FoLLoweRs

Thursday, February 20, 2014

Masa itu berjalan.




Diam tak diam dah masuk tahun ke-6 aku kerja kat sini. Fuhh.. lama jugak ek. April nanti genaplah enam tahun aku ulang alik Tasik Selatan-Putrajaya. Setahun lebih merasa jugaklah naik bas dari LRT Sungai Besi sampai ke ofis ni. Bas kilang kaler biru. Rm130 sebulan kalau tak silap.

Hari2 lebih kurang 6.45 pagi dah kena start menapak dari rumah sehinggalah depan LRT Sungai Besi tu. Around 7am bas pon sampai...

Balik pon macamtu jugak. Pukul 5 petang bas dah tunggu. Jangan lambat nanti kena tinggal, maklumlah... diorang semua nak balik cepat. Nak masak.

Masa balik ni tak boleh leka sangat. Tak boleh tidur sangat. Nanti kang terbabas sampai ke kl mana ntah satu hal pulak aku nak balik. Maklumlah, badan letih seharian kerja, kalau dapat lelap tu memang syurga lah. Boleh terbabas. Tapi alhamdulillah aku tak pernah. Time pagi je penah sekali terlelap.. dah terlepas satu stesen. Nasib baik satu je. Tebalkan muka je lah turun bas cepat2 patah balik. Mujur tak jauh sangat. Hehe.

Lepas tangkap Arowana satu, aku dah bye bye kat bas. Lega sebab tak terikat dengan jadual bas. Boleh balik kerja sesuka hati. Weekend boleh OT sesedap rasa. Kalau dulu selalu menyusahkan driver untuk hantar balik rumah kalau stayback, selepas itu tidak lagi. Huhu.

6 tahun kat sini aku dah rasa macam otai. Bukan otai nak berlagak ke apa, ini perasaan dalaman aku sendiri. Otai which is aku rasa memang aku dah lama kerja kat sini sedangkan sesetengah orang dah kematu tak tahan nak pindah.

6 tahun kata diorang adalah terlalu lama untuk stay dekat satu2 jabatan. Takde peningkatan, takde perubahan, tak banyak pengalaman yang berkembang. Yeke?

Nantilah aku pindah. Aku pon dah mula rasa titik2 bosan dan mual kat sini. Lama2 aku boleh sakit dengan permainan macam2 jenis peel manusia. Yelah, bukan semua orang suka kita. Bukan semua orang tahu niat kita. Bukan semua orang hargai keikhlasan kita.

Seawal 2008 aku join department ni aku rasa macam belia je walaupon dah masuk thirty series. Yelah, awal 30an lah konon. Mudalah tu. Sekarang dah bertambah 6 tahun. Rasa dah pangkat akak2 senior pulak aku ni. Muka yang kurus dah tembam cket. Badan pon berisi sikit. Berat pon dah bertambah sikit. Semuanya sikit sikit. Lama2 jadi bukit. Kadang2 rasa rindu nak jadi kurus waktu pakai saiz S. Huhu. Sekarang jeans pon ada yang dah ketat nak sarung. Uikss.. dah gemuk aku nikh? Sebenarnya taklah gemuk sangat, cume sayang nak buang lemak kat badan ni. Ngeh ngeh.

6 tahun kat sini memang membuatkan aku rasa comfort zone. Tapi selesa macamana pon aku dah rasa sedikit penat dan sesak napas.





Friday, February 14, 2014

Thursday, February 13, 2014

Membaca itu ilmu.




Sudah lama tak menulis. Apalagi membaca. Apalagi membaca untuk ambik periksa. Otak dah berkarat. Ingatan dah tumpul. Tumpuan dah lemah. Rasa macam dah tepu. Huhu.

Ok. Itu takde kaitan dengan aku akan ambik exam ke apa ke. Saje je.

Tapi betullah. Kurang membaca membuatkan aku tak tau dan tak kenal dunia luar. Kadang2 rasa macam bodoh pon ada. Erkk... kurang ilmu pengetahuan.

Bukan takde bahan bacaan. Banyak. Nak kate takde masa bunyi macam berlagaklah pulak sibuknya mengalahkan menteri. Tapi memang betul pon masa sangat pendek.

