rupanya gua nikh. Iskk..tak leh jadik ni. Nak kena start rejim senaman menguruskan berat badan nikh. Dah ler aku ni tak berapa nak tinggi (rendah le) memang alamat cam tong drum la kalo terus2an berisi nanti. Huhuhu..

See my tummy....uhhhhuhkkkkk...!!!

Monday, April 30, 2007

result peksa



Uyi masa 2 bulan. Ni time raya haji nikh, aku bawak uyi pi umah liza. Masa tu liza stay kat Pantai Dalam.
Smalam aku terjumpa gambar uyi masa umo satu hari. Rupanya si Sharul yang bawak. Patut la cam nak mampuihh aku carik tak jumpa. Habis gambar2 lama kat kampung satu lemari aku selongkar takde. Apadaa...

Member yang dok kat Swis nak balik bulan 6 nikh. Hehe..kater nak bawak coklat from there lah. Khas utk uyi ler, sbb aku cakap uyi pesan suruh beli coklat obersea. Ari tu dia makan yang bos aku bawak balik dari Jerman...sedap gamaknya. Dia suruh aku beli lagi. Nak coklat omputeh katanya. Takmo coklat mesia nikh. Huhu..

Smalam abah cakap result peksa uyi dah dapt separuh. Bahasa mesia dia dapat 100. Huhu..itulah anak gua.. Actually ader 2 paper for BM (huhu...dasat budak2 skang blajar). Satu tu memang dia dapat 100. While yang satu lagi dia dapat 98% jerk pasal dia cakap cikgu tu salah tengok. Actually ejaan uyi dah betul cuma huruf a kecik dia tuh ekor tu dia tertarik panjang sket, so nampak cam huruf q ler. Dah kire salah le gamaknya. Bengang le member... hehe...yer la...maunyer tak frust..bukannye dia tak tau eja, tau! Eja ayam..takkan la 'ayqm' plak. Tu ler... Aarh tak kisah la...yang penting dia tau.

Smalam dia tido awal. Kol 8.30 aku tepon langsung takde orang angkat. Kol 9 lebih tu abah ngan ma baru balik dari surau, cakap diorang dah terbongkang kat bilik ma. Dengan Pajeen skali dah tido. Demam kot.
Abah citer uyi bisnes ligat lagi dalam kelas. Hadoii.. dia citer kat atuk dia, beli coklat satu kotak 20sen, dalam kotak tu ader lebih kurang 15 bijik coklat, jual satu seposen. Hermm.. coklat tu pulak beli kat kantin skolah jer..pastu pi jual dalam kelas dia. Abah dah pesan ngan dia nanti kang cikgu marah. Huhhh..selamba jerk dia cakap cikgu takkan tau. Amboii..ader darah berani tu..keturunan Bugis..hehe..

Tuesday, April 24, 2007

Teh Tanpa Gula

Aku call ma petang smalam. Ma baru balik dari surau, tak bukak lagi telekung sebab nak cepat balik, nak goreng nugget utk uyi. Uyi nak makan tapi dia sendiri entah dah lesap ke mana.

Ma citer, smalam uyi makan nasi ngan kicap dia tu la cam biasa. Tapi at the same time dia makan pucuk ubi cicah ngan budu. Hehe..reti budak ni makan pucuk ubi. Aku usahkan daun2 tu, sayur pon aku nak muntah masa kecik dulu. Pasal tu la agaknya badan ni tak besor2 kot! Huhu..

Kelmarin petang ma pegi kebun awal sket sebab sayur dah makin banyak. Takut tak sempat nak hantar malam nanti. Ma pegi kebun ngan abah around 3pm. Uyi pegi ngaji time tu while Pajeen lom balik skolah lagi. Cam biasa la grandparents aku ada kat umah. Diam tak diam dah dekat 2 tahun ma jaga diorang. Grandparents aku tu dah terlalu tua dan uzur. Kadang2 nyanyuk sket. Tak boleh nak buat keje sendiri. Mata pon tak berapa nak nampak. Pendengaran pon kurang, so diorang tak stay sendiri, pindah stay ngan ma.

