FoLLoweRs
Thursday, October 07, 2010
Sunday, October 03, 2010
next station...
Seorang kawan berkata, ada perkara yang berlaku dalam kehidupannya yang dia tidak redha.
Apa maksudnya dia tidak redha? Entahlah.
Bila sesuatu itu berada di luar kawalan kita, apa lagi yang boleh kita lakukan?
Kita hanya mampu melihat. Dan berharap. Dan menanti.
Tiba2 aku rasa aku ni jahat. Bukan untuk satu situasi, tapi dua. Namun dalam cerita yang berbeza. Diam2 aku undur setapak. Dua. Tiga.
Dan terhenti. Tak mampu nak berbuat apa2 lagi.
Dalam keadaan seperti ini. Aku hanya bisa melihat.
Dan berharap, bukan untuk aku, tapi untuk dia. Semoga dia akan temui sesuatu yang bererti dalam hidupnya.
Dan juga semoga tiada sekuman pon dendam atau penyesalan tersimpan di dalam hati. Ampunkan aku. Rasanya terlalu banyak aku lukakan hati insan lain. Tak kiralah apa sebabnya. Tak kiralah siapa.
Aku jadi penakut. Dan lemah untuk berdepan dengan hakikat.
Jom lari jauh. Jangan kejar aku...!!!!
colmar tropicale
lihat... rambut saya sangat panjang.
... dan saya semakin tembam :)
p/s : opss.. saya tak mekap tuh ;p
Tuesday, September 28, 2010
sudahlah sudah.
Salam... Selamat hari raya.. Just nak sampaikan pesan mak. Mak ckp jangan bercinta dgn tengkorak. Hehe! Tu gambr bf kak ina byk gambar tengkorak la.. Pistol la.. Menakutkanlah... Tak takut ke? Enough is enough kak ina.
Lagi satu, xxxx dah ada FB. So hati2 la. Tapi klau x mau dia tahu kak ina ada FB, adik suggest, kak ina gi kt friend list adik cari nama xxxxxx pastu cari nama xxxxxx and block. Tapi nanti dia mesti nak add uyi. Kak ina okay tak.. klau dia nak add uyi?
Msg dari adik ipar aku.
Hehe. Tak tau nak cakap apa. Malas dan letih nak explain. Biarkan. Biarkan.
2-3 hari ni respon yg aku terima tentang 'hubungan' aku ngan eddie agak 'memberangsangkan'. Tak sangka jugak di kalangan kawan2 ofis ada yg follow perkara ni. Haha.
Pistol... tengkorak... ha ha. Nanti2 lah call mak. Takpe, mak aku tu cool. Dan rugged. Walaupon dah lama tak jumpa tapi dia masih amik berat cket2 pasal aku.
2-3 hari ni jugak my x sibuk2 msg mintak salinan surat cerai. Dia da nak kawen? ALhamdulillah. Tapi nak pakai surat cerai tu?
Pergilah ambik sendiri kat pejabat agama.
Saturday, September 25, 2010
aku dan sesuatu.
sana sini raya
awal2 lagi kawan2 uyi datang umah. aku bagi singgit sorang je. huhu. itu yang pompuan, yang lelaki kat luar. ala budak laki, tau jelah lasaknya. takde gambar.


2-3 malam sebelum raya uyi jadi hantu. konon nak kacau uncle Tariq yg balik dari teraweh. anak aku memang nakal. last2 dia yang kena kacau ngan atuk. penakut sebenarnya budak ni tapi ada hati nak usik org.


abang and famili. anak da 3 setengah tapi maintain hensem dan tak boroi, aktif ngan geng2 motor besar Tanah Merah. alamak, apasal gambar ni muka tak ceria je. owwhh.. si kecik tu ada yang tak kena la tuh...huhu.
posing sat sebelum gerak serbu umah sedara mara yang dekat2. L-R ~ mel dan mamanya, pajeen a.k.a deqpa gugurl, zura, alin, aku, uyo dan ain. Kat depan are nisa and aliya, my niece. uyi jadi photographer.


ntah. tak kira la gambar tu cantik ke, kabur ke, jadi atau tak tapi kalau aku suka aku letak jelah. belasah je labu. malas nak pilih2. sakit kepala. hekhek.


gambar ni takde kena mengena ngan raya 2010 tapi majlis pertunangan zana. aku letak gambar ni sebab suka tengok si adilia tersengih. si kecil itu yg mamanya bernama shazlina. satu batch ngan aku masuk gomen nikh.
Dah. Meh buat kerja.
my sweetie
ahad 19 september.
Friday, September 24, 2010
Dan sebenarnya... ~ Lina bukan Yuna.
Fren list dalam fesbuk kebanyakannya kawan2 ofis, kawan2 blog, kawan2 kepada kawan2, kawan2 kepada siblings.
Kawan sekolah rasanya ada sorang je. Tu pon dia jumpa aku dari list adik aku. Hem lepas tu ada la 4-5 lagi yg add. Yang tak kenal aku malas nak approve. Tak seronok. Ramai buat apa tapi tak kenal. Yang ada skang ni pon ramai yg aku tak kenal, datangnya dari suggestion org lain.
'Kalu tak accept camner nak ada kawan camtuh?' kata adik aku.
Herm. Malas nak make new frens. Aku kata.
Semalam, dapat mesej. Dalam fesbuk.
Bila perhatikan nama itu betul2, err itu kawan sekolah aku dulu. Alamak. Camner dia bleh jumpa. Guna nama beledza pon dapat cari maa... dia cakap. hehe.
Adehh. Kantoi.
'Aik.. dah ada bf ker? is it eddie dewanaga tu same person as eddie tokey video and photo tuh? pa pe pn.. tahniah.. hehe.' dia tulis.
He he he.. aku sengih. Bia kan ajer. Huhu.
Cerita kat ats tu takde kaitan dengan apa2 atau siapa2. Sekadar menaip mengisi waktu rehat hari Jumaat yang panjang.
Sebenarnya, hati rasa gundah.
