FoLLoweRs

Friday, May 23, 2008

Grin.

Uyi ada kat sini.

Apa lagi nak cakap... i'm totally in heaven. Heh!

Perasaan?

Jangan tanya.

Speechless.

Beras dah mahal.

Mulai hari ini, aku berjanji.. aku akan tanak nasi hanya untuk orang yang nak makan nasi sahaja.

Dengan itu, takkan ada pembaziran seperti nasik basi atau nasi lebihan semalam yang dah tak berapa sedap disebabkan aku masak-banyak-sebab-ingatkan-ko-nak-makan-nasik.

Membazir!

Beras dah mahal. Kena concern tuh. Beli mahal2 pastu kasi basi buat apa. Membazir. Sayang je.

Masak ikut sukatan orang yang nak makan. Kalau orang tu spesis makan banyak, masak banyak lah. Kalau jenis makan sikit, jangan pepandai tambah2 sebab takut tak cukup.

Masak sikit dulu takpe. Kalo tak cukup masak la lagi. Apa susah, kan?

Kalau dah terlebih, pastu takde sape nak makan kan rugi dan membazir tu?

Kalau sempat buat nasik goreng takpe. Ini memanjang basi je. Kesian kat nasi tu.

Selalu sangat berlaku kejadian nasi basi. Sayang. Membazir.

Sebab harga beras buat aku terkedu seketika di carrefour, aku akan kurangkan makan nasi bersesuaian dengan azam aku nak diet.

Moh makan ubi kayu?

Ingat senang ke nak dapatkan ubi kayu....

Nak masuk DAP.

Tah!

Aku takde mende nak jot sebenarnya.

Jeles pulak tengok empunya blog Bakarankata dah masuk DAP.

Di Alam Percintaan.

Uhhh!

Wednesday, May 21, 2008

Aku dan.... errr apa2 aje lah, malas nak fikir lagi.

Agak lama tak update. Tak cerita. Tak luah apa2. Tak manjakan diri. Tak belai diri. Tak santai2. Tak terbang ke dunia blog feveret.

Busy.

Busy dengan tugasan yang banyak.

Busy nak kejar deadline.

Busy mengejar perkara2 baru.

Siap satu tugasan, tugasn lain tersengih menanti.

Kerja makin banyak. Makin banyak yang aku buat dan siapkan, makin banyak tugasan yang terus datang. Yang ditinggalkan di atas meja.

Sampai ajer ofis waktu pagi, dah ada tugasan tersedia di atas meja.

Tinggal aje meja sekejap untuk sembahyang atau ke level lain, fail dah tersusun.

Sebab aku baru blajar selok belok kerja ni, ambik masa nak faham dan siapkan tugasan. Nanti dah lama esok, senang. Diorang cakap.

Ye la tu... nanti aku dah biasa senang la sket kot. Tapi skang ni aku stress. Seolahnya, makin banyak yang aku pelajari dan aku tanya, makin banyak lagi soalan yang tak terjawab. Berpusu2 soalan kat kepala otak ni. Semuanya berebut2 nak termuntah keluar dulu.

Keluarkan. Keluarkan... tapi nak start dari mana ntah.

Takpe, aku positif. Lama2 mesti aku terer.

Busy setelkan sisa2 kerja yang ditinggalkan oleh pegawai yang bertukar kerana kenaikan pangkat. Celaka.. dah tau nak tukar, bukan nak setel betul2. Ditinggalkan untuk penggantinya meneruskan hasil tangan dia yang berselerak. Benci. Sebab aku tak berapa suka cara kerja camtu. Ko punyer tangan, ko kasi setel la.

Macam masa aku nak cabut dari company lama ari tu. Walaupon aku cabut, tapi aku tinggalkan kerja aku properly. Semua dah siap, cantik2 aku simpan satu tempat supaya senang orang yang gantikan tempat aku cari dan buat kerja tu. Dan supaya dia tak maki2 aku. Eh penting tu.. nanti asyik bergerak ajer mata sebelah kiri nikh.;p

Actually, bukan la stres sangat. Sikit je. Tapi kepala aku sakit. Berdenyut2.

Lepas aje pukul 5, sebaik punggung aku berlabuh di kusyen.. kepala aku start berdenyut. Aikkkk.. pandai pulak dia.. betul2 abis time kerja dia pon kerja!

Tapi, ada satu perkara buat aku tersenyum girang.. happy dan lapang hati. Uyi.

