FoLLoweRs

Friday, October 24, 2008

Eroticism

Aku cakap ngan member, 3-4 bulan kebelakangan ni aku mengalami gangguan.

Gangguan makhluk halus ke? Dia tanyer.

Bukan. Bukan makhluk halus tapi makhluk berkepala hitam. Erk. Kalau ada kaler coklat tu, coklat lah. Kalau merah, merah lah. Zaman skang peribahasa rambut sama hitam hati lain2 tak berapa releven sangat.

Aku jadi bingung. Bukan aku tak pernah kena dulu2. Pernah juga. Tapi tak sehebat dan seteruk sekarang. Nampaknya situasi semakin mengganas. Oo main kasar yea.

Aku semakin bingung. Dan bengong. Sebab hantu2 tu bukan aku tak kenal. Kenal. Malah ada yang memang betul2 kawan tahap giler2. Bergurau, bergelak ketawa. Kawan yang takde feeling langsung dan tak mungkin akan ada. Pendek kata, kalau ko letak dalam bilik berdua dan sexy sekalipon takde stim2 nikh.

Benci betul. Sebab dah merosakkan nilai sesuatu perhubungan tu. Persahabatan dah tak macam dulu. Aku hilang kawan dalam diam.

Ntah. Benda ni takde musim. Bila dugaan tu datang, dia akan datang. Yang penting, samada aku ni sedia dan cukup kuat untuk menepis. Tapi, makin kuat aku tepis, rasanya makin kuat dia datang menggoda. Dengan macam2 janji manis dan pakej2 menarik. Giler. Betul2 giler. Dia giler dan boleh buat aku giler jugak. Gue rasa torture!

Kebetulan. Kebetulan juga makhluk itu tidak datang berseorangan. Eh macam dah pakat2 pulak nak datang sama time? Paling mencabar, macam2 pakej yang ditawarkan! Gilos.

Memang kebetulan. Benda ni datang waktu aku tak punya teman baik. Waktu aku keseorangan. Waktu aku takde sesiapa di sisi. Waktu aku takde protector. Takde motivator. Arhh. Masa ni baru teringat my big bro.

Kadang2 aku jadi seram. Aku tak boleh nak berfikir. Aku takut. Paling aku takut kalau kesalahan itu datang dan bermula dari diri aku sendiri. Camaner aku nak jawab?

Sebab aku manusia biasa yang punya otak, akal dan nafsu. Kalau hari ni aku ok, esok belum tentu. Sedetik apa yang bakal berlaku aku tak tau.

Dan aku bukan malaikat.

Paling aku sedih dan sakit hati, mereka mempunyai tanggapan yang begitu terhadap aku. Kenape ek? Salah ke aku macam ni? Memang la keperluan itu aku tak nafikan tapi bukan sesuatu yang wajib jugak bagi aku. Heh. Benci. Bodoh.

Lantak lah. Aku tak pernah dan tak akan ambil pusing tanggapan itu semua.

InsyaAllah, walaupon aku bukan ustazah dan tak berapa lekat 5 waktu tuh, aku boleh handle benda ni kot. Aku akan ingat dan takkan sia2kan ajaran yang diberi. Ingat Tuhan banyak2.

Tapi aku betul2 terganggu lah! Benci betul. Aku rasa tertekan. Aku nak meluahkan pada seorang kawan. Aku nak lepaskan apa yang terbuku dalam minda ni.

Dan kawan terbaik buat masa ni mungkin blog ni. Yea, at least. Lega dapat meluahkan. Tak banyak, sikit.

Semoga aku tak tergeincir. Aku takut. Sebab aku pon bukan baik sangat.

Aku sayang diri aku.



Tuesday, October 21, 2008

.

Kita akan jadi gabra dan rasa lain bile bertembung dengan orang yang kita ada perasan. Betul tak?

Kalau ko takde perasaan kat dia, pehal tiba2 ko nak gabra 2 3 macam je.. kan?
Hekhek..

