FoLLoweRs

Wednesday, August 29, 2012

Raya 2012 yeayy...! Letak gambar dulu, next time kite cerita.




krim karamel uyi buat pada malam raya.


cantik. menjadik. sedap :)


empat lelaki kacak dalam keluarga saya


dik ja dan tariq bersama mell


gambar raya


uyi dan kawan2


abah sokmo posing gitu!


toinkk! toinkk..!


just arrived.. pantai seri tujuh


sebaya tak kitorang? heheheeee...


nampak cantik je.. huhu


acara marathon


so happy!


seronok sungguh diorang ni.


yeahhhhh


qistina, my youngest niece


mimi marliza di depan


mesti nak tanam jugak


game petang tu


warghh warghhh...!!


tua muda kecik besar semua sama je


bravo untuk mell. tak takut pon kena tanam


budak2 ni memang suka melompat


fuuuuhhhhhh... gergasi dah start daaa


idea gambar oleh uyi. aku tukang snap


aarrrmmmm...


yarkk.. hahaha.. one of my feveret pic


aliya qistina


uyi dan nisa


uyo dan ain


uyi dan pajeen


alamak.. lupa nak betulkan gambor sebelum tampal. huhu


sehari sebelum balik kl uyi terjatuh kat dapur sebab lantai licin. kena tepat2 kat lutut eksiden hari tu. arghhhh...


Monday, August 13, 2012

Belum raya lagi




Minggu ni minggu last kerja sebelum cuti raya. Kerja? Tipu!! Banyak main, banyak khayal, banyak sembang, banyak try tudung raya, banyak cari barang2 raya.

Haha.

Kerja jugak, tapi jiwa dah takde kat kerja. Tangan menaip, mengira tapi macam kosong. Kalau tersalah kira, maaflah yea. Kalau terkurang kasi claim maaf jugak. Ikut mood si checker. Tapi mood tengah berbunga2, kasi ajelah. Apa ada hal takat lebih 20-30 ringgit. Amek lah. Duet raya. Kerajaan kasi.

Untuk sehari dua ni aku ok lagi. Kerja macam biasa. Tapi Khamis nanti aku tak sure. Kaki lutut dah menggigil ni. Nak tekan pedal minyak. Nak sampai kampung. Ngee~

Dam dim dum bunyi mercun!


Wednesday, August 08, 2012

8 August




First and foremost, update blog sebab teringat hari ni ada tarikh cantik, 8 haribulan 8. 8 jugak adalah nombor feveret uyi.

Dan jugak sebab dah lama rasanya tak update blog, apalagi jalan2 kat blog. Rasa macam takde apa nak korek kat blog lain.

Pause dulu.

Babai! :)


Friday, August 03, 2012

Yang penting, ingatlah insan tersayang.




Baju raya sana sini. Selendang, shawl, kasut, kuih semuanya meriah. Lagu raya dengar sana, dengar sini. Cerita2 cuti, jem, rendang, tukar duit raya pon tak kurang hebat.

Bahang dah terasa. Ketupat besar kat lampu2 jalan raya dan pokok2 memang dah lama tergantung sehari sebelum puasa lagi.

Ringtone pon tukar lagu raya.

Pendek kata, semangat nak raya dah nampak dah sikit2.

Aku pon dah start semangat. Tahap suam bolehlah.

Cuti dah start apply. Jalan balik ke kampung pon aku dah survey. Ini tahun aku tukar laluan. Ini tahun aku terpaksa drive, membawa arowana balik ke Tanah Merah.

Tapi ini tahun aku takkan meredah hutan Merapoh dan Gua Musang lagi. Ini tahun aku main panjat2 bukit kat Gerik-Jeli pulak!

Entah tak tahu macamaner jalan kat sana. Tapi menurut kata orang, jalan kat sana agak berbukit dan curam dan bahaya dan selekoh tajam2 dan bla bla bla. Belum kira bapak gajah tidur tengah2 jalan. Tapi itu dululah. Sekarang, pon masih berbukit juga tapi mungkin tak seteruk dulu. Jalan dah ok. Cuma yang bahaya tu sebab kawasan agak berbukit dan selekoh2.

Bapak gajah pon masih suka landing atas tar, tapi tak kisahlah sebab aku bajet akan lalu jalan tu awal pagi. Jadi, gajah2 pon dah bangun masa tu, insyaAllah tak kacau perjalanan aku. Alaa.. kan raya . Mesti banyak kereta lain jugak, kan?

Aku tak bawak laju pon. Bawak 80-100km sejam sudahlah. Yang paling penting aku taknak lalu hutan Gua Musang lagi. Dengan jalan yang agak kecik dan sempit, aku rasa mual. Tu belum kira jem lagi.

Tapi jalan Gerik ni pon aku tak sure jugak macamaner. Tapi rasanya lane agak besar kot. entah. Tapi abang cakap, jalan ok. Biasa je. Ala.. Gua Musang aku boleh lalu, takkan Gerik tak boleh, ye dop?

Yang penting, aku akan lalu highway ke utara, menuju ke Kuala Kangsar. Jalan yang selesa dan besar. Bolehlah suruh adik aku drive, aku tidur sementara nak sampai ke Gerik tuh.

Saje nak try jalan sana Kalau ikutkan google map, jarak km Gerik tu jauh sikit daripada Gua Musang. Entah. Kadang2 google ni bukan betul pon. Bengong jugak. Tak boleh percaya bulat2.

Jadi, aku ikut kata hati. Hati rasa tahun ni nak balik ikut Gerik, nak try. Tak try tak tau, kan?

Haih. Tak sabar pulak rasanya nak balik kampung. :-)


Thursday, July 26, 2012

Moreh kite




Esok genap seminggu kite berpuasa. 7 Ramadan. Baru nak masuk 7 hari puasa dah kedengaran lagu raya. Tak feel langsung.

Orang dah separuh puasa baru best layan lagu raya. Terasa. 

Tapi terasa atau tak, weekend ni nak kena start survey baju raya untuk uyi. Untuk abah dan ma jugak. Untuk aku rasanya takde apa dah kot. Baju kurung dah tempah. Baju2 lain, kalau aku beli pon untuk kerja. Blouse ke, skirt ke.

Tahun ni Ramadan rasa seronok sangat. Lebih terisi. Setakat hari ni belum ponteng teraweh lagi. Yang syok tu, lepas teraweh ada buat tahlil. Dan lepas tahlil ada moreh. Dan lepas moreh baru balik rumah. Hehe.

Alaa.. bukan nak makan sangat, selalunya aku minum je. Dahaga. Lagipon teh yang diorang buat tu sodap. Furthermore, boleh bercampur dengan orang2 kampung kat situ especially warga makcik2 ni.

Normally, pukul 10.30 baru aku sampai rumah. Badan dah letih, mata dah ngantuk. Tapi kadang2 tak terus tidur walaupon mata dah kecik. Melayan Desperate Housewives misalnya. Jam 11.30 baru habis. Gedebak gedebuk pukul 12 baru lelap. Haa.. sahur esok mata tak boleh bukak. Huhu.

Sistem moreh kat tempat aku ni bukan ikut giliran memasak, tapi sumbangan sebanyak RM30 setiap rumah. Nasib baik jugak kan. Kalau ikut giliran menyumbangkan makanan, adoii.. aku pon tak tau nak masak apa. Lainlah kalau kat kampung, tiap2 tahun mee kari ma memang hidangan wajib.

Kat sini, acara basuh membasuh kemas mengemas selepas habis moreh disetelkan orang geng lelaki. Tu yang best tu. Kalau kat kampung aku jangan haraplah. Set2 perempuanlah yang kena menyinsing lengan mengerjakan pinggan mangkuk kotor tu. Aku tak terkecuali. Hukhuk. Penat woo.

Apapon, alhamdulillah... merasa puasa yang sangat seronok dengan aman dan bermakna tahun ni.


Monday, July 23, 2012

Salam Ramadan




Ok. Sebelum apa2, selamat berpuasa untuk seluruh umat Islam yang ada singgah baca blog ini.

Excited rasanya menyambut Ramadan tahun ni. Nak puasa, nak buat ibadah, nak spend masa dengan keluarga, nak buat kebaikan.

Celik pejam celik pejam, puasa datang lagi. Padahal baru je habiskan ganti puasa tahun lepas. Hehe. Akulah tu :-p. Nasib baik tubuh badan sehat, tak demam teruk, takde halangan2 besar, so dapatlah aku habiskan puasa ganti aku tu. Alhamdulillah.

Happy fasting frenz :)


Friday, July 13, 2012

Sesekali terkenang




Teringat dan rindu pada yang sudah tiada. Yang sudah mati.

Sedekah al-fatehah sajalah.

What a platonic love...


Tuesday, July 10, 2012

Moderation




Uyi memang dah meningkat remaja. Membesar. Sedikit sebanyak, dia meniru peel aku. Aku noticed tu.

Semalam, dia suruh call back.

'Ibu, try ibu bukak internet, ibu taip cara2 untuk memutihkan kulit dengan cepat'

Hehe.