Esok uyi sampai.

Aaah... hilang semua suffer.

Thursday, May 08, 2008

Bulan pertama kerja baru.. bleh tahan santainyer.

2-3 minggu lepas plan nak hadiahkan ma sesuatu sempena hari ibu. Sajer je. Banyak sangat iklan hari ibu kat tv, rindu plak rasa kat bonda ku itu.

Nak beli barang kemas tak mampu ah. Rantai ma ajer dah tebal dah. Huhu, takkan nak beli yang kecik nyer ye tak? Tak best lak rasa.

So, rasanya nak hadiahkan ma kain sepasang. Lupa la pulak nama kain tu. Tapi aku tau ler kain yang camaner ma nak tu. Ma pernah mention. Kain tu nipis dan kena ada lining la kalau nak buat baju kurung. Harga sekitar seratus lebih2 gitu.

Actually, untuk ma kitorang selalu buat atau bagi sesuatu. Kalau birthday ke, sambil2 buat untuk uyi, tempah lagi sebiji kek untuk ma. Sambil kasi present sekali.

Kebetulan. Ma lahir bulan satu jugak sama cam uyi dan aku.

Abah lak...... errr... kaddang kaddang.


Tahun ni decide nak belikan abah sesuatu jugak. Tapi susah aa. Tak tau nak hadiahkan apa untuk abah. Nak hadiahkan jam, rasa cam tak berapa best lah.

Kalau boleh nak belikan sesuatu yang abah suka dan useful. Yang dia akan guna atau pakai. Apa ek...? Ntah.

Jam... ok jugak tapi mahal sangat la pulak. 2 ratus tak lari. Gaji pulak lom dapat lagi. Adusss..

Bajet bajet.

Ehh.. aku punyer bil letrik kat rumah dah sampai surat merah dah. Tunggakan tak sampai pon seratus, cuma around rm77 je kot. Hampeh punyer TNB, tak sampai seratus pon kecoh2 nak potong. Nyampah.

Aku memang tak pernah bayar on time bil letrik dan air ni kecuali untuk Astro.

Malas. Entah naper. Padahal maybank2u hujung jari je.

Suka kot main kejar2 ngan TNb nikh.

Ada sekali, aku ingat bil air dah cecah rm400++ baru bayar. Hehe. Sampai abah pon bising. Kumpul banyak2 baru kasi setel ek?

Jangan malam nanti aku bergelap sudah lah.

Eleh, macam tak biasa ek.

Lilin kan banyak?

Wednesday, May 07, 2008

Kalau rindu ini ada nombor...

4May2008 10.45pm

Msg dari uyi :
'Ibu ibu dah tido ke?'

Aku reply:
'Lum,ibu tgh gosok bju.Cyg ibu lum tdo lg ke haa...?Xngntuk?Uyi jgn tdo lewat tau cyg..'

Uyi balas:
'Uyie dok atas katil ni.'

Aku balas balik:
'Uyi ke mk andak ni?Hehe nper uyi xtdo lg ni cyg..Rindu la kt uyi.'


Uyi reply:
'Ni adik la ibu.nape ibu tak caya.uyi boring lah. oo ye lupe pulak nak tanye ibu,ibu ngah gosok baju mane tu...'

Aku text:
'Ala ala anak ibu comelnya..Ibu gosok bju kurung wrna merah nk pkai g kje esok.Uyi boring?Tdo la cyg dh lewat dh ni..Tdo eh?'

Uyi balas:
'Ok bye muuaah.'

Aku tulis:
'Nk tdo dh?Slmt mlm cyg ibu..Muahhss..Mimpi ibu yg best2 ye.'


Lepas tu senyap.

5 minit kemudian aku tepon. 'Uyi baru tidur.. dia la yang tulis mesej tadi... orang pon baru tidur ni,' kata Pajeen dalam mamai.


Sebak.

Kesian uyi... mesti dia boring.. rindukan aku. Sigh.


Wednesday, April 30, 2008

#uyi

Dah beberapa hari aku tak dapat cakap ngan uyi. Call aje asyik takde kat rumah. Pergi main la, pergi ngaji la pergi umah pak long la.

Sabtu lepas aku call, dia kat rumah paklong. Seharian. Malam pulak tidur awal.

Esok tu call lagi tapi tak lekat kat rumah. Call Pajeen tak berangkat. Abah pulak ke kebun.