Saturday, October 18, 2008

Kat luar hujan, kat ofis sejuk, kat dalam hati entah lah.

Wah wah... apa aku nak cakap ek.

Si dia dari pantai timur sana nak turun ke kl hujung bulan ni. Dan tentunya ajak aku jumpa.

Ini dipanggil apa yea.. blind date? Err.. aku penah sekali blind date. Memang betul2 real punyer. Ye la masa tu takde internet, mms sumer ni. So, kali pertama jumpa tu memang sangat mencabar minda. Hehe.

Alah, masa tu aku tengah si manis 17. Huhu. Semua perkara buat ikut kepala otak je. Bernasib baik sebab aku ditemani sepupu dan adik amy yang masa tu comel lote baru 4-5tahun. Lebih bernasib baik sebab Hisham Azhar tu baik memang baik orangnya. Yea.. dia memang seorang kawan yang baik. Cume aku tak jadi bercenta ngan dia sebab dia agak sehat orangnya. Hehe. Ingat. Kalau suara dia sedap mesti orangnya biasa2 je. Pengalaman tu beb!

Well, skang semua ada. Dan wajah dia pon aku dah tengok. Sms jangan cakap la. Boleh la masuk pertandingan champion sms.

Cuma... aku tengah konfius. Perlu ke aku jumpa? Nak buat apa ek? Isk.. malu lak rasa.

Pulak tu, pada date yang sama ada kawan ajak melancong ke Endon. Hah! Kenapa nak dilepaskan peluang ni ye tak? Kalau tak, bile lagi aku nak pegi sana? Herm. Tawaran yang menarik tu.

Ah. Tapi dua2 pon melibatkan lelaki. Alah, bosan betul.

Pengalaman mendewasakan. Lagipon status ini buat aku jadi cuak.

Betul ke dia jujur dan ikhlas? Aisehh.. tak tau nak jawab.

Tapi rasanya aku dah ada jawapan. Ke Endon, aku rasa tak jadilah pergi. Jauh. Kot jadi apa2 ker susah aku nanti. Lagipon pergi berdua... errrrr.... fiuhh! Pulak nanti kecoh satu ofis jadi bahan gosip.

Ok. Setel.

Dan untuk blind date yang ini. Entah. Nak pergi tak nak pergi.

Nak jumpa taknak jumpa. Nak jumpa taknak jumpa.

Camner ek kalau jumpa, tiba2 rasa suka betul2 pulak? Huh. Naya. Tidak. Tidak.

Selama berkawan di alam maya ni, aku suka kat dia. Kadang2 rasa sayang pon ada. Rindu pon pernah. Teringat jangan cakap la.

Tapi tu bukan real. Aku tak peduli sangat.

Takut nanti jumpa aku betul2 suka pulak. Haahhhh. Itu memang sengaja ambik pisau potong jari!

Hati, tolong lah yea. Kuat semangat sikit. Yang penting kuat iman. InsyaAllah, takde apa yang memang aku nak jauhi berlaku....

Tuesday, October 14, 2008

Tengah layan 'dibadai asmara-sera'

Aku agak stress hari ni.

Semalam meeting, banyak tugasan baru yang aku kena buat. Haih. Jawatan kecik ajer, tapi kerja rasanya cam nak mampus.

Balik kerja petang semalam kepala aku sakit sampai ke malam. Dah la kena hujan. Bertambah2 sakitnya.

Aku rasa pressure. Penghujung tahun ni ada 2 kursus/ mesyuarat aku kena attend. Entah la samada sebagai urusetia atau kena join sekali. Nak suh aku belajar. Kate bos aku.

Arhh.. malas nak fikir. Layan mata jap.

Friday, October 10, 2008

Setahun aku tanpa lelaki.

Aku baru perasan. Yea.. aku baru perasan 2-3 hari lepas.

