FoLLoweRs

Tuesday, September 29, 2009

bukan gambar baru.. aku sebenarnya memang da lama nak letak gambar ni.







assalamualaikum melissa hani iman... selamat datang kami ucapkan kepada kamu!













































saat kelahiran anak buah yang ke 4.
Liza selamat lahirkan baby gurl ni on 28 september jam 9.42am kat An Nur Bangi. Yang best tu baby sulong dia ni sama birthday ngan dia. Ha mama ngan baby leh celebrate bufday sama2 nanti ek.
Malam tu kitorang celebrate ala kadar kat wad. Abang Khairul sponsor cheese kek disaluti strawberry yang sangat yummy.
Excited sungguh dapat anak buah yang baru ni. Rasa cam nak beranak pulak tgk muke baby yang suci tu. Huhu.
Tapi mengenangkan sakit yang amat time nak bersalin.. adehhhh... takut rasanya.
Apapon... untuk anak buah mak ngah yang comel ni.. the earth say hello to you sayang... kakak uyi tak sabar nak tukar diaper, nak main2 ngan baby... err nanti panggil mak ngah 'mummy' taw! Hekhek.

Tuesday, September 15, 2009

cRy



i'm not the type to get my heart broken
i'm not the type to get upset and cry
coz i never leave my heart open
never hurts me to say goodbye
relationships don't get deep to me
never got the whole in love thing
and someone can say they loved me truly
but at the time it didnt mean a thing

my mind is gone
i'm spinning round
and deep inside
my tears ill drown
i'm loosing grip
what happening?
i stray from love
this is how i feel

this time was different
felt like i was just a victim
and it cut me like a knife
when u walked out of my life
now i'm in this condition
and i got all the symptoms
of a girl with a broken heart
but no matter what
u'll never see me cry

did it happen when we first kiss?
coz it's hurting me to let it go
maybe coz we spent so much time
and i know that is no more
i should have never let u hold me baby
maybe why i'm sad to see us apart
i didn't give it to u on purpose
can't figure out how u stole my heart

how did i get here with u
i'll never know
i never meant to let it get so personal
and after all i tried to do
to stay away from love with u
i'm broken-hearted
i can't let u know
and i won't let it show
u won't see me cry


teringat lagu Dewa..


K . O . S . O . N . G

Monday, September 14, 2009

tarikh hari raya puasa...

Hey... lamanyer tak update blog. Bz dengan keje, bz dengan keje, bz dengan keje. Ehehe.. macam la aku sorang je yang keje org lain tak kerja ek.. huhu.

Well, pejam celik pejam celik tinggal seminggu lagi nak raya. Tak lama je lagi kan? Dan aku pon tak sabar nak balik kampung walau raya tahun ni rasanyer cam tak berapa nak excited.

Sebab.. dik jar si mak buyung tu deliver kat sini. Due dijangka seminggu lepas raya. Sherol lak, adik lelaki aku tak balik raya. Maybe cuti lepas raya kot.

Langsir tahun ni tak bertukar. Still kaler ijau. Bunga dan barang2 hiasan kat umah pon tak beli. Kuih raya tahun ni pon tak sedasat tahun lepas.

Pendek kater, persiapan tu tak de sangat. Baju raya kitorang tahun ni pon takde tema. Main bantai je kaler aper. Cuma tahun ni 2 pasang baju kurung aku dan uyi sedondon. Kaler biru dan purple. Dua2 kaler tu aku tak berapa gemar sangat tapi since request si kecik tu nak kaler biru, so aku turutkan ajer lah.

Ikutkan, aku nak kaler merah ajer. Hekhek.

Dan yang best.. tahun ni aku berkereta baru cap kelisa second-hand. Huhu. Dah itu je yang mampu. Bukan tanak beli baru tapi fulus tak cukup beb plus tak berani nak bawak yang lebih besar dari tu. Huwaaa.... dua tahun dah berlalu sejak aku eksiden. Ni baru aku memberanikan diri utk drive semula.

Dan raya tahun ni jugak agak bererti sebab first time ever aku dapat kat raya yg special. Siap ader bunyi2 dan lampu. Memang special gitu!