Mesti dia kena sun burn masa pergi Bukit Merah hari tu. Aku cakap dengan dia, biasalah tu hitam sekejap je bukan hitam macam Dayang Senandung. Tapi tau2lah budak baya dia, mana nak dengar. Kalut, gabra, excited etc.

Macam2 petua dia nak. Termasuklah petua nak lebatkan bulu mata, nak putihkan tangan dan kaki, nak kasi kuku berkilat, nak besarkan mata hitam, nak merahkan bibir, nak kasi jari tangan panjang dan runcing (jari uyi bulat2 tembam macam biskut jejari, tapi comel: :) ). Hehe. Mengarut-ngarut je nak petua yang bagai2.

Dan, sebagai ibu zaman moden yang masih mengamalkan beberapa petua nenek kebayan, aku pon kasilah beberapa tips kat dia. Yang mudah dan yang senang2. Supaya dia tak keliru. Ye lah, halia dengan kunyit pon dia boleh tertukar.

'Ibu, bawang putih tu dio warna putih? Bawang merah warna merah ko?'
Huhu.

Bawang putih untuk kilatkan kuku yea :)

Aku suruh dia selalu letak aloe vera je. Senang, mudah dan selamat. Sebab aloe vera rasanya tak memudaratkan kalau pakai hari2.

'Kenapa takboleh pakai hari2? Uyi nak cara yang paling cepat.. arr 2-3 hari boleh putih dowh.'

'Uyi, mana ada cara cepat. Apa2 benda pon mana elok buat hari2. Sayur yang kita makan pon, memang kena makan sokmo, tapi kalau hari2 tak bagus jugak.'

'Tu semayang tu kena buat hari2 tu.'

Gitu pulak jawapan dia. Haihh.

Nantilah aku belikan supplement untuk dia. Sebab dahi dia ada bintik2 katanya. Mungkin sebab berpanas hari tu, atau mungkin hormon remaja dia.

Teringat aku masa dulu2 :)



Wednesday, July 04, 2012

No point




2-3 hari ni aku selalu teringat dan terkenangkan saat2 uyi masa kecik. Comel sangat!

Bila terbayang kecomelan dan keletah dia, aku tersenyum.

Bila terkenang betapa ruginya aku terlepas banyak detik2 berharga bersama dia, aku jadi murung. Dan sedih.

Cepat2 aku paksa menyedarkan dari terus mengelamun. Aku terlalu takut mengumpulkan banyak penyesalan dalam dada. Aku takmau ingat.

Kalau diingat2 pon, apa lagi yang boleh aku buat?

Tiada lagi lagu 'Andai Dapat Ku Undur Masa'.

Ceh.


Monday, July 02, 2012

Today




Dear blog,

Semalam aku bermimpi aku bersalin. Bukan sakit nak bersalin, tapi aku ada baby yang berusia 2 hari tapi dah boleh berlari2 macam Mell. Hehe.

Pagi2 di ofis aku rasa ceria dan happy semacam dalam hati. Berbunga2 mekar berkembang satu taman. Sebab mimpi semalam ke? Atau sebab rasa segar.

Tapi, aku terasa macam ada kekurangan sesuatu dan.. buruk semacam. Opss.. aku terperasan aku lebih manis bertudung :)

Jumaat lepas, satu hari aku pakai tudung. Sebab ada pra audit untuk 5S, dan untuk menampakkan lebih keseragaman bos suruh aku pakai tudung. Aku ikut ajerlah. Kang kalau tak pakai nampak benor tak respek.

Ok. Itu cerita lain. Tapi respon daripada kawan2 sangat positif. Termalu aku sekejap. Haihh. Bilalah betul2 nak bertudung ni??

Dan pagi tadi secara tak sengaja aku telah menunaikan a part of my tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, iaitu tak lain tak bukannnnn... daftar mengundi...!!! Hehe.

Kalau ada rezeki, tahun ni aku sempatlah mengundi. Kalau tak, alamatnya kena tunggu lagi 5 tahun lah. Huh.

Kau tahu, aku rasa macam jatuh cinta. Tapi tak tau kenapa, dengan apa dan siapa. Heh. Rasa senang dan lega. Mungkin sebab banyak kerja aku yang dah setel. Atau mungkin staf yang cuti bersalin tu bakal memulakan kembali tugasnya minggu depan. Atau mungkin sebab 5S hampir selesai. Atau mungkin sebab aku hampir pasti nak bertudung nanti. Entah apa2lah.

Nak bertudung pun susah kan? Berkira2. Padahal semua dah jelas. Haihh. Apalah aku ni :(

Apapon, semoga jalan aku sentiasa dipermudahkan Allah.

Ameennnn.


Wednesday, June 27, 2012

Ke arah yang lebih baik




2-3 hari lepas aku ada sesuatu nak cerita kat sini. Berkobar2 rasa. Tapi biasalah, tak menyempat.

Hari ni aku dok fikir2, ingat2..amendelah benda yang aku nak taip tu..
Arrhhh... tak boleh ingat. Lupe.

Aku rasa lah kan, aku kena lappy satu. Ahh. Takpon belilah samsung galaxy tab tu satu. Senang. Boleh update di mana2 bila2 masa.

Tapi aku ni ada darah keturunan Haji Bakhil sikit. Rasa takde keperluan, aku tak pakai. Tak macam sesetengah orang yang suka bertukar2 gadget ni.

Dulu tahap taik idung masin aku agak tinggi. Sekarang tak dah... Dah tua ni bawak2 tobat.

Ngeh ngeh ngehhh.


Thursday, June 21, 2012

Mual.




Taip taip padam.

Taip taip padam.

Taip lagi.

Padam lagi.

Arghhh... Tak reti nak keluarkan isi hati perut ni camaner.

Yang aku tahu, 2-3 minggu ni aku memang stress. Last week mc sehari. Semalam rasa macam nak demam lagi. Sakit kepala yang amat. Mujur aku ambil langkah cerdik yang sebelum ni sangat malas aku nak buat: makan ubat.

Ubat demam, ubat tahan sakit, ubat migrain.

Lepas solat isya' terus pengsan. Berpeluh2 badan. Tak bukak kipas, tak selimut. Pukul 4 pagi aku terjaga dikejutkan alarm dan bau ayam goreng tanpa mengantuk.

Mata dah tak ngantuk, kepala tak sakit tapi badan rasa sangat lemah.

Aku rasa aku harus setuju yang aku memang stress. Sebabnya, apa yang aku buat dah melebihi keupayaan. Baik dari segi mental ataupon fizikal.

Aku rasa menyampah melihat keadaan sekelilling. Aku rasa nak nangis sambil buat kerja semalam. Aku tak suka nak bercakap dan malas yang layan orang bercakap. Aku benci tengok orang ketawa berdekah2. Aku rasa nak terajang je semua orang yang jalan2 sebelah aku. Haihh.

Tak sukanya dengan semua ni.

What to do? What to do?


Friday, June 15, 2012

Perkara biasa.




Kalau pangkat tinggi, gaji besar, belajar pandai, kerja bagus, pakaian kemas, pejabat mewah tapi perangai buruk macam batang penyapu yang dah habis bulu, memang penyapu kayu jugaklah jawabnya.

Takde maknanya kerja hebat tapi peel macam orang sengkek.

Jatuh terus status. Hilang respek. Lenyap hormat.

Orang macam tu baik letak bawah tapak kaki je. Melekat macam debu.

Sangat menjengkelkan.



Thursday, June 14, 2012

Kaulah yang satu.




Aku suka mendengar. Barangkali sebab aku tak pandai bercakap atau bercerita, sebab tu aku lebih selesa mendengar.

Bagi aku, mendengar membolehkan aku mencedok sedikit sebanyak idea tentang hidup, iktibar atau pengajaran2 yang boleh dijadikan panduan.

Sebab tu, kalau aku bersedih aku juga suka mendengar. Mendengar kisah2 sedih orang lain. Kalau boleh yang lagi sedih, lagi baik. Sekurang-kurangnya, beban sedih terlepas sedikit. Owh.. ada orang lain yang lagi sedih kisahnya. Sedih tak berkurang tapi kita akan beringat dan bersyukur, bukan kita seorang di mukabumi ni yang sedang bersedih. Menderita. Menangis. Ada lagi yang lebih hebat penderitaannya. Camtu..

Dan jugak mendengar kisah2 mereka. Pengalaman2 mereka. Masalah2 mereka. Meluaskan skop pandangan aku tentang hidup. Membuka mata dan minda aku yang kadang2 sempit dan tertutup. Mengetahui tentang perkara yang aku keliru. Sebab banyak benda yang aku tak tahu.

Dahlah kurang membaca, ilmu pengetahuan pon kurang. Jadi, dengan mendengarlah membolehkan aku mempelajari ilmu secara tak langsung. Owhhh begitu.. owh camni.

Aku takde masalah dengan mereka yang ingin berkongsi masalah, rasa atau cerita dengan aku. Ok je. Satakat mendengar, bukan jadi kauselor pon.

Cuma, aku kadang2 mempunyai masalah memperdengarkan masalah aku pada mereka. Setakat masalah atau cerita2 biasa, mungkin tak jadi hal. Tapi kalau perkara yang agak rumit dan berat, aku tak tahu nak luahkan pada siapa dan macamaner.