Friday, September 03, 2010
Thursday, September 02, 2010
aku tak marah.
apa jadi bila kita tak mampu untuk membenci dan tak mampu lagi untuk merasa marah?
sakit hati cuma kita sahaja yang tahu.
kita memang diajar untuk bersabar sejak kecil, tapi bila kesabaran tu diuji dengan serangan yang datang serentak, mampukah kita untuk berlagak natural dan menangkis seperti hero?
aku cuma insan.. yang biasa.
dan aku tak merasa apa2.
bila aku dah tiada nanti.
Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara
Bila jumpa penggantiku
Jangan dilupakan aku...
Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu curahkan cahaya
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ini tuhan tentukan aku lah orangnya
Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara
Bila jumpa penggantiku
Jangan dilupakan aku...
Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara
Bila jumpa penggantiku
Jangan dilupakan aku...
Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu curahkan cahaya
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ini tuhan tentukan aku lah orangnya
Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara
Bila jumpa penggantiku
Jangan dilupakan aku...
Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya
Tuesday, August 31, 2010
Sarjan Hassan movie wajib time merdeka.. kan?
Selamat hari merdeka.
Lepas bangun jam 9pagi dan cuci rambut setelah setengah jam diperap dengan lemon segar, aku bergegas ke ofis.
Takpe. Ikut plan asal. Sebab hati tengah berbelah bahagi... either nak setelkan barang2 raya, nak amek baju melayu abah, nak singgah Jusco lagi untuk gown uyi, nak ke kedai aksesori kereta atau nak cuci kereta sebab kelisa tu dah kotor tahap gaban.
Takpe. Pergi ofis at least buat kerja. At least dapat OT. Duit. At least dapat setel sikit kerja yang mebi aku tak leh buat dalam 2-3 hari bekerja ni. Err.. mood nak balik kampung. Besides, Khamis nanti seharian ada tugasan lain. Jumaat dah tentu hari untuk kutip duit raya. hakhakhak.
Tahun ni aku tak banyak beli kuih. Tak. Tapi tahun ni aku jahit langsir untuk rumah kat kampung. Untuk 2 tingkap dan 1 sliding door. Ehehehe... nak termuntah pon ada. Pegang gunting pon sakit tangan, ni nak suh aku jahit langsir! Hehe. Takpe. Belasah je lah labu. Setakat jahit lurus tu aku rasa boleh kot. Huhu.
Baju kurung aku, iaitu baju raya dan jugak merangkap baju kerja nanti dua2 kaler hitam. Satu kain cotton Jepun dan satu lagi kain batik Sarawak which is bajunya at first nak buat ala kurung moden cket tapi last2nya jadi baju kurung jugak. Whatever.
Sekejap ajer Ramadan almost ke penghujung. Sekejap ajer kan?
'Dia tak ajak akak bukak poser sama ker?'
'Tak.'
'Ee. Jahat dia kan? Sian kat akak.'
'Hmm. Hehe. Sian apanya.'
Eniwei, selamat hari merdeka. Walaupon kadang2 aku sendiri tak pasti adakah kita benar2 telah merdeka.
Dan selamat meneruskan ibadah puasa.
Friday, August 20, 2010
terperangkap dalam diri
heyy... sedar sedar dah masuk hari ke-10 kite berpuasa. alhamdulillah.. tahun ni sempat berpuasa.. dan bertaraweh juga(walaupon tak penuh). insyaAllah.
bulan puasa... lemau sket. tak berapa produktif. aku laa... org lain mungkin tak. sebabnya dalam ofis ni sejuk giler. tambah pulak tak makan, lagi la sejuk. aku jadi benci pulak dok kat ofis ni. sejukkkkkk..!! aku benci sejuk sejuk ni. tak tahan. pakai 2 lapis baju plus stokin pon takleh lawan. adehhh. sakit!
malam pulak, kalau bertaraweh, selesai ajer terus golek. kalau tak pergi, awal2 lagi dah pengsan. flat. naper entah. kalau keluar supper, mata ni terpejam2 tahan ngantuk.
persiapan raya? nanti dah siap baru citer. skang satu habuk pon tak setel lagi. baju, langsir, cookies, baju uyi, baju ma abah, etc.
sesekali buka di rumah. berkali2 buka di luar. sekali buke di picc. 2 kali di buffet score A. 2 kali di pizza. 2 kali di rumah dik jarr.
haih. raya tahun ni takde kad rayalah nampaknya. hm ok laa... macam tak biasa pulak ea.
bos tanyer 'betul ke awak dengan tu.. eddie tu.. eddie dewanaga tu?'
ehehehehehehe.
aku ketawa.
Wednesday, August 11, 2010
Eh.. Dah puasa dah kite. selamat berpuasa yea.
'Salam.
Kete gua probelm dgn lu punya alarm system. angkat ble gua cl. lu nk gua pecah lu punya ofis ke?'
Ekekeke.. kelakarnya bila aku nak jadi gengster! huhu.
Tapi serius. Semalam aku bengang giler bila alarm yang aku masih belum habis bayar tu buat hal. Dah la tak function, pastu effect brake ngan pintu. Dah tak auto-lock. Effect lak kat lampu brek pulak. Tak nyala. Pastu, lampu merah tak padam2. Arhh.. citer banyak2 pon tak reti lah!
Pulak tu bila call budak TKS tu tak angkat pulak. Lagi la hangin satu badan. Geram. Bila kita ada problem takmo jawab pulak. Tu yang aku msg gitu tu. Hehe. Tapi tak mencarut ea. Tak suka. Dan tak reti.
Mesej gitu pon konon nak gertak lah. Bia dia ingat entah jantan keberet maner yang mesej. Huhu.
Tapi berbaloi lah. 15 minit lepas tu dia call balik. Cakap tak dengar lah, tengah solat lah. Hihi. Whatever.
Dan semalam, dekat pukul 1 baru siap diorang menggodam kereta aku. Tak siap lagi tu. System yang diorang remove semalam lum pasang lagi. Tengok lah, kalau sempat hari ni atau esok kasi setel.
Baru hari tu tukar ekzos. Ni masalah ni pulak. Aduyaii... nak duit lah tu. Dah la nak raya. Uwaaaa...
Nomad kata, 'ala rilek la Ina, pakai kete memang camni punya. Nomad dulu pon. Biasa lah tu.' Haa.. ala2 pujuk gitu.
Haiiiii.. gitu eh?