Yang aku sudah hampir setahun tak pernah ngedate ngan mana2 lelaki. Tak kiralah lelaki biasa, luar biasa, agak istimewa, ala2 istimewa, istimewa jadi-tak-jadi. Walaupon sekadar kawan biasa. Huh! Takde. Apalagi yang lebih sedikit dari biasa.

Sebab aku selalu keluar ngan adik2 aku. Tak kiralah ke mana. Daripada shopping, tengok wayang sampai lah lepak2 kedai mamak. Bosan giler memerap kat rumah pon keluar merayap ngan orang yang sama gak. Huh! Patutlah bosan semacam jerk. Ngeh ngeh.

Kali terakhir aku keluar ngan lelaki adalah ngan abang helmi. Heh. Dia sudah hilang sekarang. Malas nak cerita. Biarlah. Itu cerita lain.

Yupe.. dulu aku rapat ngan dia. Eh sudahlah. Tak payah mention lagi nama dia.

Berbalik kisah aku yang gersang ni. Erk!

Tak tau naper malas sangat rasanya nak keluar ngan kawan2 esp lelaki. Bukan takde yang mengajak. Kat opis ni pon ada. Tapi entah! Aku rasa tak bersemangat. Diorang takde inject sesuatu yang boleh kasi aku rasa teruja.. ah bukan. Paling tidak pon ada keinginan nak hang out. Takde!

At the end, aku hanya di sini.

Dah tu, camner nak bercenta?

Dari tadi dada aku berdebar2. Ada getar2 halus. Bukan sebab lelaki atau cinta.

Tapi sebab aku minum secawan nescafe pagi tadi. Bukan pagi tadi je, sepanjang minggu ni aku teguk minuman tu as breakfast. Setahun dua ni aku memang tak minum nescafe. Aku berpantang.

Sebab aku akan mengalami itulah. Debaran yang tak pasal2. Lepas tu lutut aku akan rasa lemah. Doktor kate salah satu kesan gastrik. A'ah, dulu aku pernah diserang gastrik. Seminggu aku menderita. Seksa woo.

Walaupon setahun aku tanpa lelaki, tapi 2-3 bulan ni aku ada lelaki di alam satu lagi. Sedar tak sedar aku seolah dah jadi macam kekasih gelap pulak. Haih. Aku tak suka tuh. Camner nak avoid tuh.

Sehari tak mesej rasa cam tak kena. Heh. Tapi under control lagik.

Ntah. Sajer isi masa terluang kot? Ye ker?

Tuesday, October 07, 2008

Aku memang camni lepas balik kampung.

Setiap kali balik kampung, memang liat betul nak balik kl semula. Apalagi kalau cuti panjang.

Cuti raya baru2 ni tak terkecuali. Haaih. Sedih. Sebak. Nangis.

Sayang nak tinggalkan famili. Sayang nak tinggalkan uyi. Uyi.. Uyiii...!

Malas nak citer pasal jem giler babi yang menyebabkan aku terkurung dalan kete selama 12jam. Semua orang pon tau. Dalam surat khabar pon ada keluar. Brader depan kete kitorang siap amik gambar. Kitorang siap lambai2 peace lagi masa dia snap jem dari blakang pulak.

Sampai kl punggung masing2 kebas, keras, naik kematu dah. Hoho.

Ermm.. Semalam tepon uyi 3 kali. Malam tak sempat cakap ngan dia sebab dia tidur awal. Alahaiii anak ibu. Ibu rindu sangat kat uyi.

'Uyi rindu kat ibu.'

'Malam ni uyi takleh la peluk ibu..'

Uyi... ibu nak uyi tau, ibu sayang sangat2 kat uyi. Uyi sorang je anak ibu. Ibu takde anak lain dah. Ibu pon taknak anak lain. Ibu nak uyi jer.

Tercium2 bau lemak badan uyi, bau pipi uyi, hidung uyi, gigi uyi, air liur basi uyi, rambut uyi, kepala uyi yang hangit2 tu...