Kadang2 aku baca heading dia dulu. Ataupon belek gambar. Dengan harapan lepas ni aku akan hadam isi dia. Sebab nampak tajuk macam menarik, nak kena ada feel lah untuk menghayati. So, kita setelkan kerja2 rumah dululah baru sedap sikit nak mentelaah.

Selalu aku akan membaca atas katil. Sambil feeling2 rilek minum secawan kopi panas melepaskan rasa lega sebab lantai dah bersih habuk dah cuci, bersandarkan bantal kat belakang... pergh. Barulah ada nikmat dan ada penghayatan.

Tapi biasanya ampeh... sebab aku tak boleh santai2 kalau rumah tak kemas, kain dalam bakul tak berbasuh, habuk melekat kat almari tv, dapur tak berlap ataupon lantai rasa melekit. Aduhh.. dan kalaupon semua tu dah setel, tak banyak yang dapat aku habiskan dalam satu2 pembacaan tu. Separuh jalan, zzZZZZzZZzzz... ataupon tretttt... 'ko buat apa tu? jom g giant'. Bihihihh... Habess.

Abes camno nak terapkan budayo membaco dalam diri ini? Banyak sangat halangan. Cehh.. padahal alasan semata-mata.. hendak seribu daya, tapi kalau dah malas tu memang taklah kan.. Hukhuk.

Kurang membaca melemahkan daya tumpuan sebenarnya. Aku perasan kadang2 aku terpaksa ulang 2-3 kali sesuatu ayat tu sebab tak faham. Ataupon sebab tak dapat. Maksd tu tak sampai dekat aku. Atau aku lost. Dah baca perenggan dua aku boleh patah balik ke perenggan first sebab aku seolah dah lupe apa yang aku baca tadi. Iskk... teruk aku rasa.

Makin bebal pulak rasanya.

Tu belum kira baca al-Quran ye tak? Mana nak baca, mana nak faham ayat lagi. Haihh... Banyak betul kekurangan. Makin kerdil.





Thursday, January 23, 2014

Pon koya




Aku jarang tengok drama melayu kebelakangan ni. Terutama kat tv3. Ntahapahapa. Koya.

Yang hero wajib happy ending dengan heroin. Kalau kaya tu, kaya sangat2 dan sangat meloyakan. Kebetulan2 yang sangatlah obvious nak bagi cerita tu nampak touching, romantik urghhhh... Tak boleh blah.

Sesekali aku tukar channel marhaen. Hehe. Kadang2 drama diorang lagi realistik. Lagi ada jiwa, biarpon pelakon idup tak idup tak femes mana. Tenang rasa jiwa aku.

Yang pelik tu, ramai pulak orang yang suka ek. Entahlah, aku baca komen2 diorang kat internet je. Ada yang kate bestlah, lakonan mantaplah, sweet n touching sangatlah. Huhu. Entah hapa2. Yang berlakon best tu, memang bestlah. Tapi yang berlakon nampak betul2 dia berlakon sedaya upaya menjiwai watak tapi still nampak berlakon tu, haihh... pon diorang kate fuyyooo... bestlah! Adehhh.. ntah mana bestnyer aku pon taktau. Harap pada glemer je lah kot.

Cerita pon sama je. Kawen, mula2 tak suke last2 mesti suka. Kawen, mertua jahat pulak. Macam2 kena pedajal.

Last2nya aku layan drama cine je. Citer polis. Takpon citer investigation. Hehe. Tapi kalau dapat cerita yang berlatarbelakangkan era 50an atau 60an aku lagi suka. Lagi best.

Suka betul aku dengar diorang cakap cine. Huhu.






Wednesday, January 22, 2014

20 Januari 2014.




Okeh. 20 Januari dah berlalu. Bermakna i dah 38 officially. Ngeh ngehhh...

Hari tu boleh pulak tersasul...."Iskk... naik jerawat pulak kat muke ni. Umo dah masuk 28 pon naik jerawat lagi. Tskk tskk.." Berdekah2 kena gelak dengan adik aku. Huuuuhuu.. Perasan. Umo dah 38 boleh pulak sebut 28 yea. Well... kadang2 makcik tak terasa tuo pong. Mihmihmihhh....

