FoLLoweRs

Thursday, July 08, 2010

terima kasih sahabatku sayang!



sampai je kat ofis pagi semalam ader satu paper bag atas meja. opss... tak sempat nak snap, busy. so snapkan ajer masa balik. tapi da intai apa ada di dalam...




snap jap ah dalam kete.



see...! so cute! comel je dok kat sebelah bekas tisu tu.. matching pulak! itu kotak tisu takkan buang, sentimental value beb!



meh kasi dekat cket. haa... jgn jeles... germany! owhh.. patutlah ahad ari tu tanyer aku sokong team maner. hehe.



owhh yang ini dah lama... yg kaler biru tu beli sendiri sbb time tu kaler merah tu da abis stok. frust sbb ekceli i like red. a few days later yg kaler merah tu tiba2 ada atas meja. hehe. seronoknya! ladybird kat tengah tu dik jarr kasi sempena beli kereta ni. simpan sampai mati.



tak puas hati.. balik umah snap satu lagi paper bag tu. huhu.


p/s terima kasih banyak2. awak memang baik! takkn saya jumpa kawan sebaik awak. walaupon saya tak pernah ucap atau tunjukkan tp dalam hati saya amat senang dengan awk dan terharu atas segala yg awak buat. u r such a wonderfull fren! saya pasti akan nanges kalau berpisah dengan awak. dan saya harap bila awak kawen nanti, awak takkan berubah. kite tetap fren macam biasa. kan..?
sayangnya kita tetap tak boleh berkahwin walaupon saya sayang awak dan awak sayang saya. dan one thing for sure kite pasti takkan jatuh cinta... huhuhuhuhuh....ekekekekeee.....
last but not least.... i really have a great friendship with you. u gave me a shoulder to cry on. thanx!

Monday, July 05, 2010



what a bloody fool you flaming idiot!!

ehh chopp..!

aku bukan suka mencarut.

tapi at least terlepaskan sekali.

dah.

dah.

SIAMANG!!! #$$%^*#$%^&$*

Friday, July 02, 2010

jangan makan hati.

hati.. jangan sedih.

hati.. jangan menangis.

hati.. jangan sakit.

hati.. jangan sebak.

hati.. jangan terkenang-kenang.

hati.. jangan mengharap.

hati.. jangan sayu.

hati.. keep cun.

hati.. kontrol kontrol.

hati.. jangan putus asa.

hati... jangan bersedih....


jangan jangan jangan.

Wednesday, June 30, 2010

sindrom



semalam seharian aku rasa tak keruan. start awal pagi.

naper entah.

rasa macam sedih. rasa nak je nangis. tapi tak tau untuk apa. perasaan tu macam disiat2 dirobek2.

tapi aku tak layan dan malas nak fikir. sudahnya, sambil menaip sambil mulut bernyanyi kecil sambil perasaan melayang lebey kurang... tiba2 rasa mata macam berkaca sikit.

eh eh.. naper entah macam rasa sedih.

hidung dah sok sek.

pelik. ada orang sakitkan hati aku ker? lum lagi. eh ader.. tapi tak la sampai aku rasa pilu camni sekali. aku sepi? sunyi? alah..tu mmg dah biasa. isk...

last2.... biarkan ajer. perasaan ni bukan boleh dilayan2. makin dilayan makin menjadi.

dan malam semalam aku rasa cam nak demam. perut aku sakit. pinggang aku sakit. badan aku lemah.

adoiiii.... dia datang lagi. laaa....

huhhh.. patutlah rasa lain macam je sepanjang hari ni... emo.

Tuesday, June 29, 2010

#uyi



uyi peksa Kajian Tempatan ari ni. Semalam dia peksa Matematik ngan Bm. Dia kata Maths susah. Bm cam biasa lah, dia mengarang cerita seorang budak yang eksiden. Tu aku konfiden, sbb uyi bab mengarang ni memang terer.

Yang tak best tu, dia cakap dia buat Maths semalam sekejap jer dah siap. Alamakk...


Semalam petang waktu aku call dia tengah mengajar kawan2 dia menari.

'Menari? Menari apa uyi?'

'Menari la.. macam2. shuffle....'

Owh. ok.

Aku harap uyi tak kenakan diorang yuran. Mana lah tau, dia mintak bayar singgit ke, upah ajar menari. Bukan bleh cayer uyi tuh.

Terbaru, dia jual lagu. Lirik lagu. Dia tulis atau print mane2 lirik yang dia tau dan jual kat kawan2. Kalau lirik tu best dia jual mahal cket. singgit kot. Yang tak best dia jual murah la.. dalam 50sen. hahaha. Memang otak bisnes tul anak aku tu.

Yang pelik, kawan2 dia suka benor mensupport. sume main beli jer.

Tapi paling best time dik jarr kawen waktu uyi 8 tahun. Yang dia nak kutip duit parking masa kenduri tuh. Tapi cume idea je la. Ye arr.. maunya org takmo dah datang kenduri umah aku tuh. parking kat laman umah kampung pon kena bayar!

haih uyi... ibu miss uyi sangat. walaupon ibu dah tak larat nak dukung uyi (uyi dah 29 kg dan aku 39-40 kg)tapi ibu tetap nak dukung uyi cam budak kecik. nak mandikan uyi. nak bogelkan uyi. nak sapu losyen dan bedak kat uyi. tapi lama mana lagi..? sikit masa lagi mesti uyi tak kasi ibu buat dah. sebab uyi dah besar. uwaaaaa....

masa dia datang kl baru ni, dia dah tak mintak aku dukung masuk bilik lepas dia mandi. selalu dia terjerit2 panggil aku. suh dukung sampai atas katil. takut rambut melekat kat kaki. dia geli.

hukhuk.... uyi... ibu rindu kat adikkk....... :(

Wednesday, June 23, 2010

semalam yang hangat



semalam tengah malam aku nangis... sorang2.

dalam hati aku terdetik.... aku takkan tua. aku takkan berkedut. orang takkan lihat wajah tua hodoh aku. aku sendiri takkan berpeluang menjadi tua. sebab aku akan mati muda. lum sempat tua!

aduyaiii... sadisnya.

cube tidur dalam kul 11. desperate housewives pon tak sempat layan abis. tak selesa. terus masuk bilik... lelapkan mata. bila da lena sikit, ia datang lagi. menyerang.

aduh. terpaksa lawan mata yang ngantuk tengah sedap2 tidur tadi dan jugak ketidakselesaan yang mendatang.

agak lama... sejam.. dua jam... bila dah reda sikit aku kunci pintu bilik. jangan saper2 masuk bilik kacau. padam lampu. mengerekot tidur kat bucu katil. ujung2.
esok kalau tak ok, aku nak pergi klinik. lantaklah. mc lah esok.

teringat kat uyi. dekat 2 pagi. mesti dia dah tidur. sedihnya rasa.

sakitnya. kenapa ni.. kenapa ni. sakit apa ni. nak mati ker? ada terkena penyakit kronik ke? maklum la.. usia dah 3posen. macam2 masalah.

rindunya kat uyi. jauhnya dia. kesiannya dia.

hidung rasa sakit. sempitnya lorong bernafas. sesaknya dada. lama2.. mata makin berat... arh.. tidur la. cubelah lelapkan mata sambil merengek sorang2.

zzzzzzzzzz.....

uyi photoshoot






















kat the mines, posing amek gambar sendiri. mekap? huh. mengalahkan aku!

