FoLLoweRs

Tuesday, June 25, 2013

Normal

 
 
 
Aku rasalah kan, aku ni jadi remaja baliklah. Mengalami kekeliruan personaliti atau konflik dalaman yang sedang mencari2 identiti sendiri. Cehhhhhh! Ptuiii.. Dah tua bangka pon nak ada konflik identiti pulak. Hahaha.

Aku rasa macam dah lama tak conteng2 kat sini. Nak buat macamane, asal nak tulis je, lekat kat blog lain. Baca. Scroll. Baca lagi. Next page. Hihi.. Last2 jadi draft je lah.

Atau aku rasa aku dah taktau nak tulis apa dah kot. Semua aku boleh baca. Even perasaan hati aku sendiri pon kadang2 aku boleh baca kat tulisan lain. Heh. Pelik.

Cuma kadang2 sekarang ni aku rasa rindu putar2 masa zaman 'kegemilangan' dulu. Hehe. Banyaklah gemilangnya! Gemilang tak gemilanglah sangat, tapi boleh tahan jugaklah liplap tuh. Well, aku bukan orang femes. Femes hanya dalam dunia tafsiran aku sendirilah. Eh femes jugakkan?

Hurm. Semua orang ada kisah2 femes dia... duhhh!





Thursday, May 23, 2013

Cair




Beku.

Termasuklah kepala otak. Beku jugak.

Tak boleh nak berfikir dengan waras. Apalagi dengan bijak. Semuanya beku dan terbuku.

Sekali lagi rasa tewas... arghh..





Friday, May 10, 2013

#




Alahai... dah lamanya tak update blog saya nikh... Isk isk.. bizi giler berkempen pilihanraya ek?? Huhu...

Bizi la sangat. OT pon Pengarah tak benarkan sehinggalah pilihanraya. Atas faktor keselamatan kononnya. Hahh.. ikut je lah kan... Means esok dah boleh OT lah ekk? Hehe.

Bizi kerja tu satu hal. Bizi uruskan life pon satu hal. Bizi meneroka benda2 baru pon satu hal lain. Pendek kata macam2 kebizianlah.

Minggu pertama cuti sekolah Mei nanti, ada satu kursus kat Melaka. Dan aku selaku urusetia, nak amek sedikit peluang kat situ bawak uyi makan angin. Dah alang2 ke sana tu, bawak dia teruslah. Lagipon, urusetia tak perlu sangatlah nak masuk kelas. Sebelum slot make sure semua ok. So far, semua dah beres. Dengan hotel pon dah setel.

Minggu kedua cuti sekolah tu, kena pergi Langkawi atas urusan kerja juga. Yang ni tak boleh bawak siapa2. Sebab jadual pack.

Sekarang ni, kalau nak pergi mana, kena buat waktu cuti sekolah. Hasilnya dua minggu cuti sekolah tu aku memang tak lekat kat rumah.

Mesti balik ofis nanti kerja bertimbun2. Haihhh... Nak buat macamaner kan...





Saturday, April 27, 2013

Bebas




Lamanya tak bukak dan update blog ni. Tak tercapai jugak azam tahun 2013 nak tulis banyak banyak kat sini. mihmih..... Apadaa...

Update tak update, sekarang ni mana2 pergi tak pernah habis orang bercakap pasal politik. Mula2 nak diskas pasal hal lain, tetttt termasuk jugak sikit2 bab politik. Yang tak tahu jadi tahu. Yang tak reti eh dah boleh bersyarah. Yang tak pernah mengundi, pon dah sibuk2 ambil tahu dan start praktis nak pangkah sape.

Semua terjebak.

Aku, tahun ni in sha Allah akan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang sayangkan negara dan pilih untuk mengundi. Secara aman. Excited jugak beb... mau taknya, ini kali pertama wehh. Dengar lagu mengundi dah macam dengar lagu raya pulak. Hoho..