Isnin tengahari call dia tapi dah pergi sekolah. Cepat pulak. Ma cakap ada kelas amende ntah. Kena masuk awal.

Frust!

Pagi tadi kol 7 lebih aku call lagi. Laa.. dia sekolah pagi pulak!? Ain cakap ada sambutan hari guru la pulak. Aduhh.. Aiii awal lagi hah sambut ek?

Dan, tengahari tadi lebih kurang 1.30 aku call Ain. Uyi ada tapi tak pasti lokasi kat mana. Adehh dehh.. sakit jiwa betul.

Bla bla dalam 5 minit sementara tunggu uyi muncul.

Dan.. akhirnya.... uyi pon "hello...?"

Makk aii... rindunya kat uyi. Lama betul tak borak ngan dia. Yang buat aku rasa touching sangat bila uyi cakap "ermm.. lama ibu tak talipon uyi dih..?"

Haaa... tau pulak dia orang dah lama tak telefon. Abis, asik bizi memanjang.

Cayang ibu, ibu rindu sangat2 kat uyi. Suara uyi sedap sangat. Bila dengar rasa macam nak gigit2. Nak gigit apa ntah tak tau! Tapi yang pasti suara uyi macam .... puding caramel kot. Hiks!

Tak sabar nak tunggu cuti sekolah. Nak bawak uyi jalan2. Mandi2.

I miss u bebeh!!!

Friday, April 25, 2008

Bizi bodi

Uyi : Eeyy.. Bencinya dia tuu...

Aku : Sape uyi?

Uyi : Tak tau.. dia tu.. lalu kat tepi rumah orang ni... tengok2..

Aku : Ala.. biarlah dia, lantak dia lah nak lalu pon

Uyi : Tak bolah la, kite kenalah ambil berat ibu

Aku : Cewaahh.. pandainya dia. Tapi jaga2. Ambil berat takpe, jangan busy body pulak

Uyi : Bizi body? Apa tu? Haaa.. badan sibuk?

Aku : Busy body tu... jaga tepi kain orang.. sibuk2 nak tau pasal orang.


Lagi satu translation uyi. Mentang2 dah belajar kat sekolah, main taram je maksudnya.

Semalam yang hangit.

2 minggu sebelum aku tukar kerja, akauntan opis aku kena rompak.

Kerugian dianggarkan rm13 ribu.

Seminggu kemudian abang aku pulak kena rompak. Heh, banyak pulak rompakan yang berlaku sekeliling aku.

Jumaat lepas seorang sarjan dari balai polis Kajang telefon meminta aku ke sana untuk beri keterangan. Ok.

Entah macamaner aku terasa nak pergi dengan Rosli. Bekas teman-istimewa-tak-jadi. Lagipon, sarjan tu mengenyam lain macam je dalam telefon.

Dipendekkan cerita, niat aku disokong kuat olah bala tentera kat rumah.

Semua nak ikut sama.

'Lepas tu kite pergi minum2 nak? Dah lama tak lepak ngan Rosli.'

'Haa.. kite pergi kopitiam. Bangi kopitiam. Dah lama tak pergi sana. Roti bakar dia best.'

'Ha'ahh.. jom jom weh.. cepat siap.'

Rosli. Mengikut kisah dan pengalaman lepas, seorang manusia yang best. Best yang aku maksudkan adalah dari segi karektor. Berkawan dengan dia memang best. Seronok.

Sementara bersiap, kisah2 dan pengalaman silam yang penuh enjoyable dengan Rosli jadi selingan.

Setelah siap, maka, bertolaklah kami menuju ke IPD Kajang.

Heh.. lawak sungguh sesi ambik statement ngan sarjan tu. Alah, diorang ikut prosedur. Apakejadahnya aku nak jadi suspek utama walaupon lepas kes tu memang ngam2 aku benti kerja.

Setengah jam bersoal jawab dan bercerita.

Lepas selesai, kitorang balik. Dalam perjalanan balik, berborak cam biasa. Diam. Bercakap. Diam. Sambung cakap.

Dah nak sampai rumah. Takde siapa bersuara nak minum ke.. jalan2 ker...

Rosli pon takde pelawa nak minum dulu ke.. apa ke. Dekat nak sampai rumah baru dia tanya ada nak beli apa2 tak?

Akhirnya, sampai rumah.

Keluar dari kereta, masing2 tengok muka masing2 dan tersengih.

'O, Kopitiam yer?'