Monday, June 21, 2010

Hari ni Rejab 8



aku teringin nak letak gambar aku yang terbaru kat sini. rambut aku sangat panjang. rasanya, ni lah yang paling panjang kot. tak lurus, tak jugak curl. tapi dik jarr cakap rambut aku sehat. agaknya sebab aku selalu apply lendir daun bunga raya. dan setiapkali ke tasik permaisuri, aku selalu curi2 curi daun bunga raya kat situ. sambil2. hehe. sambil nyelam minum air.

terbaru, sebab dah lama tak joging, ada sepohon pokok bunga raya yang sangat rendang kat sebelah ofis ni dah jadi mangsa. aku rembat sekali dengan bunga2 dia.

aku baru dapat satu tarikh yang sesuai nak potong rambut ni. lepas raya. hehe. so takde istilah rambut raya or whateverlah kan.

aku nak start berdiet. nak start joging. dah sebulan lebih rehat. badan dah rasa naik. lemak dah tersengih. lengan, peha, betis dan kawasan2 seangkatan da tak pejal. lembek. adehh. dah lama sangat tak exercise. badan pon asik lenguh2, lemah. tak fit.

uyi dah start sekolah semalam. rindu sangat kat dia. dia pon rindu kat aku. hari2 call suruh aku balik cepat. anak aku tu dah besar. dah tinggi. dah takat mata aku dah. fuhh. setahun dua lagi kompem sama tinggi ngan aku.

hermm.. sebelum ma ngan uyi balik, ada jumpa encek angel sekejap. ada perubahan dalam diri dia. aku seronok. dia memang baik, dan dia sangat baik. aku rasa.... hehh. entah. alhamdulillahh...

Ya Allah, tenangkan dan lapangkan lah fikiranku. ameen.....


Friday, June 11, 2010

biarlah budak2 ni layan budak setan kat alamanda...



masa yang terluang aku baca kembali coretan aku yang lama2.

bagaimana aku bleh terjebak dalam dunia blog ni, apa yang aku nak luahkan, citer2 pasal uyi, citer2 pasal 'kekasih' gelap, kawan2 jadi tak jadi etc.

herm... dulu aku banyak citer pasal uyi. sebab dia dalam proses membesar dan terlalu banyak persoalan dalam kepala dia. tu pon tak semua sempat aku tuliskan. terasa rugi pulak! sebab soklan dia cute2 sebenarnya. sangat comel!

terbaca tentang abang badan besar. ala abg helmi lah! rindu pulak kat dia. kenapa ek aku bleh lost contact ngan dia? owhh.. sebab org ketiga.. org yang melaga2kan kami, sebab duit.. dan sebab... dia mengadu kat org lain aku tolak dia. erkk.. tolak dalam ertikata soal hati dan perasaan. kot tolak badan dia, sampai ke sudah pon tak tertolak!

bengang jugak sebab dia bleh citer kat org lain macamtu. citer la betul2 buat apa nak cilok2. herm.. apapon dia mmg best. sporting dan.. err seronoklah kawan ngan dia.

nak contact dia balik? mungkin tidak. entah.


uyi. dah 10 tahun. da pandai berperfume. berlosyen. kecik2 dulu dia cukup tak suke pakai losyen. melekit katanyer. tapi baru2 ni dia suruh bank in rm300 sebab nak beli losyen dan perfume. dah abis. nak pakai untuk majlis khatam al-quran. bercakap pasal majlis tu, ia akan berlangsung esok. 12 jun. entah sekolah dia atau geng2 surau kat kampung yang anjurkan aku pon tak pasti.

mula2 mmg aku plan nak balik kampung, tapi abang nasihatkan tak payah lah. sebab malam nanti uyi sendiri da nak datang kl. so kalau aku balik, nanti penat ajer.

herm... alhamdulillah.. ekceli uyi dah tamat al-quran tahun lepas lagi, masa dia darjah 3. eee.. same ngan ibu la... cayalah uyi.


kawan yang aku 'rebutkan' dengan GRO tu pon da bakal jadi ayah. wife dia dah 4 bulan peknen.

kawan yang main tarik2 tali dan selalu usik2 khabarnye dah bukak cawangan baru. hermm... cawangan nombor 2. itu pon kawan2 yang kasitau. tak sangka penipu jugak mamat ni. dalam bergelak ketawa, berciter macam2 masalah dan berkawan dalam erti kata betul2 kawan, buleh pulak dia tipu ek. huh. macam2 jenis perangai. entah kenapa dia nak tipu aku pon tak tau. apadaa.

dan kawan yang adik2 aku suke dan berkenan satu masa dulu.. ekhemm... hahaha. eh beraper banyak kawan daa.. huhu. tapi memang betul semuanya kawan. kawan tapi mesra. kawan dan sekadarnya kawan, sebab aku tau takkan boleh pergi jauh. dan jugak sebab rasanya tak boleh nak lebih dari seorang kawan. lebih selesa berkawan.

er.. takde citer apa sebenarnya tentang dia ni. cume baru2 ni dia ada text kenape aku tak kawin lagi? dia mendoakan aku bahagia tapi dia takkan mendoakan hati aku ini dimiliki oleh sesiapa sebab dia jeles. hahaha. aku suka. sebab dia prefer cakap sesuatu tu dengan terang dan straight forward. dan dia jugak seorang yang kelakar dan kreatif. org seni mmg gitu kot. huhu.


hermmm... rindunya pada kehidupaan yang lalu. senang sebenarnya. selepas divorce, kehidupan lebih selesa dan tenang. tanpa ikatan. tanpa komitmen pada pasangan. cume satulah... kadang2 terasa sunyi... sepi tanpa cinta. tapi bercinta... tak semestinya bahagia jugak kan..?

entah.

am i declare myself that i'm being single?

hitam putih warna kehidupan



lama sangat bergelap, meh sesekali ceriakan cket kaler.

same goes with life. :)


dilema hari jumaat.


datang ofis mata dengan bengkak. rambut lepas, separuh basah. hari ni ari jumaat. semalam malam jumaat.

'ehh.. naper mata bengkak? nanges eh..?'

'woww... rambut basaaaahhhhh...'

'ekhemmm..'

selain mata bengkak, bibir aku juga bengkak. macam kena cium semut.

semalam tido hampir 12jam. macam baby. hermm just imagine la kul baper aku dah lena kan. so, pagi2 lagi kena lawan rasa sejuk... mandi, kena syampu rambut... mandi wajib. erm.. period da abis daa.

err... aku ingat nak cari abang angkat la sorang. berumur dalam lingkungan 40an. tiba2 aku rindu pada encek angel dan mr big. sbb dengan mereka aku bleh manja2 macam budak tadika. ngeh ngeh.

ader calon?

Wednesday, June 09, 2010

assalamualaikum dan salam sejahtera.

