FoLLoweRs

Saturday, February 21, 2009

Lata Telaga Bijih nama diberi.

pose maut dari uyi

sonok tengok budak2 ni

epam ngan uyi

ain mandi pon maintain skirt..huh.

uyi jadi tarzan jap

3 dara pingitan.....






Masa pergi air terjun dekat area umah raya cina ari tu.

Friday, February 20, 2009

uyi


oyeahhh..! best!

Masa ni uyi nak amik hadiah kat sekolah dia. Dia dapat Anugerah Kecemerlangan Akademik dalam Bahasa Malaysia. Hah gitu...


Sebagai seorang ibu, of course aku bangga.

Dan sebagai seorang ibu jugak, aku sedih. Sedih sebab tak dapat teman dia waktu tu. Apa pon, all the best untuk uyi.

Ibu always luv uyi. Muahh cup! cup!


p/s gambar penghujung tahun lepas.

Thursday, February 12, 2009

Keliru

Cak!

Waktu lunch, tak rasa nak tido walaupon rasa sedikit tired.

Lagipon, sibuk bersms dengan seorang kawan lama.

Smalam beli citer Benjamin Button lakonan Brad Pitt tu. Habis sesi makan kat Island Red Cafe, bertukar lokasi ke Steven lak. Terpandang acai jual vcd, aku tersengih jerk. Apalagi, terus la mamat tu datang.

Kalau ada seorang kawan lama.. beberapa tahun tak jumpa, hanya mendengar suara dan membaca cerita menyatakan hasrat nak jadi kekasih tak rasa kelakar ker? Hekhek..

Aku benci lelaki ni.

Mataku merah kerana...

Semalam aku dah langgar janji untuk masuk tidur awal. Aku tidur kul 4 pagi!

Semua gara2 Island Red Cafe.

Heh. Apa tuh? Bisnes punya hal nikh. Tak minat tak perlu. Tapi kalu makan pon dapat duit saper tanak, ye kan?

Huarghhh.. ngantuknyer. 2 jam je dapat tidur. Maner aku nak gagau nak ganti balik masa tidur yang da lepas?

Uhh.. smalam terlepas tengok show si Ally tuh. Bukan selalu follow tapi sebab tajuknye adalah cinta sejati, well.. sesuai sangatlah dengan aku yang tengah mencari cinta ni. Ekekekekekeee.....

Monday, February 09, 2009

uyi ibu

Borak panjang ngan uyi smalam.

'ibu, uyi nak seratus'

'adik nak wat aper? kan ibu da kasi ari tu. da abis?'

'dokk.. cikgu mintak derma'

'banyaknyer uyi nak kasi... kasi sepuluh hengget dah la'

'tok ser.. uyi nok wi seratus'

'isk.. nak wat aper? derma apa sampai seratus tuh'

'uyi nok wi ko palestin...'

'erkk.. ye ker..'

'kalu dok pong wi 5 je lah'

'5 hengget?'

'limo juta limo ratus'

Hee.. rupenyer dia kesian kat rakyat palestin. Dia nak pergi sana gak. Dia cakap nak ikat sorang2 orang Israel tu nak potong kepala diorang dan tukar otak diorang ngan orang lain.

Borak ngan dia sampai suara dia dah slow dan slow. 'uyi da ngantuk....'

Rindunyer! Walaupon dia dah 9 tahun, tapi bile bercakap suara dia keanak2an manja2 pelat gitu.. Dia tak pelat tapi suara dia macam lemak berkrim. Sedap sangat bile mendengarnya. Heh! Anak sendiri kan.... ngeh ngeh ngeh.

Uyi suruh aku kawin. 'ibu kawin la dengan tootttt tu. Nanti best ar umah kite ader swimming pool. Uyi nak duduk tepi tingkap tu.. pastu tiba2 ader sekor kucing nak cakar uyi. Uyi pon terjun ikut tingkap terus masuk swimming pool.' Hehe.