'Meh le kita beli kopok, buat air, tengok citer P. Ramlee. Best jugak'


Rosli tak macam dulu. Yer, aku dah lama notice sebenarnya.

Ye la, buat apa dia nak layan kitorang macam dulu kan. Semuanya dah lain. Semuanya dah berubah.

Kalau dulu, baru lepas melantak pon dah ditanya nak minum lagi tak? Sampai naik kembung perut.

Very concern.

Sekarang, usahkan ajak. Sekadar bertanya sahaja. Itupon ngam2 sampai rumah baru nak tanyer. Hehe.

Manusia berubah. Biasalah.

Tak selalunya sama.

Well, aku pon berubah jugak apa. Dari 38 dah jadi 40.

Ker.... 41?

Thursday, April 24, 2008

Hari2 baju kurung. Baju kurung hari2.

Yeah. Sebab itu yang membezakan orang kerja gomen dengan kerja swasta. Dressing.

Aku mula rasakan tidak selesa.

'Isk... ko tau tak, tak best la pakai baju kurung hari2. Susah nak bergarak. Rasa macam .. tersekat. Rimas. Macam tak best aar.'

Aku mula rasa tak best. Sebab aku dah biasa berseluar waktu kerja. Kalau hari Jumaat aku try pakai baju kurung. Ikut mood.

Bukan aku tak suka baju kurung. Aku suka. Terutama time raya.

Tapi bila dah kena pakai hari2, ke'best'an tu jadi kurang. Macam orang jugak. Hari2 ngadap naik lemau.

Sebenarnya, bukan satu masalah besar. Memang. Cuma terasa perbezaannya. Alah, lama2 biasa la ek?

Cuma, aku kurang senang dengan komen begini:

'Ha'ah, ko nampak tak cun la pulak selalu pakai baju kurung .. cam tadi.'

Ampeh.

Tuesday, April 22, 2008

Aku dan kerja baruku.

Oyeah!

Tempat kerja baru.

Environment baru.

Kawan2 baru.

Bos baru.

Semua baru.

Tak boleh nak komen banyak2 sebab semuanya masih terlalu baru. Duduk kat meja baru ni, line internet dah ada tapi sibuk membaca blog2 feveret. Rindu! Last week start kerja dengan menghadiri kursus selama 4 hari 3 malam.

InsyaAllah... semoga aku akan selamat dan berjaya menghadapi dugaan2 mendatang.

Baru2 ni balik kampung, aku tempah baju kurung 5 pasang.

Nak buat camner... keje gomen memang kena pakai baju kurung. Uhhhh...!! Gomen ek..
Huhu..

Walaupon aku tak berapa suka dengan dressing code dan jugak sedikit suasana kerja gomen ni tapi aku cuma fikir masa depan. Secure.

Snifffffffff.... hirup udara segar Putrajaya. Haaaaaaahh...!!

Monday, April 14, 2008

Perompak itu memang setan!

Petang semalam dapat call yang memeranjatkan dari kampung.

Abang accident. Ada kat hospital Kuala Krai.

Sebabnya.. kereta abang dilanggar sebuah jip... perompak!

Memula jip tu langgar sikit je, taktik biasa. Abang dah rasa tak sedap hati sebab ari tu abang collect duit. Collection Amanah Ikhtiar.

Abang lajukan kereta. Kancil... boleh lari jauh mana sangat?

Mungkin perompak tu bengang sebab abang cuba nak lari, diorang langgar Kancil abang. Kuat.

Kancil masuk cerun.

Alang2 nak merompak... perompak tu sama turun cerun. Acukan pistol.

"Mu buwi duit tu, kalu tok aku bedil!!"

No choice. Abang terpaksa bagi. Collection semalam lebih kurang 10ribu.

Kesian abang. Lahanat punya perompak. Sial babi.

Kesian kat abang.

Semalam semua sedih. Kitorang kat sini hanya mampu berdoa. Semoga abang tak teruk.


Memula adik aku telefon, aku ingatkan abang kena belasah dengan perompak. Celaka punya manusia perompak. Nak rompak, amik je la duit, yang ko belasah orang apsal?

Tapi abang cedera sebab accident. Memang teruk. Kedua kaki abang patah. Kena pakai stoking besar.

Telinga abang kena jahit.

Tulang tumit abang retak.

Luka lebam bengkak sana sini.

Kesian abang.

Aku doakan perompak2 tu mati tengah jalan kena pijak gajah liar.