Ramai yang tanya, balik mengundi ker? Aku jawab tak. Sebabnya aku daftar kat sini je, alamat pon kat sini so aku buang undi kat sini. Kelantan tu biarlah, aku balik tak balik pon Pas yang menang jugak. Mintak maaflah BN nak menang kat sana.

Satu perkara yang Pas sangat terer buat yang BN tak boleh buat ialah manipulate pemikiran rakyat Kelantan. Ye ke dop?

Buatlah macamaner sekalion, setiap lima tahun mesti Pas jugak yang diorang pilih.

Aku? Eh.. mana boleh cakap. Undi anda adalah rahsia. Hehe...

Tapi kalau lepas pilihanraya ni harga petrol boleh turun, tol dihapuskan aku suke benor. Mihmihhh...

Apa2 pon, pum pang pum pang bagai nak rak, hari mengundi nanti lah baru kite tau kite pangkah sape. Kot sekarang ni beriya bagai sokong dia ni, last2 dalam kotak undi nanti dah pangkah orang lain pulak... Well, macam2 boleh berlaku kan.

Undi tak undi, kalau hari Isnin lepastu cuti kan best...





Tuesday, April 09, 2013

Fasa perubahan




Harus diingatkan, aku mempunyai seorang anak perempuan yang berstatus anak dara yang sedang mengalami proses pembesaran yang kompleks, yang mungkin juga mengalami pelbagai konflik samada fizikal, emosi atau sosial.

Orang cakap, waktu2 macam inilah akan timbul macam2 keinginan. Baik atau buruk. Nak memberontak memanjang.

Risau jugak aku. Mau taknya, kadang2 dia fikir dia tak pandai. Suruh jadi dentist katanya dia tak cerdik. Langsung takde self-confidence. Tapi bab melaram nombor satu.

Geram jugak. Pergi sekolah macam lebih kepada nak jumpa kawan2, bukannya nak pergi belajar. Status kat fesbuk bukan main. Siang jumpa kat sekolah, dah rindu tak sabar nak jumpa kat sekolah lagi esok. BFF la sangat. Ewwww... aku dulu takde pon. Kalau 4 bulan school holidays pon belum tentu aku rindu giler kat kawan2 dan tak sabar nak pergi sekolah. Dok rumah lagi best apa......

Selalu aku pesan kat dia, berkawan tu hati2. Bukan semua suka kat kita walaupon kita rasa kita dah cukup baik dan polite dengan semua orang. Bukan semua kawan ikhlas dengan kita. Bukan semua BFF tu sayang sangat kat kita.

Jangan perasan kita ni cantik walaupon orang dok puji2 sampai kembang semangkuk. Pujian tu sebenarnya tak best sebab nanti  kita terleka. Lepastu orang cakap kita perasan. Kita cantik, orang lain seribu kali lebih cantik dari kita.

Dan yang penting, jangan abaikan pelajaran. Sebab itu je yang dapat aku bagi. Aku bukan orang kaya yang dapat wariskan beribu-ribu harta kat dia. Nak harta dunia, cari sendiri berbekalkan ilmu yang ada. Usaha sendiri.

Kadang2 aku lupe. Walaupon dia dah besar dan mempunyai akal serta boleh berfikir sendiri, tapi dia masih remaja yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar sebab masih banyak perkara2 yang dia taktau dan tak faham. Kadang2 certain things yang aku nampak remeh dan assume dia boleh buat sebenarnya dia taktau nak decide pon.

Arhh.. inilah masalahnya bila tak membesar bersama. Kadang2 aku rasa dia A tapi sebenarnya dia B. Kadang2 aku rasa dia main2 tapi sebenarnya dia serius. Kadang2 bila tengah serius tu dia macam nak tergelak pulak. Haihhh.

Komunikasi aku dengan dia tak berapa baik. Kadang2 macam cerita2 mat salleh tu, mak bapak dengan anak dingin. Tak berapa bercakap. Ada je yang bercanggah pendapat walaupon untuk perkara2 yang kecil. Sebab tu, kadang2 lebih baik diam.

Banyak lagi benda yang wajib aku explore pasal psikologi remaja ni. Lebih2 lagi uyi.