Terasa halusnya belaian kulit tubuh badan uyi...

Teringat jari jemari uyi yang tak runcing macam jari nisa tu. Tapi jari uyi kiut walaupon tak cantik. Sebab jari uyi macam biskut jejari tu. Comel je. Nampak macam pendek.. besar. Heh... kiut.. kelakar. Tapi anak ibulah paling cun.

Uyi anak ibu dunia akhirat.....

Ya Allah, lindungilah anak ku dari segala kejahatan. Ameen...

Friday, September 26, 2008

selamat hari raya.

Apa lagi ucapan popular sepanjang minggu ini kalau bukan selamat hari raya.

SELAMAT HARI RAYA!

Buat kerja tak keruan dah. Malas. Serba tak kena.

Aku akan bertolak balik kampung sebelum subuh lagi. Huhu. Dalam kol 4 kot. Mesti time tu jalan jem jugak tuh.

Well, apa lagi nak cakap, selamat berayalah. Dan pesanan untuk semua termasuk diri sendiri berhati2 di jalan raya.

Yeay yeay... balik kampung yeay!

Thursday, September 18, 2008

Cepu berlian.

Salah ke aku kalau aku bercinta ngan suami orang? Pehh. Apa punyer soalan daa..

Tuesday, September 16, 2008

Aku dah bosan.

Pernah tak rasa kadang2 hidup ni bosan sangat? Err bukan aku bermaksud dah bosan nak teruskan hidup.

Maksudnya, rutin seharian tu teramatlah boring. Takde yang menarik. Takde life budak2 skang ni cakap.

Asyik buat benda yang sama. Huarghh.. bosannya.

Friday, September 12, 2008

Segala Untukmu.

Dari semalam lagu ni dok repeat dalam player aku. Tak puas betul dengar.

Memang dari first aku kenal lagu ni masa kecik2 dulu aku terus suka. Tak jemu dengar melodinya.

Dia tanya, ada nak lagu apa2 tak? Terus aku mintak lagu ni. Set! Ada dalam collection dia. Email kat aku.

Pastu dia tanya lagi, nak lagu apa lagi? Teringat aku lagu Kehilangan by Febian. Terbayang lagi si empunya nama Nasha dok nyanyi lagu ni. Jangan tak tau, masa tu aku minat betul ngan Nasha. Minat giler. Sweet (erk) je aku tengok. Huhu..

Tak sangka pulak dia ada jugak lagu tu. Huh.. memang otai rock betullah dia nikh!

Di tanya lagi, seterusnya lagu apa nak? Ermm... last2 aku suh dia copy satu cd untuk aku. Pilihan lagu2 dia, kasi kat aku. Dia cakap ok. Pilihan lagu2 slow rock ek? Ok aku cakap.

Ehhh.. seronok jugak kan..

Indah sunguh waktu kau datang dengan cinta itu...
terima kasih! *blushing*

Wednesday, September 10, 2008

Update aku

Update pasal diri sendiri lagi.

Jatuh centa eh? Entah!

Nak bercenta eh? Nak kot..! Macam nak ;p

Sedang di lamun? Ermmmm... seolahnya begitu.

Rindu yea? Kadang2... rindu sangat.. tringat sangat2.

Sayang? Sayang jugak!

Sanggup lakukan dan hadapai apa sajer? Err.. kena fikir lagi tuh.

Betul2 nak nikh?? Errrr... jap jap.

Apa kes ni.............

10 ramadan ini.

Hari ni dah 10 Ramadan ek. Cepat. Pejam celik pejam celik dah 10 hari.

Takde yang paling buat aku happy sepanjang Ramadan ni selain uyi yang lom tinggal lagi puasa dia. Alhamdulillahh.. tahan dia. Atuk dia cakap uyi berazam tanak tinggal puasa tahun ni. Nak kasi cukup sebulan.