Diorang ni sampai tahap membunuh. Siap ada pistol lagi! Tak taulah, mungkin bukan pistol betul, mungkin pistol mainan je. Tapi yang pasti mereka memang semakin berani dan sanggup buat apa saja untuk wang.

Kesian abang.

Sebab abang baik. Aku sayang dia. Dia tak pernah berkasar ngan aku. Dia hensem.

Sahabat2 suka kat dia. Dia cikgu feveret. Dulu, ramai makcik2 nak jadikan dia menantu. Dia pandai ambil hati orang tua.

Semalam aje, lepas abang dihantar hospital Kuala Krai, dekat 100 orang datang melawat dia. Aku agak mesti orang kampung dan sahabat2 dan jugak opismate dia. Sampai kena halau ngan nurse sebab ramai sangat nak datang melawat.

Paham2 aje la semangat orang kampung camaner kan!


Sepatutnya, bukan abang yang buat collection semalam. Sepatutnya kawan dia. Abang dah tak bertugas di daerah sana.

Itulah, benda dah nak jadi.

Kereta abang memang rosak teruk. Terpaksa guna kren untuk naikkan.

Abah cakap, cerun tu agak dalam.

"Abang kau tu kira bernasib baik.. selamat." Ya Allah... nasib baik abang selamat.



Jahanam punyer perompak.

Aku tak dapat balik kampung tengok abang atas urusan kerja. Mungkin Liza, Zura, Alin dan Uyo akan balik Rabu ni.

Sayang abang.

Cilanat punya perompak.


alhamdulillah..

Hari ni aku last kerja kat sini. Alhamdulillah... aku dapat ofer baru.

Seronok sangat. Dah lama aku tunggu peluang ni.

Apapon, perasaan sayu tetap ada. Kat sini ada macam2 kenangan. Pahit manis.

Yang tak mungkin aku lupa.

Kat sinilah aku kenal aLeNg.

Kat sinilah aku kena rompak.

Kat sinilah aku kenal LRO. Siap gathering lagi.

Kat opis ni jugak la aku mula memblog.

Kat opis ni jugak lah aku melalui 3 series.

Ehm.. banyak jugak kenangan. Sayu jugak rasa hati...




Tapi apapon.... yebeda bedoooooooooooooooooo....!!!

Tuesday, April 08, 2008

#uyi

Uyi suka bisnes. Dia cakap best jual2 dalam kelas.

Dia cakap lagi kalau dia jual mesti laku.

Dia suka bila semua budak kelas dia pergi kat dia dan beli apa yang dia jual. Walaupon sehelai tisu.

Dia cakap dia suka bila ramai2 datang kat dia.

Dia suka jadi perhatian.

Dia suka bila dapat duit. Dia suka duit. “Uyi suka jual2 ni, sebab boleh dapat banyak duit,” katanya sambil tersengih.

Dia siap pesan ngan aku, belikan keropok atau gula2 atau asam banyak2, nanti dia nak jual dalam kelas.

Siap suruh belikan plastik yang kecik2, dia nak packing.


Satu hari, aku telefon dia.


Uyi : Bu, pahala tu apa bu?

Aku : Pahala tu macam .....ermm... kalau kita buat baik malaikat akan kasi markah A kat kita, nanti kat akhirat besok, bila kita dah mati, Tuhan pon tengok la dalam buku rekod kita yang malaikat tulis tadi.. Eh eh banyaknya A uyi. Haa nanti Tuhan kasi la macam2 yang sedap2...buah anggur, strawberry.. rumah besar, payung emas (tetiba aku teringat pahala untuk isteri yang rela bermadu aww). Kalau uyi selalu buat baik, banyak la dapat pahala.

Uyi : Payung mas? Ada payung emas?

Aku : Yer.. payung emas.

Uyi : Pahala tu ada duit tak?


Mata duitan sungguh!

Friday, April 04, 2008

Hujan.. dan aku takde kerja

Lunch hour tadi call uyi.

Nak diikutkan, hari2 aku telefon tapi bukan selalu dapat cakap dengan dia. Sibuk mengalahkan perdana menteri!

Sebab dia bersekolah sesi petang, pagi dia akan pergi mengaji. Kalau cuti, dia akan ke kelas Fardu Ain dari pagi sampai tengahari.