'uyi nak panggil dia aper nanti kalu ibu kawin ngan dia?'

'hah!?' (macam tergamam)'uyi panggil dio tok ayoh... hah ha ha...'

Gelak sakan dia. Sebab orang tu lebih tua dari atuk dia. Eheheheheee...

Materialistik sket budak nikh.


Sunday, February 08, 2009

itu dia.

Aku percaya setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Aku jugak percaya setiap manusia berhak dan layak mendapat peluang kedua.

Tapi ada sesetengah perkara takde kompromi. Dan peluang tak boleh diberi selalu.

Ye dok?

Buhsan

Sesekali hati diusik rindu.

Kenapa susah untuk aku terima kehadiran orang lain dalam hati aku. Bukan tak nak, nak. Tapi terasa macam tak mampu. Tak mampu nak kasi balik perasaan yang sama dihulur.

Itu namanya hati dah tertutup ke?

Dia pernah berkata 'satu hari nanti kau akan faham'

Yer lah. Sekarang aku faham. Rupanya dia tak lama di sini menemani. Hanya seketika. Pernah disuarakan pada aku... kalau lah dia mengenali aku lebih awal. Dan aku hanya tergelak. Kenapa pulak?

Rupa2nya dia takkan ada lagi di sisi aku. Dia pergi.

Sekarang dia tiada. Dia dah selamat posting ke tempat impian.

Dan sekarang aku faham maksud kata2 dia...

Sesekali teringat la pulak....





Friday, February 06, 2009

waktu rehat yang panjang di hari jumaat



Bukan pakwe aku ni. Bukan minat giler babi pon. Suka. Tak boleh mis citer nikh.

So, setiap Isnin memang acara berdating dikenselkan.

Ngantuknyerr .........

Wednesday, February 04, 2009

di bulan februari....

Tau jam baper skang? Kul 7.20pm.

Walaupon aku dah berjanji taknak stay sorang2 kat opis selepas insiden paip air terbuka sendiri (ker aku lupe tutup??) tapi ari ni terpaksa sebab time balik tadi ujan lebat, disusuli dengan angin yang bertiup dengan tidak begitu mesra. Agak ganas. Kalau balik gak, kompem basah start dari pinggang ke bawah. Pastu aku lak jenis rimas kalau basah2 ni. Mesti nak selak kain ke atas. Hehe kang tak pasal2 kena perli ' banjir ehh..?'

So, antara takut dan berani aku duduk gak la ngadap komputer. Lagu2 ganas tadi aku dah stop. Ingat nak ganti ngan bacaan ayat2 al-Quran.. hehe penakut sangat la pulak. Sudahnya, aku tak on apa2, sunyi sepi. Dengar bunyi ekon je. Orang kata kalau tengah takut, deria kite jadi sensitip. Cepat mengesan. Itu le yang aku nak. So kalau aku dengar apa2 bunyi yang tak sepatutnya boleh le aku bertindak cepat. Boleh?

Sesekali kepala aku pusing ke kiri ke kanan. Sesekali aku berdiri. Sesekali aku berdehem. Sesekali aku buat2 batuk. Creett! creet.! Bunyi pewangi otomatik. Terkujat sekejap. Huh.

Tunggu liza amik aku dalam kul 8. Kalau takut sangat aku turun je la karang. Lepak ngan guard kat bawah tu.

Tahun ni umur aku dah 33 dah. Makin lama makin berusia dah aku. Tak lama lagi 35. Pastu 38. Tup tup 40 dah. Tapi takpe, kakak kat opis aku cakap aku awet muda. Tak nampak macam usia sebenar. Thanks to Allah.. dulu aku benci dengan bentuk badan aku yang kecik ni. Skang sebab kecik ni la orang ingat aku ni 28. Ngeh ngeh ngehhh.

Pikir pasal umo ni buat aku risau jer. Yeah. Being single at this age bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan sangat walaupon dulu aku rasa proud. No man no cry la kunun. Eh ada betulnya tuh. Cuma, lama lama lama lama... bosan. Sepi sebenarnya. Kadang2 nak menangis pon ada.