Thursday, August 05, 2010
sakit kepala ni.
pernah tak... kadang2 kite terasa hidup kite ni stuck?
yea.. aku sedang merasakannya.
adik2 ajak aku join MLM. 'bleh buat duit, make frenz, bersosial.'
masalahnya, aku tak minat MLM ni. adik aku, setiapkali nak keluar untuk jumpa prospek atau ada talk, mekapnya toksah cakap lah.
'err nak jumpa prospek kena lawo2 ker? baju kena cantik eh?'
'ini penampilan... takmo prospek nampak kite selekeh. kena jaga.'
iyelah.
ehh... ker aku yang makin selekeh dan selebet? huh.
***
malam semalam minum, lepak2 dengan pajeen, zura, dik jarr and famili. bakal pengantin open table. herm dapat duit EPF dekat 40K, melampau la kalau tak belanja kan.
he still like before, caring dan gentle. carikan aku kerusi untuk duduk. amek itu, ini. hehe. mesti dia layan wife dia macam permaisuri nanti.
'haaa tu la, dulu jual mahal'
'cehhhh.. nonsense. tapi... how lucky his wife nanti kan?' tersengih.
***
aku baru pakai kelisa purple ni dalam 11 bulan. ok, bleh tahan lah. takde buat hal. aku sayang dia.
setakat aku bawak ni... sekali je aku menyebabkan dia luka. tu pon sebab aku terbangun lambat, kebetulan nak kejar signature timbalan pengarah yg nak fly jam 8pagi, tergostan lebih sket dan hasilnya tercium kereta belakang. owh.. tapi takde la kemik. tergores sket je.
tapi itu aku boleh kata ok lagi.
yang buat aku bengkek, angkara budak2 nakal-bodoh-biak yang suka2 hati calar kereta orang. dan jugak pompuan-tak-reti-nak-tolak-kereta-org-yg-double-parking. bukan aku tarik handbrake pon, apalah salahnya ko tolak sikit kelisa kecik tu, macam aku selalu buat, tolak kereta orang lain supaya ko muat nak keluar. ini nak senang ajer! dan hasilnya jugak, tercalar the poor purple kelisa. demmit!
err tapi pagi semalam aku langgar penghadang tol.. kebabowww...!!!
yang tu malas nak cerita.
opss.. bukan aku tak cukup bayar tol yea.. sila amek perhatian. dan aku bukan mamai jugak waktu hujan renyai2 tuh.
salahkan tol tu dan jugak penjaga tol itu. aku tengok dah banyak penghadang tol yang patah.
yea.. aku sedang merasakannya.
adik2 ajak aku join MLM. 'bleh buat duit, make frenz, bersosial.'
masalahnya, aku tak minat MLM ni. adik aku, setiapkali nak keluar untuk jumpa prospek atau ada talk, mekapnya toksah cakap lah.
'err nak jumpa prospek kena lawo2 ker? baju kena cantik eh?'
'ini penampilan... takmo prospek nampak kite selekeh. kena jaga.'
iyelah.
ehh... ker aku yang makin selekeh dan selebet? huh.
***
malam semalam minum, lepak2 dengan pajeen, zura, dik jarr and famili. bakal pengantin open table. herm dapat duit EPF dekat 40K, melampau la kalau tak belanja kan.
he still like before, caring dan gentle. carikan aku kerusi untuk duduk. amek itu, ini. hehe. mesti dia layan wife dia macam permaisuri nanti.
'haaa tu la, dulu jual mahal'
'cehhhh.. nonsense. tapi... how lucky his wife nanti kan?' tersengih.
***
aku baru pakai kelisa purple ni dalam 11 bulan. ok, bleh tahan lah. takde buat hal. aku sayang dia.
setakat aku bawak ni... sekali je aku menyebabkan dia luka. tu pon sebab aku terbangun lambat, kebetulan nak kejar signature timbalan pengarah yg nak fly jam 8pagi, tergostan lebih sket dan hasilnya tercium kereta belakang. owh.. tapi takde la kemik. tergores sket je.
tapi itu aku boleh kata ok lagi.
yang buat aku bengkek, angkara budak2 nakal-bodoh-biak yang suka2 hati calar kereta orang. dan jugak pompuan-tak-reti-nak-tolak-kereta-org-yg-double-parking. bukan aku tarik handbrake pon, apalah salahnya ko tolak sikit kelisa kecik tu, macam aku selalu buat, tolak kereta orang lain supaya ko muat nak keluar. ini nak senang ajer! dan hasilnya jugak, tercalar the poor purple kelisa. demmit!
err tapi pagi semalam aku langgar penghadang tol.. kebabowww...!!!
yang tu malas nak cerita.
opss.. bukan aku tak cukup bayar tol yea.. sila amek perhatian. dan aku bukan mamai jugak waktu hujan renyai2 tuh.
salahkan tol tu dan jugak penjaga tol itu. aku tengok dah banyak penghadang tol yang patah.
Monday, August 02, 2010
Sunday, August 01, 2010
table no.11
rindu nak makan ni...
dan secawan kopi.
opss.. aku dapat err.. invitation kot? request dari eddie di fesbuk. tak sabar nak accept ni :p
wah jeng jeng jeng..... :)
majlis perhimpunan bulanan BPTV. aduhh skemanyerr saya!
aku jarang letak gambar ofis. sebab... ntah. tapi sbb aku skang ni ader kat ofis di hari ahad jam 250pm, so meh kite post skali.
ni semua budak2 unit kewangan opis aku. semuanyaa pangkat adik2. mude2 belaka.
kaki busuk.
cehh... begitu serius sekali perbincangan persatuan wanita ini.

ahakss... gua jadi tukang kasi hadiah kat Pengarah untuk disampaikan kat orang. cepat ckett wehhhh...! muke tak bleh blah!
abis majlis terus makan. lapar....! tempat saya sangat bersepah lah!
SEKIAN.
Thursday, July 29, 2010
layu di hujung mekar
semalam kan aku bosan, jadi aku berkebun sekejap.
kaktus tu... dari the three stooges dah jadi berdua lebih baik. herm ekceli satu kaktus dah nak mati. jadi sebelum dia melarat baik aku cantas. lagipon aku kesian tengok dia... hidup segan mati tak mau. durinya masih lagi baik tp batangnya macam dah rosak.. dan lembik.
see...
time aku snap pic ni utk tukar pasu dia keadaannya masih baik tapi makin lama makin parah, dia dah tak mampu nak tampung diri dia sendiri.
kesian dia... mati akhirnya... :'( (erk.. macam aku punyer cerita jer...)
jadi korang dapat bayangkan la camner sedihnya hati aku kan.