Waktu2 lain dia akan kayuh basikal, pergi kolam ikan pak lang, bermain, bermain dan bermain. Tak lekat kat rumah. Rumah yang dia lekat selain rumah atuk dan nenek adalah rumah pak long.

Waktu yang pasti dia ada kat rumah adalah waktu malam. Tu pon kalau dia tak pekena roti canai ngan atuk dia! Ataupon dia ikut pak long ke Tanah Merah atau ronda2 Bukit Bunga. Kalau terlalu letih pulak dia akan tidur awal.

Aku seronok ada uyi. Aku bahagia ada uyi. Aku sayang sangat2 kat uyi.

Walaupon berjauhan dengan dia, tak bermakna aku tak peduli atau tak kisah ketiadaan dia. Aku sangat2 kisah!

Orang mana tau tiap2 malam sebelum tidur aku repeat video klip uyi pastu tersenyum, tersengih dan ketawa. (Yang kadang2 lepas ketawa aku nangis)

Orang tak tau dalam hati aku setiap saat ada nama uyi.

Orang tak tau malam gelap pekat aku nangis teresak2 sorang2 rindukan uyi.

Aku tidur dengan selimut uyi.

Aku sayang nak basuh bantal ada airliur basi uyi.

Aku tanak pergi jalan2 walau untuk rehatkan minda aku sendiri kalau takde uyi.

Aku tak seronok ke carrefour kalau takde uyi.

Aku malas amik angin petang kat Tasik Permaisuri kalau takde uyi.

Aku jeles tengok orang lain bawak anak diorang jalan2... main2.. shoping.

Aku jeles tengok blog ibu2 yang menceritakan betapa sayangnya mereka pada anak. Macam2 luahan rasa/ kisah/ pengalaman yang menggambarkan kecintaan mereka pada anak. Tak de anak tu tak tau nak idup camner! Tak boleh berpisah walau sesaat. Anak tu lah segala2nya. Pendek kata, macam2!

Aku? Aku pon sayang anak aku. Kalau apa2 jadi pada anak aku, aku pon tak tau nak buat apa sebab anak itulah matlamat aku, nyawa aku. Anak itulah sebab aku terus kuat dan terus bekerja.

Tapi.. dia tak selalu di sisi aku. Tak macam orang lain. Aku pon tak selalu di sisi uyi tak macam ibu2 lain.

Aku kesalkan itu sebenarnya.

Selalu aku rasa bersalah, berdosa dan tak adil. Jahat.


Apa ni... aku taknak membebel pasal benda tu kat sini. Aku tak reti nak mencurahkan isi hati perut aku ni. Nanti, lain yang aku maksudkan, lain pulak tafsiran yang timbul. Macam aku cakap, aku tak reti menzahirkan apa yang terbuku.

Aku percaya. Nasib manusia ni lain2. Rezeki pon masing2.

Agaknya dah tertulis ini adalah laluan jalan hidup aku. Aku tak pernah mintak. Dan aku pon tak pernah tau.

Apa yang aku harapkan, uyi akan terus sayang aku sampai aku tua nanti.

Aku sayang sangat2 kat uyi.

Masa dia lahir dulu, aku takde fikir benda lain selain dari uyi. Suami masa tu jatuh nombor dua.

Sekarang? Huhu.. agaknya takde nombor kot. Ada, ada lah. Takde, pon tak kisah.

Just uyi dan ibu. Ibu dan uyi.

Seronok sebab dah boleh dibuat kawan. Kadang2 dia pilihkan baju aku. Kadang2 kitorang argue baju mana yang sesuai dia pakai.

Kalau tengok pompuan sexy atau lelaki hensem sket dia akan bulatkan mata ke arah aku. Signal.

Tapi tu lah.. waktu dia ada bersama. Kalau takde, aku bosan.

Uyi buah hati ibu.

Apa2 yang aku buat, mesti ada nama uyi. Kadang2 aku tak sure nak masukkan baper sudu gula dalam minuman, aku masukkan 8 sudu. Sebab uyi suka nombor 8. Contoh lah.

Kalau tak reti nak pilih warna apa, aku akan pilih warna purple atau pink. Ikut warna feveret uyi.

Aku jugak akan beli snek kegemaran uyi untuk kunyah2 waktu malam.

Aku selalu rindu kat dia. Aku selalu teringatkan dia.

Walaupon jauh, tapi dia selalu dekat kat hati aku. Aku selalu cakap kat uyi, "ibu taknak anak lain dah. Ibu nak uyi sorang je."