2-3 hari lepas aku ader benda nak jot. berkobar2 semangat. tak sabar2 nak buka blog dan tulis. tapi waktu tu aku sibuk. aku penat. aku tak banyak masa. dan jugak aku gian berfesbuk. ehh.. bukan gian. tapi kerap. hehe.

lama jugak tak baca blog2 feveret. agak sibuk kat ofis. seminggu berkursus kat Sabak Bernam, tau2 la camner bertimbunnyer keje. biasalah. nak idup aduyaii.. bosannya bahasa!

lately aku tak rasa kosong sangat. ntah. mebi sebab aku isi ruang kosong tu. mebi sebab aku tau uyi nak datang next week. mebi jugak aku bertambah matured. mebi sebab aku think positif. atau mebi jugak aku letih nak sedih2 memikirkan perkara bodoh yang takde untungnyer aku fikirkan sedangkan masih banyak benda lain lagi di depan sana. aku masih muda. 34 tahun. err.. berkawan dengan org yang berusia 45 tahun, of kos la dia akan cakap kite muda lagi. hehe.

dan tidak ketinggalan setiap kali kursus, mesti diorang tak cayer aku ni mom of 10yrs old kid. so, tak salah la kalau aku rasa aku ni mude lagi walaupon lagi 6 tahun je aku nak masuk 40. erk! 40? huhu.

dah dah. tu citer lain.

aku tak bersihkan sawang pon ari ni. sekadar membuka pintu yang dah lama terkunci tak terbuka. baru amik penyapu dan berkira2 nak bersihkan area mana....

herm.. aku ader bertanya seorang kawan. apa yang dicari dalam hidup. katanyer tak tercari. tapi dia sedang mencari bahagia. pesannya kat aku, bahagia dan derita tu tak kekal. kalau kite kawen, of kos la nampak bahagia tapi tak semestinya ia akan kekal. so mental kena prepare. begitu jugak derita. tak selamanya akan derita. so, if kita rasa apa yang kita lakukan tu bahagia, just grab it.

entah. itu dia cakap. takde kena mengena dengan aku, tapi sikit sebanyak influence jugak la.

hey.. aku rindu lah bloggers feveret aku!

Friday, May 14, 2010

apdet.

nak tulis apa erkk...

selamat hari Jumaat.

i have no passion in life at the moment.


the end.

Thursday, April 29, 2010

am i really a big big girl.....?

I'm a big big girl
In a big big world
It's not a big big thing if u leave me
But I do do feel
That I do do will
Miss u much
Miss u much

I can see the first leafs falling
It's all yellow and nice
It's so very cold outside
Like the way I'm feeling inside

I'm a big big girl
In a big big world
It's not a big big thing if u leave me
But I do do feel
That I do do will
Miss u much
Miss u much

Outside it's no raining
And tears are falling from my eyes
Why did it have to happen
Why did it all have to end

I'm a big big girl
In a big big world
It's not a big big thing if u leave me
But I do do feel
That I do do will
Miss u much
Miss u much

I have your arms around me
Warm like fire
But when I open my eyes......
Your gone
....... :(

I'm a big big girl
In a big big world
It's not a big big thing if u leave me
But I do do feel
That I do do will
Miss u much
Miss u much

I'm a big big girl
In a big big world
It's not a big big thing
If u leave me
But I do
Feel I will
Miss u much
miss u much .....



dulu dulu.... suke dengar lagu ni... tapi takde feeling. sekarang.... walaupon tgh bingit bleh tersentuh. apalagi bile dengar sorang2 dalam kereta waktu balik kerja... rasa nak nangis.

gilos!

betul kah its not a big thing when u leave me..? i hope.... and i hope im the big big girl.

what u give u get back.



tak semestinya sebab sedih kita akan menangis. sebab sakit hati pon kita akan menangis. menangis bukan sebab rasa sedih tapi sakit hati yang teramat yang tak dapat lagi ditahan dan dibendung, terasa sekeping hati yang kecik dan naif ni dicucuk, dicarik2 dan ditikam bertubi tanda berdarah. sakit! geram! dan membuahkan amarah.

lantas air mata mengalir... menangis sebab geram dan sebab hati terasa bagai dicucuk duri yg maha tajam. sakit sangat! air mata mengalir dan mengalir... tanpa henti. tanpa diduga terus menjadi satu esakan dan tangisan yang sangat menyedihkan hati dan perasaan.... sedih sangat!

dan terus mengongoi keseorangan.. kesepian.. kesedihan. mengenang nasib diri barangkali. kenapa...... kenapa ini yang harus kuterima? kenapa kau buat aku macamni..? kenapa..??

persoalan demi persoalan menerjah sehingga menyesakkan kotak fikiran dan tak mampu untuk diterima lagi. sedihnya terlena dalan linangan air mata... sangat pathetic....

dan mulakan hari baru keesokan hari dengan muka yang sembab, mata yang bengkak.

owhhh.. bodohnya aku semalam....!


Wednesday, April 28, 2010

;(

lately rasa bosan. terkadang rasa sedih dan sebak.

balik rumah org takde. layan adamaya sorang2. lepas tu mandi. semayang maghrib. tunggu isyak. kadang2 terbabas terus tertidur. kadang2 dah tidur dik jar call. ajak datang umah makan. dia masak. takpon ajak gi carrefour. atau kuar makan.

selalunya aku tak pegi. malas. malas nak bangun, malas nak tukar baju. kadang2 aku pergi. pergi sebab ader mel. nak jumpa dia. nak main ngan dia. boleh jugak hilangkan tensen.

macam semalam. ngam2 lepas maghrib aku tidur. dengan muka tak cuci. tak mandi! takpe, aku tak berpeluh pon lagipon semalam sejuk. ngee... dan terlepas siri desperate housewives. grrrr......

kadang2 aku mencari kawan. teringin nak ajak lepak2 sembang2. tapi tak available pulak. tu lah, dah bosan tahap cipan baru nak cari kawan ye tak? yang ado, sumer tak leh pakai. last2 text ajelah.

dah seminggu aku tak joging. rindu nak berpeluh2. takde geng. adik aku da start keje, tak dapat nak teman kakak lara dia nikh.

dan dah 3 hari jugak rasa nak demam tak demam. tekak sakit. hati sakit. semuanya sakit.

kat ofis pon rasa nak menjerittt ajer. sana sini org sembang macam2 hal. arghh... naper gua rasa tensen sangattt..!!!


Tuesday, April 27, 2010

kata hati

rasa menyampah kan berdepan dengan org yang berpura2.

kalau tak suka kenapa tak cakap terus terang? kenapa mesti berpura2 seolah kite masih teman baik walhal jauh di dasar hati sekuman pon kita ni dah takde nilai.

kenapa mesti nak cube berlakon tahap dewa kitalah teman paling setia dan rapat kalau dalam kotak fikiran sebenarnya takde pon anggapan sebegitu?

teruk sangat!

kenapa mesti berpura2..??

ntah!

mungkin tak sampai hati nak kecewakan hati orang, jadi jalan terbaik adalah berpura2 sedangkan dalam hati Tuhan saja yg tau.

sakitnya hati berdepan dengan situasi macam ni. kesal sangat rasa.

sampai bila agaknya sanggup berpura2 menutup rasa hati? sampai dah tak tertanggung dan semua rahsia sebenar pecah? waktu tu semua akan terbongkar? waktu tu barulah seribu cerita akan terluah. kenapa tak berani luahkan sekarang dan terus nak berselindung...


haihh.


Thursday, April 22, 2010

blues.

bukan taknak, tapi tak mudah nak mulakan sesuatu yg baru kalau hati tak sedia dan memang tak mahu.

bukan takde mencuba, sudah seringkali hati ini dipujuk tapi keputusan masih tiada yang berubah.

heh. susahnya menjadi manusia bernama perempuan ini.


A woman's heart is a deep ocean of secrets.... kan?