Uyi cakap ari tu perut dia dah kurus sebab puasa. Kempis. Hehe. Lepas tu dia makan banyak waktu berbuka, buncit balik sampai esoknya. Ehehe.

Dia cakap lagi, bila dia teringat makanan je dia rasa lapar. 'Atuk puasa tak lapar ke?' Dia tanya atuk dia.

Dia tanya bila aku nak balik. Aku cakap nanti dekat nak raya. 'Alaa.. ibu tak sempat nak sahur laa..' Dia risau aku tak sempat berpuasa sama2 ngan dia kat kampung. Alahai anak ibu... rindunya kat uyi.

Sedap dengar suara uyi. Manja2 gitu. Alass... rindu sungguh!

Monday, September 08, 2008

8.8.08

Dah lama aku nak letak gambar masa kenduri kawen liza. Dari sehari ke sehari.


Ni semua adik bradik aku. 7 pompuan dan 2 lelaki. 2 gadis comel kat depan tu tidak. (L-R) uyi dan nisa. Aku baju lain kaler sket sebab last minit tukar. Erkk aku nampak gemuk! Alin baju kuning. Tukar baju sebab jadi pengapit.


Famili besar yang tak berapa besar. Semua adik beradik dan kakak ipar. 4 si kecil kat depan tu cucu abah dan ma.


Semua ada.



Pengantin dan para dayang kat jalan kampung



Teka saper dapat sambut bunga tuh?



Tu je la.

Wednesday, September 03, 2008

Salam Ramadan.

Aku pon taknak ketinggalan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam.

Alhamdulillah.. aku dapat berterawih kat surau area umah aku ni. Er tapi semalam tak dapat nak pergi. Sebabnya, masa balik kerja hujan rintik2. Kena kepala aku. Sakit kepala la jadinya.

So, betul2 lepas isyak semalam aku terus pengsan. Nikmatnya tidur... aku lelap sampai jam 5. Nasib baik adik2 ada, bleh jadi tukang dapur sat.

Bila bangun, kepala aku ringan dan rasa segar sangat. Hm iyelah, sebelum ni sakit kepala camner pon aku tak tidur. Ada je benda nak dibuat. Konon nak lawan sakit lah.

Gembira rasa hati. Uyi belum lagi ponteng puasa. Alhamdulillah... tahan jugak dia. Ye lah, tahun lepas dia cuma berpuasa satu hari je. Hukhuk.

Waktu sahur aku call, tengahari sebelum dia ke sekolah aku tepon, petang nak berbuka aku call lagi. Suara lembek aje. Alah ciannya anak ibuuu.

Tapi setiap kali call, dia tak pernah lupa tanya,'ibu masuk duit dalam tabung uyi?'

Haih. Risau dia aku lupa nak penuhkan tabung botol susu dia yang tertinggal kat bilik aku.

Hem. Untuk semua kawan2 selamat menyambut ramadan. Selamat berpuasa.

Heh. Baju raya aku dah siap. Takde presure nak pikir lagi. Ala, baju masa kenduri kawen liza ari tu. Malas nak jahit lain.

Tuesday, August 19, 2008

Citer sket!

Ekhem.. update tentang diri sendiri.

Seolah dilamun centa dengan seorang guru di timur tanahair. Bini nombor dua? Eh no way lah! Jangan.

Akan bercenta ngan seorang adik yang berjarak 9 tahun? Itu pon takkan. Tak naklah.

Eniwei.. bos baru aku yang bergelar dr. itu hensem. Hari2 aku nak nyanyi lagu Norsheila Amin...
da di du di du di da da di... aku sudah jatuh hatiiii....!

Wednesday, August 13, 2008

Pukul 3 pagi.

Ada sesuatu yang nak diciter kat sini tapi kepala otak macam jem aje. Nak tulis je.. hang. Nak tulis je.. blank.

3 hari 3 malam kemas rumah yang berkenduri kawin pon tak siap lagi. Eh.. apa dikemas daa..?