Selain pasal complexion, soal kesihatan pon kena ambil berat sekarang ni. Ops sori, sepatutnya dari dulu kena jaga soal kesihatan ni taw tapi manusia memang macam tu. Dah lumrah. Bila dah rasa macam nak sakit sikit barulah terhegeh2 cari solution.

Aku, takdelah nak kata ada sakit kronik ke apa ker. Tapi yelah, makin meningkat usia ni tahap kesihatan pulak makin nak menurun. Ye lah, 38 tahun punya kitaran hidup. Semua proses perkumuhan dah berlaku.

So far aku rasa sihat takde masalah. Cuma banyak sangat perkembangan yang dah berlaku. Haha. Nak kena kecik2kan balik. Nak kena kuat2kan tulang, nak kena pejal2kan otot, nak kena lembab2kan kulit, nak kena kempis2kan perut. Haaa... banyak nak kena work out tuh.

Kite letak target sebulan untuk tengok progress dia camaner.

All the best lah untuk diri sendiri.





Monday, January 13, 2014

Januari cepatlah berlalu.




Assalamualaikum... hye.

Januari sangat special. Selain ia adalah bulan pertama dalam tahun Masihi, Januari merupakan bulan kelahiran aku, uyi dan ma. Januari aku rasakan bulan yang paling cepat habis. Errr... aku sorang je la yang rasa camtu. Hehehe. Mungkin sebab kita masih berada ditahun yang baru, masih dibuai tahun yang lepas, jadi kehadiran Januari tak berapa perasan sangat atau malas nak peduli sangat. Aku la rasa camtu. Hikss.

16 Januari ni uyi dah masuk 14 tahun. Wallawehhh.. dah besar anak aku. Dah 14 tahun aku jadi ibu kandung kepada Siti Ainur Shahirah. Bukan tak terasa masa itu cepat berjalan. Aku rasa tu. Tapi tu lah.. tak terkejar. Sebab jarum jam tu berjalan dan terus berjalan.

Aku rasa la kan, kalau jarum jam tu dipusing oleh manusia tanpa menggunakan bateri, nescaya pekerjaan memusingkan jarum jam adalah pekerjaan yang paling penat sekali. Ye la, setiap saat kena berdetik. Non stop. Seperi ombak yang memukul pantai tu la. Tak pernah berhenti.

Uyi takde request secara direct kat aku apa dia nak masa birthday dia nanti. Tapi menurut Dikja, dia nak makan kat hotel. Hahhh. Selera besar anak aku ni. Nak yang high class je. Tapi memang hari tu aku ada terdetik nak bawak dia makan kat Victoria Station. Dia suke sangat sirloin steak. Tapi aku pulak taktau jalan. Hehe. Cadangnya nak berdua-duaan je dengan dia.

Birthday aku pulak nanti.... ekheeemmmmm.......!
Hihi... tak de yang special jugak. Sebab tukang yang nak buat special takde. Hukhukk... Sadis. Layan makan kek je lah kan. Sedap jugok.

Untuk pertama kalinyer dalam beberapa tahun ni aku tak balik kampung beraya cine. Sebab cuti Chinese New Year tahun ni tak cunlah. Jatuh pada hari Jumaat Sabtu. Sabtu tu pulak berkongsi dengan Hari Wilayah. Arghhh... rugi rugi. Tak reti aku nak potong cuti kot mana. Last2, malas nak peningkan kepala aku decide tak balik kampung. Sedih pulak rasa tak dapat balik beraya.

Haihhh... membilang hari jugak menunggu 20 Januari. Mane tau ada kuntuman ros untuk aku? Ahakksss... Mihmihmihhh... perasan sendiri best!





Friday, January 10, 2014

It's 2014




Assalamualaikum.... 

It's friday... Yeahh!

Dan selamat tahun baru 2014. Untuk ingatan diri sendiri, aku ada masa dua tahun je lagi sebelum masuk 40. Seriusss... how time flies..... Sob sobb.

Sekarang ramai orang panggil kite kakak, tapi tak kurang jugak ada yang panggil kite adik. Haha. Rasa geli je tali perut usus ni bile orang yang kite rasa macam sebaya or maybe ada yang lagi mude atau tue sikit je panggil kite adik. Hihi. Adik lah sangat! Dah umur2 macamni macam tak layak je dipanggil adik. Huhu.