Aku ada berkawan cyber ngan seseorang. Serius la jugak. Macam tahap bercinta pon ada. Kadang aku nak tergelak. Betul ke aku ni? Betul ke sayang? Boleh ke sayang sekadar di alam cyber camtuh? Macan berlakon pon ada. Tapi aku tak risau sangat walaupon dia tu suami orang sebab aku tau hubungan tu takkan ke mana. Lagipon takde dating2. Aku cume nak berteman. Nak meluahkan. Nak bercerita. Nak manja2 sket:p

Aku rindu sebenarnya. Aku rindu nak berteman somebody like Rosli. Aku boleh citer macam2 kat dia. Aku boleh mengadu macam2 hal. Bertengkar. Bergaduh. Dia boleh mendengar segala macam cerita aku tak kira apa version pon. Haih. Betul la orang cakap. Peluang tak datang banyak kali. Arh.. takpe lah. Nak buat macamana kan. Rezeki masing-masing.

Awal tahun ni aku ada cuba up kan social life aku. Heh camner tuh? Aku start contact kawan2 lama. Kuar lepak2. Minum. Ok gak. Ada kelainannya setelah beberapa lama asik kuar ngan adik2 aku je. Dan yang paling best, ada member lama ajak off road nanti. Hah... itu peluang yang aku tunggu2. Masa kerja 4 WheelDrive dulu aku tak berpeluang pergi. Erk.. larat lagi ke nak buat aktiviti lasak tu weh..?

Uyi...? She's so adorable. Nanti aku letak surat yang dia tulis untuk aku.

Secara jujurnya, aku ada ramai kawan. Yang sudi teman, yang sudi belanja makan, yang sudi lepak, yang ajak berdating. Tapi semuanya tak menarik hati aku. Tak tau kenapa. Laki orang tu satu hal walaupon bukan semua. Lagi satu aku was was dengan keikhlasan hati perut diorang tu. Kalau untuk hilangkan kebosanan, memang boleh nak hang out. Tapi aku selalu fikir yang bukan2. Heh... payah payah.

Hah. Sudahnya aku lone ranger lagi lah. Adehh.. hati... kenapalah susah sangat nak berubah yer?

Ulp.. kat luar dah gelap. Dah nak kul 8 pon. Stop la kat sini. Lama2 lepak nanti 'dia' marah. Kata otai kat sini lah. Ceiitt..!

Naluri aku pon da kasi isyarat tanak stay dah. Baik aku turun kat bawah.

Hehe.. rubbish. Sajer menulis isi masa lapang. Lama da tak bukak blog, rindu nak baca blog yang aku suka lepak. Seriyes. Takde banyak masa terluang skang ni. Mintak tukar ke kementerian kesihatan la pulak. Buleh ngorat doktor pulak. Bosan da asik ngorat ngan cikgu ajer. Huhu...

Daa.



Monday, January 19, 2009

Yeah.

Hari ni bertolak ke Hotel Goldcourse, Klang untuk mesyuarat ABM sampai jumaat ni. Huh. Seminggu tuh..

Pastu cuti raya seminggu lak. Means, 2 minggu aku takde kat ofis.

Heee.. tak sabar nak celebrate besday uyi kat kampung nanti.

Uyiiii.. tunggu ibu balik cayang...!!!!

Friday, January 16, 2009

Budak Kelantan.

Semalam aku ke carrefour. Beli barang. Buat spek mata. Beli beg.

Yang best, beg troli yang aku beli tu harganya rm40. Dulu, masa aku nak beli harga dia dekat seratus. Waa.. suka aku. Berbaloi lah kesabaran dan ketidakgopohan aku dalam membeli ni. Lagipon waktu tu aku tak memerlukan sangat beg tu. Ha skang aku nak.

Aku buat spek baru. GA blue. Tak la mahal sangat. Buleh la. Spek aku hari tu bengkok dikerjakan Bad, anak abang.