Apapon, aku tak pernah lupe pray for the best for her. Ameen...





Friday, April 05, 2013

Nantilah




Bila takde idea nak tulis blog tapi rasa nak menulis sesuatu, boleh letak gambar atau apa2 lirik lagu yang berkenan dan tampal.

Tapi bila gambar pon takde, lagu pon tak jumpa yang best inilah jadinya.

Mihmihhh...

Takde papepon :p





Wednesday, April 03, 2013

Rindu bertamu lagi :)




Ok setel.

Semalam final Rindu Bertamu di Abu Dhabi. Happy ending. Biasalah cerita melayu memang kebanyakannya gitu. Baru puas :)

Lepas ni aku tak pressure dah. Cerita yang ganti nanti not my type. Pelakon jugak not my taste. Tak payah layan. Tapi aku perasan dalam minggu lepas drama cina kat 8TV ada Julian Cheung. A-l-a-m-a-k... Hihi... Rindu bertamu di TVB pulak nikh!


First tengok dia berlakon cerita Peak of Passion. Muda belia lagi. Cun kan?



nota kaki: kadang2 kita kena lupa sesuatu untuk dapatkn sesuatu*aku sendiri yang paham.

Tuesday, April 02, 2013

Is this life?




Kadang-kadang kite menangis.. merintih.. mengeluh.. dan macam2 me lagi bile ditimpa ujian.

Betul.

Hati mana tak sedih. Hati mana tak gundah. Hati mana tak rasa menderita dan susah bilamana ditimpa macam2 dugaan. Atau ditimpa dugaan yang sama berulang kali.

Rasa macam tak adil. Rasa macam tak patut. Terasa tubuh kerdil ini dihimpit, dihempap dan digelek steamroll. Kenapa asyik aku diuji sebegini? Kenapa aku selalu diberi test yang berbentuk begini? Kenapa aku diduga dengan perkara2 yang sama ceritanya seperti 10 tahun lepas? Kenapa harus berulang? Bilakah ujian ini akan berakhir? Mampukah aku hadapi saat2 getir lagi?

Kenapa jalan orang lain lurus tidak seperti jalan kita? Orang lain nak dapat kerja senang je. Kita dah berpuluh kali pergi interview tak dapat2 jugak. Kalau dapat pon job yang tak berbaloi. Yang tak sepadan dengan kelulusan.

Orang lain dah 2-3 kali kahwin, kita nak dapat kapel pon susah.

Orang lain dah lah cantik, hensem, kaya pulak tu. Kerja sedap. Hidup tak nampak tak bahagia pon. Aman je tengok. Kenapa kita tak kaya2? Dari dulu hidup tak pernah senang. Ada je musibah yang datang.

Kenapa dugaan orang lain tak seteruk dugaan kita? Kenapa orang lain tak diduga seperti kita? Kenapa kita mesti diduga sebegini? Tak bolehkah swith aje dugaan kita dengan orang lain yang nampak macam mudah?

Hehh. Rintihan2 dan persoalan yang datang dari orang yang tak reti nak bersyukur dan tak pernah puas dengan rahmat Tuhan dan tak boleh nak terima qada' dan qadar?

Entahlah.

Ada sesetengah dugaan yang datang aku dapat tepis. Aku dapat handle. Tapi ada sesetengah aku rasa macam tak takut mati.

Macam nak menyorok dalam kubur. Bukan lagi berhibernasi.

Bukan aku minta jadi begini. Aku pon tak ingin. Tapi rasa sangat lemah dan tak berdaya dan tak nampak solution. Bagaimana kalau benar tiada penyelasaian?

Ada orang cakap banyakkan doa, selawat, ayat kursi. Terapi untuk tenangkan jiwa. Tapi kadang2 aku rasa... aku perlu lebih dari itu.

Tapi apa?





Monday, April 01, 2013

Thats life




Kadang2 aku ternampak cahaya gelap dalam pada aku cuba nyalakan lampu gasolin.

Ada ke cahaya gelap?