Takpe... kite kan sweet dan comey gitu. Ngeh ngeh ngehhh.

Tirai 2014 dah pon terbuka. Menandakan masa berjalan dan terus bergerak. Sangat pantas. Tangan aku belum puas lagi menulis nombor 2013, tiba2 dah kena tulis 2014.

Bila tahun baru, umur pon baru. Usia meningkat. Makin dewasa. Makin matang. Makin tua. Makin berkedut. Tapi tahun ni aku lupa sebentar usia aku. Aku tak berapa pedulikan peralihan hormon aku.

Aku lebih risaukan abah. Baru2 ni masa abah datang kl abah demam. Selsema. Batuk. Tiapkali abah batuk abah cakap dada dia sakit. Macam nak pecah. Abah pon kurang selera makan.

Ada sekali tu aku pandang wajah abah masa abah tengah tengok tv. Ya Allah... nampak cengkung. Kurus benar. Nampak benar abah dah dimamah usia. Tahun ni abah dah masuk 61. Memang aku tahu abah dah tua. Tapi wajah abah kali nampak benar2 dimakan usia. Wajah yang menahan jerit perih penat di bakar matahari. Aduhh.. sayu sangat rasa hati aku. Sebak. Tambah pulak abah tak berapa sihat. Memang ketara nampak kesihatan abah yang tak baik tu. Nak nanges aku rasa.

Sejak hari tu aku aku selalu tengok abah. Masa abah makan. Masa abah tidur. Aku rasa sangat sedih. Kesian abah. Abah pon dah tak ceria macam dulu. Mungkin sebab abah tak sehat...

Dan banda2 tu semua buat aku takut. Entahlah. Abah slalau cakap abah dah tua. Umur2 macam abah ni bila2 masa je. Kawan2 abah pon satu satu pergi. Haih. Abah, memang suka cakap camtu.

Lepas solat aku tak lupa doakan abah dan ma. Semoga diberikan kesihatan yang baik. Ameennn.


Ok. Back to my life. Rutin kembali seperti biasa. Menguruskan anak dara sorang tu yang ada macam2 angin. Lain2 tak banyak yang berubah. Seperti sediakala.

Takde yang beza pon 2014 ni. Sama macam biasa. Semangat, azam, keinginan. Yang berbeza cuma angka. Kerja pon macam biasa. Cuma kadang2 aku rasa bosan dengan environment ofis ni. Mual. Huhu.

Kalau aku ada banyak duit, aku teringin nak makan angin. Hahhh.





Thursday, December 19, 2013

Sat




Nanti kite letak gambar masa kenduri adik kite kawen ekk.

Tunggu...





Friday, November 29, 2013

Kahwin itu normal




Assalamualaikum... hai hai.

Update blog pagi ni. Kaver sket post yang last tu. Mihmihmihhhh... Ala takpe, kalah menang tu pasti. Kalau tak kalah, menang. Kalau tak menang, kalah lah. Adat dan peraturan.

Apapon, set kito jange pecah. Wahhh haha.

Ada kurang lebih 2 minggu lagi majlis pernikahan adikkkk aku. Huhu. Bukan aku yea. Aku punya kalau takde aral melintang in sha Allah tahun depan. Doa2kanlah yea semoga dipermudahkan segala urusan. Uyi pon dah bagi green light tu :))

Cakap pasal kahwin ni, seorang lagi adik aku bakal berkahwin Disember nanti. Dapat pulak orang Pahang. Kira ok la jugak. Sama2 pantai timur. Senang nak balik. Satu jalan. Tapi senang senang pon, konfius jugak tu pagi raya nak balik mana dulu. Ahaksss... Nanges.

Rasa sedih jugak di sebalik tengah happy2 nak balik kampung untuk kenduri kahwin tu nanti. Ya la, lepas ni kuranglah sorang ahli majlis kat dalam rumah tu. Taktau lagi dia duduk mana lepas kahwin ni. Kalau jauh jaranglah dapat jumpa. Susahlah nak ngeteh sama2. Kalau dekat, boleh aku singgah hari2 amek lauk. Hahaha..