Hah.. tak kesahlah raya tahun ni best ke tak. Yang penting aku dapat balik kampung jumpa famili, jumpa uyi, dapat makan yg best2 puas2, dapat hirup udara segar kampung, dapat pandang2 jeling2 bekas2 kekasih lama, secret admirer etc etc. Huhu. Yang pasti semua dah kawin, happy famili, anak2 pon dah 2-3. Aku je yang maintain. Rezeki kat sini jer kot.

Hm.. tak tau lah kalau ex-smach (sekolah lama aku) nak buat gathering. Nak pergi? Hehe.. segan pulok kawe!

Aku da plan raya tahun ni malas nak jalan2 kecuali open house Datuk Pa on third raya nanti. Lain2 aku nak makan, makan, makan, tido, tgk tv, main bola, main badminton.

Daa.

Tuesday, August 25, 2009

Selamat pagi cinta

Cinta atau perasaan sayang adalah satu nikmat anugerah dari Ilahi yang tak ternilai.

Bukan hari2 kita jatuh cinta.

Bukan hari2 kita rasa sayang.

Bukan pada semua orang kita rasa kasih kecuali pada keluarga terdekat darah daging sendiri.

Justeru, tak keterlaluan jika jatuh cinta adalah satu perasaan yang amat indah yang tak semua orang lalui. Yang tak semua orang merasa.

Bukan semua orang mendapat nikmat ini.

Alangkah seronok dan bahagianya hidup disayangi dan menyayangi. Complete.

Seorang kawan pernah berkata kepada aku, kita harus menikmati dan menghargai apa yang dirasa. Apa yang telah Tuhan beri. Iaitu perasaan kasih sayang.

Betul ker?

Tapi seandainya cinta atau kasih sayang itu jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, adakah kita harus menghargainya juga?

Bagaimana??


*Ekhemm... testing menaip pc baru. Ahakss... bestnya. Semangat nak buat keje ni. Acer flat screen 18.5".

Tuesday, August 18, 2009

Pelangi.

Sesekali ku rasa teringin
melewati hatimu yang dingin
mendegar keluh resah
semenjak kau kehilanganku..


Ulp... bait2 lagu tu mengingatkan aku pada seseorang. Tak perlu hint saper dia tapi andai dia terbaca blog ni (dia baca ker?) mungkin dia terasa kot.

Haih. Entahlah.

Dah lama aku nak mintak maaf ngan dia tapi zahir tak terucap.

Bermula dengan 'gara-gara budak comel', slowly perasaan yang bersemarak waktu mula2 dulu hilang sikit2.

Aku langsung tak berniat nak membuat saper2 terluka tapi sampai ke saat ini aku tak nampak mana tujuan dan penghujung hubungan itu.

Aku sedih sebenarnya. Aku takut juga. Tuhan pasti marahkan aku. Manusia itu juga sudah pasti marahkan aku. Menyakitkan hati insan lain itu satu dosa yang macamaner yer..?

Tapi dari satu sudut lain aku berasa lega. Aku rasa terselamat. Biarlah. Tak semua wanita boleh menahan dugaan untuk mendapatkan payung emas di syurga kelak. Dan aku di antaranya. Aku tak cukup kuat untuk itu. Maafkan saya...

Aku tak mampu untuk teruskan. Dan aku tak mau berpura2 lagi. Aku memang tak boleh.

Sebenarnya takde gara2 siapa pon. Budak comel pon dah lenyap. Seperti pelangi itu jugak. Tapi apapaon aku tetap besyukur, sebab diberi peluang menikmati keindahan yang sebentar itu. Memang la sedih dan pedih bila ia lenyap tapi yang paling penting kesedaran dalam meneruskan kehidupan aku yang belum tentu ni.

Dan saat itu aku berkeputusan untuk tidak berkahwen lagi. Titik.

Tak tau kenapa. Mungkin patah hati. Mungkin terasa takde lagi cinta suci untuk aku dalam dunia ni. Huk ala.

Dahh.. bukan mudah untuk lupakan. Tapi hidup mesti terus.

Monday, August 17, 2009

Biar gambar itu berkata


Otw ke KLIA utk kursus kat Langkawi.. Lama dah gambar ni, bulan April ari tu. Er masa ni kamceng lagi.