Dah. Petang ni memang tak de kerja. Hujan yang maha lebat dah berhenti.

Aku pon nak berhenti. Nak lap muka yang berminyak ni.

Bulan sakit uyi.

Awal bulan Mac uyi cabut 2 batang gigi susu kat bahagian bawah kat depan. Menangis. Malam tu dia tidur awal. Kesian.

Banyak betul darah. Air liur meleleh bercampur dengan darah yang masih lagi keluar, menghabiskan saki-bakinya. Tidur sambil mengiring, aku lapikkan dengan towel kecil dan tisu kat bawah pipi dia. Kesian uyi.

2 minggu kemudian, ke klinik gigi yang sama untuk tampal gigi pulak. Menangis lagi. Huh! Tak sanggup aku tengok. Aku tau sakit sebab aku pon pernah tampal masa kecik2 dulu. Tapi yang bestnya uyi ni, malam tu karaoke .. siap hukum karma lagi.

Lepas tampal gigi, hari berikutnya pergi GH. Ada appointment dengan doktor. Treatment untuk kaki uyi yang ada kutil. Kutil? Ohh tidak..!

Kesian kat uyi. Kutil tu dah makin membesar tapi tak jugak hilang. Pulak tu, bukan sebiji je, ada 2-3 bijik lagi yang agak besar. Dan dikhuatiri merebak kat tempat lain pulak.

Puas dah aku pergi klinik. Beratus jugak la habis khas untuk kutil yang liat sungguh nak mampus itu. Lepas satu satu ubat tak menjadi, last2 doktor suggest pergi GH. Jumpa pakar kulit katanya.

So, ni ler appointment yang aku tunggu sejak penghujung tahun lepas lagi. Tak sabar nak kasi hilang itu kutil. Kesian kat uyi. Dia dah makin besar, dah tau segan dan malu.

Sebelum ni doktor dah kasitau aku yang ubat ni terlalu sejuk yang amat. Dan sedikit pedih. Halamakkk.. tu yang aku tak tahan tuh. Pedih.

So, bila uyi dah enter itu wad… baring atas katil… dan ubat tu di apply…

Hmm.. yang ini lagi kuat dia melalak. Aduh... Nak nangis aku tengok dia nangis. Kesian anak ibu… kesian uyi. Melihatkan air mata dia yang mengalir, hati aku rasa sakittt je.



"Naper kuat sangat uyi nangis tadi…? Kan doktor cakap tak sakit sangat… sakit sikit je kan.. hm sakit sangat ke cayang …? "

"Ho la… sakit la."

"Hmm.. ala cian anak ibu…meh sini meh." Peluk uyi. "Tapi tadi uyi nangis sebab sakit sangat ke atau sebab takut? Haa.. cakap ngan ibu."

Uyi sengih.

"O Sebab takut yerrr.. ? Pastu uyi nangis la ehh…?"

"Memang sakit la ibu.. kalau ibu kena ibu pon nangis jugak.."


Terus merajuk.

#uyi

Suatu masa 2004.

Aku : "Nanti dah besar uyi nak jadi apa?"

Uyi : "Nak jadi doktor, polis, askar, cikgu. Pastu nak keja kat opis ibu, opis mak teh.."

Aku : "Banyaknya uyi nak kerja! Mana boleh amik semuaa. Ambik satu je la eh? Hermm... uyi jadi doktor la yea, nanti boleh ubatkan ibu.. free."

Uyi : "Ho laa, jadi doktor."


Suatu masa 2008.

Aku : "Nanti uyi dah besar nak jadi apa?"

Uyi : "Uyi nak jadi pelakon."

Aku : "Hah.. nak jadi pelakon? Isk, tak payah la tak best la uyi jadi pelakon. Tapi kenaper uyi nak jadi pelakon??"

Uyi : "Sedap sikit jadi pelakon. Tak payah buat kerja. Kalu kerja opis nanti nak kena tulis2 la, nak kena buat kerja la.. penat. Payoh. Uyi tak reti. Kalu jadi pelakon senang je.... berlakon jerr."


Ooooo.. jadi pelakon senang ye uyi? Tak payah buat kerja ehhh...?


********


Uyi : "Uyi rindu kat ibu.. malam2 uyi takleh tidur, nak peluk ibu."

Aku : "Ala ciannya anak ibu.. uyi peluk acik ye cayang, tidur ngan acik. Muka acik kan sama macam ibu.. kan? Uyi peluk acik nanti yea..?"