Bila ingat2 balik kan, rasa takut pon ada. Takut jarang dapat jumpa. Takut tak dapat kumpul2 ramai2 macam dulu. Mesti tak best kan... Sebab kitorang dah biasa dapat berkumpul ramai2. Biasa sangat. Dikja, suami dia tak kesah selalu balik kampung. Abang long pulak memang duduk kat kampung. Kitorang adik beradik yang lain memang stay sama2 kat KL ni. Jadi memang tak pernah berpisah. Duduk satu rumah, kerja kadang2 tempat yang sama, shoping sama2, lepak sama2. Pendek kata semua aktiviti memang bersama2. Dating je lain2.

Dah la aku ni adik-beradik perempuan ramai. Ada 7. Satu satu kawen.... semua ikut suami masing2 nanti. Sob sobb...

Tapi, itulah hakikat yang harus diterima. Memang fitrah manusia hidup berpasang-pasangan. Semua orang pon macam tu kan. Kahwin. Hidup berumahtangga. Ikut pasangan masing2. Berpisah. Aku tahu tu. Aku faham. Cume .. yelah.. luahan perasaan.

Oklah. Babaiii.. kite buat kerja. :)





Friday, November 01, 2013

GKG!







Tengah rasa nak menggomo ni. Mihuhihihuuuuuu........ All the best for our warriors. Set kito jange pecoh :p







Salam Tahun baru




Gedebak gedebuk dah November. Agak penghujung tahun bagi 2013. Dan minggu depan dah masuk Muharram. Awal tahun bagi umat Islam.

Cepat. Aku ada 2 tahun lagi untuk berada dalam three series. Waaaahhh. Gilos! Sangat pantas. Sebab aku masih ingat lagi masa darjah satu aku pakai kasut sekolah sumbat kertas sebab longgar, tak muat. Sedar sedar sekarang aku dah jadi makcik.

Kalau dulu orang selalu panggil adik.. lepastu panggil sis.. sekarang aku selalu dengar orang panggil aku aunty. Aku pon bahasakan diri aunty jugak. Arghhhh..! Makcik kepada anaknya yang berada dalam sekolah menengah.

Ambil cermin dan telek muke dekat2.. lubang pori2 dah mula tersengih. Kalau tengok jauh2 memang la tak nampak. Tengok dekat2 lagi... owhh kasar dan kusam. Letak jauh sikit cermin... ala... macam umur 25 lagi. 


Uweeekkkkk.... huhuhu. Bolehlah kalau nak muntah.

Kalau fikir soal umur, soal tua memang kecut perut. Alahaii.. dah nak tua ke aku? Hadoi.. rasa macam tak sedia lagi. Rasa nak muda lama2. Rasa nak jadi cantik macam Rozita Che Wan.

Tapi Che Ta kawen orang muda. Muda sangat dari dia. Aku tokser la jadi camtu. Tak padanlah. Tak konfidenlah. Nanti aku dah tua kedut, laki aku muda lagi, baru nak naik. Time tu nanti baru la nampak 'ketuaan' kite dari kecantikan kite yang dah mula pudar tu.

Ye dop?

Apapon, semoga Kelantan menang Piala Malaysia nanti. Heh. Gomo Kelate Gomo!





Thursday, October 31, 2013

KL Gengster 3




Ni ha.. uyi pow aku.



Tajuk ini yang dibelinya. Haihh..! Kalau bab2 gengster ni suka betul dia. Tskk...






Saturday, October 26, 2013

Asyik rindu




Rindunyer pada ........   pada apa yea. Pada kenangan lalu, pada zaman lalu, pada orang dulu, pada saat2 indah dulu, perkara2 yang lalu, dan yang dulu2. Yang pasti pada perkara2 atau insan2 yang dah lepas, yang dah berlalu. Yang mungkin sesetengah sudah tiada pada waktu ini.

Banyak perkara yang dirindukan sebenarnya. Rindu nak berambut panjang macam dulu. Rindu nak lepaskan rambut mengurai bebas beralun, rindu nak hang out dengan adik2 bergelak ketawa dengan perangai masing2 mengalahkan budak2, rindu nak berpegangan tangan dan duduk kat playground merenung langit, rindu nak kena ngorat, rindu nak pergi sekolah.... Haihhhh.. macam2.