Lepas Asar tu baru ma balik. Bile ma masuk kat dapur, kat atas meja tu atas 2 bijik cawan yang grandparents aku guna utk makan minum diorang ngan seketul roti. Ma tanya la Pajeen yang kebetulan baru balik dari kelas tambahan tu dia ke yang buat air untuk mok ngan cek. Pajeen cakap la bukan. Heran la saper plak yang buat, takkan la mok pulak yang buat air teh tu. Mata dah la tak nampak. Gula pon dah tak cam camner nak buat air teh. Pastu ma sajer2 tanyer uyi.. Hehe..uyi sengih2 je, cakap dia la yang buat. Hihihih...Tergelak ma.
'Uyi buat air teh sungguh?'
Pastu ma tak puas ati, pi tanyer grandparents aku betui ka dah minum air teh tadi. Datuk aku tu cakap la dah minum dah tadi...uyi la yang buat tapi airnya tawarrr... Biasa la orang tua cepat ngomplen. Grandparents aku tu cerewet sket bab makan ni. Kalo bagi sup ayam pon kadang2 dia cakap kasi makan ayam rebus. Hehe.. pasal dia dah tak nampak, deria rasa pon dah kurang, kitorang pon dah tak amik kisah pasal tu. Tau dah peel dia camner. Sebab tu kalu kasi nasik kat dia kena cakap 'cek, ni lauk ayam masak kari ni' ataupon 'ni sup ayam ni cek'. Haa baru la dia tau. Kalu tak sumer dia cakap tak best ajer, lauk main rebus ajer. Hermm jaga orang tua lagi susah tau dari jaga baby, lagi manja. Hehe.

Ok, lepas grandparents aku cakap uyi yang buat air tu terus ma ketawa. 'Uyi tak bubuh gula ker?' 'Dokkk.. uyi tak jumpa gula. Ermm tak pe aar nek, minum teh tanpa gula.' Hihi.. si uyi ni gelak ajer. Ader ke patut buat teh kat orang tua yang sememangnya takleh minum tawar sket tak boh gula. Lagiii ler bertambah2 tawar ngan kelat. Patut le datuk aku nampak bengang jer, kehkehkeh.
Tapi can't imagine camner uyi masak air..pastu buat air teh, bile time nak boh gula tapi tak jumpa, aaarhh belasah je la tak boh gula pon takpe. Pastu camner dia pegi kedai pok nik kat depan tu beli roti 2 ketul untuk moyang dia. Pulak tu pandai dia atur cawan yang memang moyang dia pakai atas dulang yang memang dulang tu pon dikhaskan untuk diorang. Hiii..how sweet......dah besar rupenya anak gua nikh. Huhu.. Dah boleh diharap. Prihatin. Agaknya dia kesian kat moyang dia lom minum air lagi kot. Ye la, grandparents aku tu kuat makan woo. Makan mesti ikut time. Breakfast, pastu kol 11 minum teh lagi. Lunch. Tea time. Pastu makan malam. Sib baik takde supper. Tapi yang sonok tu, diorang cukup suke makan cekedis. Hehe..ataupon apa2 jenis kopok la, bagi ler kat mok mesti dia ketawa. Hihii...seronok gak tengok diorang, kesian pon ader. Insaf pon ada. Beginilah keadaan menghabiskan sisa2 usia yang masih ada. Errmmmm.......

Tapi risau aku! Kalau uyi masak air tu. Dah le dapur kat kampung tu tinggi sket. Pastu ngan air panas lagi..iskk. Kalau dapur kat sini takpe la, sedang elok je rendahnya. Uyi pon memang dah biasa masak air kat sini, tapi tuang air panas aku tak penah kasi la. Bahaya.

Ma cakap smalam sampai ke malam ma asik nak tergelak ajer kalao tengok uyi. Abah pon sama. Air teh tanpa gule.... hehehe...

Wednesday, April 18, 2007

Terkenang Semasa Dulu

Semalam aku tido dekat kol 4am. Ni Syairul la punyer pasal. Abis terdelay waktu tido aku dalam sibuk tengah nak rearrange jadual tido. Tak pelah, Syairul punyer citer tu tutup dulu. Tadi aku terlelap jap, ngantukss. Dalam terlelap tu aku leh pergi ke waktu mula2 aku masuk form 1. Waktu aku bergelar freshie kat Sekolah Sains Machang tuh.

Dan selepas tu aku terkenang saat2 yang aku lalui masa minggu orientasi atau minggu silaturrahim. Terngiang2 lagi lagu2 BPR, Wings masa kitorang kat dalam dewan besar, tengah sebok nak dapatkan signature senior esp. dari abang2 dan kakak2 prefect. Teringat lagi naik turun tangga nak ke dewan makan. Masa naik tangga yang last skali kasut aku tercabut, dengan 'senang hati'nyer aku turun terhenjut2 cepat2 pakai balik. Dah terlepas line aku..