Bolehkan dia mendengar masalah aku? Terbuka dan rasionalkah dia? Adakah dia memahami kenapa dan mengapa? Prejudiskah dia? Tak dijajakah cerita aku nanti? Tak jadi bahan gossip? Atau lebih teruk lagi, tak dipandang serongkah pada aku dalam diam? Itu lebih bahaya.

Sebab kata orang, orang yang baik tak semestinya mempunyai hati yang baik. Zahir nampak bersih tapi hati kotor macam longkang.

Camaner?

Bila hati tengah resah gelisah, setiap detik rasa tak tenteram. Kalau tenang pon, seketika cuma.

Saat ini, pada siapa nak mengadu?

Aku tau, semua orang akan cakap mengadu padaNya. Yup. Sangat true.

Pada siapa lagi selain pada Allah.

Sebab Dialah Maha Mendengar. Sebenar-benarnya.

Allah, beri aku kekuatan. Dan beri aku teman sepanjang jalan, suka dan duka, tawa dan riang, susah dan senang.

Ameen...



Tuesday, June 05, 2012

Selagi ada jalan.




Aku rasa ada banyak yang aku tertinggal dalam hidup.

Ada yang tak sempat dikejar, ada yang tercicir, ada yang sengaja memang tak mahu dipeduli, ada yang tak mampu digapai, ada yang terlepas pandang etc etc.

Sudahnya, aku rasa sangat dalam kerugian. Sangat rugi ker? Atau aku sendiri yang poyo berasa sedemikian.

Untuk orang yang ambitious, memanglah rasa macamtu. Tapi untuk aku? Heh. Macam biasa.

Hidup kena terus. Ikut path dia. Tak payah sesak2 nafas fikir itu tak dapat ini tak sempat.

Senang.



Friday, June 01, 2012

Seindah sakura~




Lamanya tak jengah blog. Lamanya tak baca blog. Lamanya takde masa senggang.

Betul2 sibuk ke buat2 sibuk? Heh. Tuhan je yang tau.

Kadang2 rasa pressure. Nak marah. Nak menjerit. Giler apa. Bos ni tak nampak ke beban kerja aku? Tak nampak ke overload? Tak kesian ke? Taknak tolong ke? Nak kasi aku meroyan sorang2 ke?

Dengan 5S yang tak sudah2. Dengan tanggungan kerja pegawai yang cuti bersalin. Dengan aku yang banyak bercuti bulan lepas, menyebabkan banyak kerja tertunggak.

Hadoii... cepat2lah beredar semua ni. Cepatlah habis 5S. Cepatlah masuk wahai pegawai yang enak bercuti. Cepatlah habis tahun ni, cepatlah habis cepatlah habis. Aku dah bosan pegang kerja ni. Aku dah bosan kira claim pegawai. Aku dah bosan semak tambang cikgu2 balik kampung. Aku senak perut tengok claim pegawai yang datang dari Kedah nak ke KL sampai lima enam ratus untuk tambang teksi sahaja. Tak agak2!

Dan sebagai reward atas kerja penat, aku dapatkan Thai massage kat Bukit Bintang. Perghh... Memang sedap gillerr wa cakap lu!

First time pergi dulu tak rasa sangat. Untuk yang ini aku amek sejam setengah. Mungkin sebab badan sakit2 lenguh, banyak dok dalam bas, kereta, so massage kali ni memang sangat2 sedap. Badan rasa ringan macam kapas nak terbang di udara je. Thanx untuk orang yang saya sayang yang telah membawa saya ke sana. Awww..!

Next next time boleh la pergi lagi. Sebagai hadiah untuk diri sendiri yang sangat2 penat. Manfaatkan hidup yang singkat ni dengan perkara2 yang menarik dan indah dan best.

Yeahh.

:)




Tuesday, May 22, 2012

Hadiah Hari Ibu.




Ngantuk. Penat. Letih. Pressure. Malas. Lemau. Tak bersemangat. Nak nangis. Pedih mata.

Itu berlaku pada jam 5.50 pagi tadi.


Sekarang, everything back to normal. Dah key in beberapa claim pegawai yang dah siap aku semak sebelum cuti seminggu last week. Ada buat 5S sikit sikit. Yarkk..!

Ok. Itu je buat masa ni.

Dalam bulan Mei ini sahaja sudah 2 minggu aku cuti. Awal Mei memang dalam perancangan, memang nak balik kampung. Setel.

Seminggu kemudian masuk kerja. Lepas tu terpaksa cuti lagi seminggu.

Uyi eksiden!

Pajeen call nangis2 cakap uyi eksiden. Masa tu Sabtu 12 Mei lebih kurang jam 12 tghari dan aku kat ofis. OT. Buat kerja sikit sambil setelkan 5S. Kebetulan abah ngan ma ada kat KL sebab Uyo konvo on Sunday 13 Mei. Abang pulak pergi Taiping, ada kenduri. So kat rumah memang takde orang tualah, cuma ada budak2 je. Pajeen tu termasuk kategori budaklah tu.

Mau aku tak risau giler?

Lagilah bertambah2 aku risau. Sape jaga? Sape tengok? Sape hantar hospital? Naik apa? Macamane dia? Teruk? Sakit?

Nasib baik ada jiran2 dan sedara mara time tu. Tapi tetap bukan famili rapat kita. Tetap rasa risau. Tetap rasa tak sedap.

Malam tu aku amek bas balik Tanah Merah. Abang terus balik kul 2 petang tu dari Taiping.

Nasib baik takde yang patah, tak cedera kat muka. Dan nasib baik tak kena langgar dengan kereta yag datang dari arah bertentangan.

Cuma dagu dialah kena jahit. Luka kat tangan kiri membuatkan dia takboleh nak bengkokkan tangan. Sebab kena kat area siku. Cedara kat kaki kanan melibatkan lutut. Dua kuku jari kaki rosak. Luke2 tu biasalah, dah nama pon eksiden. Cuma lutut tu lah menyebabkan pergerakan dia terbatas. Tak boleh nak jalan. Sebab luka tu agak dalam.

Hari2 kena pergi klinik untuk cuci luka dan dressing. Kesian uyi. Menjerit2 dia. Nangis. Pedih.

Ha itu lah, nak naik lagi motor?

Haihh. Entahlah. Orang sekeliling dok marah2, tanyer nape kasi naik motor? Takde lesen, kecik lagi. Bahaya itu bahaya ini. Tak takut polis ker etc etc.

Aduhh.. Helo... kl dan kampung tak sama. Tak kasi naik motor pon susah jugak. Satu hari ulang alik ke sekolah 3-4 kali. Kelas fardu ain lah, latihan sukan lah, latihan ko-ko lah, tambahanlah. Nak harapkan orang tua hantar dan amek, masaklah. Tak terkejar. Diorang pon bekerja juga.

Motor dan budak2 kampung memang sinonim. Sekecik2 budak pon dah reti naik motor. Kaki tak jejak tanah, tak sampai pon tapi naik motor macam pro.

Itu memang hal biasa kalau kat kampung.

Nak tanak, mahu tak mahu terpaksa jugak kasi naik motor. Bukan nak lepas tanggungjawab, kite pon tak lupe bagi ingatan kat diorang, hati2 bila bawak motor, jangan laju2.

Tapi pernah dengar tak pepatah 'malang tak berbau' ? Hahhh. Memang tak berbaulah, sebab tu kita tak dapat tahu sebab tak dapat hidu sebab tak berbau. Kan kan?

Kebetulan, time tu orang dewasa takde kat rumah. Hermmm apa lagi, naik tocanglah budak uyi ni. Lepas training softball kat sekolah dia balik rumah jap pastu keluar pergi kedai beli jambu. Balik dari kedai tu lah dia eksiden. Motor tu pulak ekceli tak berapa elok. Atuk dia dah pesan jangan bawak motor ni sebab atuk nak gi repair dulu, brek tak makan sangat.

Tapi, budak2 ni memamg tak makan saman. Orang tua takde dia lenjan jugak. Itulah akibatnya kalau tak dengar cakap. Haa.. tu makan dia.

Apapon, syukur sangat2 sebab uyi selamat. Tak cedera teruk sangat. Tapi sebab dia budak lagi, rasa sakit dan kesian kat dia.

Seminggu aku jadi nurse kat kampung. Mana nak masak, nak papah dia ke bilik air, nak gosok gigi, nak makan, nak itu nak ini, memang full time lah. Paling mencabar nak bawak dia ke bililk air. Berat!

Tak tahulah berapa lama dia mc. Setakat ni doktor bagi 2 minggu. Haihhh. Dah lah tahun ni dia peksa. Banyak tercicir tu.

What to do. Always doa yang terbaik je untuk dia.

Ameen.



Thursday, May 10, 2012

Parti cap apa?




Aku tak pernah mengundi. Aku pernah daftar tapi bila cek2, nama aku takde. Ok tipu. Itu orang lain. Yang sebenarnya, aku tak pernah daftar sekali pun.

Jatuh hukum tak aku? Sebab tak jadi rakyat bertanggungjawab. Sebab tak menunaikan kewajipan terhadap nagara. Erk.