Aku ni kan, kalau diberi satu masa untuk flashback zaman2 lalu mesti meleret2 sampai ke hapa2 ntah. Lepastu teringat2.. rindu. Huuuuu.... Lepastu kadang2 rasa a little bit menyesal... atau sebak. Lepastu cepat2 geleng kepala tiga kali pastu cepat2 gerakkan badan.

Kena buat something yang membuatkan kita jangan mengelamun lagi. Sebab kadang2 lamunan tu sangat menyakitkan sebenarnya. Tapi entah kenapa, walaupon sakit nak jugak masuk seketika untuk ambil sedikit 'rasa'. Sakitttt.

Apa2 benda yang tinggalkan kesan dalam hati atau dalam hidup kita bohonglah kalau cakap kita dah lupe. Sedikit sebanyak mesti ingatan tu ada. Lainlah kalau dah hilang ingatan. Amnesia.

Arghh.. apa aku merepek ni. Datang opis nak buat kerja. Huhu. Kat rumah bukan tak boleh memblog. Boleh tapi tak puas. Jari ni nak jugak menekan keyboard. PC. Bukan notebook. Apalagi hp. Setakat nak berinstagram atau berwassap boleh lah. Tapi nak type2 macamni, aku lebih berahi pada keyboard yang besar ni. Skrin pon besar. Sedap mata memandang.

Ok adios.





Friday, October 25, 2013

Di atas normal




Uyi dah hampir setahun duduk dengan aku. Hurm.. memang terasa perbezaannya lah.

Ibu dan anak, ada je yang tak kena. Ada je yang panas. Kitorang ni lain2 perangai. Aku tak jumpa mana serasinya aku dan uyi.

Kadang2 mengeluh sendiri. Kenapa kitorang tak macam mak dan anak macam orang lain. Kadang2 aku pelik, dulu masa berjauhan asiklah rindu2an. Bercakap dalam telefon mengalahkan orang bercinta. Aku rindu itu!

Sekarang usahkan mesra, nak bertepuk bertampar pon jarang sekali. Aku, kat mata dia ada je yang tak kena. Ada je yang dia tak setuju. Seolah apa yang aku buat tu semua salah. Semua tak betul.

Cuma, alhamdulillah lah dia dengan adik2 aku sangat rapat. Sangat mesra. Kalau pergi mall orang ingat adik beradik. Sebab uyi pon da besar. Badan dia lagi besar dari mak2 sedara dia.

Kemesraan diorang tu kadang2 buat aku rasa cemburu. Bukan aku tak pernah tanya uyi kenapa takboleh layan aku sepertimana dia layan mak uda, acik, mak teh etc etc, tapi bila ditanya dia selalu cakap takde apa2. Sampai aku pon dah naik fade up.

Lagi pulak kalau aku tegur dia, marah dia. Mau muncung sedepa. Kadang2 taknak makan langsung. Merajuk nombor satu. Hadoi.. mengada2.

Tak taulah macamane hubungan kami nanti. Sampai dia besar ke? Sampai dia nak kawen ke? Sampai dia tua ke? Marahkah dia kat aku sebab tak jaga dia masa kecik, sebab tak bagi keluarga yang sempurna kat dia? Haih.

Mungkin ambil masa nak cipta keserasian antara aku dan uyi. Nak bina balik kasih sayang masa dulu, bila berjauhan rasa rindu bile depan mata buat tak kesah. Tak heran. atau rasa tak biasa.

Apapon, aku always doa yang terbaik untuk anak aku.  Aku selalu pesan kat dia, walaupon dia tak sayang aku macamane aku sayang kat dia tapi aku tetap doa dan nak bagi yang terbaik untuk dia. Sobb...
Aku taknak rasa kecik2 hati atau tersinggung apa2 dengan anak aku. Sebab nanti efek pada life dia. Tak berkat woo life kita kalu buat perasaan ibu tergoresss....





Friday, September 20, 2013

Itulah....




Aku rasa, aku kena update lah senarai blog kat sebelah ni. Aku perasan banyak yang dah takde.

Tapi rasa sayang pulak. Heh. Kang kalau delete nak ganti dengan blog apa pulak? Malas pulak rasanya nak taip. Banyak sebenarnya blog yang selalu aku singgah tapi takde dalam list sebelah ni. Tak penahnya nak update. Biarlah list blog otai2 tu yang menghiasi blog ini. Hehe.