Masa zaman aku tu, abang2 senior hensem2! Rasa cam diorang tu matured sangat, besar dah dan terasa kitorang ni memang budak2 hingusanlah. Memang nampak perbezaan yang ketara, antara senior dan junior. Hormat dan respek dan minat memang tersemat kat dalam jiwa nikh. Pulak tu ada antara diorang ni dalam golongan rok2, aduii lagi la aku suka. Kalau dengar lagu 1000 Tahun Takkan Mungkin ker Taman Rashidah Utama ker, tu memang lagu official minggu orientasi tuh. Melekat sampai skang. Tak tau la apa perasaan aku, tapi memang ia membawa aku ke zaman yang penuh nostalgia yang tak mungkin dapat pegi balik. Kan best kalo ada mesin masa.. akan ku terbang ke sana menjadi sang pencinta dan bercinta. Hehe. Pasal tu ler aku sukaaaa sangat dengar lagu2 zaman tu walaupon asikk la kena kutuk ngan adik aku. Sebab walaupon tu zaman kegemilangan rok kat Tanah Melayu ni, tapi ader gak lagu2 yang jiwang karat... tapi best!! Huhu... ade sesetengah lagu memang lentok abis tapi stil dalam genre rok kapak.. tu yang mahal tuh. Satu lagi part sore. Hehe. Sore diorang ni nyaring lain sket. Tapi bile dengar bikin jatuh cinta daa. Sore budak2 cam nak meneran pon ader. Hehe, klakar.. tapi sore tu ler aku nak dengar skang ni. Sedap.

Dan aku terkenang kawan2 waktu sekolah dulu. Hermm rindu sangat. Rindu kat kemesraan dan kemeriahan itu. Terbayang wajah diorang satu persatu bersama karektor masing2 dan memori2 masing2. Batul la orang cakap, alam persekolahan adalah alam yang paling seronok. Tapi masa tu aku tak cayer. Alam keje la lagi seronok.. dapat pegang duit, tak yang datang kelas, tak yang susah2 sengkang mata studi, tak perlu berkejar pegi kelas prep, beratur panjang2 kat dewan makan (tapi makanan kat skolah aku antara yang terbest di skolah asrama jangan tak cayer), takyah tengok muke cikgu disiplin, boleh mc.... eee..macam2 lagilah. Tapi skang... andai dapat ku undur masa, ada 3 perkara penting aku nak buat. Aku nak belajar sungguh2 dan pegi oversea, aku nak bercinta ngan orang yang aku suke dan aku nak bergayut masa riadah supaya tinggi.

Haii.. apsal laa pegi mimpi kenangan lalu, kan dah terkenang. Bikin gua sentimental sekejap. Tapi yang pastinya.... dah lama tak mimpi hantu! Takmo aa, takut.. masa kecik dulu je selalu mimpi dah besar ni takde dah. Tidur skang ni takde apa. Cam skrin putih. Kosong. Tido mati la katakan. Huhu..

Monday, April 16, 2007

Kenangan Bersamamu

Semalam tengah syok2 tengok Supernatural, abang tepon aku dalam kol 11. Hemm..guess what, epull call abang, dia mintak contact number aku. What..??! 2-3 kali aku tanyer abang, epull mana satu? Alaa..epull budak kampung kite tu lah. Ulpp...Epull budak jughuh Lawang tuh?? Errkk..nak apa lak dia mintak nombor aku? Abang cakap tak tau ler..ader keje katanya. Maksudnya ada hal sket la tuh. Aku agree je, sebab memikirkan kitorang pernah berkawan dan dah dekat 10 tahun tak jumpa.

Lepas tu, kepala otak aku ligak pikir pasai apa laa si epull ni tetiba nak contact aku? Buang tebiat apa. Dalam hampir sepuluh tahun aku selalu balik kampung ni, tak pernah sekali pon terserempak ngan dia. Nampak pon tak pernah. Apa lagi bertegur sapa. Time raya pon tak pernah bertembung. Dia pon tak pernah datang umah lagi semenjak kitorang dah clash. Err.. maksud aku dah tak kawan. Istilah clash tu berat sket sebab kitorang tak pernah berada dalam alam percintaan yang realiti.