Tengok... the three stooges. Dalam flight duduk asing2, turun je terus snap gambar sama2.



Malam2 jalan kaki dari hotel ke Dataran Lang. Jauh gak tapi tak terasa sebab.. ye la jalan sama2 kan ngan kawan2 kan. Tapi balik naik cab.. tak larat arr...


Ader satu lagi gambar yang cun ala2 Titanic tapi kawan aku yang atas sekali tu dah terdelete. Huh!




Tak boleh expose banyak2. Tapi ada gambar kat atas tu merupakan salah satu kenangan antara kami yang dah tak jadi 'kami' lagi. Hukhuk. Dunno what happened. Takmo tulis banyak, cakap pon tak guna tembak pon tak kena, biarlah rahsia yang dia rasa nak rahsiakan sangat.

Thursday, August 13, 2009

Orang mude2 ni memang excited sket.

Aku beli set comforter minggu lepas dalam katalog dgn sorang akak kat ofis.

Cantik. Kaler ala2 coklat.

Bos aku yang sangat-mude-dan-cas-hensem tu tersengih2, ' biler langsung nikh?'

Ai bos.. nak beli cadar pon kena tunggu kawen ker? Abis, kalu tak kawen takleh beli la..?

Esok tu bile aku nak balik sharp kul 5, ' oowh ye la.. nak pergi beli barang ea..?' Tersengih2. Ampehhh tul!

Siap inform kawan2 dia aku nak kawen. Heh what the fish bos...?

Like today, pakai baju kaler kuning cair ader kilat2 sket pon kena perli, ' haii kilat2 nampak baju ari ni... hm biler?' Arrghhhh... tensen tul gua! Pendek kata, ader je bahan.

Errr.. itu baru gossip2, gamaknyer kalau betul camner eh..? Huhuhu....


*erk tetiba2 rindu kat bos aku yang lama bercuti tuh. Telefon tak dapat seolah sengaja terminate number tuh. Sian dia. Sehat ker dia?

Monday, August 10, 2009

skid row bebeh!

Tiba-tiba aku rindu nak layan lagu ni.


i remember you- skid row

woke up to the sound of pouring rain
the wind would whisper and i'd think of you
and all the tears you cried that called my name
and when you needed me i came through

i paint a picture of the days gone by
when love went blind and you would make me see
i'd stare a lifetime into your eyes
so that i knew you were there for me
time after time you were there for me

remember yesterday walking hand in hand
love letters in the sand i remember you
through the sleepless nights and every endless day
i'd wanna hear you say i remember you...

we spend the summer with the top rolled down
wished ever after would be like this
you said i love you babe without a sound
i said i'd give my life for just one kiss
i'd live for your smile and die for your kiss

remember yesterday walking hand in hand
love letters in the sand i remember you
through the sleepless nights and every endless day
i'd wanna hear you say i remember you...

we've had our share of hard times
but that's the price we paid
and through it all we kept the promise that we made
i swear you'll never be lonely

woke up to the sound of pouring rain
washed away a dream of you
but nothing else could ever take you away
coz you'll always be my dream come true
oh my darling i love you...

remember yesterday walking hand in hand
love letters in the sand i remember you
through the sleepless nights and every endless day
i'd wanna hear you say i remember you...


Nyanyi sendiri la ea..

Friday, August 07, 2009

Masa kecik2 dulu aku pon suka jadi cikgu.

Kul 8.30 pagi tadi tepon uyi sebab semalam dia majuk taknak cakap ngan aku.


'uyi tengah watper?'

'main cikgu-cikgu.'

'mesti uyi jadi cikgu kan?'

'ermm.'

'pastu saper jadi anak murid?'

'uyi jugak.'

'jadi guru besar?'

'uyi jugak.'

'cian anak ibu.. nanti uyi datang sini kite main cikgu sama-sama eh.'

'erm..'

'uyi da mandi? awal anak ibu bangun ari ni.'

'ho.. uyi bangun pukul 6 pagi tadi pastu tak tido2 sampai sekarang. uyi semayang subuh tadi bu.'

'yer ker.. bagus anak ibu nikh.'

'ibu.. doa qunut baca masa kedua dihh..'