Membasuh segala macam mak nenek perkakas tu satu hal.. pinggan2 yang ditinggalkan oleh tukang-dapur-dan-tukang-basuh-yang-diupah-agak-mahal dengan punctualnyer selepas jam 5 petang tu memang mengundang banyak hal. Bukan nak mengungkit. Tak kisah bayar lebih sikit asal kerja puas hati dan berbaloi. Ini tidak. Upah boleh tahan grant, tapi kerja? Alahaii... kalau tahu bagi ajer murah2.

Siap operasi basuhan, operasi kemasan tu la yang makan masa. Banyak benda woo nak kena kemas. Mana nak kena angkut balik letak tempat asal. Yang kecik yang besar, yang ringan yang berat. Yang kena selongkar kena simpan balik.

Haih. Pendek kater, memang tak cukup kalau kasi 3 hari nak kemas balik semua tu.

Alah... nama pon kerja kawin ek? Nama pon kenduri.. nak senang buat la catering ye tak? Tapi cam tak happening la pulak. Tak kekampungan. Tak terasa tradisionalnya.

Patutnya aku kerja hari Selasa lepas. Tapi sebab kete breakdown kat Gua Musang jam 3 pagi... di ulang... jam 3 pagi di Gua Musang. Around 500meter dari kawasan kuari. Ngam2 sebelah sebuah gua. Sebuah gua musang yer... yang asalnya citer pontianak gua musang tu kot eh?

Keadaan sekeliling gelap. Pekat.

Lebih kacau lagi takde coverage. Bila lori balak lalu je, bergegar rasa kete. Laju.
Dah la jalan tu tak besar. Kecik la maksudnya.

Diam dalam kereta. Berharap ... err berharap ada la line enpon pastu. Tapi ampeh. Liza cargas sket bile pressure. Dia call 999. Polis. Eh dapat pulak. Terus enpon dia ada line lepas tu walaupon tersekat2. At least dapat inform abang.

Suruh abang call pak sedara yang tinggal berdekatan, Felda Perasu.

Lebih setengah jam tunggu, lama2 lampu malap. Signal pon dah cam nak mati. Bateri dah weak. 'Woiii.. cepat cepat keluar kete.. dah gelap sangat nikh..'

Tak tunggu lama. Tak fikir panjang. Kitorang yang pada mulanya mati dan kuncikan diri dalam kete sebab seram dengan sekeliling yang gelap hitam pekat terkocoh2 keluar dari kereta. Cepat cepat.

Terkejut gak bila mula2 pintu dibuka seekor kucing berwarna putih tiba2 muncul dari bawah kereta belah belakang dan terus meluru ke arah hutan berhampiran. Hehe. Tak ke saspen masa tu? Hm kucing hutan kot.

Masing2 angkat enpon. Alah.. cahaya lampu enpon nak lawan ngan gelap malam kat tepi hutan.. buat taik idung je. Tapi at least ada sikit cahaya lah.

Masa tu dah tak takut pasal hantu walaupon nuhhh ... di depan ada sebiji gua ternganga. Mak aiii.. seramnya. Masa tu hanya fikir kot ada binatang buas ke, orang jahat ke.. pukul dan rogol.. eee. Dan jugak takut kereta dirempuh oleh lori balak yang laju giler sebab keadaan memang gelap.

Satu satu lori lalu. Bergegar rasa jalan. Huhh.. ini kalau kereta kena sondol ni memang selamat. Selamat jalan.

Nak dipendekkan citer, ada satu kereta iswara lalu. Dengan bunyi enjinnya yang menderum, muzik lagu dikir barat ke hapa ntah dipasang kuat.. gamble je kitorang tahan. Mulanya cuak jugak. Ye la lagak gaya macam orang yang tak boleh dipercayai.. tapi memikirkan nak tunggu kat situ sampai bile? Ahh tahan je la kereta tu.