Dan aku hampir2 nak terjerit bile dalam kol 12 enpon aku ringing dan satu nombor yang tak pernah aku set dalam enpon appear. Dan naluri aku kuat menyatakan tu mesti nombor epull. Alamakk....
Tapi kitorang professional, cewahh...! Masing2 tanya khabar. Ye la, lama tak jumpa. Dan paling aku rasa cam pisau blade menghiris kulit pipi bile dia cakap 'dah takde kawan kat kl tu, kita nak tapi orang tak nak... saya ingat lagi tuh'. Glupp.. err... adehh... aku gelak je, takmo take serius lah. Lagipon citer lama.

Dan sebelum tidur smalam, otak dan fikiran aku merentas sedikit masa lalu. Epull, budak kampung aku yang pertama aku minat. Sebab dialah satu2nya budak kat kampung tu yang baik, sopan dan tau hormat orang tua while kawan2 dia masa tu sumernya menjengkelkan mata kasar aku ni. Sesekali aku balik kampung (sbb masa tu aku skolah kat asrama penuh) selalu terserempak ngan dia sebab umah nenek dia kat seberang sungai sana, blakang umah aku. So memang dia kena lalu jalan umah aku la. Berbekalkan motor buruk dia tu.. hihi.. asal dengar deruman enjin moto dia je aku dah cepat2 dok tepi tingkap nak jenguk dia. Hehe.. dia lak memang terkenal ngan sifat malu2 tikus tu apa lagi.. gabra abis member! Aku lak mentang2 kaum ramai, makin suke kitorang nyakat. Huhu.. seronok masa muda2 dulu. Tau nak hepi ajer.

Tapi kitorang tak pernah bercinta secara serius. Kitorang tak pernah declare. Cuma masing2 simpan dalam hati je. Aku rasa aku suka kat dia dan aku dapat rasa gak dia pon suka kat aku. Tapi tu sumer dari pandangan jauh je. Tak pernah terluah soal perasaan ni. Berborak panjang pon tak pernah, cume bertegur sapa dan berciter sikit2 jer tak banyak yang boleh diperkatakan. Ye la, aku malu dia pon segan. So aku anggap hal tu setakat tu jer. Lagipon lepas tu aku masuk Uitm while dia aku dengar masuk Pusat Giat MARA. Jumpa lepas tu pon aku ingat dalam sekali je kot. Lepas tu masing2 buat hal masing2. Aku dengan praktikal kat KL dan dia ngan kerjanya. Dia jadik mekanik. Aku respek kat dia pasal walaupon dia tak blajar tinggi, sampai SRP kot dan dia ni tak sesempurna orang lain (sebab ibu jari salah satu tangan dia takde) tapi dia rajin keje dan ader inisiatif nak majukan diri. Skang aku dengar dia dah bukak bengkel sendiri kat pekan.

Hermm.. apa lagi nak citer pasal dia. Dia memang baik. Lurus. Aku tak perasan, aku ke yang tinggalkan dia atau dia yang tinggalkan aku dulu? Arhh.. sumer tu dah takdir. Aku dengar citer mak dia ada calon untuk dia. Aku jadik bengang dalam diam. Aku tersinggung sebab dia tak cakap apa2 pon. Tak pasti pulak kebenaran citer tu tapi aku amik keputusan nak lupakan dia. Kebetulan pulak masa tu aku berkenalan ngan xhusband aku. Hermmm....

Sesekali.... terasa seperti terkilan.. seperti menyesal terburu2 camtu... sebab dia baik.. dia memang baik. Tapi aku boleh lepaskan tu sumer. Tak kisah lah, ni sumer soal jodoh. Lagipon aku bukan betul2 tangkap cintan. Aku bukan ralat takde jodoh ngan dia, tapi aku lupakan dia sebab berkawan ngan orang yang tak sepatutnya aku jumpa. Cehh...cam tanak ngaku salah sendiri laks.. huhu. Dan skang ni tak tau apsal aku asyik berdoa semoga Tuhan pertemukan aku dengan lelaki yang baik. Hikss.. yang pasti bukan suami orang ;-)

Saturday, April 14, 2007

Jawapan Yang Pasti

Smalam aku jumpa kak ina, wife abang helmi kat IOI Mall. Tanyer serba sikit pasal nursery yang dia nak lego tuh. Herm.. seronok! Semangat betul aku dengar. Macam2 plan aku nak buat nanti. Tapi yang pasti, by next year aku dah takmo makan gaji dah. Letih. Dan kompem nursery tu kak ina nak jual kat aku. Alhamdulillah.. at least mudah urusan aku yang satu ni. Cuma aku nak kena pegi amik kursus je. Lokasi, customer, barang2 mainan, staf sumer dah ada. Tak payah aku nak pegi survey tempat baru ke apa ke, cume nak mesra2kan diri ngan nursery tu je ler. Ermm banyak yang nak kena aku belajar ni.