Monday, April 12, 2010

rela ku pujuk.






nak tidur.. nak lena... kalau boleh jangan bangunkan aku. aku taknak terjaga dan teringatkan benda2 yang sedih dalam hidup aku. aku nak tidur puas2... dan bila aku bangun i'll make sure i'm a big big girl.... ataupon bila aku bangun aku terkena amnesia.

hati menangis siapa yang tahu... :(


oh yea.. aku teringin nak tengok search-wings double trouble tapi takde kawan-duit tak cukup-tak reti nak pergi. budak comel..???


Friday, April 09, 2010

miserable.

pagi ni gerak dari ofis pukul 635am dengan takde rasa apa2. fikiran kosong dan beterbangan macam kapas. sangat ringan. terbang dan terbang tapi takde destinasi yg tetap.

jantung aku berdegup perlahan. tiba2 perasaan aku rasa sayu. otak aku rasa lemau. sedetik aku terasa seolah aku sorang je memandu kat jalan raya yang dah mule bising tu. signal pon lupe nak bagi. arghh... ni yg nyampah ni bile berangan dalam kete. opss.. aku tak berangan. tapi menerawang dan layan diri sorang2. eh .. apa bezanya kan.

cis. kenapa la permulaan untuk hari ini sangat tak mengembirakan. bangun dari tidur pagi tadi hati aku langsung tak merasa apa2. tak rasa marah atau suka atau benci atau sayang atau gembira atau menyampah. takde perasaan apa2. tidur semalam pon dengan muka yg tak dicuci bersih. malas.

tapi hati aku berkata sesuatu. aku tahu sebab aku terasa sesuatu. tiba2 aku rasa bagaikan melukut di tepi gantang pulak... :(

owh... patutlah aku berperasaan sayu pagi tadi.... terasa macam aku ni terhegeh2 untuk sesuatu tanpa aku sedari.

akukah..??

Thursday, April 08, 2010

selamat bertunang.

ingat artis je ke bosan bile ditanya soklan pasal kawen?

gua pon bosan jugak!

tapi hujung minggu ni ader 2 majlis pra-perkahwinan, satu dekat satu jauh. rasanya2 aku pegi yg dekat je lah. yg jauh tu kat aloq staq.. tak larat cheq nak pi. doakan moga dia bahagia ajer. bertuah badan saper yg dapat dia. baik!

dah terlepas sorang lelaki yg sangat kind dan gentle... huhu.



Tuesday, April 06, 2010

bermulanya episod baru.

permulaan 2010 banyak memainkan emosi aku sebagai seorang perempuan, ibu tunggal, lone ranger, manusia dan kawasan yg sewaktu dengannya.

terkadang aku rasa bosan dan benci dgn perkara2 yg berlaku dalam hidup aku. kenapa aku mesti jadi macamni? kenapa aku tempuh benda sebegini? kenapa mesti aku? kenapa aku yg perlu hadapi perkara sebegitu? kenapa aku tak senang macam org lain? kenapa perjalanan aku banyak duri2 dan kerikil2 tajam? kenapa aku selalu tak mendapat apa yg aku harapkan? kenapa aku tak kaya? kenapa aku selalu tak bernasib baik? kenapa yg buruk2 tu untuk aku jer? aku pon nak bahagia jugak macam org lain.. kan.

hah. semua kenapa2 tu buat aku macam manusia yg tak reti2 nak bersyukur. sering mempersoalkan kepincangan dalam hidup. kan.

nasihat seorang teman, aku kena mangikut arus. jgn terlalu ikut emosi. sibukkan diri, make a new frens, buat something new.

yup. mebi betul katanya. aku kena buat sesuatu. lupakan yg lepas2. takde maknanya mengingatkan perkara yg da berlalu. takde gunanya mengenangkan sesuatu yg tak pasti. dan bodohnya bersedih memikirkan seseorang yg dah tak perlukan lagi kita di sisi. haih.

give me oxygen!

Tuesday, March 30, 2010

kau kekasihku...






untuk si dia yang rasa dia adalah kekasih hati aku... yang kini telah ku anggap menjadi kekasih gelapku. andai dia atau aku mati dulu, tiada siapa di dunia ini yang tahu bahawa dia adalah kekasihku. tiada siapa yang tahu bahawa jauh di sudut hati ini dia sebenarnya adalah kesayanganku.

selamat jalan sayang.. semoga selamat sampai selamat kembali. aww ..!





Monday, March 29, 2010

tak sudah2 bermimpi.





Apa maknanya impian
Datang dan pergi
Membawa hati meyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kaukah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Titik kenangan
Yang bernama pengalaman
c/o
Siapakah
Di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu
Membina harapan dan siapa
Yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang....

Kau...bayang-bayang
Masa yang silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah




*selamat bekerja!

Friday, March 26, 2010

aku dan sesuatu.

ader sesuatu yang aku ingin tuliskan. luahkan. tapi tak terucap. tak tertulis. tak terluah. tak terkater. tak terkeluar dari kerongkong. tak terkongsi.

tak tau nak tulis camner. tak tau nak start camner. takde idea nak express camner.

last2 biar ia tersimpam kat sini.. dalam dada. dalam hati. tapi rasa sakit sangat. sesekali bila tarik nafas dalam2, panjang2 terasa sakit dan pedih. tak lepas.

tak pernah rasa macamni. sakitkah aku? sakit jiwa ke aku? sakit hati ke aku?

atau aku pressure?

atau sekadar mainan perasaan?

entah.

bosan aku dengan penat ini.

kosongnya pandangan aku.

sigh.

* arhh.. tiba2 terdengar lagu mimpi yang tak sudah. eh ehh... sadisnya lirik dia.

Thursday, March 25, 2010

today in history.



guess what... hari ni aku bangun kul 5.04am. minum air masak segelas, basuh muka ala kadar, terus bukak peti ais amek bawang merah 2 ulas, cili padi kaler merah 7 bijik, amek lesung batu... tumbuk!

goreng ikan bilis, goreng telur mata kerbau. then tumis apa yg aku tumbuk tadi.... tau apa hasilnyer..? nasi goreng! hehehe...

julung2 kalinya.. dan selama aku bekerja kat sini ni la first time ever aku bawak bekal camnikh. biasa bekal aku roti dengan sosej atau scrable egg je. simpel. tapi hari ni kire berat sket la.

mula2 sorok, sebab segan arh. takut tak sedap yg amat. kalau diorang sembang2 pasal resepi itu ini, aku diam jer. tak reti. sebab tak masak. inikan pulak aku bawak nasi goreng untuk diorang rasa. ya ampunnn.

tapi yg best tu, ader kawan2 puji. kater sedap. tapi agak pedas. tapi ok, sedap. wakakaka... aku rasa nak menangis keterharuan. rasa nak berguling2 kat lantai tahan gelak pon ader. ekekekekeee. gua tau la gua jarang masak dan tak penah masak untuk kengkawan kat opis.. jgn la perli sampai gitu sekali beb. huhu.

tapi agaknyer, resepi pagi tadi menjadi. bleh tahan la kot rasanya. kalu tak, takkan ader member tanyer how i cook that nasik goreng? hehe. opss.. gua tak la obses sampai nak letak gambar nasi goreng tu. sebab main masak je. ikut petua sifu.. ' ala.. senang je masak. campak2 je.'

kelakar pon ader. betul cakap sifu. main campak2 pon jadi. tapi jgn lupe selawat ke atas nabi yea waktu masukkan bahan2 utk masak tu. kater mak mertuaku dulu.

herm. dah pandai masak. mak da bleh kawen nyah! yeay.

ngeh ngeh ngeh.



lama tak jengah bangi kopitiam.