Lagion, aku dah tak berapa obses meneroka blog2 ni lagi. Dah malas. Sedihnya mengenangkan kemalasan diri sendiri.

Bukan sebab malas je, 24jam aku rasa tak cukup. Kalau dulu basuh kain seminggu sekali atau dua, sekarang aku rasa nak basuh hari2. Nak sapu rumah, buang rambut yang berguguran. Nak lap dapur, nak lap habuk, nak masak, nak squat, nak angkat dumbell lagi. Haihhh... banyaknyaaaa nak buat.

Magazine kat rumah yang beli pon ada yang tak khatam lagi. Itu belum kira buku2 agama. Haaaa... Belum kira baca al-quran. Lagi lah rasa lazy. Huhhh. Teruk teruk.

Dan sekarang aku pon taktau pasal apa aku buat entry ni. Nak kate update blog list tak jugak. Huhu...

Sudahnya.





Thursday, September 19, 2013

Dikejar




Sejak lepas raya hari tu aku perasan aku macam dah tua sikit. Hehe.. Tua camaner tu ea yang dimaksudkan?

Camni, bila aku solat, bila nak bangun lepas sujud tu terasa berat sangat badan ni nak bangun. Padahal sebelum ni aku paling cargas sekali. Zasss.. takde masalah, bangun tak payah nak tongkat2 tangan.

Lepas tu kulit tangan aku ni rasa kering semacam. Jangan cakap kurang air, sebab aku rasa dah banyak air aku minum.

Lepastu cepat2 perati muka sendiri... sekejap ok. Moist. Sekejap rasa macam kering dan kedut2 halus. Huhh. Pakai masker.

Terdetik kat hati... eh dah tua ke aku ni? Badan dah tak larat. Sakit lutut? Kulit berkedut? Adakah ini tanda2 awal menghampiri usia senja? Ulpp...

Hukhuk...





Friday, September 13, 2013

Testing




Kadang2 kita baru tersedar yang kita ni sayang pada seseorang.. tk kirelah siapa.

Tapi kita jarang ekspresikan rasa tu.

Macam rugi pulak rasa.. kan?





Thursday, September 12, 2013

Tanggal 31 bulan 8 lima puluh tujuh.




Ok. Ini adalah kali pertama aku ke dataran merdeka sebab nak sama2 meriahkan sambutan kemerdekaan negara.



Mula2 aku dapat snap gambar belakang orang je... Yelah orang dah ramai, dah pukul 8 lebih, aku pulak kategori kenit, memang ini je lah yang dapat.

Lama jugaklah aku dan uyo (adik aku) pusing2. Tak tahu tahu nak dok kat celah mana. Orang sangat ramai. Macam2 kaum ada. Mat salleh pon sibuk jugak dengan baju kurungnya.

Aku dah frust dah. Lain kali kena datang pukul 6 pagi kot nak dapat barisan depan sekali nak tengok perbarisan.

Ada la dekat 40 minit kitorang ke sana ke sini, nak panjat situ tak boleh, nak panjat sini tak sampai. Hadoi.. keciwa sebab rasa macam tak berbaloi datang ke dataran ni tapi tak nampak apa2.



Sehinggalah... haa.. ini dinamakan tuah ayam nampak kat kaki tuah manusia nampak kat mana? Rezeki Tuhan nak bagi... 

Sekali bila sampai kat satu stage tu (actually aku tak tau pon itu stage utk VIP), kitorang gamble je, naik tangga .. agak nampak macam free cket area tu, lepastu nampak macam petugas je kat situ, selit2 sket kat abang polis ke abang hapantah, dia bagi laluan.. lepas tu depan sikit nampak macam kakak jawatankuasa petugas (sebab dia panggil aku adik, wakakaka), sekali kakak tu suruh kitorang duduk kat depan. Ada kerusi kosong kat barisan ketiga dari depan. 



 Haa.. barulah clear depan mata jelas kelihatan perwira negara gagah memegang senjata.. :)



 Aku taktau nama apa tu..



 Yang penting ada bendera Malaysia tu...



 Kitorang tak sempat nak bergambar sama2 dengan abang celorong celoreng ni. Uyo frust...



 Kereta kebal?