Dipendekkan citer sekali lagi, orang tu bukan orang jahat. Dia pon memula cuak gak. Dia diam kejap dalam keta, kitorng slow2 melangkah pi kat dia. Hehe. Saspen saspen.

Tak lama lepas tu baru pak sedara aku sampai. Diikuti dengan polis. Polis siap buat mini roadblok kejap bila nak u-turn balik kereta tu. Ye la, buatnya tak lepas lagi tetiba lori balak laju giler tak ke naya.

Tolak kereta sampai ke kawasan kuari. Kebetulan pak sedara aku kenal orang kat situ, tumpang letak sat sementara nak tunggu esok siang. Then, balik rumah pak ngah rehat, tido.

Yang peliknya, esok tu kereta tu bleh plak idup. Baik je. Walhal semalam mati, berasap lagi. Heh. Apa2 lah. Tapi yang pasti kata pak ngah aku, nasib baik kereta kitorang tak mati kat area depan sikit lagi. Situ lagi keras tempatnya. Ada orang pernah kena baling pasir la, ranting kayu lah. Eh takde kerja ke hantu2 ni. Suka pulak dia main baling2 ni ehh ;p

Dah dah. Pasni takmo dah gerak tengah2 malam dari rumah. Kalau boleh paling lewat pon gerak kol 10 malam. Kang jadi lagi kes camni naya.



Hermm... sampai opis.. kecoh. Ingatkan aku cuti kawin!

Monday, August 04, 2008

Dah takde kerja la tuh...

Esok balik kampung. Hari ni kena setel semua kerja. Eh tipu la kalau semua. Dapat 80% dah cantek dah. Balik nanti takde la masak sangat.

Minggu lepas kursus 4 hari. Letih. Tapi fun. Biasalah kerja gomen, kursus manjang. Patutnya buat kat Sarawak, tapi sebab kena berbajet so buat la kat Morib ajer. Ok lah.

Ngantuk. Lately asyik tidur lewat.

Dan lately aku dah macam orang asyik masyuk bercinta. Apa taknya, kul 3-4 pagi pon bleh tersedar atau lom betul2 terlelap gara2 main sms. Cinta sms?? Huh!

Apa yang aku sms kan? Entah. Buang karen betul. Tapi sebab nombor tu aku dah 8pax, takde terasa sangat. Ye la, satu sms 1 sen jer.

Ada ke cinta sms? Dengan sms ajer boleh bercinta ker? Jadik ker cinta tu? Sms jer?

Boleh kot.. dengan ayat bunga2 asyik masyuk.. sayang2.. mengkhayalkan... macam orang mabuk bercinta.

Jadik la agaknya eh..? Tapi takat sms je la.. kalau jumpa? Betul2 cinta ker?

Heh. Apa aku buat nikh.....

Monday, July 28, 2008

Parking lime hengget.

2 hari lepas aku call uyi.

uyi : ibu, nanti mak teh nikoh, ramai ke datang nanti?

aku : ramai la.. kawan2 makteh, sedara kite, sedara uncle tariq..

uyi : ramai ker? diorang datang naik bas la nanti?

aku : eh takdelah sampai naik bas uyi. Diorang datang naik kete masing2 lah. Dia naik kete dia, dia tu naik kete dia tu. Sendiri2 la. Tapi banyak la.

uyi : hmm.. nanti uyi nak jaga parking la... uyi nak ambik limo inggit so keto.

aku : ehhh budak nikhhh... ekekekekeee... ada je idea dia nak dapat duit. Kepala bisnes la uyi ni ehh?

uyi : hihihi... nanti uyi nak pakai topi ngan misai pokcik palsu... jaga parking.


Kelakar uyi ni. Ada pulak nak jaga parking time kenduri. Siap caj lime hengget lak tu.

Memang bisnes minded betul lah. Ada je idea dia nak buat duit.

Thursday, July 24, 2008

Memang bukan cerita baru.

Takde cerita baru.