Semalam terjumpa cd Budak Kelantan. Apa lagi, sambar satu. Teringin nak tengok. Wehh.. mesti la nak tengok, aku kan orang kelantan. Nak tengok apa citer dalam tuh.

Sanggup tu tidur lewat padahal mata aku ngantuk sangat. Yea.. dalam minggu ni aku cuba tidur awal. Paling lewat pon aku tidur 12.30am.

Hemm.. permulaan cerita, bak kata Firman kawan aku, ok. Nampak best. Menarik. Tapi klimaks dia bagi aku tak sampai lah. Lepas separuh cerita, jalan dia macam fast pulak. Alih2 si Jaha dah tangkap cintan ngan Che Nor. Pastu Jaha mati. Alah, macam cerita2 melayu yang biasa.

Tapi yang kelakar, of course bahasa kelantan tuh. Memang la aku orang kelantan. Tapi aku tak dapat tahan ketawa kalau dialek kelantan masuk dalam cerita. Kelakar dengar. Menonton cerita semalam, esp masa geng2 Jaha tu berkumpul membuatkan aku teringat masa sekolah2 dulu pulak. Ye lah, dah lama tak dengar bahasa kelantan yang pekat gitu, pastu kumpul ramai2 sumer orang kelantan. Heh.

Tapi watak Jaha tu memang betul2 buat aku seram dan takut. Hiii.. jahat betul dia. Hermm.. nak citer sket.. dulu aku cukup anti ngan budak kelantan. Lelaki. Sebab..

Masa aku muda remaja dulu CM adalah tempat yang glemer dan best. Situ ramai orang seni. Aku suka. Selalu lepak sana. Situ ramai budak kelantan gak. Kena kacau, kena usik ngan diorang tu memang pernah. Kadang tu ada yang kurang ajar. Heh. Memang aku menyampah betul. Aku benci.

Aku jarang mengaku yang aku budak kelantan. Bukan aku malu. Cuma aku tak pernah cakap aku dari mana mana. Aku taknak diorang, esp budak kelantan tau aku asal dari sana. Sebab? Mengikut pengalaman aku, kalau diaorang tau kite ni sama kapal, hm mulalah nak rapat2.. Konon nak jagalah. Satu gu la. Haii.. kenegerian gitu.

Kadang2 gelagat budak2 kelantan, esp lelaki lah buat aku malu nak mengaku yang aku ni, pon budak kelantan. Bukan nak cakap aku ni baik sangat. Tak. Tapi.. entah. Ramai di kalangan diorang terutama kalau baru sampai kl, over sangat. Dari macam2 segi.

Itu pasal aku kurang berkenan. Tapi tak semua. Ada jugak budak kelantan yang aku jumpa baik sangat2. Sangat2.

Itu dulu. Skang, semua pon tau aku ni orang kelantan. Hehe. Apa2 lah.

Aku taknak kasi uyi tengok cerita tu. Sebab part si Ana kena rogol tu menakutkan. Huh. Giler wehh...! Macam real.

Minggu depan, satu minggu aku takde kat ofis. Nak buat mesyuarat berkenaan Anggaran Belanjawan 2010/2011. Boleh? Tak pernah2 aku buat... Mintak2 semuanya berjalan lancar. Takde apa2 masalah. Sebab lepas tu aku nak cuti seminggu, raya cina nanti. Balik kampung lerrr...

Dan aku rasa sedikit excited. Joe, member lama kat Four Wheel Drive dulu ajak offroad nanti, kalau ada peluang. Cantek aah. Dulu masa keje kat sana takde can. Bila lagi nak merasa ek? Mencabar tuh. Huhu. Ini tahun aku nak bersosial sket. Tanak terperuk kat rumah sangat.

Oklah. Nak solat zohor. Doa banyak2 semoga hidup aku sekeluarga bahagia. Ameen.

16 January 2009.

Hari ini 16 January 2009.