Masa kat kampung dulu, kecoh. Dah daftar tapi nama tak keluar. Habistu nama tu daftar pergi kat mana? So, sebagai seorang yang sangat tidak suka campur urusan2 kekecohan itu, aku putuskan untuk malas daftar terus. Biarlah. Kecoh2, bising2, potpet aku tak minatlah. 

Teruk aku ni kan? Hehe. Untuk usia yang dah cecah 36tahun ni, belum pernah sekalipon aku pangkah parti cap apa. Orang cakap aku rugi.

Ha ah. Rugi sebab aku tak pernah merasa macamner nak pergi mengundi, beratur, pangkah guna dakwat cair ke kekal ke, pastu masukkan dalam kotak undi tu. Hehe.

Takpe. Pengalaman undi mengundi ni dah banyak sebenarnya. Paling busuk pon, pilih Penghulu time kursus pon ada kena undi gak. Haha.

Aku tak kesah. Aku tak peduli.

Tapi aku sangat peduli kalau nak balik kampung untuk buang undi dapat duit tambang bas. Malah mungkin lebih lagi.

Heh. Ada bukak lagi tak untuk  daftar?

Ngehh ngehh ~

Syyy... undi anda adalah rahsia, yea. :p



Wednesday, May 09, 2012

Orang apdet, kita pon nak apdet.




Dear blog,

Seronoknya balik kampung last week! Lupa kerja, lupe tensen, lupa kekasih, lupa 5S, lupa KL, lupa ofis.

Perjalanan balik melalui Kuala Terengganu pada malam sebelum 1 Mei sangat best, walaupon jauh tapi ok dan tak berapa penat sebab bermalam kat Kerteh. Esoknya, jumpa abang satu famili dengan uyi kat Batu Buruk. Lepak2 kat sana jap, beli kain beberapa pasang, keropok lekor tak boleh lupa, then baru balik Tanah Merah.

Kat kampung memang tak boleh duduk diam. Ada je tempat nak pergi. Lokasi wajib sekarang ni Wakaf Ceh Yeh. Hehe. Apa lagi, shoping lah. Tak cukup kain raya, sempena keghairahan The Red Warriors yang sangat menggomolkan, jersi merah putih jadi pilihan. Cun arh. Suara2 nakal, 'tak malu arhh nak pakai jersi ni lo ni.' Huhu. Budak2 ni la beli... aku tak. Tak jumpa yang sesuaiii.

Walaupon badan penat, tapi sangat damai dan menenangkan. Dan walaupon disoal siasat SPRM melalui call dan sms, aku tetap cool dan tak kesah.

Hari Sabtu pegawai SPRM datang rumah. Aduiii... betul2 dia datang! Aku ingatkan boleh la postpone sampai aku masuk ofis minggu berikutnya tapi tidak. Nak setel minggu ni jugak katanya.

Datanglah encek, aku tak kesah. Daripada aku sendiri nak ke cawangan dia kat KB, lebih baik aku cakap masalah sekian sekian-takde transport-bla bla bla-jauh 2 jam perjalanan. Hah. Akhirnya, sampai jugak dia kat kampung aku. Hehe.

Ala, apa nak takut. Dia cuma ambil statement aku sebagai saksi. Bukan kita buat salah. Kita ikan bilis je. Haihh. Dari tahun sudah tak habis2 lepas satu satu kes SPRM ni.

Kebetulan, pegawai tu orang Pasir Mas. Hahhh, gu kito! Siap sembang2 kedai kopi lagi dengan abah.

Ok. Itu SPRM. Setel.

Uyi dah tinggi daripada aku dah. Berat dia katanya dah cecah 42kg. Aku rasa, waktu aku 20-an dulu berat aku sekitar 35-36kg je. Dia baru 12 tahun dah 42kg. Haha... Uyi gemukkk! Tapi frame dia memang besar. Ngeeeee.

Baju kurung moden aku dia dah muat nak sarung. Cuma ada longgar sikitlah kat part tertentu. Haha. Aku pulak terasa gemuk sangat pakai kurung moden. Haihhh. Senaman malas. Camaner tak gemuk, kan :p

Back to ofis, macam biasa. Hasil peninggalanan lebih kurang seminggu. Tuailah. Macam nak muntah.

Dengan 5S yang tak sudah2, aku rasa nak flying kick je semua2 tu.

Yarkk...!



Monday, April 30, 2012

Bukan salah siapa-siapa




Aku kan, kadang-kadang orang yang aku tak kenal pon aku boleh tak suka,. Tiba-tiba. Tanpa sebab. Taktau kenapa.

Macam ada seorang pakcik boroi kat rumah aku ni. Bukan nak mengutuk, tapi perut dia boroi dan buncit yang amat. Tak macam lelaki-lelaki yang akan boroi selepas beberapa tahun berkahwen, style keboroian dia tu nampak pelik. Untuk sesetengah orang yang prejudis, (macam aku? errk..!) lagaknya macam india yang kuat minum todi. Erk. Jahatnya cetusan hati aku tu, kan.

Tapi takdelah aku jaja cerita tak suka aku tu pada sesiapa, sehinggalah semalam.

Waktu nak parking;

"Ehh dik jar, ko nampak tak pakcik yang boroi tu, yang pakai baju kuning tu Aku tak ske arh kat dia. Huhu. Ntah. Tak tau naper, huhu."

"Laa.. pakcik tu ke? Yang boroi tu?"

"Ha ah. Buncit sangat kan perut dia."

"Ha ah. Macammm........."

"Haa ha."

Serentak "Macam boroi minum todi!"

"Huhuhuhuhhhhuu..." Ketawa kelakar dengan gembira sebab dapat kutuk dan ngumpat orang.

"Eh tapi aku memang tak suka dia pon."

"Naper?"

"La.. dia ni la dulu yang kena tegur sebab selalu baca magazine kat kedai mamak bawah tu."

"Naper? Free reading eh?"

"Tak lah. Pakcik ni la yang suka tengok magazine yang ada gambar2 sexy tu. Lama dia tenung, pastu dia baca. Kalau ada gambar sexy je dia suka sangat tengok sampai orang dah perasan taw."

Ouchhhhh.


See. Tak sia2lah aku tak suka kat dia dulu. Haha. Dan itu menambahkan alasan aku tak suka kat pakcik tu secara tiba-tiba.

Tapi aku takdelah benci gile-gile. Macam aku cakap mula2, ketaksukaan tu secara tiba-tiba, taktau kenapa dan takde kena mengena dengan apa2 dan sesiapa.

Macam tu je.

Mungkin lepas ni kalau tiba2 tayar kereta aku pancit dan dia tolong aku, aku akan berubah buat dia jadi pakcik angkat ke, sape tau?


Heheheee.




Wednesday, April 25, 2012

Taman segar.




Untuk kakitangan kerajaan, hari ni boleh berlagak sikitlah, sebab dah gaji. Hehe.

Untuk aku, hari gaji ke tidak, tetap sama. Dapat gaji pon, sekejap je boleh pegang. Hutang sana, bil sini, bantuan kemanusiaan, nafkah tetap, bayaran manja diri etc etc. Belum kira gangguan bencana alam.

Apapon, alhamdulillah lah. Sebab kakitangan kerajaan dapat kenaikan. Tak banyak, sikit. Tapi tetap alhamdulillah. Tetap bersyukur sebab kalau kerja tempat lain belum tentu ada.

Tapi aku pelik, setiapkali ada duit dalam tangan, ada jugaklah benda2 yang memerlukan duit. Ada je. Macam panas pulak duit tu takboleh lama2 pegang, apalagi nak tempatkan dalam kotak ajaib yang boleh kasi dia beranak pinak. Usahkan nak kasi masuk, tarik keluar adalah. Macam aku cakap tadi, aderrrr je.

Tapi tak kesahlah. Minggu depan aku nak beli baju raya kat Terengganu. Then terus balik kampung. Tak sabar rasanya nak lalu kawasan pantai, nak snap gambar, nak makan otak2 dan sata (perghh.. meleleh air liur). Best best

Yeayy..!!



Friday, April 20, 2012

Step one.




Err... aku teringin nak buat satu blog yang betul2 macam diari. Luahan hati betul2 punya. Tiada gambar tiada pengenalan diri, pendek kata memang tak taulah sape owner. Takde siapa kenal.

Mesti best. Boleh tulis sesuka hati, tak payah nak baca balik kot2 terkena pihak tertentu yang membaca (kalau ada..) yang boleh tersinggung.

Itu baru betul2 diari hatiku. :)



situasi




Alahai... bosannya rasa situasi sekarang ni.

Kerja, perasaan, semangat, passion semuanya terasa hambar dan tawar. Memalaskan diri.

Kat ofis ni tak habis2 dengan 5S. Aduyaiii... tensennyer gua!

Kerja sekarang tak mengghairahkan. Buat tu buatlah, tapi rasa takde jiwa kat situ. Haih. Kerja sebab tanggungjawab dan tiap2 bulan nak duit, Tiada nikmat dan klimaks. Penat je rasa.