'ha ah cayang.'

'uyi hafal doh doa qunut.. tu uyi baca tadi tuh.'

'bagusneyr anak ibu.... meh baca ibu nak dengar..'


Ni la orang kater, sejuk hati ibu mengandungkan dia. Bangga mendengar bacaannya yang lancar tu walau ader pelat2 sket.

InsyaAllah.. semoga besar nanti uyi jadi anak yang solehah. Ameeenn...

Sayang uyi. Rindu sangat suara dia yang lemak krim karamel tu.

Thursday, August 06, 2009

Sehingga hari ini...

3-4 hari ni aku angau sket.

Tak tau la pasal apa.

Aku malas nak fikir.

Aku fobia nak berharap.

Aku benci dengan pengharapan.

Pon begitu aku tetap angau. Haih.

Tapi aku belum giler......


Err.. aku rasa aku kena bertapa. Penuhkan ilmu pendinding di dada.

Tuesday, August 04, 2009

Dan tiba-tiba hati aku jadi kecut.. terasa ingin menyorok...

Ahad lepas sebelum ke Low Yatt sempat layan Melodi seround.

Takde yang menarik kecuali perbalahan si Radhi OAG ngan wife dia.

Bertengkar.

Gaduh.

Pot pet. Pot pet. Bla bla bla.

Habis.

Dalam hati aku rasa menyampah yang teramat kat Radhi. Mamat tu nampak poyo. Terserlah sikapnye yang amat menyampahkan. Perangai dia nampak jelik.

Aku jadi marah.

Aku jadi geram.

Tiba-tiba aku teringat.......

Serta merta terbayang sekilas.... sepintas lalu.

Aku terasa getar2 ketakutan.

Pap! Aku pejam mata.

Perangai korang sebijik! Sama!

Terasa seronok melihat orang terseksa kerana kita dan taknak melihat orang tu tenteram dan bahagia?

Bangga kalau melihat orang tu derita. Puas?

Cehh...

Geramnyer aku. Bencinya.

Ntahapahapa.

Tutup tv.

Kat kereta, Dik Jarr tanyer,"Ko tengok melodi tadi?" Angguk.

"Perangai Radhi tu cam Kurt kan.." Ulp....


Rupenyer bukan aku sorang yang perasan.

Dan kebencian bertambah setitik. Tidak membuak-buak tetapi merebak dengan slowly..

Thursday, July 30, 2009

Kempunan

demi cintaku padamu..
ke mana pun kau kan ku bawa

bulan madu di awan biru
tiada yang mengganggu...
bulan madu di atas pelangi
hanya kita berdua...


Adeeehhhh... rasa ader arus elektrik yang mengalir kat jantung ni.

Arhh.. rasa nak terbang nyanyi sama-sama ngan Amy.

Friday, July 10, 2009

Uyi punya pasal

Abang call Ahad lepas.

'Ko balik kampung tak nanti?'

'Tak. Tak cukup duit ar..'

'Huhu.. berkirenyer.'

Arh. Bukan berkira. Tapi kira-kira. Kalau balik kampung 2-3 ratus mesti abis punyer. Aku plan nak balik awal puasa nanti.

Selasa malam call uyi. Terus dia merajuk bile aku cakap aku tak balik weekend ni.

'Ala uyi jangan la marah ibu.. nanti ibu balik la.'

'Tak yah balik sampai bile-bile pon....'
Amboi!

'Eh uyi ni.. naper cakap camtu. Tak baik tau. Ibu tak suka. Kang ibu tak balik betul2 sampai bile2 camner? Kalau ibu mati nanti mesti uyi nyesal cakap camtu tau. Jangan cakap camtu lagi. Nanti ibu balik lah bukan ibu taknak balik.' Terus aku emo.

Diam.

Diam.

'Uyi... jangan la marah ibu, nanti ibu balik yea.'

Diam.

Sudahnyer aku cakap sorang2.

'Hm. Penat la ibu cakap sorang2. Nanti ibu tepon uyi esok la bila uyi tak marah dah. Biar marah uyi reda dulu. Biar majuk uyi tu hilang dulu yea.'

'Tak ilang sampai biler2...'
Slow mendatar suara dia.

Terus aku senyap.