Monday, March 22, 2010

kemurungan terlampau.

aku bosan tahap cipan kat ofis ni. rasa nak nangis pon yea. bosan giler!
khamis jumaat aku ponteng. ingatkan nak mc khamis je tapi pagi jumaat jam 530am aku bermeditasi agak lama atas katil... golek sana sini.... rasa beraaatt sangat nak pergi kerja. dalam hati tgh berkira2 nak pergi tanak pergi nak pergi tanak pergi.... rasa tak best je. hati rasa tak sedap.
err..mengikut firasat aku kalau rasa tak sedap hati tu mesti ada seseuatu yg tak elok akan berlaku. jadi aku memutuskan untuk tidak mahu berdepan dengan bakal yg tak elok itu lalu aku ambil bantal dan peluk kuat2... dan sambung tidur walaupon tak berapa nak lena. muahahaha... jahat! hantar surat resign lagi baik.
haih.entahlah. lately aku rasa takde semangat nak kerja. lemau jer.takde yang mengwowkan atau ...
owh..mebi sementara.. sementara...
bestneyr jadi umi aida. kawen terus dapat title datin paduka... kaya raya. huh!






bestnyer kalu aku yg dok dalam nii.....



dik jarr with her tariq, ngan mell, uyi ngan bad.



err... maleh nak tulis nama. tapi yg pakai spek tu pak cu kitorang.



arhh... pandai2 la agak2 nama diorang ea..huhu.



pagi sebelum kenduri. tgh sebuk buat bunga rampai.



kambing yang menjadi korban... uyi tak makan daging tu sbb kesian tgk kambing tu kena sembelih. hm part melapah kambing tu ditake over oleh budak2 yg diturun khas dari kl...best best!



tempat beradu mellisa hani iman.



zzZZzzzzzz.........

Friday, March 05, 2010

aku bosan sebab hari2 aku sampai awal kat ofis.




cinta buat aku macam permaisuri
cinta buat aku macam bidadari, akulah yang tercantik
cinta buat aku sangat bahagia
cinta buat aku tak pernah sepi
cinta buat aku sangat hepi
cinta buat aku berkobar2, bersemangat
cinta buat aku ada seseorang, walau dia tiada di sisi tapi aku pasti setiap saat dia menemani dan hadir dalam setiap denyutan nadi, dalam setiap helaan nafas
cinta buat aku lena tidur
cinta buat aku ingin bersamanya setiap masa
cinta buat aku sentiasa senyum dan ceria
cinta buat aku boleh lakukan hampir apa saja
cinta buat aku lakukan perkara yang giler2
cinta buat aku ingin berkorban demi dia
cinta buat aku ada dia...

tapi cinta juga buat aku sakit kerna menyintainya sepenuh hati.

bila dia tiada di sisi menemani
bila dia sudah tiada masa untuk aku
bile sudah tiada kata2 indah seperti dulu
bile aku dilupakan

arhh.. apa sangat lah kuasa cinta


esok lusa aku mati.




entry tidak bertajuk.

semalam ptg sembang2 ngan uyi. susah tul nak dapatkan mood dia lately. dah la markah peksa sumer turun! banyak dapat B. tapi satu takleh lawan, she's still the best for karangan bahasa melayu. markah dia paling tinggi dan cikgu suruh dia baca karangan tu kat depan kelas.


'uyi tak sabar nok hanta buku skrap uyi kat cikgu nanti'

'iyerrr...? uyi dah siap buat semua dah..?

'doh... uyi letak gamba uyi kat depan tu. hikk. budok lain sumo letok gamba bungo la..gamba binate laa...'

'amboii.. mesti uyi letak gambar uyi hok paling comey dihhh'

'ermm.. pastu uyi letak gamba ibu jugok...'

'ehhh.. uyi letak gamba yg maner? comey dokk..?

'comeyy.. uyi letak gamba ibu maso kito g pd.. ibu pakai selendang tu.'

'em.. owhhh... hehe....'

'pastu uyi letak gamba babah. tapi uyi letok gamba kawan pak lang. sebab uyi takdok gamba babah.....'

'erk...'

'dio tok se balik ke ibu?'

'ermmmhh... uyi nak jumpa babah ker..?

'tok se.....'



haihh.. kesian anak aku.. terpaksa letak gambar org lain pulak.

tapi uyi da tak macam dulu... kalau dulu dia asik tanyer kenapa dan mengapa. tapi skang dia macam tak kesah langsung, cume sesekali dia bertanya. terasa macam citer dalam tv pulak setiap kali berbicara tentang ini.



Thursday, March 04, 2010

selamat hari lahir.



happy birthday untuk nur farahin a.k.a pajeen a.k.a adik pa, my youngest sis. dah 18 tahun dah.




Wednesday, March 03, 2010

Ukiran Jiwa

Kedamaian yang ku cari
Masih belum terbukti
Jauh lagi perjalanan ini

Jiwa tak pernah tenteram
Kasih lama tenggelam
Di lubuk hati yang paling dalam

Berlumutlah ukiran impian
Entah berapa lama
Harus ku nanti
Sinar kasih sayang menyinari kembali

Dengan nada lagu dan irama
Ku luahkan jua rasa kecewa
Semoga kau dapat mendengarnya
Semoga terbuka pintu cinta... mu
Yang pasti hujan tak berterusan
Matahari kan tetap terus bersinar

Kini terbukti apa yang di nanti
Dengan rela ku lepas kau pergi
Telah sedekat kenangan terpahat
Di ruang tak bertempat oo... ho...

Dengan nada lagu dan irama
Ku luah kan jua rasa kecewa
Pada cinta yang dahulu kita
Ukirkan bersama...
Di ruang asmara
Di bumi yang nyata
Di dunia kita...



senang je tulis blog ni, agak2 takde idea post lah lirik lagu.ngeeee.....

Tuesday, March 02, 2010

Kalimah Cinta


Simpan diri ku terseksa
Nak ku luahkan tak ku gentar

Kekurangan ku terbongkar

Sisi mu umpama syurga
Peluang emas ku jamah
Bahagia yang ku cari
Awal dulu

Aku
Insan yang terdampar
Yang tinggal menagih cinta

Terang dan terlindung
Dimana tempat nak ku singgah
Mengesan mu pasangan ditakdirkan

Ku
Rempuh azab sengsara
Tak kisah asal bersua
Kau kasih penyeri jiwa
Pendorong ku hadapi hidup

Kau kasih isyarat jiwa
Ku meniti jalan yang lurus
Kau kasih isyarat jiwa
Pendorong ku hadapi hidup

Mengenal erti cinta
Mengenal cinta tulus

Wednesday, February 24, 2010






macamaner nak lepaskan sesuatu yang bukan milik kita.....?



Tuesday, February 23, 2010

sesat di kuala lumpur.

lemau.

lemau.

lemau.

bosan.

benci.

nyampah.

tak suke.

gitu le kalo dah cuti panjang, balik kampung. semua benda kat kl ni terasa sangat membosankan. menyedihkan. menjengkelkan. takde langsung pemangkin. rasa nak bomkan ajer kl ni.

my life is suck!

sgt2 bosan.

sangat2 menghampakan.

kerja pon tak seobses dulu.

bosan tahap cipan sampaikan satu2 saat tu tetiba rasa cam nak nangis. tambah plak kalu ade background baeekkk punya.

...dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku.... cisss!


meh jadi beruang kutub jab. hibernasi.

Friday, February 12, 2010

balik kampung yeay!

hm next week cuti. balik kampung seminggu. buat kenduri aqiqah mel, esok tu buat besday uyi.

esok pagi2 sebelum subuh aku bertolak sama ain dan alin. erk. neves gak sbb pertama kali balik kampung dgn mendrive kelisa aku.

takut.

sebelum ni jadi penumpang, kali ni aku drive sendiri. awal2 lagi aku dah pilih alin sebagai co-pilot sbb dia tau tau cket bab2 jalan ni kot.. huhu.

aku akan drive sepanjang perjalanan dari kl ke kelantan ni. atau tukar sat ngan alin masa kat highway. aku tak konfiden ngan dia lagi sbb dia baru dapat lesen. ceh. walhal aku pon bukan reti benor memandu ni. harapkan semangat kental bak satria baja hitam je.. nak balik kampung jumpa uyi disamping pertama kali drive sejauh itu. excited gak.

tambah teruja biler hanya kami bertiga, si anak dara tanpa melibatkan lelaki. awww.. anak dara gitu.

before this dik jarr beriya2 ajak abang ipar dia a.k.a nomad temankan aku. sbb dia tak konfiden ngan aku dan takut apa2 jadi nanti. tapi aku tanak sebab aku rasa nak uji kebolehan aku. lagi pulak aku ingin menjaga hati seseorang yang ingin aku berdikari dan yakin pada diri sendiri. sayang punya pasal maa.... tapi tak taulah dia perasan ke tak sebahagian apa yang aku buat ni adalah demi dia. cewahhh..!

well, doakan semoga aku selamat sampai kampung dan balik kl kerja semula.


jom cuti!

sejenak



kadang2 aku rasa aku tanak uyi besar. aku nak dia maintain kecik jer. maksud aku bukan aku nak dia kecikkk macam aku ni. aku nak dia stay 5 tahun ker, 6 or 7 tahun ker. budak2

sebab dia dan pemikiran dan kata2 serta kerenah dia sangat comel dan cute ajer.

takde nak majuk2 sangat. tak reti nak protes2. tak emo.

lately dia suka majuk. kadang sampai aku plak rasa nak majuk ngan dia. hangin pon ada. tapi kalau mood dia ok, wah bercakap non-stop. semua benda dia citer. excited. penuh teruja. siap ketawa mengekek2 sampai terbahak2 tak ingat dunia.

haih... anak ibu dah besar kot...




Thursday, February 11, 2010

penyedap rasa

semua yang berlaku dalam hidup kita adalah ketentuanNya. sudah tertulis. ada sebab2nya.

Tapi itu tak bermaksud kita serah bulat2 kan? bukan alasan untuk kita selalu berkata, ini adalah suratan.. adalah takdir... dah Tuhan kata jadi.

kalau bukan kita sendiri, siapa lagi nak ubah nasib diri sendiri kan? siapa lagi nak usaha kalau bukan diri sendiri kan?

Tuhan pon tanak ubah nasib kita kalau kita sendiri tak cuba dan usaha nak ubah. tak kira dalam aspek apa sekalipon.


Wang ringgit boleh dicari.... na na na.....

*ini tahun adalah tahun untuk berjimat cermat. yeayy..!












cantiknyer... aku jakun cket tgk pelangi ni. rasa macam berada dalam sebuah citer dongeng je. kalau ader pelangi, aku rasa best giler. seronok tak terkata. rasa nak dok bawah pelangi tu lama2. tak bergerak.

tapi gambar kat atas tu bukan aku yg snap. bukan kat belakang umah aku. aku pon tak tau kat maner.

last pelangi yg aku tgk setelah berkurun2 tak nampak adalah semasa balik dr Pangkor ngan budak comel. teruja giler! paling best sbb ujan rintik2 dan lepas tu pelangi tu ilang. ghaib. pehh.. lagi bertambah tahap kejakunan aku. huhu.

tapi perasaan jakun itu kadangkala seronok. dan amat indah. sebab aku rasa macam kanak2 ribena. berlari2 sambil tunjuk pelangi. takde rasa malu, takde rasa segan, macam takde apa2 masalah. free. bebas. weiss.. masa kecik dulu takut woo nak tunjuk pelangi. takut jari kudung!

kan best kalau kat satu2 tempat tu kompem ader pelangi.

bukumuka.




arghhhhh... tolongg...!! tolonggg....!!

aku tak tau naper susah, payah dan malas betul aku nak update fesbuk. bukan setakat update, nak login pon takder ati. iskk...

fesbuk dah lama join tapi tak aktif langsung. aku ader try berjinak2, belai2, bukakan hati aku untuk menyukai fesbuk tapi stil tak boleh.

aku ader login 2-3 kali. tapi lepas tu malehnyerrr nak add org. ntahnyer! email berbakul2 dah. adehhh.

aku stil tak suka fesbuk. tapi adik manja cakap kalau tak join fesbuk macamaner nak dapat anak ikan..? wakakakaka....

last2 aku fedap.

aku memang tak minat fesbuk! Stop.

Wednesday, February 03, 2010

Only One

Broken this fragile thing now
And I can't, I can't pick up the pieces
And I've thrown my words all around
But I can't, I can't give you a reason

I feel so broken up (so broken up)
And I give up (I give up)
I just want to tell you so you know

Here I go, scream my lungs out and try to get to you
You are my only one
I let go, but there's just no one that gets me like you
You are my only, my only one

Made my mistakes, let you down
And I can't, I can't hold on for too long
Ran my whole life in the ground
And I can't, I can't get up when you're gone

And something's breaking up (breaking up)
I feel like giving up (like giving up)
I won't walk out until you know

Here I go, scream my lungs out and try to get to you
You are my only one
I let go, but there's just no one that gets me like you
You are my only my only one

Here I go so dishonestly
Leave a note for you my only one
And I know you can see right through me
So let me go and you will find someone

Here I go, scream my lungs out and try to get to you
You are my only one
I let go, but there's just no one, no one like you
You are my only, my only one
My only one
My only one
My only one
You are my only, my only one

-



Hari ni aku bangun sangat awal. Dan aku sampai ofis pon awal, kira2 10 minit sebelum pukul 7. Uyi pon lum siap mandi lagi masa aku call dia.

Uyi selalu bangun lambat gi sekolah! Tapi dia cakap ibu tu yang tepon awal sangat. Huh! Ada2 jer jawapan dia.

Haih. Aku tak tau naper hidup sekarang terasa sungguh kebosanannya. Kat ofis rasa bosan. Bukan aku bosan dengan kerja aku. Agaknya sebab sekarang tak berapa busy, kerja pon tak banyak yang mendesak. Bosan!

5S yang Pengarah suruh apply pon aku tak start lagi. Huh! Bosan sungguh bila mengenangkan kubikel kecil tempat aku bertapa ni bakal kosong dan hanya ditampal dengan memo2 kerja.

Kat rumah pon macam mati je. Berkali2 adik aku suruh pasang Astro. Tengok la tv katanya. Tapi aku tak rasa kepingin nak layan Astro pon walaupon tiap2 bulan aku bayar bil Astro.

Balik kerja awal. Sebab aku bosan dah lepak ofis lama2. Sampai rumah pon bosan jugak. Sebab adik2 lum balik lagi. Sudahnya aku jadi penunggu dalam rumah tu.