 Itu bukan tabik namanya, itu macam menahan dari silau cahaya matahai jer.. hehehe



 Seronok tengok persembahan diorang depan mata. Semangat!



 Sport shoes aku rosak. Sandal ni je yang flat. Kesian...



 Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang...



 Depan aku tu set2 tan sri dan puan sri tuuu....



 Biasanya aku dengar four wheel je, tapi ni rasanya eight wheels. Ntah.. lupelah, tak bawak buku nota.



 Dapat jugak aku tengok perbarisan berkuda. Hehe...



 Time ni show untuk aset2 ATM.. semua gambar pesen camni je lah.



Masa ni rasa nak ada pakwe tentera je.. hehe.



Haa.. tu je lah. Gambar sama je. Untuk perbarisan lain aku tak sempat nak snap. Terlepas. Time ni aku kat stage VIP, tu yang sesedap rasa amek gambar. Sampai aku kena tegur sebab kadang2 aku berdiri dan ke depan sikit untuk snap gambar.. Dia cuit bahu aku,'dik, kalau boleh jangan berdiri lama-lama yea, ini pentas VIP ni.' Oppssss.....

Hehe.. malu seposen.

Lepas tu baru aku perasan ada beberapa menteri kat barisan first belah kiri aku. Lepas tu kerusi kat situ semua ada tag nama Datin Sri lah, Tan Sri lah. Huhu. Malu seround wehhh..!

Lepas habis perbarisan tu aku dan uyo shoping tudung kat area masjid jamek. Alang2 dah sampai sini rugi rasanya tak pergi. Bila lagi kan....

Sebenarnya, aku tak pernah pergi pon mana2 sambutan perbarisan kemerdekaan. Ini pertama kali.  Bayangkan.. lewat usia yang sebegini baru rasa semangat nak pergi? Huuhu.

Eniwei, aku rasa bangga.




Salam kemerdekaan dari kami. Yeayy..!





Tuesday, September 10, 2013

Sapu sapu




Ok. Biar aku taip sikit supaya sawang dan habuk semua berterbangan dari melekat kat dinding blog ni. Huhu.

Nak letak pic masa sambut hari merdeka tak menyempat. Nanti free dan rajin sikit aku letak.

Jenuh nak mencari gambar...





Wednesday, July 24, 2013

Separuh lagi.




Assalamualaikum... salam sejahtera.

Hari ni 15 Ramadan. Maknanya dah masuk 15 hari kite berpuasa. Dah setengah bulan. Dah start baca doa qunut pada solat witir. Patutlah semalam bulan bulat terang benderang. Lagi separuh bulan kita akan raya,

Pagi tadi masa on the way ke ofis, pertama kali aku dengar lagu raya kat radio, Hot.fm. Sebelum ni ada dengar jugak tapi kita pasang sendiri kat henfon.. takpon dengar masa kat mall.

So bila dengar lagu raya tadi.... alahaii rasa nak balik nak balik nak balik!!! Nak balik kampung! Eee.. tak sabarnya nak jumpa famili semua. Excited pulak rasa.

Bukan excited nak raya, tapi lebih kepada nak balik kampung dan berkumpul sama2 keluarga semua. Lepastu nak makan2.. emphhhh... lazatnya nikmat.

Bulan puasa ni aku terpaksa merajinkan diri untuk memasak. Rajinnya aku memasak sampaikan aku dah naik jemu bau bawang, bosan menumbuk dan menumis bawang. Haa.. bayangkanlah sebelum ni berapa kerap aku memasak.. Huhu.

Well... aku tak berapa rajin dan minat memasak sebenarnya... Ngeh ngeh ngeh. Dapat?

Tahun ni jugak aku tak bercadang nak ke buffet ramadan. Sebabnya selera dan nafsu makan aku tak sehebat dulu. Makan pon ciput je. Jadi nilai rm60 tu sangat besar nilai kerugiannya kalau aku habiskan kat tempat2 macamtu. Banyak mana sangatlah aku boleh sumbat, rugi rugi. Baik aku buat beli baju atau kasut. Lagi berbaloi, lebih nilai.

Dan aku belum berkesempatan nak jalan2 ke downtown Cheras. Eeee... bile nak pergi ni. Nak cari jubah yang rare.

Weeee.... tak sabarnya nak cuti!!