Wednesday, July 28, 2010
PMS
hari ni aku buat kerja dengan berbasi2.
semangat kurang.
malas.
letih.
kadang2 aku termenung 2-3 minit depan pc. heh.
dalam hati terasa nak marah, sedih, gelisah, benci. kalau dapat nangis cam best sangat rasa. tapi takde bahu nak pinjam.
ofis sejuk giler macam nak membunuh aku dalam neraka ais.
ehh.. ari ni aku da buat 3 entry. huhu.
semangat kurang.
malas.
letih.
kadang2 aku termenung 2-3 minit depan pc. heh.
dalam hati terasa nak marah, sedih, gelisah, benci. kalau dapat nangis cam best sangat rasa. tapi takde bahu nak pinjam.
ofis sejuk giler macam nak membunuh aku dalam neraka ais.
ehh.. ari ni aku da buat 3 entry. huhu.
my dear cLina
dear my blog,
kadang2 aku rasa aku dah tak mampu lagi bertahan. kadang2 aku rasa amat lemah dan tak berdaya. tak sanggup lagi melalui apa yang sedang aku lalui sekarang.
kadang2 aku rasa seperti ingin menangis. ada sesuatu... masih ada sesuatu yang belum lepas. ia masih tersimpan di sini.
kadang2 aku sedih dan terasa bodoh. menipu diri sendiri, berlagak seolah aku mampu mengawal perasaan dan diri. sedang hakikatnya aku amat lemah. lemah sangat...
sampai bila aku akan dapat bertahan? Tuhan, tunjukkan aku jalan.
sungguh. masih berkawan dengan org tersayang yang sah2 bukan milik kita umpama menelan selori kaktus berduri.
bolehkah..? bolehkan aku bertahan..?
aku ingin lari jauh!
kadang2 aku rasa aku dah tak mampu lagi bertahan. kadang2 aku rasa amat lemah dan tak berdaya. tak sanggup lagi melalui apa yang sedang aku lalui sekarang.
kadang2 aku rasa seperti ingin menangis. ada sesuatu... masih ada sesuatu yang belum lepas. ia masih tersimpan di sini.
kadang2 aku sedih dan terasa bodoh. menipu diri sendiri, berlagak seolah aku mampu mengawal perasaan dan diri. sedang hakikatnya aku amat lemah. lemah sangat...
sampai bila aku akan dapat bertahan? Tuhan, tunjukkan aku jalan.
sungguh. masih berkawan dengan org tersayang yang sah2 bukan milik kita umpama menelan selori kaktus berduri.
bolehkah..? bolehkan aku bertahan..?
aku ingin lari jauh!
poor
manusia kadang2 terlalu amat busy kan.
sebaris ayat pon susah nak reply. atau kalau reply, cume sepatah daripada berjela2 sms yang dihantar. langsung tak berharga.
kadang2 kite tertunggu2, tapi.. macam selalu... lain yang ditunggu lain pula yang datang.
sangat kasihan.
aku rasa sangat bodoh.
sudah. berhenti berharap.
Tuesday, July 27, 2010
the best fall is...
seorang kawan yang tak berapa berkawan text aku :
'senyap. whats up?'
aku replied :
'biasa je. nothing interesting'
dia balas :
'herm.. i m not interesting anymore....'
aku text :
'hey im talking bout me lah'
he replied :
'do something bad, n it will b interesting. do good life is boring. nobody nak baca good news...'
hehe. dalam maksud tu. terus aku tak jadi nak balas.
Friday, July 23, 2010
hidup perlu terus.
hari ni jumaat. last kerja utk minggu ni.
esok sabtu lagi.
weekend.
cuti.
berulang ulang sampai aku mati agaknyer rutin ni.
arhhhhh......!!
aku rasa nak giler.
ulang tayang dan lagi dan lagi.
teringat cerita Rock. lakonan Hasnul Rahmaat sebagai Zack yang bosan mengadap rutin yang sama everyday. hehe .. lawak tul time dia cop setem tuh.
esok sabtu lagi.
weekend.
cuti.
berulang ulang sampai aku mati agaknyer rutin ni.
arhhhhh......!!
aku rasa nak giler.
ulang tayang dan lagi dan lagi.
teringat cerita Rock. lakonan Hasnul Rahmaat sebagai Zack yang bosan mengadap rutin yang sama everyday. hehe .. lawak tul time dia cop setem tuh.
Thursday, July 22, 2010
dan...
aku baru membuang salah satu lovely moment yang ada dalam hidup aku yang tak seberapa ni.
lega?
tak jugak.
tapi rasanya itulah yang terbaik.
sayang jugak sebenarnya.. tapi .. tapi... untuk apa disimpan lagi. taraguna! bak kata bekas pengarah aku.
membuang ia, atau membuang aku daripada ia bukan mudah. tapi aku pejamkan mata. buat2 seolah tak nampak dan tak tau.
hati terasa pedih. macam dihiris pisau tumpul. sakitnyer lambat dan terasa berbisa.
ngilu. macam ujian pap smear semalam.
sakit. jantung seolah direntap sekejap dan diperah pulas. macam nak putus 2 helai urat perut. adehh.
tapi.. menyimpannya.. lebih memilukan. menyesakkan dada. dan terasa ada sesuatu yang masih belum selesai. tak lepas. tersekat. terhimpit. merintih. lebih teruk aku merasakan ini tidak adil untuk aku dan mempersoalkan kenapa dan mengapa. macam tak mahu terima apa yang terjadi.
pergilah.
kau bukan untukku.
-the end-
lega?
tak jugak.
tapi rasanya itulah yang terbaik.
sayang jugak sebenarnya.. tapi .. tapi... untuk apa disimpan lagi. taraguna! bak kata bekas pengarah aku.
membuang ia, atau membuang aku daripada ia bukan mudah. tapi aku pejamkan mata. buat2 seolah tak nampak dan tak tau.
hati terasa pedih. macam dihiris pisau tumpul. sakitnyer lambat dan terasa berbisa.
ngilu. macam ujian pap smear semalam.
sakit. jantung seolah direntap sekejap dan diperah pulas. macam nak putus 2 helai urat perut. adehh.
tapi.. menyimpannya.. lebih memilukan. menyesakkan dada. dan terasa ada sesuatu yang masih belum selesai. tak lepas. tersekat. terhimpit. merintih. lebih teruk aku merasakan ini tidak adil untuk aku dan mempersoalkan kenapa dan mengapa. macam tak mahu terima apa yang terjadi.
pergilah.
kau bukan untukku.