Tapi dalam 3-4 hari ni aku sibuk dan asyik bermain sms dengan seseorang.

Heh. Entah kenapa. Bile eh ia bermula? Kenapa pulak aku bermain sms ngan dia? Camaner ia bleh terjadi?

Tapi memang syok! Sejibik macam orang yang sedang dilamun! Bayangkan, pepagi dapat sms. Sayang sayang tu memang dah biasa lah. (ops..tapi memang dia selalu usik aku dengan perkataan tu, so aku dah lali dan tak kisah)

Malam pun gitu gak. Heh yang aku pon melayan sama apa hal??

Sepanjang hari ada je sms yang datang dari dia. Sepanjang hari tu! Eh eh.. yang aku pon rajin membalas dan bagi respon kat sms dia apsal?

Owh.. aku bosan agaknya. Lately memang memboringkan. Kerja pon tak banyak kat ofis ni. Banyak masa boleh khayal2 dan goyang kaki dan badan.

Masuk hari ke-empat (semalam) dia tanya aku 'apa perasaan aku kat dia sejak 2-3 hari ni?'

Alamak! Ni soalan perangkap ni. Sebab dia ni, dari dulu memang suka main2 ngan aku. Bukan baru kenal dia sehari dua, dah hampir 7 tahun. Dan hampir 5 tahun tak pernah jumpa. Nak diikutkan, semua kawan2 yang seangkatan dengan dia dah ramai yang lesap. Cuma dia aje yang masih aktif menghubungi aku.. melalui sms atau call.

Takkan la dia betul2 suka kat aku ye tak? Walaupon dia selalu cakap dia sayang kat aku. ('saya dari dulu sampai skang tetap sayangkan awak'<- wah syahdu dan terharu aku baca sms dia!)

Sebab dia suka main2. Kadang sampai aku naik muak dan bengang dengan usikan dan lawak dia. Menyampah.

Aku rasa hari ni stop lah kot permainan sms kitorang. Dah lama dah. Masuk hari ke-4 ni. Nak citer apa lagi? Apa orang cakap.. cinta lokasi? Hah ini cinta sms sekejapan.

Takkan lah aku pon suka kat dia ye tak? Heh lawak. Takde lah. Aku cuma rasa seronok dan kelakar. Aku tak pernah suka kat dia lebih2. Suka sebagai kawan je lah.

Dah. Sambung kerja.

Wednesday, July 16, 2008

Terlepas satu peluang

Semalam aku call uyi.

uyi : ibu, uyi ada satu berita gembira untuk ibu.

ibu : ye ker? apa dia...?

uyi : ibu tau dok?

ibu : dok.

uyi : esok uyi terima hadiah. cikgu suruh datang pagi untuk latihan pastu petang nanti naik pentas amik hadiah.

Aduhaiii... ralat rasanya. Hari sukan, hari penyampaian hadiah hari itu ini aku tak dapat attend. Rugi.

Rasanya, uyi dapat hadiah untuk terbaik BM. Sebab peksa ari tu dia dapat nombor 5.

Pagi tadi, aku call ma. Ma cakap, malam tadi sebelum tidur uyi pesan suruh kejutkan dia pukul 6.30 pagi.

Pagi tadi, belum 6.30 lagi dan ma tak gerakkan dia lagi dia dah tersedar dan bangun terus mencangkung kat depan bilik air. Tunggu Pajeen yang belum siap mandi.

Excited sungguh dia!

Sat2 tadi aku call uyi. Dia citer betapa seronoknya dia dan sibuk2 suruh pak lang record waktu dia ambik hadiah nanti atas pentas.

'uyi rasa berdebar.' Hehe.. comelnya anak ibu!

Uyi... rindunya kat anak ibu. Sayang kat uyi. Seronok dapat dengar suara uyi. Bahagia. Sakit kepala rasa lega.

Tak sabar nak peluk uyi. Erat2. Kemas2. Dalam2.