16 January 2009.


16 January 2009.


Ingat tuh.

Monday, January 05, 2009

Selamat datang sayang.

Rasanya belum terlewat kot nak ucapkan selamat datang 2009.

Dah 2009 ek? Cam tak cayer.Sekejapan dah abis 2008. Huh!

Apa ada ngan 2008? Huh... azam 2008 nak carik pakwe tak tercapai. So, mari kite teruskan usaha itu di 2009 ni. Hehehe.

Kenangan manis di 2008? Adik aku tanya. Spontan aku jawab, dapat keje kerajaan. Huhu. Sebab time tu memang betul2 kena. Tepat. Aku tengah down, nak benti keje, nak carik keje lain. Tup2 dapat surat tawaran. Apa lagi, melompat sakan gua.

Biarlah gaji kecik, starting rendah, yang penting aku rasa happy, sonok, secure etc. And working environment kat sini pon quite nice. Plus jumpa ngan macam2 jenis orang. Ok la. Tak boring sangat. Dan aku suka dan enjoy ngan keje aku walaupon kadang2 rasa pressure dan keje banyak sangat. Pendek kata... so far so good.

Yang menarik tuh, penutup 2008 aku diakhiri dengan kisah kelakar. Hehe. Ada sorang bekas penolong pengarah merangkap bekas cikgu yang dah pencen minat kat aku. Hehe. Pencen? Ha ah. Dah 3-4 tahun dah. Lucunya, ada sorang mamat sibuk2 nak jadi telangkai. Match maker la. Sebab katanya, bekas cikgu ni kaya sangat. Nanti dia senang, aku pon senang la. Hehe. Bleh?

Dan, paling aku excited... di malam tahun baru, aku dapat panggilan yang tak disangka. Panggilan yang aku tunggu dah hampir 3 tahun selepas last jumpa. Mie! Last mesej aku hantar kat dia berbunyi lebih kurang gini; 'walaupon keinginan tu dah padam namun cinta di hati tetap menyala' Cehhh..! Gina... curik ayat kejap dan time kasih! Aku suka betul ayat tu. Sedap. Melekat kat hati aku. Kena betul aku kasi kat si dia.

Memang keinginan dah tak berapa ada. Sebab, dia nak jumpa aku malam tu tapi aku tolak. What!!? Reject? Huh.

Hehe. Sebab, takkan aku nak tinggal uyi... lagipon, nanti luka lama fresh balik. Kenangan lama segar balik. Yeah.. walaupon rindu tapi aku tahankan jugak. Err.. kalau uyi takde agak2 aku kuwar tak? Hahaha....

Hermm. 2008 jugak menyaksikan aku blind date ngan seseorang nikh. Dah kenal lama tapi baru ada peluang jumpa. Jatuh cinta? Entah. Aku agak sebab aku boring. Tak tau lah. Dah tak reti nak bezakan samada cinta atau sunyi.

Tapi aku sonok dapat kenal dia. At least aku rasa aku ada seseorang. Walaupon dia milik orang. Hermm.... Tapi aku janji..aku takkan amik hak orang yea. Promise! InsyaAllah. Cume.. nak ada teman. Hemm. Izzit?

Ok lah. Tak payah citer banyak. Sekadarnya sahaja. Awal2 tahun ni keje pon banyak. Nak setelkan kewangan 2008. Closing.

Selamat tahun baru utk kawan2 bloggers yang aku sayang.

Sunday, December 21, 2008

my sunday

Saat ini. Hari Ahad. Jam 7.21 malam. Aku kat ofis.

Sedang tunggu liza datang jemput. Lepas ni rasa nak makan pizza. Nak hirup sup. Nak lepak2. Nak santai2. Nak rilek2. Nak regangkan segala apa yang boleh.

Owhh.. penat rasanya.

Saper kater keje gomen goyang kaki? Huh.

Sebelum ni itu lah tanggapan aku. Tapi skang baru aku sedar langit tu tinggi yang amat.