-the end-
Tuesday, July 20, 2010
inilah wanita.
esok aku nak buat satu ujian kesihatan kat sebuah klinik.
asalnya nak pergi ke sebuah hospital kat kl, tapi macam tak berape nak reti jalan nak ke sana. takde org nak temankan. so, aku buat kat klinik yang dekat ajer yang of kos aku tau jalan dia, maner nak parking, maner pintu nak masuk dan maner tandas dia.
doakan semoga aku baik2 ajer.
er.. ekceli aku takut!
seram!
ngeri!
adeehh..!!
Friday, July 16, 2010
apa bolah aku katakan...
aku bosan.
aku bosan dengan life sekarang.
aku bosan dengan perhubungan sekarang.
aku agak bosan dengan kerja sekarang.
aku bosan dengan dia.
aku bosan dengan status poket dan bank.
aku bosan bila balik rumah hari2 selepas kerja.
aku bosan basuh pinggan.
aku dah bosan sapu dan mop lantai.
semuanya membosankan.
cuba dalam hati ader taman cinta, pasti hidup aku takkan bosan.. warghhh.
yeker...?
atau cuba mulakan sesuatu hubungan dengan org yang aku rasa ok, agaknyer berbaloi kot..?
boleh ker..?
try and error.
sanggup??
aku bosan.
aku bosan dengan life sekarang.
aku bosan dengan perhubungan sekarang.
aku agak bosan dengan kerja sekarang.
aku bosan dengan dia.
aku bosan dengan status poket dan bank.
aku bosan bila balik rumah hari2 selepas kerja.
aku bosan basuh pinggan.
aku dah bosan sapu dan mop lantai.
semuanya membosankan.
cuba dalam hati ader taman cinta, pasti hidup aku takkan bosan.. warghhh.
yeker...?
atau cuba mulakan sesuatu hubungan dengan org yang aku rasa ok, agaknyer berbaloi kot..?
boleh ker..?
try and error.
sanggup??
my weekend.
aku demam.
mata pedih.
kepala sakit.
hidung soosek soksek.
asyik bersin.
takde selera nak makan.
adoiii... weekend demam tak best langsung.
tak boleh nak mc.
dok rumah.
alaaa.. rasa nak makan bubur nasik kampung baru lah!.. :(
Wednesday, July 14, 2010
#uyi
lupe nak cerita.
awal tahun 2010 ada orang nak buat uyi sebagai adik angkat. dan uyi nampaknya agak serius dengan perkara itu.
'ibu, uyi nak amek kakak angkat lah'
'saper?'
'ado la.. dia nak buat uyi jadi adik angkat dia. uyi nok la ibu, lagipon uyi takde kakak'
'hermm... ok lah. bolahleh.
'tapi uyi nak buat betul2 ni ibu...'
'ye lah... taakpelah. buatlah'
'uyi nok dia jadi kakak angkat uyi sungguh2'
'ok.. boleh sayang'
'tapi nak kena naik mahkamah dulu ke ibu?'
eheheheee.... lawak lah uyi nikh!
Tuesday, July 13, 2010
Save Me...
I feel my wings have broken
In your hands
I feel the words unspoken
Inside
When they pull you under
And I would give you any thing you want
You were all I wanted
All my dreams are falling down
Crawling round and round and round
Somebody save me
Let your waters break right through
Somebody save me
I don't care how you do it
Just save, save
Come on
I've been waiting for you
I see the world has folded in your heart
I feel the waves crash down inside
And they pull me under
And I would give you anything you want
You were all I wanted
All my dreams have fallen down
Crawling round and round and round
Somebody save me
Let your waters break right through
Somebody save me
I don't care how you do it
Just save, save
Come on
I've been waiting for you
All my dreams are on the ground
Crawling' round and round and round
Somebody save me
Let your waters break right through
Somebody save me
I don't' care how you do it
Just save me, save me
I've made this whole world shine for you
Just save, save
Come on
I'm still waiting for you
Monday, July 12, 2010
lapan lagi
last week...
'ibu.. esok adik kena rotan'
'hah..! kenaper..??'
'sebab Sains dapat C'
'laaa.... hmm camner leh dapat C tuh. susah ke peksa ari tu uyi?'
'ermm..'
'aduhh... adik baca buku tak..?'
'baco doh... tapi payoh'
'hermm.. camner tu.. cian kat adik.. nanti cikgu rotan kat maner? saper lagi kena?'
'ado... ramai kena. rotan kat tangan'
'nnti lain kali buat betul2 taw'
'takpo.. adik nak bwk minyak gamat esok'
'nak buat aper?'
'ho lah.. letak kat tangan takmo kasi sakit sangat'
esoknyer....
'hm dah kena rotan tadi ea...?'
'ho...'
'hm len kali blajar betul2 taw, takmo dapat C lagi yea'
'takdi kena rotan sebab tak buat kerja sekolah..'
aduhhhhhh...... anak aku nikh!
semalam....
'ibu, uyi dapat nombor lapan...'
'lapan? hermm... ok lah.. nanti len kali kasi dapat nombor 4 yea'
'horr...'
aduhh.. taulah uyi ni suka nombor lapan... sampai peksa pon nak nombor lapan jugak. haihh.
takmo push dia sangatlah.. takmo kasi dia tensen. slow2 lah. tapi tu lah, asyik nombor 8 je, takpon 6.. paling bagus nombor 4. hukhuk.