Yang buat hati aku tambah berbunga2 sebab uyi akan skolah kat sini, dan dok ngan aku. Indahnya tak terkata. Tak sabar aku..

Hermm.. pasal tanah abah tu stil dalam perbincangan lagi. Smalam aku tepon abah. Abah cakap memang la antara tender tu tanah abah yang paling berpotensi, tapi biasa lah.. bile dah masuk bab duit.. macam2 orang ada. Pulak tu ada orang2 besar, orang2 pak lah la.. orang2 najib la.. Ermm.. sah2 ada campur tangan politik, ni yang aku nyampah. Bile dah masuk bab politik.. apa la yang ada pada orang biasa cam kitorang ni, takde kabel kuat apa2, jadik cam mentimun jerk. Kalau dah org2 luar campur tangan, hermm nampaknya persaingan ni tak adil. Dah tentu orang2 politik ni akan gunakan segala kuasa secara full throttle, macam2... So abah cakap abah malas nak berharap sangat, kalau dapat maknanya tu rezeki abah. Alhamdulillah. Kalau tak dapat, terima ajelah mungkin rezeki abah bukan di sini, tapi insyaAllah di sana. Aku doakan semoga abah berjaya. Aku kesian tengok abah. Terlalu banyak dugaan yang abah tempuh dan paling perit sebab aku pernah menjadi salah satu ujian yang maha berat untuk abah terima. Sebab tu setiap kali aku peluk abah aku akan menangis, tapi bile peluk ma aku boleh kontrol. Errh.. alamak..emo..emo..isk..takmo ingat kisah silam.

Nampaknya kalau jadik nursery tuh (insyaAllah), sunyi ler atuk ngan nenek uyi kat kampung. Uyi lak mesti rindu2an gaks. Tapi nak wat camner. Kalau tak, biler lagi. Teringat uyi masa baru pandai cakap dulu, dia manja ngan nenek dia.... selalu dia panggil nenek dia..'nenetttt...!'
Uyiii..miss u bebehh...!

Wednesday, April 11, 2007

Masyukkk..!

Uyi buat lagii...! Smalam Pajeen call aku, cakap uyi bisnes lagi. Dengan sore gelak2 ketawa dia cakap uyi dapat untung 7 hengget ari ni. What...?? Amende yang dia jual..? Pajeen cakap dia jual resit teksi pulak..!! Aduhh.. aku tau resit yang mana satu sebab aku yang belikan untuk Liza dari John. Liza kan slalu kuwar pegi Putrajaya la Damansara la, so senang le kalo dia nak claim teksi, untung sket. Resit tu manual punyer bukan print dr teksi. Ala resit biasa cume teksi punyer, siap ader kaler ijau, pink, biru ngan kuning. Huhu..patut la laku, budak2 memang suka ler berkaler2 nikh.

Tapi yang diorang pon pegi beli nak buat apa laa... eran aku. Bukan boleh makan ker, lukis2 ker.. alahai resit cinonet kecikk jer. Yang si uyi pon satu hal, bende tu pon dia nak jual ker. Heii risau aku kang lepas ni ntah apa lak dia nak jual. Dia suke sebab dapat duit, pastu kawan2 dia lak berebut2 nak beli. Hmm kalau dapat untung 7 hengget, maknanya 70 keping resit la dia dah jual. Fehhh... macam goreng pisang panas..! Siap panggil kawan2 dari kelas sebelah lagi.

Hiii.. aku leh bayangkan uyi time jual resit tuh. Huhu..kelakar plak. Nak tergelak pon ada. Ade plak resit tu dia leh jual. Iskk... macam macam. Aku bukan apa, kang tak pasal parents budak2 tu marah2 ke, bengang ker.. ye la anak diorang beli kertas kecik ntahaphapantah. Kot seposen tu dah boleh beli aiskrim batang tu. Lagi satu kot dia datang skolah leka dok menjual ajer, iskk... apa aku nak cakap ngan dia nikh..

Kot jual kerepek ker, kaler ker, pensel ker ok la, bende berfaedah ada gunanya. Ini jual resit huh..!
Teringat aku kecik2 dulu, aku pon suke buku2 atau kertas yang warna warni kecik2 ni. Kalau ader satu stack tu lagi best.. tapi untuk collection jer la.. simpan.
Eee uyi nikh.. bikin aku risau jerkk.. tapi rasa nak ketawa pon ade. Hihihih...