Lebih2 lagi bila terpaksa berdepan, berpandangan hatta berselisih sekalipun dengan orang yang menyakitkan hati tapi berada di sekeliling kita, atas faktor kerja dan sebagainya sangat-sangat membakar minda.

Status kesihatan menambahkan lemau. Bila badan tak sedap, nak buat apapun malas, lembab, leceh. Apakah faktor umur mempengaruhi kesihatan? Yeahh. Loya je.


Friday, March 30, 2012

This is not good.




Semalam aku balik kerja awal. Ngam2 4.30pm aku punch. Tak laratlah rasa. Muka dah terasa panas. Tekak perit.

Sampai di rumah terus salin baju, selimut dan baring. Sejuk sangat rasa. Kepala sakit. Badan sakit. Sengal2, lenguh2. Lemah.

Baring tak kena, mengiring pulak. Mengiring dah terasa lenguh, duduk di sofa. Tak sampai seminit terasa lenguh yang amat, baring balik. Perut rasa bergetar. Macam lapar.

Seluruh sendi ni terasa sakit. Adoiii.. nak amek postur yang macammaner lagi ni.

Nasib baik adik2 masak sup ayam. Bangun makan jap. Selera agak ok, tapi takboleh nak telan air masak. Minum susu coklat dengan f&n zapple sebab mulut terasa tawar sangat.

Lepas makan baring balik. Lepas tu badan dah macam ringan dan berpeluh sikit. Kemudian datang satu keinginan. Nak kemas dapur!

Huh. Kalau semangat tu dah datang, tak boleh nak kata apalah. Aku kan pesen suka mengemas bila badan terasa macam nak demam. Lagipon, badan dah terasa agak ok dan kuat sikit, kalau still lemah dan tak larat nak bangun takde la aku mengemas.

Habis aku selongkar kotak2 dan berperang dengan lipas. Buang semua kain2 lama yang tak pakai. Konon simpan nak buat kain buruk, tapi kalau dah jadi rumah lipas aku tongsampahkan ajelah.

Lama jugaklah aku mengemas kat dapur tu. Sampaikan adik aku tegur 'aii.. kate demam.'

Setel semua badan terasa penat. Berpeluh. Bersihkan muka dan badan ala kadar sebab sejuk, lepas tu terus aku pengsan. Letih giler. Tapi rasa puas hati sebab dah bunuh lipas2 tu. Eee geram.

Tu semalam.

Hari ni aku masuk ofis lambat. Badan agak ok tapi kepala berat. Jam 8.30pagi baru bangun mandi. Brrrrr.. sejuk giler!

Ikutkan hati nak mc je, tapi petang ni ada tournament bowling kat Alamanda, gagahkan diri jugaklah. Hehe.

Ala.. dengan staf ofis je. Tak main kang rugi pulak, ye dop?

Bukan pandai main pon, tapi just have some fun.

Ok cLina, get some sleep n rest. Belakang punya pinggang lenguh rasa. Adoii.. macam orang tua :p



Wednesday, March 28, 2012

Takpe, aku suka.




Makin lama, makin lama aku makin memahami kitaran perasaan manusia, terutama pada dalam diri aku ini.

Perasaan, pemikiran dan pendapat akan switch selari dengan perubahan usia kita.

Melihat anak2 muda bercinta-berkasih sayang-loving giler-gelak ketawa bahagia-cuit2 manja ~ Seronok sangat eh diorang? Best sangat yea perasaan cinta sayang tu. Cis.. apalahh yang bahagia sangat?? Indah sangat ke cinta korang tu? Elehhh. Konon.

Alahaii.. lupa sekejap. Tepuk dahi balik. Aku dulu pon excited jugak cinta manusia ni. Rasanya takde benda lainlah yang boleh tandingi cinta aku. Konon pure giler. Genuine. Hehe.


Haiii.. Dah memang jadi mak2 dah aku ni. :)



Friday, March 23, 2012

Walking around the world





adakah aku masih kat persimpangan... atau sebenarnya aku dah terlajak ke destinasi? yang jauh.. dan agak jauh.



ouchhh...



Saturday, March 17, 2012

Cubet sikit.




Kadang2 aku teringin nak jadi seorang manusia yang bebas. Bebas sebebasnya. Bebas dari tanggungjawab, bebas dari belenggu perasaan, bebas dari nafsu, bebas dari rindu merindu, bebas dari cinta, bebas dari kongkongan manusia, bebas dari bayar tol, bebas dari sakit. Bebas dari semua.

Free.



Oklah chop.

Sebenarnya lebih sedap bebas menjalani hidup sebagai manusia biasa yang merdeka. Kalau jadi hamba, satu habuk pon tak guna.

Bersyukurlah sebab aku hidup di bumi yang merdeka. Yang boleh aku cari rezeki tanpa halangan.

Nak betul2 bebas dari perkara2 lain, matilah jawabnya. Tapi itu pon tak bebas jugak. Seksa kubur belum ambil kira. Kan. Lagilah terseksa. Tak boleh nak buat apa. Heh.

Dan kadang2 aku terikir, alangkah baiknya jika perasaan ini bebas dari mencintai seseorang.

Sebab bila dah cinta, kita takkan bebas dari perasaan sakit hati, cemburu, sedih dan perasaan2 bodoh yang lain.

Benci rasanya.



Thursday, March 15, 2012

Wednesday, March 14, 2012

Tarik benang dalam tepung.




5.30pagi tadi sampai di Hentian Putra KL.

Tidur jap, memang plan nak masuk ofis lambat. Ngantuk tak berapa, tapi letih. Badan pon lenguh2. Yela, tidur duduk dalam bas.

Rindu uyi.

Semalam masa dia hantar aku kat stesen bas, dia tak menangis macam dulu. Air mata tak mengalir berjurai2 macam dulu. Tapi aku dapat lihat matanya yang berkaca.

Aku peluk uyi erat. Sayangnya kat dia.

Alhamdulillah. Cuti 4 hari di kampung aku gunakan sepenuhnya untuk uyi. Memang dia dah membesar, jiwa penuh dengan rebel, exploration. Aku kadang tak reti macammner nak marah dia bila dia melakukan salah.

Nak rotan, aku risau dia semakin keras kepala. Sebab dia dah 12 tahun, aku tak rasa rotan tu cara yang terbaik. Dia mungkin dah tahu erti malu dan segan kalau kena rotan macam budak 5 tahun. Mungkin dia akan lagi marah atau bencikan aku.

Tapi kalau tak rotan aku takut jadi macam Anakku Sazali pulak. Haduhhh.

Ikutkan nafsu marah memang nak aje rotan. Pukul. Tapi aku kena duduk jadi dia.

Aku marah dia. Aku tengking dia. Tapi aku tak naik tangan kat dia. Kalau rotan aku khuatir keadaan akan jadi teruk. Buatnya dia geram, dia lari. Na'uzubillah.

Tapi lepas marah2 dia, malam tu aku pujuk dia balik. Aku cakap elok2. Apa salah dia, kenapa salah, kenapa tak boleh, apa efek dia.

Haih.

Banyak yang aku kena belajar. Untuk menjadi seorang ibu sebenarnya, inilah cabaran yang terbesar aku rasa.



Wednesday, March 07, 2012

Abah.




Semalam hari lahir abah. 6 Mac.

Bukan ada sambut apa2. Tak. Tak pernah. Cuma sekadar call dan ucap kat abah. Bukan sebab kemaruk suka sangat nak wish2 ni, tapi nak bagitau yang kami tak pernah lupakan abah.

Even takde buat apa2 tapi sebenarnya kami ingat kat abah. Tak pernah lupe pon.

Semalam sebelum tidur aku call abah. Sebelum tu ada call tapi tak borak ngan abah. Abah pergi surau.

Borak2, last baru aku cakap kat abah selamat hari lahir. Lepastu aku cakap 'orang sayang kat abah.' Tak semena2 aku rasa sebak dan mata aku panas.

Abah gelak. 'Abah ni lagi sayang kat anak2.' Terus airmata aku mengalir slowly.

'Tapi orang cakap lebih baik sayang diri sendiri dulu. Memang la sayang kat mak bapak tu satu kewajipan, tapi yang penting sayang diri sendiri dulu. Yea. Ingat tu.'

Aku terdiam. Menahan getar. Tak mampu rasanya nak berkata2. Rasa sebak kat dada.

Lepas tu teresak2 aku menangis.

Tidur.



Monday, March 05, 2012

Baca.




Aku copy. Aku tengok, ramai jugak yang ada artikel ni. Tapi aku ambil dari sini. Apapon terima kasih utk artikel yg sangat menarik ini.

Secara keseluruhannya, aku setuju dengan artikel ni. Patutlah masa aku tengok terasa getar2 halus. Heh. Bukan jatuh centa je ada getar halur taw.

Menonton untuk kali kedua lebih berfikir sebenarnya. Roll.



Artikel kali ini menyingkap sebuah filem yang agak popular tidak lama dahulu, ia merupakan filem dari Hollywood, ia tidak lain adalah filem Lord of the Ring. Mungkin ramai antara kita yang sekadar menonton filem tersebut tanpa berfikir serta merenung mesej yang tersembunyi di sebalik filem tersebut, Alhamdulillah dengan izinnya saya berpeluang untuk mengupas serba sedikit pesanan yang tersembunyi untuk di kongsikan bersama.