Friday, July 09, 2010
Thursday, July 08, 2010
terima kasih sahabatku sayang!
sampai je kat ofis pagi semalam ader satu paper bag atas meja. opss... tak sempat nak snap, busy. so snapkan ajer masa balik. tapi da intai apa ada di dalam...
snap jap ah dalam kete.
see...! so cute! comel je dok kat sebelah bekas tisu tu.. matching pulak! itu kotak tisu takkan buang, sentimental value beb!
meh kasi dekat cket. haa... jgn jeles... germany! owhh.. patutlah ahad ari tu tanyer aku sokong team maner. hehe.
owhh yang ini dah lama... yg kaler biru tu beli sendiri sbb time tu kaler merah tu da abis stok. frust sbb ekceli i like red. a few days later yg kaler merah tu tiba2 ada atas meja. hehe. seronoknya! ladybird kat tengah tu dik jarr kasi sempena beli kereta ni. simpan sampai mati.
tak puas hati.. balik umah snap satu lagi paper bag tu. huhu.p/s terima kasih banyak2. awak memang baik! takkn saya jumpa kawan sebaik awak. walaupon saya tak pernah ucap atau tunjukkan tp dalam hati saya amat senang dengan awk dan terharu atas segala yg awak buat. u r such a wonderfull fren! saya pasti akan nanges kalau berpisah dengan awak. dan saya harap bila awak kawen nanti, awak takkan berubah. kite tetap fren macam biasa. kan..?
sayangnya kita tetap tak boleh berkahwin walaupon saya sayang awak dan awak sayang saya. dan one thing for sure kite pasti takkan jatuh cinta... huhuhuhuhuh....ekekekekeee.....
last but not least.... i really have a great friendship with you. u gave me a shoulder to cry on. thanx!
Monday, July 05, 2010
what a bloody fool you flaming idiot!!
ehh chopp..!
aku bukan suka mencarut.
tapi at least terlepaskan sekali.
dah.
dah.
SIAMANG!!! #$$%^*#$%^&$*
Friday, July 02, 2010
jangan makan hati.
hati.. jangan sedih.
hati.. jangan menangis.
hati.. jangan sakit.
hati.. jangan sebak.
hati.. jangan terkenang-kenang.
hati.. jangan mengharap.
hati.. jangan sayu.
hati.. keep cun.
hati.. kontrol kontrol.
hati.. jangan putus asa.
hati... jangan bersedih....
jangan jangan jangan.
hati.. jangan menangis.
hati.. jangan sakit.
hati.. jangan sebak.
hati.. jangan terkenang-kenang.
hati.. jangan mengharap.
hati.. jangan sayu.
hati.. keep cun.
hati.. kontrol kontrol.
hati.. jangan putus asa.
hati... jangan bersedih....
jangan jangan jangan.
Wednesday, June 30, 2010
sindrom
semalam seharian aku rasa tak keruan. start awal pagi.
naper entah.
rasa macam sedih. rasa nak je nangis. tapi tak tau untuk apa. perasaan tu macam disiat2 dirobek2.
tapi aku tak layan dan malas nak fikir. sudahnya, sambil menaip sambil mulut bernyanyi kecil sambil perasaan melayang lebey kurang... tiba2 rasa mata macam berkaca sikit.
eh eh.. naper entah macam rasa sedih.
hidung dah sok sek.
pelik. ada orang sakitkan hati aku ker? lum lagi. eh ader.. tapi tak la sampai aku rasa pilu camni sekali. aku sepi? sunyi? alah..tu mmg dah biasa. isk...
last2.... biarkan ajer. perasaan ni bukan boleh dilayan2. makin dilayan makin menjadi.
dan malam semalam aku rasa cam nak demam. perut aku sakit. pinggang aku sakit. badan aku lemah.
adoiiii.... dia datang lagi. laaa....
huhhh.. patutlah rasa lain macam je sepanjang hari ni... emo.
Tuesday, June 29, 2010
#uyi
uyi peksa Kajian Tempatan ari ni. Semalam dia peksa Matematik ngan Bm. Dia kata Maths susah. Bm cam biasa lah, dia mengarang cerita seorang budak yang eksiden. Tu aku konfiden, sbb uyi bab mengarang ni memang terer.
Yang tak best tu, dia cakap dia buat Maths semalam sekejap jer dah siap. Alamakk...
Semalam petang waktu aku call dia tengah mengajar kawan2 dia menari.
'Menari? Menari apa uyi?'
'Menari la.. macam2. shuffle....'
Owh. ok.
Aku harap uyi tak kenakan diorang yuran. Mana lah tau, dia mintak bayar singgit ke, upah ajar menari. Bukan bleh cayer uyi tuh.
Terbaru, dia jual lagu. Lirik lagu. Dia tulis atau print mane2 lirik yang dia tau dan jual kat kawan2. Kalau lirik tu best dia jual mahal cket. singgit kot. Yang tak best dia jual murah la.. dalam 50sen. hahaha. Memang otak bisnes tul anak aku tu.
Yang pelik, kawan2 dia suka benor mensupport. sume main beli jer.
Tapi paling best time dik jarr kawen waktu uyi 8 tahun. Yang dia nak kutip duit parking masa kenduri tuh. Tapi cume idea je la. Ye arr.. maunya org takmo dah datang kenduri umah aku tuh. parking kat laman umah kampung pon kena bayar!
haih uyi... ibu miss uyi sangat. walaupon ibu dah tak larat nak dukung uyi (uyi dah 29 kg dan aku 39-40 kg)tapi ibu tetap nak dukung uyi cam budak kecik. nak mandikan uyi. nak bogelkan uyi. nak sapu losyen dan bedak kat uyi. tapi lama mana lagi..? sikit masa lagi mesti uyi tak kasi ibu buat dah. sebab uyi dah besar. uwaaaaa....
masa dia datang kl baru ni, dia dah tak mintak aku dukung masuk bilik lepas dia mandi. selalu dia terjerit2 panggil aku. suh dukung sampai atas katil. takut rambut melekat kat kaki. dia geli.
hukhuk.... uyi... ibu rindu kat adikkk....... :(
Wednesday, June 23, 2010
semalam yang hangat
semalam tengah malam aku nangis... sorang2.
dalam hati aku terdetik.... aku takkan tua. aku takkan berkedut. orang takkan lihat wajah tua hodoh aku. aku sendiri takkan berpeluang menjadi tua. sebab aku akan mati muda. lum sempat tua!
aduyaiii... sadisnya.
cube tidur dalam kul 11. desperate housewives pon tak sempat layan abis. tak selesa. terus masuk bilik... lelapkan mata. bila da lena sikit, ia datang lagi. menyerang.