Terus rasa down. Sebab cahaya gelap itu lebih pekat dan kuat dari cahaya terang.





Friday, March 29, 2013

Rindu Bertamu di Abu Dhabi






Sedih bila Ain meninggal waktu bersalin. Terasa taw... sebab aku follow cerita ni. Sebab ada Fahrin Ahmad. Dia kalau berlakon memang selalunya best.

Aku tak follow cerita ni dari mula pun. Ye la.. timing tu macam tak berapa best. Baru balik keje, tengah letih. Nak mandi, kadang2 nak masak, mana nak maghrib lagi. Pulak tu cerita sebelum Rindu Bertamu di Abu Dhabi aku tak layan. Jadi tak perasan bile cerita tu last dan bila cerita Abu Dhabi ni start.

Aku malas nak follow sebenarnya, sebab kalau dah follow memang melekat. Lepas tu kelam kabut berebut bilik air. Hehhhh. Tapi tak boleh tahan jugak, tengok sikit, nak tengok lagi. Memang cerita dia best. Lain dari kebanyakan cerita yang asyik konflik cinta tak pernah habis, macam dalam dunia ni takde benda lain nak fikir selain masalah cinta. Cerita ni ada cerita dia. Lagipun ada Fahrin Ahmad. Dan Shah Jaszle yang aku tak minat pon best tengok dia berlakon. Jahat tapi gelihati tengok dia dengan karektor yang berlagak terer nak rebut harta Haji Ilham, bapak dia. Hihi.

Dan aku suka tengok Fatin. Cantik. Ain pon cantik. Dan jangan tak tau, soundtrack cerita ni dinyanyikan oleh Fahrin Ahmad sendiri. Ala.. semua orang pon tau kan kalu tengok cerita ni.

Tak sabar nak tengok final episod Isnin depan.

:)





Thursday, March 28, 2013

Bila rindu..




Hari tu aku ada update status kat fesbuk lebih kurang camni bunyi dia... 'kadang2 kita cuma rindu pada kenangan atau perasaan yang lalu dan bukannya pada orang'.

Betul kan?

Kadang2 aku rasa nak menangis tiba-tiba. Rasa sunyi. Rasa keseorangan. Rasa takde mood. Rasa lost. Sekali rupanya nak period. Opss... huhu. Bukan bukan. Itu cerita lain.

Yang ni cerita pasal rindu pada kenangan.

Tapi betul lah, kadang2 kite bukan rindu sangat pun pada orang tu, contohnya ex-boifren. Nak rindu takde la... perasaan tu semua dah terkubur. Mungkin sesetengah orang tu dah jadi benci. Tapi kenangan, atau lebih tepat lagi kalau aku la kan, perasaan indah dibuai cinta yang asyik masyuk memang feel habis lah. Degup jantung masih aku terasalah kata Gersang!

Kalau di flashback satu persatu, mau angau dibuatnya. Nakk ajer ulang balik saat2 tu. Tapi kali ni nak betul2 jadi heroin. Haha.

Nak nak pulak ada background muzik rok kapak. Huhh... lagi betul2 menggamit memori. Seronok dan indah rasanya zaman muda remaja.

Perasaan tu... entah. Tak boleh nak diceritakan. Terlalu cantik. Berbunga2 dan sangat bahagia. Setiap detik tiap masa. Pelik. Camaner ntah boleh dapat rasa yang sangat damai tu dalam hati.

Padahal, bukan tengah bercinta pon. Seingat aku, time2 aku dulu secret admirer sangat memainkan peranan. Itulah pemangkin untuk ke kelas! Teruja. Syok. Happy.

Sebab tu, mungkin aku kena cube faham kenapa kadang2 uyi tergelak sorang2 mengadap fesbuk dan sibuk cakap rindu kat kawan-kawan. Hehh.. ntah apa yang seronok dan rindu sangat! Tapi itulah perasaan orang muda kot. Orang tua2 ni perasaan dia lain. Dah slow sikit. Huhu.