Film Lord Of The Ring (LOTR) bukanlah filem yang bertema sejarah, mengapa? Jika kita lihat sejarah dunia, tidak ada suatu periwayat atau mana-mana buku sejarah mencoretkan mengenai sejarah sebegitu. Ia juga bukan filem yang berunsurkan fantasi magis seperti Harry Potter, tetapi di dalamnya terdapat adegan-adegan pertempuran menggunakan sihir sihir. Ia juga bukan filem fantasi, kerana kandungan ceritanya mengandungi makna-makna tertentu. Malah ia juga bukan filem seram, sebab tidak terdapat babak yang mengaitkan dengan kepercayaan hantu didunia ini.

Filem LOTR adalah sebuah filem yang dikelaskan sebagai METAFORA FUTURISTIK. Dengan kata yang lebih mudah untuk kita fahami maksudnya, filem itu sarat dengan mesej serta imiginasi dan gambaran mengenai kehidupan yang bakal terjadi pada masa hadapan. Ia bukan perkara yang bersifat imiginasi, Tanda-tanda atau gambaran yang digambarkan di dalam filem LOTR adalah melambangkan TANDA-TANDA KIAMAT. Jika anda berpeluang menonton filem tersebut buat kali kedua, cuba anda perhatikan, begitu banyak persamaan-persamaan yang mereka gambarkan mengenai kehidupan manusia menjelang Hari Kiamat. Tetapi mereka bijak berselindung dan kebanyakan adegan-adegan itu dikaburkan dan diletakan didalam kesamaran dengan harapan kita semua tidak Nampak hakikat sebenar dan terpengaruh dengan mesej yang ingin mereka sampaikan.

Mungkin kebanyakan kita hari ini kurang yakin dengan hadits-hadits mengenai tanda-tanda Hari Kiamat, di mana kita akan kembali ke zaman kekurangan teknologi dan berperang menggunakan kuda, pedang dan seangkatan dengannya. Mereka menganggap hadis-hadis ini tidak realistik, kurang rasional, dan tidak sesuai dengan fakta-fakta kehidupan moden pada hari ini. Tetapi yang menjadi tanda tanya dikalangan bukan islam, mereka sangat mempercayai akan perkara – perkara ini. Mereka mencipta Filem LOTR bagi memperlihatkan keyakinan mereka terhadap hari-hari terakhir menjelang Hari Kiamat. Bahkan di pusat-pusat Zionis Antrabangsa, mereka telah pun merancang konsep The New World Order berdasarkan perkhabaran-perkhabaran yang telah diceritakan melalui Al-Quran dan Hadis mengenai Tanda-tanda Kiamat.




|Mordor = Markas dajjal Laknatullah|


beberapa istilah yang digunakan di dalam cerita LOTR

*Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia.
*Di antara dua gunung = Gunung Kaukasus.
*Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia.
*Tembok besi = Daryal Gorge/Gerbang Iberian/ Gerbang Kaukasia.




|Sauron = All Seeing eye = The False Messiah|




|The All of Seeing Eye|




|Dinding = Isengard|




|Witch king = Yajuj & Majuj|




|Gandalf = Imam Mahdi|




|Aragorn = Isa almasih|




|Pedang Nabi Muhammad = Al-Battar|



Di atas pedang Baginda S.A.W dikhabarkan terdapat tulisan Arab yang berbunyi : ‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’. Diyakini bahawa pedang (Zulfaqar) yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untuk menghancurkan Dajjal Laknatullah.




|Piramid = Lambang Firaun / Piramid Giza, Menara Babylon (akan di bangun oleh Illuminati)|



Film LOTR memiliki jalan cerita yang bagus. Jika kita menonton filem ini, kita dapati tiada langsung mengandungi unsur-unsur lucah, perlakuan yang tidak bermoral dan pemujaan berhala (syaitan), aksi-aksi percintaan pemuda dan pemudi. Filem ini amat luar biasa dari pelbagai aspek. Meskipun ia di terbitkan di Hollywood.

Saya teruja dan berasa sangat hairan mengapa Hollywood meluluskan pembikinan dan penyiaran filem seperti ini?, Padahal ianya terang-terangan telah mengambarkan kekalahan empayar pimpinan dajal laknatullah di akhir zaman nanti. Sedangkan seperti yang kita ketahui Hollywood merupakan sebahagian dari perancangan NWO (New World Order) dan merupakan antara fitnah-fitnah awal dajal laknatullah sebelum ia muncul di akhir zaman nanti.

Apa yang saya fahami melalui metafora dari filem LOTR lebih kurang begini:

Saat ini jaringan freemason antrabangsa, terus menjalankan rencana yang telah di susun oleh dajjal laknatullah, ia bergerak serentak, dengan penuh komited, dan tidak kenal penat, untuk memperbesarkan empayar kerajaan kejahatan Dajjal (Mordor). Dari sisi pembangunan ekonomi, jaringan informasi, politik, ketenteraan, budaya, pemikiran serta ideologi. Mereka terus bergerak. Agen-agen Freemason di negara itu dianggap sebagai hamba-hamba kepada anak buah Sauron yang sangat fanatik dan bekerja membi-buta tanpa mengenal erti penat. Mereka sedang mempersiapkan bagi kedatangan “The False Mesiah” iaitu dajjal Laknatullah di “The Promise Land” (Palestin).

Sementara kekuatan bagi puak anti Zionis, baik dari kalangan Islam mahu pun Nasrani, juga sedang bergerak menyusun strategi dan kekuatan masing-masing. Suatu saat nanti akan ada kesepakatan antara kekuatan Islam dan Nasrani ini untuk menghadapi, melawan dan menghancurkan Zionis laknatullah.

Sedikit peringatan, Yahudi hari ini bukanlah pengikut Taurat peninggalan Musa AS. Mereka adalah pengikut fahaman-fahaman sihir dari zaman Fir’aun di Mesir. Yahudi saat ini mengikuti Talmud, bukan Taurat. Meskipun, katanya masih ada Yahudi yang setia mengikuti Taurat. Tetapai majoritinya Yahudi yang mengimani Talmud, mereka bukan Ahlul Kitab, tetapi orang musyrikin. Kerana mereka adalah penyembah dajjal Laknatullah atau simbol-simbol paganisme Mesir Kuno. Tentera-tentera dajjal ini bukan pengikut Musa AS, Tetapi mereka adalah musuh sejati Musa AS. Nenek-moyang mereka, Bani Israil penderhaka, mereka telah menyia-nyiakan ajaran Musa AS ketika dirinya diutus kepada Bani Israil. Yahudi hari ini lebih tepat disebut: Pengikut SAMIRI, bukan Musa AS.

Masalahnya, kita menyaksikan filem Lord Of The Ring sekadar hiburan semata-mata, tanpa cuba memahami mesej yang hendak disampaikan, sayang sekali.

Majoriti filem Hollywood tidak berkualiti serta boleh dilabel murahan. Kebanyakan filem-filem keluaran mereka penuh dengan propaganda serta mesej tersembunyi seperti The Matrix, Chlinder List, Salt dan banyak lagi. Namun ada juga yang memiliki elemen-elemen yang berkualiti dan mengadungi pesanan untuk diteladani.

Di antara persamaan isi filem LOTR dengan Tanda-tanda Kiamat antara lain sebagai berikut:

1. Intisari cerita film LOTR adalah pertarungan diantara golongan putih dan golongan hitam. Begitu juga saat menjelang Hari Kiamat nanti, akan terjadi pertarungan besar antara kaum Muslimin dengan kaum Yahudi.

2. Di dalam film LOTR, Ketua bagi unsur yang jahat di perlihatkan menggunakan kekuatan ilmu hitam dan sihir yang bermata satu. Ia tidak ubah kepada perkaitan dengan The False Mesiadi akir zaman nanti.

3. Filem itu turut mengambarkan terdapat dua puak yang kuat dan besar bergabung untuk melawan empayar kejahatan. Di akhir zaman nanti terjadi pergabungan antara umat islam dan nasrani (yang telah mengimani Allah setelah Nabi Isa AS turun) untuk menentang kaum yahudi zionis ini.

4. Di dalam filem itu mempelihatkan seorang yang bernama Gandalf sebagai pemimpin yang memimpin golongan yang putih dalam menghancurkan kejahatan. Ia tidak lain bersamaan dengan peranan Nabi Isa AS yang akan turun ke dunia untuk memimpin umat islam untuk menghancurkan dajal laknatullah.

5. Terdapat juga seorang pahlawan yang berani dalam membela kebenaran, Setelah empayar kejahatan Mordor hancur pahlawan itu di angkat menjadi ketua. Posisi pahlawan ini di dalam tanda-tanda kiamat sangat menyerupai posisi Imam Mahadi.

6. Di akhir babak cerita ini digambarkan empayar kejahatan hancur seluruhnya dan tidak ada yang tersisa. Begitulah perkaitan dengan empayar dajal laknatullah nanti, di akhir zaman empayar ini akan hancur dan kaum yahudi zionis akan hancur dan bercerai berai.