aduh. terpaksa lawan mata yang ngantuk tengah sedap2 tidur tadi dan jugak ketidakselesaan yang mendatang.
agak lama... sejam.. dua jam... bila dah reda sikit aku kunci pintu bilik. jangan saper2 masuk bilik kacau. padam lampu. mengerekot tidur kat bucu katil. ujung2.
esok kalau tak ok, aku nak pergi klinik. lantaklah. mc lah esok.
teringat kat uyi. dekat 2 pagi. mesti dia dah tidur. sedihnya rasa.
sakitnya. kenapa ni.. kenapa ni. sakit apa ni. nak mati ker? ada terkena penyakit kronik ke? maklum la.. usia dah 3posen. macam2 masalah.
rindunya kat uyi. jauhnya dia. kesiannya dia.
hidung rasa sakit. sempitnya lorong bernafas. sesaknya dada. lama2.. mata makin berat... arh.. tidur la. cubelah lelapkan mata sambil merengek sorang2.
zzzzzzzzzz.....
teringat kat uyi. dekat 2 pagi. mesti dia dah tidur. sedihnya rasa.
sakitnya. kenapa ni.. kenapa ni. sakit apa ni. nak mati ker? ada terkena penyakit kronik ke? maklum la.. usia dah 3posen. macam2 masalah.
rindunya kat uyi. jauhnya dia. kesiannya dia.
hidung rasa sakit. sempitnya lorong bernafas. sesaknya dada. lama2.. mata makin berat... arh.. tidur la. cubelah lelapkan mata sambil merengek sorang2.
zzzzzzzzzz.....
Monday, June 21, 2010
Hari ni Rejab 8
aku teringin nak letak gambar aku yang terbaru kat sini. rambut aku sangat panjang. rasanya, ni lah yang paling panjang kot. tak lurus, tak jugak curl. tapi dik jarr cakap rambut aku sehat. agaknya sebab aku selalu apply lendir daun bunga raya. dan setiapkali ke tasik permaisuri, aku selalu curi2 curi daun bunga raya kat situ. sambil2. hehe. sambil nyelam minum air.
terbaru, sebab dah lama tak joging, ada sepohon pokok bunga raya yang sangat rendang kat sebelah ofis ni dah jadi mangsa. aku rembat sekali dengan bunga2 dia.
aku baru dapat satu tarikh yang sesuai nak potong rambut ni. lepas raya. hehe. so takde istilah rambut raya or whateverlah kan.
aku nak start berdiet. nak start joging. dah sebulan lebih rehat. badan dah rasa naik. lemak dah tersengih. lengan, peha, betis dan kawasan2 seangkatan da tak pejal. lembek. adehh. dah lama sangat tak exercise. badan pon asik lenguh2, lemah. tak fit.
uyi dah start sekolah semalam. rindu sangat kat dia. dia pon rindu kat aku. hari2 call suruh aku balik cepat. anak aku tu dah besar. dah tinggi. dah takat mata aku dah. fuhh. setahun dua lagi kompem sama tinggi ngan aku.
hermm.. sebelum ma ngan uyi balik, ada jumpa encek angel sekejap. ada perubahan dalam diri dia. aku seronok. dia memang baik, dan dia sangat baik. aku rasa.... hehh. entah. alhamdulillahh...
Ya Allah, tenangkan dan lapangkan lah fikiranku. ameen.....
Friday, June 11, 2010
biarlah budak2 ni layan budak setan kat alamanda...
masa yang terluang aku baca kembali coretan aku yang lama2.
bagaimana aku bleh terjebak dalam dunia blog ni, apa yang aku nak luahkan, citer2 pasal uyi, citer2 pasal 'kekasih' gelap, kawan2 jadi tak jadi etc.
herm... dulu aku banyak citer pasal uyi. sebab dia dalam proses membesar dan terlalu banyak persoalan dalam kepala dia. tu pon tak semua sempat aku tuliskan. terasa rugi pulak! sebab soklan dia cute2 sebenarnya. sangat comel!
terbaca tentang abang badan besar. ala abg helmi lah! rindu pulak kat dia. kenapa ek aku bleh lost contact ngan dia? owhh.. sebab org ketiga.. org yang melaga2kan kami, sebab duit.. dan sebab... dia mengadu kat org lain aku tolak dia. erkk.. tolak dalam ertikata soal hati dan perasaan. kot tolak badan dia, sampai ke sudah pon tak tertolak!
bengang jugak sebab dia bleh citer kat org lain macamtu. citer la betul2 buat apa nak cilok2. herm.. apapon dia mmg best. sporting dan.. err seronoklah kawan ngan dia.
nak contact dia balik? mungkin tidak. entah.
uyi. dah 10 tahun. da pandai berperfume. berlosyen. kecik2 dulu dia cukup tak suke pakai losyen. melekit katanyer. tapi baru2 ni dia suruh bank in rm300 sebab nak beli losyen dan perfume. dah abis. nak pakai untuk majlis khatam al-quran. bercakap pasal majlis tu, ia akan berlangsung esok. 12 jun. entah sekolah dia atau geng2 surau kat kampung yang anjurkan aku pon tak pasti.
mula2 mmg aku plan nak balik kampung, tapi abang nasihatkan tak payah lah. sebab malam nanti uyi sendiri da nak datang kl. so kalau aku balik, nanti penat ajer.
herm... alhamdulillah.. ekceli uyi dah tamat al-quran tahun lepas lagi, masa dia darjah 3. eee.. same ngan ibu la... cayalah uyi.
kawan yang aku 'rebutkan' dengan GRO tu pon da bakal jadi ayah. wife dia dah 4 bulan peknen.
kawan yang main tarik2 tali dan selalu usik2 khabarnye dah bukak cawangan baru. hermm... cawangan nombor 2. itu pon kawan2 yang kasitau. tak sangka penipu jugak mamat ni. dalam bergelak ketawa, berciter macam2 masalah dan berkawan dalam erti kata betul2 kawan, buleh pulak dia tipu ek. huh. macam2 jenis perangai. entah kenapa dia nak tipu aku pon tak tau. apadaa.