Hujung2 tahun ni bebanan kerja bertambah2. Bizi gilos! Nak tutup akaun kan.

Haih. Aku penat. Kursus kat Cherating aku mintak excuse. Sib baik bos aku yang baik hati tu paham dan aku dikecualikan. Tengkiu bos. Member lain jangan jeles!

Makkk..! Kat luar dah gelap. Itu pasal la aku mintak 2 orang puteri ni temankan aku. Uyi dan cousin dia, Nisa.

Uyi sehari suntuk kat ofis aku pon takpe asalkan ada game. Dia memang giler game.









Thursday, December 04, 2008

Friday, November 28, 2008

Dalam mood

Aku suke dan sealalu buat sesuatu tu ikut mood.

Contohnya, kalau mood aku tengah berkobar2 dan bersemangat nak kemas umah, kul 3 pagi pon aku akan sapu sawang dan mop lantai.

Letih2 lepas balik kerja, dengan tak tukar lagi baju aku akan kemas dapur. Lap minyak atau percikan sambal yang melekat kat dinding akibat menumis.

Masak nombor dua. Yang penting dapur aku kemas dan selesa dan sedap mata aku memandang.

Macam skang. Aku terasa nak memblog. Padahal takde nak tulis apa pon.

Aku baru lepas makan nasik ikan bakar dengan bos. Bos pompuan. Peh.. bau kuah asam masih melekat kat tangan.

Sekadarnya

Aku bizi sangat. Start minggu lepas.

Bermula dari kursus, jadi urusetia lah.. taklimat lah.. Huh! Penat.

Tapi sempat jugak aku bawak uyi pergi mandi laut kat PD tuh. Pergi ngan adik2 start hari Ahad sampai Selasa. Kebetulan ada konvensyen guru kat Tiara Beach Resort, terus pergi sana. Bertambah penatnya.

Pergi bercuti bukannya dapat rilek kepala otak, lagi tired ada. Dengan tidur lambatnya, merayap ke pantai, pastu bangun awal pagi konon nak menikmati sunrise. Heh.

Mana nak melayan uyi yang 24 jam nak terjun laut.

Paling rasa membazir bila masuk ostrich farm yang takde apa2 selain bau busuk binatang itu. Ingatkan nak tunggang la ostrich tu, tapi geli lah pulak.

Masuk ofis semalam, aku tak tau nak start dari mana. Minggu depan aku kena berkursus lagi. Kali ni kat Sepang pulak. Aduhhh.. Mula2 masuk kerja dulu rasa sonok gak, lama2 aku rasa cam ampeh. Bosan!

Uhh.. dah lama tak menjengah ke blog peberet. Apa citer ek.. Rindu seyhh...

Orait nanti senang nak buat tag cik gina tuh. (Biler ek..)

Start keje ehh..!

Tuesday, November 18, 2008

Ayat ayat cinta aku

Aku baru terperasan lirik lagu ayat2 cinta.

Emm.. syahdu gak.

Tiba-tiba aku rasa sebak. Macam nak nangis. Naper ek...

Dan tiba2 aku rasa seolah bersalah. Aku rasa aku jahat. Aduhhh...

Belum terlambat kot nak undur balik? Walaupon rasanya perjalanan tu dah agak jauh. Buat apa nak teruskan kalau aku dah tau aku takkan sampai ke mana, kan?

Arhh.. tensen. aku rasa aku nak gostan. Pastu tekan butang reset.

Boleh ke? Takkan tak boleh pulak... aku dah biasa lonely.

Sunday, November 09, 2008

Apa kes..

Jerawat banyak naik kat muke. Merah2.

Satu, aku tengah period. Hem. Patut lah.

Dua, kawan aku cakap, 'alaa.. orang tengah bercenta' dengan sinisnya.

Tiga, hormon tengah tak stabil. Stress. Pressure. Kerja banyak. Tak tau mana satu nak capai dulu. Sabtu Ahad aku ot. Giler!