Well.. aku lupe! Dulu pon sebenarnya aku macam ni jugak. Pergi kerja, balik kerja. Penat. Bosan. Terlelap. Cume dulu aku terikat dengan masa sebab aku naik bas. Sekarang tidak dan aku boleh managekan masa aku sendiri dengan selesa. Itu kelebihannya. Yeay.

Haih. Takpe lah. Tengahari nanti aku kuar jap, ngular sambil2 nak amek smart card pegawai kat Bangsar. Cube2 hilangkan kebosanan.


Ehhh.. kadang2 bosan pon best apa... ader gak aku post something yang takde jiwengs kat blog ni. *wink kat budak comel tuhh...*

Tuesday, February 02, 2010

kata adik comel aku....



seorang kawan merangkap budak comel ym aku, blog aku ni terlalu jiwang. aku balas balik ' ntah. semenjak 2 menjak ni rasa emo sket.'

dia tembak 'eleh.. bukan sekali dua ni.. selalu. nampak ajer brutal tapi leleh.'

desyumm..! desyumm!!

erkk. ye ker?

ok ok. yang tadi tu post last berunsur kejiwaan.

ciss..!!


petikan 'cinta di permaisuri'




"kalau awak rasa tak dapat lupakan masa silam, saya rela lepaskan awak pergi." luahku perlahan.

"kenapa cakap macam tu?" dia bertanya.

"entah. saya taknak awak bawa benda tu sepanjang hayat awak. saya taknak awak terbeban dan menipu perasaan sendiri."

diam.

"kalau awak rasa perasaan awak berat ke arah itu, baik awak follow ke arah itu. dapatkan balik apa yang telah awak kehilangan sikit masa dulu.awak harus tau apa yang awak nak dalam hidup awak." pandainya aku berkata-kata.

dia mengeluh perlahan. "tak mungkin kami bersama kembali. kami ada keluarga yang harus dijaga hati dan perasaan. tak semudah itu. walau masing2 nak kembali, ianya tak mungkin sebab terlalu banyak halangan terutama famili dia. dan keadaaan takkan sama seperti dulu." sebutir sebutir patah perkataan dari bibirnya.

"awak yang nak kahwin kan? bukan famili dia. bukan orang lain. ini life awak. kebahagiaan awak." tegasku.

"awak sanggup lepaskan saya?" soalnya kembali.

diam.

"kalau itu takdirnya, kalau itu yang awak inginkan, kalau itu yang boleh buat awak ceria dan bahagia, saya bukan siapa2 untuk menghalang. nak taknak saya terpaksa relakan awak." aduhh.. baiknya aku!

"awak boleh terima semua tu?" tekannya lagi.

angguk.

"habis.. kalau saya kembali semula dengan dia, awak macamana?"

aku renung dia. tanpa kata. "biarlah.. biar aku pergi jauh2 membawa hati yang luka." jeritku tanpa suara. hanya berkata2 dalam hati sendiri. "takpe... saya ok." akhirnya aku berjaya meluahkan juga apa yang sepatutnya untuk seseorang yang amat aku sayang.




tiba2 laju je tangan aku menaip selepas berjaya menggemukkan diri tadi. nanges nanges... hoho.

nasi tambah: tergerak nak tulis camni bile terbaca salah satu blog kawan tu. cam best je. huhu.

february 2010









Wednesday, January 27, 2010

monolog (atau muhasabah diri pon ok gak)



aku keliru. siapa aku di hatinya? kekasih? teman? sahabat sejati? tidak bernama? entah siapa2? belum tentu?

aku bukan sekadar ingin berkongsi happiness dengannya. aku juga ingin berkongsi dukanya, sedihnya dan tangisnya. kerana aku marasakan dia sebahagian dari hidupku. kerana aku merasakan dia berkepentingan dalam hatiku. dan kerana aku mahu dia.

namun tidak begitu baginya. aku tidak dibenar untuk merasa kepahitan dan duka lara yang diharunginya. dia teramat bersedih. terlalu bersedih sehingga tiada siapa diperlukan untuk meredakan kesedihan dia.

dia rela bersendirian. keseorangan. meratap hiba. kerana dia tidak percaya siapa2 pon untuk masuk ke dunia kesedihannya. egois.

aku termanggu memikirkan siapa aku di sisinya. tak layakkah aku untuk menyapu air matanya? atau mungkin aku belum cukup syarat untuk sampai ke tahap yang sepatutnya untuk merasa sama apa yang dia rasa? barangkali... barangkali...

serasa langkahku mati dan aku keliru dengan jalan yang bakal aku lalui. betulkah? inikah? apakah aku sepatutnya reverse dan beri laluan kepada kereta yang dah lama q untuk lalu dahulu? (putrajaya kdg2 jem giler...)

Tuhan, beri aku jalan. beri aku petunjuk. aku tak ingin lukakan hati insan insan insan dan insan lain, yang mungkin tanpa aku sedari. entah selama ini mataku ini sengaja buta atas ketamakan aku sendiri.


aku bingung. dan saat ini aku ingin berlari laju2 ke pantai. berlari dan terus berlari dan terus sampai jauh ke laut dalam.


Tuesday, January 26, 2010

a season in hell


biler seseorang yang dah kau buang dia jauh2 dari hidup kau tiba2 datang kembali atas nama keinsafan, bagaimana rasanya?


beri aku baldi saiz besar, aku rasa nak muntah.

jangan menagih simpati. harta kau tak laku.

siler main jauh2.

Thursday, January 21, 2010

Tajuk lagu ni lagu uyi.



Lagu uyi


Burung berkicauan kerana engkau pergi dari aku
Langit yang biru menjadi putih
Itu tandanya kau sudah pergi meninggalkanku
Sudahlah sayang jangan kau permainkan diriku lagi
Janganlah engkau menghasutku
Jangan pula kau permainkan aku seperti bonekamu sendiri…
Oh sayang biarlah apa pon
Kau tetap di hatiku buat selama2nya
Kau yang pertama di sisi hatiku
Kalau kau tak percaya
Belahlah dadaku
Kau lihat saja
Ada kasih cinta kita berdua
Oh sayang walau apa pon terjadi
Kau tetap di hatiku buat selama2nya




***************

uyi cakap bait2 kat atas tu dia tulis sendiri.. dengan kata lain dia reka. erk.. ntah lagu mana ntah dia copy. semalam masa call dia, dia suruh aku tulis sementara dia bacakan. aku try la memerah kepala otak ni lirik lagu mana sbb uyi suka layan lagu2 indon jugak.

tapi agaknya makan semut banyak sangat so daya ingatan tu ader sikit kureng. err korang tau tak lagu mana ni? atau mungkin petikan dari mana2 novel tapi setau aku dia mana la baca novel2 ni semua. hmm. mungkin dia pernah terbaca dari mana2 petikan pastu ubah2 cket2. dia kan kreatif. hehe.

tapi menurut sumber terdekat, org yg rapat ngan dia, mok cu a.k.a pajeen, uyi mmg suka tulis benda2 camni. dia cedok cket lagu ni, lagu tu dan kadang2 dia tulis dan perdengarkan kat kazen2 dia atau mak2 sedara dia kat kampung. hmmm.

kalau betul uyi tulis, bangga jugak mak. ada bakat menulis lirik anak aku ni. hikhik.



pajeen


lepas makan kat kenny rogers

Wednesday, January 20, 2010

selamat hari lahir siti marlina mukhtar.