dan kawan yang adik2 aku suke dan berkenan satu masa dulu.. ekhemm... hahaha. eh beraper banyak kawan daa.. huhu. tapi memang betul semuanya kawan. kawan tapi mesra. kawan dan sekadarnya kawan, sebab aku tau takkan boleh pergi jauh. dan jugak sebab rasanya tak boleh nak lebih dari seorang kawan. lebih selesa berkawan.
er.. takde citer apa sebenarnya tentang dia ni. cume baru2 ni dia ada text kenape aku tak kawin lagi? dia mendoakan aku bahagia tapi dia takkan mendoakan hati aku ini dimiliki oleh sesiapa sebab dia jeles. hahaha. aku suka. sebab dia prefer cakap sesuatu tu dengan terang dan straight forward. dan dia jugak seorang yang kelakar dan kreatif. org seni mmg gitu kot. huhu.
hermmm... rindunya pada kehidupaan yang lalu. senang sebenarnya. selepas divorce, kehidupan lebih selesa dan tenang. tanpa ikatan. tanpa komitmen pada pasangan. cume satulah... kadang2 terasa sunyi... sepi tanpa cinta. tapi bercinta... tak semestinya bahagia jugak kan..?
entah.
am i declare myself that i'm being single?
hitam putih warna kehidupan
lama sangat bergelap, meh sesekali ceriakan cket kaler.
same goes with life. :)
dilema hari jumaat.
datang ofis mata dengan bengkak. rambut lepas, separuh basah. hari ni ari jumaat. semalam malam jumaat.
'ehh.. naper mata bengkak? nanges eh..?'
'woww... rambut basaaaahhhhh...'
'ekhemmm..'
selain mata bengkak, bibir aku juga bengkak. macam kena cium semut.
semalam tido hampir 12jam. macam baby. hermm just imagine la kul baper aku dah lena kan. so, pagi2 lagi kena lawan rasa sejuk... mandi, kena syampu rambut... mandi wajib. erm.. period da abis daa.
err... aku ingat nak cari abang angkat la sorang. berumur dalam lingkungan 40an. tiba2 aku rindu pada encek angel dan mr big. sbb dengan mereka aku bleh manja2 macam budak tadika. ngeh ngeh.
ader calon?
Wednesday, June 09, 2010
assalamualaikum dan salam sejahtera.
2-3 hari lepas aku ader benda nak jot. berkobar2 semangat. tak sabar2 nak buka blog dan tulis. tapi waktu tu aku sibuk. aku penat. aku tak banyak masa. dan jugak aku gian berfesbuk. ehh.. bukan gian. tapi kerap. hehe.
lama jugak tak baca blog2 feveret. agak sibuk kat ofis. seminggu berkursus kat Sabak Bernam, tau2 la camner bertimbunnyer keje. biasalah. nak idup aduyaii.. bosannya bahasa!
lately aku tak rasa kosong sangat. ntah. mebi sebab aku isi ruang kosong tu. mebi sebab aku tau uyi nak datang next week. mebi jugak aku bertambah matured. mebi sebab aku think positif. atau mebi jugak aku letih nak sedih2 memikirkan perkara bodoh yang takde untungnyer aku fikirkan sedangkan masih banyak benda lain lagi di depan sana. aku masih muda. 34 tahun. err.. berkawan dengan org yang berusia 45 tahun, of kos la dia akan cakap kite muda lagi. hehe.
dan tidak ketinggalan setiap kali kursus, mesti diorang tak cayer aku ni mom of 10yrs old kid. so, tak salah la kalau aku rasa aku ni mude lagi walaupon lagi 6 tahun je aku nak masuk 40. erk! 40? huhu.
dah dah. tu citer lain.
aku tak bersihkan sawang pon ari ni. sekadar membuka pintu yang dah lama terkunci tak terbuka. baru amik penyapu dan berkira2 nak bersihkan area mana....
herm.. aku ader bertanya seorang kawan. apa yang dicari dalam hidup. katanyer tak tercari. tapi dia sedang mencari bahagia. pesannya kat aku, bahagia dan derita tu tak kekal. kalau kite kawen, of kos la nampak bahagia tapi tak semestinya ia akan kekal. so mental kena prepare. begitu jugak derita. tak selamanya akan derita. so, if kita rasa apa yang kita lakukan tu bahagia, just grab it.
entah. itu dia cakap. takde kena mengena dengan aku, tapi sikit sebanyak influence jugak la.
hey.. aku rindu lah bloggers feveret aku!
lama jugak tak baca blog2 feveret. agak sibuk kat ofis. seminggu berkursus kat Sabak Bernam, tau2 la camner bertimbunnyer keje. biasalah. nak idup aduyaii.. bosannya bahasa!
lately aku tak rasa kosong sangat. ntah. mebi sebab aku isi ruang kosong tu. mebi sebab aku tau uyi nak datang next week. mebi jugak aku bertambah matured. mebi sebab aku think positif. atau mebi jugak aku letih nak sedih2 memikirkan perkara bodoh yang takde untungnyer aku fikirkan sedangkan masih banyak benda lain lagi di depan sana. aku masih muda. 34 tahun. err.. berkawan dengan org yang berusia 45 tahun, of kos la dia akan cakap kite muda lagi. hehe.
dan tidak ketinggalan setiap kali kursus, mesti diorang tak cayer aku ni mom of 10yrs old kid. so, tak salah la kalau aku rasa aku ni mude lagi walaupon lagi 6 tahun je aku nak masuk 40. erk! 40? huhu.
dah dah. tu citer lain.
aku tak bersihkan sawang pon ari ni. sekadar membuka pintu yang dah lama terkunci tak terbuka. baru amik penyapu dan berkira2 nak bersihkan area mana....
herm.. aku ader bertanya seorang kawan. apa yang dicari dalam hidup. katanyer tak tercari. tapi dia sedang mencari bahagia. pesannya kat aku, bahagia dan derita tu tak kekal. kalau kite kawen, of kos la nampak bahagia tapi tak semestinya ia akan kekal. so mental kena prepare. begitu jugak derita. tak selamanya akan derita. so, if kita rasa apa yang kita lakukan tu bahagia, just grab it.
entah. itu dia cakap. takde kena mengena dengan aku, tapi sikit sebanyak influence jugak la.
hey.. aku rindu lah bloggers feveret aku!
Subscribe to:
Posts (Atom)










