Monday, April 09, 2007

Bisnes Tisu

Smalam kena tinggal ngan Epi, so takde gi maner2 lepak kat umah jerk. Dalam kol 1 lebih Pajeen msg aku.

Pajeen : Uyi pandai beniaga, penipu besar.
Aku : Weii..apasall..???
Pajeen : Kalo nak tau, call umah..har har har...

Aku pon tepon la Pajeen. Rupa-rupanya Uyi ni buat bisnes kat skolah. Hahh..buat bisness..?? Terkejut aku.. Pajeen cakap uyi jual tisu kat skolah. Ala tisu dalam peket tu yang biasa mamak jual 20sen tu lah. Heran aku, apsal sampai nak jual tisu kat skolah plak, tak cukup duit blanjer ker? Dia nak kumpul duit beli apa?

Pajeen citer, smalam uyi mintak tisu 20sen tu ngan Pajeen satu peket (pajeen memang slalu ader stok). Uyi cakap kat koperasi skolah dia ader jual gak tisu dalam peket tu tapi mahal, 50sen. Ok.. tisu yang tebal sket tu, ermm. Tak sangka lak uyi pegi bukak kedai kat skolah, jual tisu yang dia mintak ngan Pajeen tuh. Pulak tu, dia jual tisu tu sehelai sehelai gitu! Sehelai tisu dia jual seposen, memang untung le dia.

Pastu lak, bukan takat tisu je dia jual, buku nota yang kawan dia bagi pon dia buleh jual gak. Sehelai sehelai gak! Buku nota kan ader gam sket je, senang nak koyakkan dia. Abis dia jual satu buku tu sampai 3 helai je yang tinggal! Makk aii..memang buleh buat duit le gitu, memang otak bisnes betul nikh. Yang budak2 kelas dia pulak, sumer pakat2 serbu le beli. Yer la, budak darjah 1, biler jual bende2 pelik sket comel2 sket terus le beli, seposen lak tu.. konsider murah ler.

Iskk...aku cakap ngan uyi, naper nak jual benda2 tu sumer? Uyi nak beli apa2 ker? Nak kumpul duit watper? Beli apa? Tapi uyi cakap, dia bukan nak beli apa2 pon, takde nak kumpul duit ker apa ker tapi duit tu nanti dia simpan jer dalam bekas kat dalam bilik. Lerrr budak ni.... aku suruh dia stop bisnes, nanti cikgu marah kang lagipon pegi skolah nak blajar bukan nak meniaga. Kalo uyi nak beli apa2 nanti ibu belikan. Tapi dia cakap dia suke... kawan2 dia pon suke, dia nak meniaga gak. Aduhhh... camner nikh... budak ni bukan reti nak stop benda yang dia dah suke unless dapat benda lain yang leh diganti.

Teringat 2 tahun lepas kalau tak silap, uyi 'paksa' nenek dia buat aiskrim malaysia sbb dia nak jual kat tempat ngaji. Semangat abis member. Yang kelakarnya, bile customer kasi duit singgit tapi dia takde duit kecik, dia mintak ngan atuk dia duit balance tu tapi yang singgit tu dia simpan. Memang le untung banget... huhu..

Arhh..tak sabar nak balik kampung lagi.... insyaAllah..

Friday, April 06, 2007

Omongan Kosong

Letih rasa tak ilang lagi. Entah sebab salah tido ker, tak cukup tido ker atau perjalanan balik kampung yg jauh buatkan badan aku rase lemah jerk. Dah ler smalam tido dekat kol 2, nak tunggu rewind Desperate Housewife nyer pasal..hehe..

Skang ni kepala otak aku asik ingat Sunan, Ratu Sulaman, Haryani, Senggara bla bla entah apa2 lagi. Actually nak abiskan novel Cinta Sang Ratu ni, baca sikit sedap pulak. Terus pinjam bawak mai KL. Ain punyer. Dah lama tak baca novel2 ni, dulu time skolah2 rajin gaks..tapi biasa la citer cintan cintun remaja. Sonok nyer kalau hidup ni betul2 dalam novel tu, penuh kisah cinta umpama Cinderella.. Beauty & The Beast..

Citer Ramlee Awang Murshid ni nak kena baca slow2 dan penuh penghayatan baru ader feel. Nak kena concentrate, baru paham. Start ngan Tombiruo, aku mula minat ngan novel2 dia yg thriller tuh. Kalo dulu...aku banyak baca novel Ahadiat Akashah ..hikhiksss.... suka sangat ;-)