dah. giliran ibu dia pulak. hmm 4 hari selepas uyi, aku punya turn pulak. dan tak keterlaluan aku katakan tahun ni punya besday sangat special dan bermakna dan tertulis dalam kamus sejarah hidup aku.

semalam tepat jam 12 aku dapat sebiji kek made in secret recipe berperisa coklat padat dan sejambak bunga. awww.... of course!

err gambar later aku letak sebab semalam tak plan pape pon. pakai pon selekeh cam nyonya nak pegi pasar beli sayur. tapi serasanya aku wanita tercantik dan terbahagia pulak bila dapat sejambak bunga yang sangat comel. sungguh!

kuntuman2 ros merah dengan kelopak yang masih berbalut tu nampak sangat suci dan pure dan comel sangat. suka aku!

dan dengan ini secara rasminya aku berusia errr..... err born 1976. hehe. alamakk.. dah tua dah! tapi kawan aku cakap age is just a number, apa nak kesah. eh ehh... kesah lah! tahun ni aku nak kawen lah! nanti lambat2 susah plak nak beranak. huhu..

ekceli aku tak berapa sambut besday aku. biasanya sekadar ucapan dari famili dan kawan2, pastu makan2 ngan adik2. tu je. sebab aku malas nak ingat... hari lahir maksudnya bertambah satu lagi angka. adeehhhh...!

tapi tahun ni aku dapat kejutan yg istimewa. time kasih untuk teman yg sangat mengambil berat. i really appreciate it walaupon tak menangis keterharuan malam tadi. hehe.

may Allah bless me in everyway. ameen.....

Monday, January 18, 2010

siti ainur shahirah


16 january 2000 tepat jam 12.38am uyi dilahirkan.

16 januari 2010 hari sabtu lepas, uyi genap 10 tahun. well, hepi besday to my sweetest ever doter., siti ainur shahirah.

dia nak basikal sebab katanyer nak ke sekolah dengan kawan2, takmo atuk hantar. erk.. aku kena pikir yang tu. plus nak satu lagi present special dan seprais sempena kejayaannya dilantik sebagai penolong ketua kelas. waahh.. kemain suka dan bangga dia! tugas dia mengalahkan ketua darjah! hari2 tulis nama budak bising.

ada sekali tu, ketua tak datang dan dia jadi imam lah sekejap. 'assalamualaikum cikgu..!' semua budak2 follow dan dia rasa seronok dan bangga katanya. herm.. uyi memang suka jadi leader.

selain tu.. err dah tentu dia dah bertambah besar dari segi fizikal dan tak lama lagi diorang cakap dia akan sama tinggi ngan aku. heh. macam kawan2 atau kakak ngan adik gitu. ngeh ngeh.

happy birthday anak ibu.

happy birthday uyi.

happy birthday my little pumpkin.

happy birthday adikkk...

semoga uyi akan jadi manusia yg cemerlang dunia akhirat, anak yg baik dan berjaya dalam hidup... ibu sayang dan rindu uyi sangat2.......


Thursday, January 14, 2010

terus terang

1 2 3 4
isnin sampai jumaat
wang ringgit boleh dicari
tapi mana nak sama
dengan kau seorang
yang suka berterus terang
hanya kau yang ku sayang

1 2 3 4
siapa cepat dia dapat
kalau sakit makan ubat
tapi mana nak sama
dengan kau seorang
yang suka berterus terang
hanya kau yang ku sayang

yang ku sayang
hati riang
jiwa tenang
daku senang
terus terang

semakin susah nak menjadi
seseorang masa kini
tapi saya tak peduli
janji hati yang riang
dengan kau seorang
yang suka berterus terang
hanya kau yang ku sayang

dengan kau seorang
yang suka berterus terang
hanya kau yang ku sayang

yang ku sayang
hati riang
jiwa tenang
daku senang
terus terang


Monday, January 04, 2010

rindu uyi...


uyi da masuk darjah 4. da sepuluh tahun. da besar. da agak 'matang' bagi seorang budak yang sebaya dia. bleh share macam2 citer ngan dia. bleh kongsi perasaan ngan dia.

sms 2 januari 2010 0700am, dalam ketapi sewaktu di kuala krai, otw ke kelantan:

"Mom darling wake up.u brush u teeth,u bath and u go to work.i miss u mom."

panas rasa mata aku....






kat mines, atas sekali.

uyi ngan ibu.


uyi ngan uncle tariq kat secret recipe, mines.


tutup muke.. malu! mulut senget!


muke uyi bengkak sket lepas cabut gigi.

Thursday, December 24, 2009

Friday, December 04, 2009



aku rasa letih......

izinkan aku lena sebentar.






i don't wanna love you if you don't love me...
don't wanna need you when you won't need me too.

*samantha mumba-gotta tell you*


Thursday, December 03, 2009

titik

kadang2 aku suke tengok muke aku sendiri kat cermin.

sebab aku nampak macam2 cerita kat situ. macam2 kisah dan pengalaman sepanjang aku bernafas kat muka bumi ni. kadang2 aku suke senyum sendiri. senyum pada diri sendiri. di hadapan cermin. dan kadang2 aku akan buat muka hodoh macam pontianak yang menggerunkan. err... uyi suka buat muka joker.

aku boleh termenung lama depan cermin. flash back apa yg berlaku di masa lampau. kadang2 sampai aku tak sedar aku dah tak berada depan cermin lagi, tapi dah landing meniarap atas katil. hah..

macam2 peristiwa aku lalui. kadang2 rasa letih dan cuba nak lari jauh2. mungkin nak try masuk ke alam bunian ke. nampak macam tenang je.. damai. dengan pakaian serba putih yang kelihatan suci dan bersih.

teringat dulu en angel pernah menyatakan kerisauannya terhadap aku sewaktu masalah dengan ex-husband belum setel. dia risau aku tak dapat handle sekiranya aku menemui kesulitan. dia risau aku tak dapat tangani dan tak dapat terima dugaan yang mencabar nanti.

tambahnya lagi aku mungkin lemah, tak kuat... aku mungkin tak dapat mentafsir masalah yg datang dengan bijak. tak boleh menilai.. apa yang patut apa yang tidak. arhh.. risau sungguh dia!

dan waktu tu aku hanya tergelak dalam hati. kenapa la engkau begitu risaukan aku. aku dah besar. aku tau mengatur hidup. aku bukan budak kecik.

aku hanya tersenyum dalam diam.

itu 6-7 tahun yang lalu....

dan alhamdulillah.. sepanjang waktu itu aku telah lalui pelbagai ujian.


dan sekarang aku teringat balik itu semua...
betul ke aku telah dan boleh lalui semua dugaan yang mendatang dengan bijak....

Wednesday, December 02, 2009

touch by an angel...

kebelakangan ni aku kerap mencari kisah2 sedih yg berlaku dalam hidup manusia.

membaca atau mendengar atau mengimbas kembali.. kemudian membandingkan dengan kisah aku. berharap kesedihan hati ini dapat dikurangkan dengan memujuk hati... mereka juga menanggung kesengsaraan yang berat... malah ada yang lebih hebat.

mungkin sedih aku ini banyak dipengaruhi oleh emosi. lantaran emosi yg mengawal akal dan fikiran.

Tuhan.. berikan aku kekuatan seandainya kesedihan aku ini berpanjangan.

Harapan yang kembali itu sememangnya tinggal harapan yang entah di mana penghujung yg aku sendiri tak tau...

-the end-