Empat, err doktor pujaan aku pernah cakap, boleh jadi ketidakpuasan sex. Owhh.. masa aku jumpa dia tu aku tengah krisis dengan my ex. Relevannya dengan keadaan skang... ntah. Bleh jadi gak kot. Hoho.


Arhh.. apasal minggu ni aku jiwang sangat... Warkah Buat Kekasih....


Friday, October 24, 2008

Eroticism

Aku cakap ngan member, 3-4 bulan kebelakangan ni aku mengalami gangguan.

Gangguan makhluk halus ke? Dia tanyer.

Bukan. Bukan makhluk halus tapi makhluk berkepala hitam. Erk. Kalau ada kaler coklat tu, coklat lah. Kalau merah, merah lah. Zaman skang peribahasa rambut sama hitam hati lain2 tak berapa releven sangat.

Aku jadi bingung. Bukan aku tak pernah kena dulu2. Pernah juga. Tapi tak sehebat dan seteruk sekarang. Nampaknya situasi semakin mengganas. Oo main kasar yea.

Aku semakin bingung. Dan bengong. Sebab hantu2 tu bukan aku tak kenal. Kenal. Malah ada yang memang betul2 kawan tahap giler2. Bergurau, bergelak ketawa. Kawan yang takde feeling langsung dan tak mungkin akan ada. Pendek kata, kalau ko letak dalam bilik berdua dan sexy sekalipon takde stim2 nikh.

Benci betul. Sebab dah merosakkan nilai sesuatu perhubungan tu. Persahabatan dah tak macam dulu. Aku hilang kawan dalam diam.

Ntah. Benda ni takde musim. Bila dugaan tu datang, dia akan datang. Yang penting, samada aku ni sedia dan cukup kuat untuk menepis. Tapi, makin kuat aku tepis, rasanya makin kuat dia datang menggoda. Dengan macam2 janji manis dan pakej2 menarik. Giler. Betul2 giler. Dia giler dan boleh buat aku giler jugak. Gue rasa torture!

Kebetulan. Kebetulan juga makhluk itu tidak datang berseorangan. Eh macam dah pakat2 pulak nak datang sama time? Paling mencabar, macam2 pakej yang ditawarkan! Gilos.

Memang kebetulan. Benda ni datang waktu aku tak punya teman baik. Waktu aku keseorangan. Waktu aku takde sesiapa di sisi. Waktu aku takde protector. Takde motivator. Arhh. Masa ni baru teringat my big bro.

Kadang2 aku jadi seram. Aku tak boleh nak berfikir. Aku takut. Paling aku takut kalau kesalahan itu datang dan bermula dari diri aku sendiri. Camaner aku nak jawab?

Sebab aku manusia biasa yang punya otak, akal dan nafsu. Kalau hari ni aku ok, esok belum tentu. Sedetik apa yang bakal berlaku aku tak tau.

Dan aku bukan malaikat.

Paling aku sedih dan sakit hati, mereka mempunyai tanggapan yang begitu terhadap aku. Kenape ek? Salah ke aku macam ni? Memang la keperluan itu aku tak nafikan tapi bukan sesuatu yang wajib jugak bagi aku. Heh. Benci. Bodoh.

Lantak lah. Aku tak pernah dan tak akan ambil pusing tanggapan itu semua.

InsyaAllah, walaupon aku bukan ustazah dan tak berapa lekat 5 waktu tuh, aku boleh handle benda ni kot. Aku akan ingat dan takkan sia2kan ajaran yang diberi. Ingat Tuhan banyak2.

Tapi aku betul2 terganggu lah! Benci betul. Aku rasa tertekan. Aku nak meluahkan pada seorang kawan. Aku nak lepaskan apa yang terbuku dalam minda ni.

Dan kawan terbaik buat masa ni mungkin blog ni. Yea, at least. Lega dapat meluahkan. Tak banyak, sikit.

Semoga aku tak tergeincir. Aku takut. Sebab aku pon bukan baik sangat.

Aku sayang diri aku.