7. Sebelum empayar kejahatan (Mordor) ini hancur, mereka telah mencapai kemajuan-kemajuan yang hebat dan pesat dari sudut kekuatan ketenteraan dengan kekuatan yang mereka ada mampu mengepung kekuatan dari kaum yang baik di sebuah lembah. Di akhir zaman nanti begitulah persamaannya, kaum yahudi akan menjadi sangat kuat dan berkuasa seperti yang kita lihat di Israel kini, mereka memperlekeh-lekeh serta membuat sesuka hati kepada umat islam, Namun akhirnya kekuatan yahudi zionis ini akan hancur seperti hancurnya empayar yahudi zionis laknatullah.

8. Kunci kekuatan empayar kejahatan adalah “sang mata satu” (Sauron). Semakin kuat dirinya, semakin kuat pula kerajaannya. Namun saat dia hancur, maka hancurlah seluruh empayar kejahatannya. Begitulah hubungan antara dajjal laknatullah dengan kaum Yahudi zionis terkutuk di Akhir zaman nanti.

9. Hancurnya kekuatan “sang mata satu” ditambah pula dengan jatuhnya cincin yang dibawa Frodo di sebuah kawah gunung berapi yang membara. Begitu pula digambarkan, nanti di Akhir zaman dajjal laknatullah ketika melihat Nabi Isa As., dia akan meleleh seperti garam yang meleleh.

10. Dalam filem itu digambarkan bahwa tokoh “sang mata satu” bukan muncul dari bangsa jin atau makhluk lain. Ia berasal dari seorang raja di masa lalu. Di dalam Tanda-tanda Kiamat disebutkan, bahwa Dajjal itu sejenis manusia. Lahir dari keluarga Yahudi di Isfahan, Iran saat ini.

Waallahu’alam.


LOTR punya pasal. Ngeeeeee.




Andai dapat ku undurkan putaran dunia, ingin ku ubah semula....

Kalaulah dapat undur semudah reverse kereta... tak baik jugak! Nanti semua manusia tak teragak2 nak buat salah sebab tau boleh undur balik, boleh ulang balik apa yang dah lepas.

Boleh fix kesalahan dengan mudah tanpa apa2 bayaran.

Kalau dulu aku nak undur waktu2 sekolah, waktu2 belajar supaya aku belajar pandai2 supaya dapat kerja bagus tapi sekarang aku cuma nak waktu2 masa uyi kecil.

Aku tak mahu dah kapsul masa untuk belajar tinggi2, untuk cari pasangan hebat. Aku cuma nak momen2 masa uyi kecil.

Arhh. Nampak macam desperate. Ada garis2 halus bernama kekesalan kat situ. Admit je lah. Memang.

Nangis airmata darah pon taraguna kan?

Segunung sesal pon Tuhan takkan tolong kita dapatkan balik masa yang dah lepas tu. Bukan Tuhan tak sayang, tapi itulah namanya hukuman. Betul ?

Itulah dia balasan atas kealpaan pada ikrar yang kita lafazkan pada Tuhan sebelum diturunkan ke bumi sebagai khalifah. Ulpp...

Jadi, jalan sebaiknya adalah bertaubat atas salah2 dan dosa2 yang telah kita lakukan instead of keluh-kesah yang tak berkesudahan. Semoga Tuhan menerima taubat hambanya. Ameenn....

Aku noticed, semakin usia meningkat salah satu perkara yang membimbangkan atau lebih tepat menakutkan adalah mati. Tua2 dan kedut2 tu satu hal jugak.

Kadang2, tidur malam buat aku cuak. Aku bangun tak pagi esok? Kalau keras, diorang tau tak aku dah takde? Habis, rumah aku ni camaner, siapa duduk? Duit aku dalam bank? Dalam ASB? Tabung haji tak sempat guna? Duit gaji lum masuk lagi? Belum kira hutang2 aku pada orang lain dan hutang orang lain pada aku. Uyi camner, tak sempat nak tengok dia belajar. Hehhhh. Gilos.

Kadang2 lah. Bukan selalu. Giler kalau setiap malam aku camtu. Psiko mati aku ni.

Sedar tak sedar, repeat citer LOTR part 1 sebenarnya bagi impak yang sangat berkesan. Aku tidur malam dalam beristigfar panjang sehingga terlelap. Terbayang algojo2 scary tuh. Memang takut. Hampir sama kan dengan gambaran hari pembalasan nanti? Takut dowh.

Dahsyatnya kiamat. Seramnya yakjuj dan makjuj. Takutnya dajal. Ngerinya ular2 bisa dan makhluk2 ganas.

Bukan tak tau. Tau. Bukan tak takut. Takut. Tapi masih lagi leka dan lalai dalam mengejar dunia. Haih.

Semoga kita mendapat rahmat Allah.


Friday, March 02, 2012

Melastik ke bintang.




Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.

Maksudnya, dalam lautan tu ada macam2 jenis keperluan dan keinginan, tapi kail yang ada cuma sekontot je. Sendiri mau ingatlah kan, sampai ke tidak nak mengail tu. Hukhuk.

Arh. Apa2lah. Boleh menyelam apa kalau nak. Tak payah pakai kail yang sejengkal tu, selam ajer sekejap, pastu naik balik, takut lemas pulak lama2.

Hahaha.

Ok. Cerita lain.

Cuti sekolah ni turn aku balik kampung. Since my beloved doter tu nak UPSR tahun ni, kelas tambahan takboleh ponteng. Nak suruh dia concentrate.

Aku rasa berdebar pulak nak spend 3-4 hari dengan uyi. Sebab cara berfikir dia, perasaan dia, pandangan dan tanggapan dia tak sama macam dulu. Aku kena hati2 dengan setiap tindak tanduk dan kata2 aku. Dan layanan aku kat dia pon takboleh sama macam dulu lagi.

She's growing up. And she's growing up too fast! Aku kena fikir dengan rasional dan bijak untuk mendekati jiwa dia. Jiwa dia yang sedikit rebel tu. Unpredictable.

Aku risau dia 'panas' dengan aku. Yelah, orang cakap anak perempaun ni 'panas' dengan mak dia, nak2 kalau muka sama. Ermmm.. muka aku ngan uyi ada iras jugak sikit2.. aku konsider suam2 kuku.

Atau aku kena garang dengan dia? Ok bukan garanglah, tapi tegas. Memang aku admit, selama ni aku tak garang dan tegas dengan dia. Aku banyak ikutkan kehendak dia. Keperluan tu lainlah. Memang kena ikut. Nama pon p-e-r-l-u.

Lepas ni aku tak boleh manjakan sangat dia. Memang agak susah tapi what to do. Aku cuma ingin yang terbaik untuk dia.

Semoga Tuhan merahmati kami. Ameen.



Thursday, March 01, 2012

Beradu sekejap




Tadi cukup khusyuk aku cerita, taip panjang2 cerita2 dulu yang aku nak tulis.

Sekali save as a draft sahaja. Rasa geli pulak nak publish. Haha. Bukan cerita 18SG ataupon 18SX ataupon 18PL, tapi cerita zaman2 muda nak ke dewasa matured. Peralihan karektor seseorang disebabkan faktor umur.

Yelah, dah semakin usia meningkat ni kan, macam2 yang dah berubah. Dah tak reti lah nak pakai yang kecik2, ketat etc. Semuanya nak longgar2, labuh2. Malu. Hehe.

Arhhh. Apalah aku tulis ni.

Owhh... i need some sleep lah.

Daa.



Untuk abang askar.










Eh... tiba2 pulak rasa concern hal2 semasa. Patriotik lak tu. Hehe.

Eniwei, Selamat Hari Ulangtahun Angkatan Tentera Malaysia.

Tetap Gagah. Tetap Setia.

Cewaaah gitu :)


Monday, February 27, 2012

Filem kita wajah kita




Cerita melayu ni kadang2 buat aku loya.

Nampak macam best, pelakon hebat, lakonan mantap. Tapi jalan citer.. aduyaiii.

Letih.

Sountrack meleret2.. tunjuk eksperi muka satu2, slow2. Banyak benor mainan perasaan dia. Sehinggakan aku rasa nak nangis. Sakit hati dan sakit perut menunggu nak habiskan scene keluh kesah dia.

Phewww.


Friday, February 24, 2012

#




Dear,

Tahun ni aku dah 36. 36 bukan 26. Looking back, takde yang banyak berubah. Apalagi sesuatu yang boleh dibanggakan.

Cume ada sebijik kelisa comel, kerja yang secure sebab kerja kerajaan, saving takde la boleh di eksenkan sangat (bulan2 potong terus masuk tabung haji, insyaallah), rumah pon rasanya tak mampu beli (tapi rumah abah aku dah state nama aku as pemilik sebab banyak yang dah aku laburkan :p), uyi insyaAllah hopefully jadi anak yang solehah yang boleh mendoakan aku bilaaaaa aku sudah tiadaaaa....

Ehhh.. not bad lah jugak kan. Ada jugak list walaupon seposen. Haha. Poyo.