Tapi seriously, jiwa dan perasaan ni tak boleh dibuat2. Kalau jiwa kosong, camaner nak rasa excited. Camaner nak senyum kalau perasaan pon serabut. Perasaan itu, apa yang kita rasa, hanya kita yang rasa. Tak boleh dapat atau beli kat mana2.

Thats why kadang2 seronoknya menganyam perasaan kenangan silam. Boleh buat aku tersenyum dan tergedik sikit. Uhukkksss....






Sepoi sepoi bahasa





Kat rumah aku tu kan, meja makan yang memuatkan enam kerusi itulah tempat kitorang ngeteh sambil diskas pasal macam2. Dari hal pompuan2, gossip2 sampailah hal2 keluarga, serius2 ataupon ehwal semasa.

Kalau semua adik beradik perempuan berkumpul (kecuali Pajeen yang tengah studi kat Politeknik Kok Lanas), kerusi memang ngam2. Kalau uyi join sekali atau mell sibuk nak masuk group jugak, terpaksalah ambil mana2 kerusi lain yang free.

Seronok berkumpul ramai2 dengan adik beradik. Buat tea-o, lepastu panggil semua. Minum. Lepak. Sambil borak macam2.

Bertuah rasanya ada ramai adik beradik. Masih stick together pulak tu. Dik Ja, satu2nya adik aku yang dah kawen pon stay dekat2 situ je. Sebab tu, walaupon jauh dengan ma dan abah tapi tak rasa kesunyian sangat. Rasa macam masih zaman budak-budak lagi. Cuma bezanya, adik2 dulu yang kecik-kecik sekarang dah besar panjang lebih kurang sama baya je dengan kakak dia yang dah tak berapa nak muda ni. Itu belum kira uyi lagi. Huhu. Nak sebaya je dengan Acik dia (adik aku yang nombor 7).

Tapi nanti bila sorang-sorang dah kawen nanti, tak dapat bayangkan camaner sunyinya hidup nanti. Ye lah, mesti ikut suami masing. Mesti dah jarang boleh kumpul sama2 macam dulu.

Tiba2 rasa sayu dan takut pulak...







Monday, March 25, 2013

Ronggeng




Bukan semua bahagia itu mempunyai makna yang sama.

Lain orang lain pandangan atau pendapat tentang definisi bahagia. Macam2 cara untuk dapatkan bahagia, macam2 cara untuk nikmati bahagia, untuk enjoy dan feel rasa bahagia itu.

Sedihnya bila tak pernah bahagia. Sedih kalau tak sempat nak kecapi bahagia. Tapi lagi sedih kalau takreti nak hargai atau menikmati rasa bahagia itu sendiri.

Bila dah tak bahagia, baru tertanya tersedar diri.

Agaknya sebab tu ramai orang suka dan selesa berada dalam zon selamat. Tak perlu nak cuba apa2, tak perlu ambil risiko.

Apapon, untuk yang tak pernah bahagia, kebahagiaan perlu dicari. Untuk yang tak berapa nak bahagia, suka hatilah nak cari ke tak. Untuk yang taktau dia sedang bahagia atau tidak, itu lagi sedih. Perasaan sendiri pon takboleh nak tafsir.

Eh tapi kadang2, aku sendiri taktau adakah aku sedang bahagia atau tidak. Haihhh...

Aku pon tergolong dalam orang yang sedih itu?





Wednesday, March 20, 2013

Mengantuk




Kebelakangan ni cuaca tak menentu. Panas. Hujan. Panas....

Efek jugak kat aku. Bukan batuk atau demam, tapi rasa weak. Lemau satu badan.

Pernah satu malam tu, kitorang keluar beli pencil case uyi, lepas tu bawak dia makan. Aku minum sirap bandung sebab dahaga sangat. (Untuk rekod, aku jarang teguk minuman berais). Ok sementara tunggu dia makan tu, aku ni punyalah tahan je mata ni... tak sabar nak balik. Letih giler. Ngantuk yang amat, padahal baru pukul 9.

Sampai je kat rumah, tukar jeans je lepas tu terus pengsan. Tak sedar pape da.