Uyi : "Emmhhh.. tak sedap peluk acik.. acik tak gemuk macam ibu."

Aku : Ehrkkk...!


********


Uyi : "Nanti uyi besar uyi nak beli rumah besar kat ibu."

Aku : "Waa.. bestnya.. baiklah uyi ni.. saaaayang uyi! Muahhhkkss..!"

Uyi : "Nanti uyi nak ada 8 orang gaji, nak beli 8 bijik keta. Pastu, rumah uyi ada 8 bilik."

Aku : "Waaahhhh.. kaya lah uyi ek. Besar tu rumah uyi tu. Senang la ibu, ada 8 orang gaji tak payah ibu buat kerja rumah, buleh rilek2 ehh."

Uyi : "Hoo.. pastu nanti bila uyi gi kerja ibu jaga anak uyi pulok."


Like what happens now lah kan... sigh.



Apa yang berlaku, itulah yang ditelan.

Monday, March 24, 2008

Hari ini..

Tengok cerekarama Sabtu lepas? Lupe tajuk apa...

Kisah lawyer yang menderhaka pada parents dia.

Aduhhh... nak nangis aku. Tringat ma dan abah.

Takutnya. Sebab kita kadangkala tak sedar kita pon ada menyakitkan hati parents kita secara tak langsung.

Rasa nak balik kampung je dan duduk dekat ngan parents.. berbakti pada mereka sementara mereka masih ada.

Ya Allah.. jauhkanlah aku dari menderhaka ataupon menyakiti hati ibu bapa aku. Tak sanggup rasanya menanggung azab siksa.. kat dunia lagi dah kena. Apalagi di alam barzakh dan jugak di akhirat nanti. Dah la amalan lain tak seberapa.


Hmm.. tu lah, Tuhan kalau nak uji kite bukan hanya dengan kesusahan sahaja tapi jugak dengan pangkat dan kemewahan.

Aku, dalam emosi untuk menyedapkan hati, kadangkala bersyukur dengan hidup yang sederhana dan bukannya dalam kekayaan yang berlimpah ruah.

Sebab, mana tau Tuhan nak uji aku dengan cara tu pulak. Buatnya aku jadi sombong dan bongkak ke.. kedekut ke. Manalah tau... kan.


Rindunya kat uyi.

Semalam waktu nak tidur teringat sangat2 kat dia. Apalagi... nangis lah!

Saturday, March 22, 2008

Burp..

Pagi tadi selepas menikmati sebungkus bihun goreng dan secawan milo panas, tersandar kekenyangan.


Fikiran kosong.

Tetiba terlintas momen2 bersama R. R yang lagi baik dan bagus dari M.

Teringat kenangan2 bersama M pulak.

Satu persatu macam slide show.

Senyum dan geleng kepala seorang diri.

Lagi dan lagi.

Kemudian giliran S pulak ambil alih mengisi episod ku-di halaman-rindu.

Lepas tu V, W, X, Y dan Z.






Huhhh... banyak nya berangan!!

Friday, March 21, 2008

Tak perlu tunggu gelaran hajah kan?

Pasar malam ari tu aku terserempak ngan Elin.

Kawan sebaya aku masa kanak2 ribena dulu.

Tahun lepas aku jumpa dia, rambut karat kerinting macam mariah karim. Cantik.

Tahun yang sudah dia dengan macam2 fesyen, baik rambut mahupun dressing.
Pendekkata, stylo jugak la. Dia memang pandai bergaya (tak macam aku!)

Tapi ari tu aku jumpa dia dah pakai tudung. Tudung kaler itam.

Cantik. Sebab, aku suka style bertudung macam dia gayakan tu. Sesuai pulak dengan baju. Tak de ketat2. Tak jugak jubah longgar. Just nice.

Tudung dia bukan macam Wardina ke, Ct ke, yang sepit2 atas kepala, selempang sana sini, pusing2 lilit2 atau segala fesyen terhangat bertudung skang ni yang selalu budak2 pakai atau dalam magazine tu. Tapi, simple je. Bukan jugak yang simple macam tiga segi tirus tuh.

Alah, susah pulak nak describe camner. Takpe, janji ada dalam kepala otak aku.

Kot nanti aku dah bertudung (insyaAllah), aku tepek gambo tu kat sini.




Huh. Kalau nak buat benda baik, susah nau nak menyetat! Naper ek.