Esok tu aku apply cuti. Terus beli tiket ketapi.

Tak pe lah, duit aku bleh cari.
Malam ni aku balik kampung. Yeahhhaa!

Monday, July 06, 2009

Musim buah

Sebulan ni hari2 aku tepon uyi. Kadang2 2-3 kali sehari. Rindu sangat nak dengar suara dan cerita dia.

Dan selalunyer aku akan buat loudspeaker bila borak ngan dia.

Petang Sabtu lepas;

'Ibu bilo nak balik?'

'Nanti hujung bulan yea.. ibu balik ngan mak teh.'

'Ibu balik cepat ar...'

'Ye laa sayang.. nanti ibu balik yea.'

'Uyi.. jangan cakap kelantan.. cakap KL,' jerit Zana, adik comel sebelah aku.

'Wehh.. uyi tak cakap kl je, dia cakap omputeh terus,' aku balas.

'Ibu ibu....'

'Yea cayang.'

'Err.. fruit rambutan cooking ranum.'

Terus kitorang terbahak2 ketawa.

Cooking ranum tu yang tak tahan tuh! Uyi punyer English special sungguh. Sebijik2 dia translate. Hihi.

Anak aku ni.. kalau belajar betul2 bijak budak nikh. Grammer dia memang berterabur tapi tak dinafikan dia suka mencuba dan cepat paham sesuatu benda.

Dan cannot be denied.. dia kelakar. So adorable.

Tiada lagi...

Nariko dah tiada.

Nariko dah meninggal.

Nariko dah mati.

Kena langgar dengan proton kaler putih.

Celaka punyer driver.

Kalau anak ayam ke, tikus ke aku leh terima. Ini kucing. Bukan anak kucing. Dah bergelar anak dara sunti. Buta ke mata tak nampak?

Siamang punyer driver proton. Kalau aku tau rumah dia, nak ajer aku pergi menyumpah2 depan muka dia. 'Mate ko letak kat bontot ker?' Takde hati perut langsung.

Uyi nangis teresak2. Terdengar soksek2 bunyi hingus dihujung telefon. Aduhai... kesian anak ibu.

Aku pujuk dia. Tuhan sayangkan Nariko. Nariko kucing yang baik. Dia pasti akan masuk syurga. Kat syurga dia akan dapat ramai kawan, makanan. Sume best2.

Uyi tak respon apa2. Ye la. Tengah sedih. Takmo cakap apa2.

Agak lama aku cakap sorang2. Pujuk uyi.

Kesian uyi...

Nak tau bile Nariko kena langgar kereta? Sejam lepas aku upload gambar Nariko ke dalam blog. Waktu aku reply komen deaf, Nariko dah arwah pon masa tu.

2-3 hari kemudian Uyi dah ok. Selepas aku janji nak belikan kucing. Erk..

'Uyi dah ok? Sedih lagi tak?'

'Hermm..'

'Jangan sedih2 tau, nanti kite cari kucing baru yea.'

'Erm... Ibu, ibu kato ari tu Nariko masuk syurgo?'

'Ye la.. Nariko kan kucing yang baik. Nabi pon sayang kucing tau. Mesti nanti dia masuk syurga.'

'Tapi.. dia playgirl ibu.'

'Erk...'

'Sungguh ibu.. kejap denge kucing jate ni, pahtu nge kucing lain pulok. Buleh ko dio masuk syurgo'

'Erk.. uyi, dia kan binatang. Binatang takde akal. Dia takbleh pikir. Sebab tu binatang macam kucing tu ader ekskius. Bla bla bla...'


Hadoi... nak tergelak pulak aku lepas tu. Macam2 soklan budak nikh.

Tuesday, June 23, 2009

Ni gambar kucing uyi.








Puas uyi mengejar kucing ni utk dapatkan shot yang terbaik.. Hehe


Nama pon demam..takde tenaga nak tulis, letak gambo je la ;p










Gambar ni sumer bukan gambar baru.. 4-5 bulan lepas kot.
Hm. Lengan kat sebelah tu lengan Encik Angel a.k.a Rosli. Heh. Lengan je cukup la. Dia pablik figure. Takleh expose lebih ;p. Bahayos!