kat the mines, posing amek gambar sendiri. mekap? huh. mengalahkan aku!
untuk si dia yang rasa dia adalah kekasih hati aku... yang kini telah ku anggap menjadi kekasih gelapku. andai dia atau aku mati dulu, tiada siapa di dunia ini yang tahu bahawa dia adalah kekasihku. tiada siapa yang tahu bahawa jauh di sudut hati ini dia sebenarnya adalah kesayanganku.
selamat jalan sayang.. semoga selamat sampai selamat kembali. aww ..!
*ini tahun adalah tahun untuk berjimat cermat. yeayy..!
cantiknyer... aku jakun cket tgk pelangi ni. rasa macam berada dalam sebuah citer dongeng je. kalau ader pelangi, aku rasa best giler. seronok tak terkata. rasa nak dok bawah pelangi tu lama2. tak bergerak.
tapi gambar kat atas tu bukan aku yg snap. bukan kat belakang umah aku. aku pon tak tau kat maner.
last pelangi yg aku tgk setelah berkurun2 tak nampak adalah semasa balik dr Pangkor ngan budak comel. teruja giler! paling best sbb ujan rintik2 dan lepas tu pelangi tu ilang. ghaib. pehh.. lagi bertambah tahap kejakunan aku. huhu.
tapi perasaan jakun itu kadangkala seronok. dan amat indah. sebab aku rasa macam kanak2 ribena. berlari2 sambil tunjuk pelangi. takde rasa malu, takde rasa segan, macam takde apa2 masalah. free. bebas. weiss.. masa kecik dulu takut woo nak tunjuk pelangi. takut jari kudung!
kan best kalau kat satu2 tempat tu kompem ader pelangi.
pajeen
lepas makan kat kenny rogers
16 january 2000 tepat jam 12.38am uyi dilahirkan.
16 januari 2010 hari sabtu lepas, uyi genap 10 tahun. well, hepi besday to my sweetest ever doter., siti ainur shahirah.
dia nak basikal sebab katanyer nak ke sekolah dengan kawan2, takmo atuk hantar. erk.. aku kena pikir yang tu. plus nak satu lagi present special dan seprais sempena kejayaannya dilantik sebagai penolong ketua kelas. waahh.. kemain suka dan bangga dia! tugas dia mengalahkan ketua darjah! hari2 tulis nama budak bising.
ada sekali tu, ketua tak datang dan dia jadi imam lah sekejap. 'assalamualaikum cikgu..!' semua budak2 follow dan dia rasa seronok dan bangga katanya. herm.. uyi memang suka jadi leader.
selain tu.. err dah tentu dia dah bertambah besar dari segi fizikal dan tak lama lagi diorang cakap dia akan sama tinggi ngan aku. heh. macam kawan2 atau kakak ngan adik gitu. ngeh ngeh.
happy birthday anak ibu.
happy birthday uyi.
happy birthday my little pumpkin.
happy birthday adikkk...
semoga uyi akan jadi manusia yg cemerlang dunia akhirat, anak yg baik dan berjaya dalam hidup... ibu sayang dan rindu uyi sangat2.......
uyi da masuk darjah 4. da sepuluh tahun. da besar. da agak 'matang' bagi seorang budak yang sebaya dia. bleh share macam2 citer ngan dia. bleh kongsi perasaan ngan dia.
sms 2 januari 2010 0700am, dalam ketapi sewaktu di kuala krai, otw ke kelantan:
"Mom darling wake up.u brush u teeth,u bath and u go to work.i miss u mom."