Jadi, try bersyukur dengan apa yang Tuhan dah bagi. Iskkk... semenjak dua ni aku asyik cube bersyukur je dengan apa yang aku ada. Asyik cube menyedapkan hati dengan setakat apa yang aku dapat.

Mau tidak. Membandingkan dengan orang lain bikin hati jadi kecik je. Bestnye jadi macam dia. Seronoknya life dia. Huhu.

Eniwei, saya suka jadi saya. Saya ok je walaupon dulu saya pernah terfikir nak jadi macam orang lain.

Daa.



Wednesday, February 22, 2012

Bersyukur




Tengok orang cantik2 dengan beautiful fair complexion, kerja hebat, study pon pandai, life yang best serba menarik macam takde cacat cela.. rasa alahaiii kerdilnya diri ini. Jauh beza ibarat langit dan bumi.

Dah la cantik, pandai pulak tu. Dan of kos la kerja pon hebat dengan pendidikan yang tinggi.

Hermm.



Tuesday, February 21, 2012

Bukan semua jalan tu lurus




Hidup ni ada turun naik. Ada pasang surut. Ada gembira duka. Ada manis masam. Ada macam2.

Bila fikir2 balik kesalahan2 yang aku buat, jalan2 hitam yang aku lalui, peristiwa2 pahit yang aku tempuh aku jadi pasrah.

Bukan aku mintak semua ni. Kalau boleh, aku pon takmahu. Siapa nak pilih hidup yang ada macam2 dugaan dan kesusahan.

Kalau boleh aku pon nak hidup yang senang2 je. Yang takde masalah. Yang tak sukar. Tapi siapalah aku ni. Manusia biasa yang sama macam orang lain. Yang tak akan lari dari masalah dan salah.

Aku tak mintak untuk berbuat salah. Aku juga taknak jadi orang jahat sebenarnya. Tapi persoalannya, kenapa masih berbuat salah? Kenapa masih bikin orang sakit hati?

Susahnya nak jadi orang baik.

Memang susah sebab setan banyak kat sekeliling. Dalam diri pon ada setan. Diri sendiri pon kadang2 jadi setan!

Last2, sebagai orang Islam kena kembali kepada rukun iman lah. Itu semua dan ketentuan.

Tuhan dah tentukan jalan kita ada bengkang-bengkok sikit. Dugaan untuk kita sebegitu rupa. Untuk orang lain sedemikian pula rupanya. Tak sama. Tapi tetap ada.

Dan jangan sesekali kondem orang lain atas kesalahan yang pernah mereka lakukan. Itu semua ujian yang dah tertulis untuk dia. Samada ujian tu peringkat sijil, diploma atau master sekali pon, ada hikmah disebaliknya.

Kau tak lalui apa yang dia lalui, kau tak rasa apa yang dia rasa, kau tak layak nak menghakimi dia. Betul tak?


Wednesday, February 15, 2012

Beribu bintang di langit kini menghilang




Pernah tak kita tak tahu apa yang kita sendiri nak?

Cis.

Selalu.

Kadang2 nak lunch pon tak tahu nak pilih lauk apa. Padahal depan mata bermacam2 pilihan yang ada.

Belum masuk bab keinginan dalam hidup. Mungkin sebab terlampau banyak yang kita nak sampaikan tak reti pulak mana satu keinginan sebenarnya. Atau terlalu tamak nak grab semua, akhirnya satu pon tak tahu nak pilih. Dan tak terpilih.

Last2, takde apa. Statik di situ.

Hidup macam biasa seolah2 takde target, ikut saja flow. List yang kita nak tu dah tak terlarat nak tengok. Tepu.

Dalam satu2 perhubungan, of course lah nak end up dengan kawen. Untuk yang bercinta lah. Kalau hubungan kawan apa kejadahnya nak kawen pulak kan. Unless kalau dah jodoh. Itu cerita lain.

Tapi dulu, aku pernah berkawan dan tak ingin nak berkahwin. Sebab aku rasa selesa dalam hubungan yang tak menuntut komitmen yang tinggi macamtu. Rileks dan bebas. Takde ikatan tapi terikat dalam satu hubungan yang ikhlas, selamat.

Serta yang paling penting, yakin dengan masing2. Maksudnya lebih kurang gini, andai dunia ni kita dah takde siapa2, kita masih ada dia. Dia tetap ada. Always. Kiranya, kita boleh pegang dia lah.

Memang ok. Sangat ok. Tak menyesakkan kepala otak. Nak kata bercinta, tak. Nak kata tidak, macam yea. Macam belangkas.

Tapi sudahnya, tak ke mana jugak. Sebab lama2 tak sefahaman. Aku ke kiri kau ke kanan. Masing2 ada pendapat dan pandangan yang berbeza tentang hidup dan halatuju.

Itu dulu.

Arh, apa beza dengan sekarang? Kadang2 satu2 ikatan tu buat aku konfius. Betulkah ini terbaik? Betulkah ini ending yang aku nak? Tak takut ke? Tak menyesal ke?

Last2, again i will follow the flow lah.

Mungkin letih. Mungkn malas. Atau lebih tepat takut menyesal dengan pilihan yang kita sendiri buat.

Pilihan banyak. Jalan pon banyak. Tinggal kita sendiri yang tekan butang mana dan ikut panduan.

Moga2 Allah beri jalan dan petunjuk. Ameen...


Monday, February 13, 2012

Kemurungan terlampau




Murung.

Kemurungan di rumah.

Sebabnya, asal aku balik rumah je aku jadi senyap. Aku diam. Aku malas nak cakap kecuali dengan adik yang tengah baru nak explore dunia cari duit. Selainnya, aku malas nak masuk.

Entah kenapa.

Hal2 rumah pon aku malas nak uruskan. Contohnya, gas habis tapi aku buat derk. Barang dapur habis pon aku buat tak reti. Bil2 semua aku suruh adik aku bayar. Sampaikan sampah pon aku tengok je, malas nak ikat dan buang. Dapur aku yang comel tu pon aku tak ghairah nak sembur kiwi kleen floor. Lap2 bodoh je.

Tapi walaupon aku tak ambik kesah, duit kena hulur beb. Huhu. Cuma adik2 aku buat semua. Kebiasaannya kalau gas habis dan aku ada kat rumah, aku lah yang call kedai kat bawah rumah tu. Aku jugak yang tukar dan pasang kepala gas tu. Barang dapur memang aku suka shopping. Aku pon agak rajin buang sampah dan tak berkira. Nak kuar deting pon aku sempat bungkus dan buang sampah kalau aku mahu. Apalagi lap meja dan kemas dapur. Mmm i love it.

Aku suka dapur aku yang bersih dan kemas dan berkilat2. Puas. Bleh lepak2. Err sebab tu aku tak berapa gemar masak. Kehkehkeh. Kesian bakal laki aku :p

Arhh. Diorang dah besar. Pandai2lah. Aku je yang giler kuasa nak buat semua kot. Tak cayer kat diorang. Hehe.

Tapi aku tetap murung. Aku suka menyendiri dalam bilik. Bukan ada ekon pon. Bukan online fesbuk pon. Baring2, kemas buku2 lama, tengok almari solek, termenung. Haih.

Hopefully it will be over soon. And it will be ok.



Thursday, February 09, 2012

#1 uyi




Lately aku rasa kosong.

Hidup malas. Macam takde makna dan arah tuju lagi.

Aku rindukan uyi. Tapi semakin uyi besar, semakin dia jauh.

Takde lagi mesej2 rindu dari dia. Takde lagi gelak ketawa dan cerita2 dari dia. Dia sibuk bercerita dan bermesej dengan kawan2 dia je.

Aku dilupakan.

Cuti hari tu, takde dah gurau senda geletek2. Nak peluk pon susah. Rimas. Dia nak bebas.

Aku jadi sedih.

Aku nak nangis.

Aku rindu uyi dulu. Yang manja. Yang merengek2.

Dia lebih sayang kawan2 dia.

Dia lebih care kawan2 dia.

Dia tak sayang aku dah. Aku jadi kecik hati. Dia benci aku? Dia tak sayang aku? Dia tak rindu aku?

Mana hilang uyi aku?



Thursday, February 02, 2012

Breakfast show




Memang dah jadi rutin aku akan buka blog hari2. Kire macam starter lah. Sebelum main menu yang lain, bukak blog dulu. Ada cerita atau takde itu lain hal.

Kadang2 sambil mekap aku login. Kadang2 aku termenung a few second, tak tau nak tulis apa tapi nak tulis.

Aku tak minat baca paper. Kosmo ke, Utusan ke. Malas lah. Lebih2 lagi sekarang ni banyak cerita politik. Buka tv pon sama. Politik beriya2.

Baik aku baca blog. Hehe.

Weekend ni akan jadi cuti yang panjang. Macamaner lah aku boleh terlepas pandang. Next Monday cuti Maulidur Rasul, esok tu pulak cuti Thaipusam. Kalau balik kampung best ni. Haiii.. teringin nak balik tapi status duit pulak tak mengizinkan.

Takpelah. Chinese New Year hari tu kan dah beraya. Kan.

Kite plan untuk cuti yang lain pulak lah.