Tak iron baju, tudung. Tak simpan beg duit betul2, main campak je kat almari. Tak siapkan dokumen untuk bawak esok (ada beberapa borang sekolah uyi aku kena isi). Tak tidur dalam bilik, rasa berat sangat badan ni melekat kat sofa. Tapi apapon henfon kena ada sebelah sebab nanti esok pagi takut tak sedar!

Masa aku dah landing tu aku perasan uyi tengah buat kerja sekolah ke atau susun buku dia, tak sure. Sedar2 dah pukul 5 pagi.

Adoii.. lambatnyer weekend!






Wednesday, March 13, 2013

Stop being judgemental.




Seorang awek berbaju kurung agak longgar dengan rambut lepas paras bahu, tanpa memakai tudung berjalan kaki. Wajahnya tak berapa mekap, sekadarnya sahaja, berbedak dan berlipstik tipis.

Kemudian, muncul seorang awek lain memakai baju kurung moden, bertudung dan cantik bermekap. Merah pipi dia. Berjalan kaki jugak. Situasi yang takde apa2 pon tapi belahan kain dia sehingga menampakkan peha tu mencuri perhatian beberapa pasang mata. Diulang sekali lagi, sampai nampak peha ok.. bukan betis. Putih melepak.

Agak2, mana satu yang lebih aurat?

Hehh.. pagi2 dah buat dosa kering. Bukan niat nak judge orang sebenarnya, tapi benda yang ada depan mata ni automatik diproses. Hadam terus.

Aku pon banyak baju kurung moden kain belah. Masih cantik masih elok. Terbaru baju raya tahun lepas.

Masih aku pakai lagi tapi sekarang kena selektif sikitlah. Mana2 kain belah yang melampau belahnya aku dah sisih. Sayang memang sayang tapi seganlah nak pakai lagi. Tak selesa. Asyik nak pegang kain. Halal. Haram. Halal. Haram. Belah. Tutup. Belah. Tutup. Nak2 pulak kalau ada wind of change. Rasa nak jadi patung chendana je.

Kain belah aku yang masih tersimpan terbelah sampai betis kot. Aku pakai jugak kadang2. Tapi aku make sure hari tu aku bertapa dalam ofis je tak pergi mana2. Erkk... kalau pakai dalam ofis je tak kira ea? Kire tak dosa la pakai belah2 ea? Dusss...

Apapon, jangan pandang rendah pada mereka yang tidak memakai tudung. Memang benar bertudung itu wajib, means berdosa kalau tak pakai. Tapi siapalah kite untuk menilai semua dosa pahala itu. Bukan hak kita.

Aku pon sebenarnya banyak lagi nak kena perbaiki.

Wassalam :)







Friday, March 08, 2013

Selamat Hari Wanita Sedunia 2013




Sebab ada tertengok dalam suratkhabar dan dengar dalam radio.. kalau tak, aku pon taktahu bilanya hari wanita ni.

Jadi, oleh sebab aku ni wanitalah sangat, aku nak tujukan ucapan sempena Hari Wanita Sedunia ni kat diri aku sendiri.

Sejujurnya, aku tak pernah menganggap aku wanita. Bagi aku, wanita ni macam ibu2, seorang yang lembut, memakai lipstik, anggun, duduk kaki bersilang, tertonjol sifat2 feminin dan lain2 yang gurly2.

Bukanlah bermaksud yang takde sifat2 kat atas tu bukan wanita. Ini perasaan aku terhadap diri aku sendiri, bukan orang lain yer.

Sebab apa aku tak anggap aku wanita?

Sebab aku rasa wanita ni macam orang yang besar, aku ni kecik je daripada dulu. Internally, aku still merasakan aku budak kecik, yang kadang2 berperangai macam budak. Hehe. Boleh pulak berasa macam tu walhal umur masya-Allah.. dah nak masuk 40 dah pon! Huhu. Giler aku ni.

Tapi sejak aku terdengar iklan hari wanita sedunia dalam radio hari tu, terdetik pulak kat dalam hati aku... Hari Wanita? Eh akulah tu! Tiba2 terasa tersangatlah wanita aku ni. Hihi.

Dengan usia, imej bertudung, berkain berskirt sokmo, rasa dah cukup wanitalah aku ni! Ewww.....

Apa2 pon, kesihatan kena jaga. Tak lupe kecantikan jugak penting untuk wanita. Tak cantik nanti orang tak sayang. Ehhh ye ker? Huhu.

Gedik la pulak. Hadoiii...!





Friday, March 01, 2013

Di bulan Februari




Alhamdulillah. Hidup lagi rupanya. Huhu.

Sepanjang bulan Februari ni asyik sakit. Sakit perut, sakit kepala, demam, demam urat, demam selsema, batuk. Macam2lah.

Cuti raya cina pon demam. Tak sehat. Tak pergi mana2 pon. Memerap kat rumah je.

Lepas balik raya cina, masih tak berapa sihat lagi. Uyi pulak lepastu demam. Kena chicken pox. Masih mc lagi sekarang ni. Kesian dia, teruk jugaklah.

Kita tekan butang pause dulu.

Daa.



Tuesday, January 29, 2013

Cinta itu ketawa dan airmata, samalah macam kerja.




Bestnya kalau kerja sehari dua, lepastu cuti. Public holiday.

Bestnya kalau dalam sebulan mesti ada peristiwa camtu. Macam bulan ni.

Hehe.. barulah tak terasa tensen nak pergi kerja.

Ngeh ngeh...





Sunday, January 27, 2013

Semua orang pun ada masalah




Aku berasa sangat sedih...


Banyak yang boleh dihuraikan dengan ayat di atas.

Kenapa sedih? Pasaipa? Bergaduh dengan boifren? Ada masalah kewangan? Baru dapat tahu ada penyakit kronik? Kena paksa kahwin dengan pilihan ibubapa? Ditimpa musibah?

Dulu, aku fikir bloging boleh buat macam diari. Semua boleh cerita. Semua boleh tulis. Masalah itu, cerita ini, peristiwa suka duka.

Niat mula2 memang cuma nak cerita. Ala.. macam kite cerita kat diari kita. Tapi diari kita tu kita sorang je yang baca, unless kena curi.

Tapi dalam pada kita bercerita tu, sedar tak sedar kita dah berkongsi masalah kita tu dengan orang lain. Sedar tak sedar kita dah buka sedikit sebanyak aib (mungkin) diri kita, atau orang lain.

Kecuali, kalau blog kita tu memang betul2 private. Atau kita pakai topeng. Takde siapa pun tahu itu adalah kita. Takde gambar, bukan nama sebenar. Bolehlah nak mengarut banyak2.

Jadi, blog bukan tempatnya untuk cerita semua masalah yang menghimpit. Lebih baik share dan mengadu pada Allah (pesanan untuk diri sendiri)






Wednesday, January 23, 2013

Masa memang mencemburui saya




Tengok kalendar... dah 23hb hari ni. Dah 23 Januari dah rupanya. Sekejap je 2013 ambil alih mengisi hari2 mendatang. Agak rakus jugak sebab rasa macam 2012 masih anak kecik untuk ditinggalkan.

Namun, sedar tak sedar Januari dah pun nak sampai penghujung. Orang kerajaan pun dah dapat gaji hari ni. Sekali dengan bonus. Alhamdulillah... :) Boleh buat bayar hutang, belanja sekolah anak, beli barang dapur, shopping. Err... opsss... itu dah tak cukup. Tapi bolehlah.. lepaslah nak buat sedikit belanja. Lebih baik ada daripada takde. Ye dop?

Tapi, bila tengok kalendar balik... laa... Januari tak habis lagi rupanya. Minggu ni baru masuk minggu keempat sesi persekolahan. Bermakna tak sampai sebulan pun uyi sekolah. Tapi naper aku rasa macam dah 3-4 bulan huh??

Adehh adehhh...semput! Hoho...