FoLLoweRs

Thursday, August 14, 2014

Kroohhh...!




Kalau buat kenduri kawen hari ni best ni. Sebab tarikh dia cantik. Hehe.

14.8.14

Kalau beranak hari ni pon best jugak. Senang nak ingat tarikh. IC pon lawa je nombor. Huhu.

Dah. Itu je modal hari ni. Motif? Bosan sejuk giler dalam ofis.

Gi tido dalam kete lagi selesa. Hihhh.





Thursday, August 07, 2014

Sejarah Palestin & Israel.




Supaya blog ini tidak kalu terlalu lama sebab tuan tanah pemalas tahap cipan, meh lah kite share sesuatu yang berbentuk ilmiah untuk pengetahuan kita bersama. Ni pon copy dari blog orang lain. Kredit kepada http://www.szlihin.com/2012/11/kronologi-sejarah-konflik-palestin.html


Kronologi Sejarah Konflik Palestin-Israel

Palestin terletak di wilayah yang dinamakan Bulan Sabit Subur, sebuah kawasan yang pada hari ini meliputi Iraq, Syria, Lubnan, Jordan, Israel, Gaza, dan Tebing Barat. Disebabkan kawasan tanahnya yang subur, luas, dan kedudukan geografinya yang penting sebagai penghubung komunikasi antara Afrika, Asia, dan Eropah, Palestin sering ditakluk sehinga lebih kurang 30 kali dalam sejarahnya yang telah menjangkau 5000 tahun.

Bangsa Kanaan merupakan kaum nomad yang sampai ke Palestin dari padang pasir beribu-ribu tahun sebelum kedatangan Nabi Isa a.s. dan mereka merupakan bangsa pertama yang menghuni kawasan tersebut sebagaimana yang banyak dinyatakan dalam kajian-kajian ahli sejarah. Mereka menamakan negara mereka sebagai Kanaan (Canaan). Perkataan Palestin dicipta oleh orang Yunani yang membawa maksud tanah air orang Philistina atau Filastin dalam bahasa Arab. Pada abad ke 19 dan 20, sebahagian besar tanah Palestin telah diceroboh oleh pendatang Yahudi dari Eropah dan pada tahun 1948 mereka mengisytiharkan penubuhan negara Israel di sebahagian besar tanah Palestin setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk memecahkan Palestin yang diperintah dengan mandat antara bangsa Arab Palestin dengan Yahudi.

Berikut merupakan rentetan beberapa peristiwa penting dalam perkembangan konflik Palestin-Israel sejak penguasaan Khilafah Utmaniyyah sehingga tahun 2005:


1516
Pemerintah Uthmaniyyah dari Turki menakluki keseluruhan Timur Tengah termasuk Palestin. Mereka telah menguasai kawasan ini selama 400 tahun.

Abad ke-19
Orang-orang Yahudi ditindas di Eropah. Kumpulan-kumpulan kecil Yahudi Eropah mula berhijrah ke Palestin. Mereka bersepadu dengan penduduk Arab dan mendapat tempat perlindungan untuk mengamalkan agama mereka. Apabila kolonialisme Eropah menakluki hampir seluruh dunia, lahirlah gerakan Zionisme, iaitu sebuah gerakan politik yang mendakwa bahawa menurut Old Testament dan New Testament, semua orang Yahudi mempunyai hak ekslusif ke atas Palestin. Pada masa yang sama, pemerintahan Uthmaniyyah ke atas Palestin dan Timur Tengah menjadi kian lemah.

1869
Sebuah konsortium Perancis-British telah membina Terusan Suez, menerusi Mesir. Terusan yang dibuka pada 1869 ini menjadi jalan pintas ke jajahan Perancis dan jajahan British Ia menjadi cukup penting sehingga British menggabungkan Mesir ke dalam empayarnya pada tahun 1882. Terusan Suez dan kedudukan Timur Tengah yang strategik membuatkan kawasan ini amat diperlukan oleh penjajah.

1896-1897
Theodor Herzl, salah seorang pengasas Zionisme telah menulis sebuah buku berjudul The Jewish State. Dalam buku ini, Herzl menyokong pembentukan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun berikutnya, gerakan Zionis mengadakan kongresnya yang pertama di Basel, Switzerland. Penyokong Zionisme mula menguruskan penghijrahan orang Yahudi secara- besar-besaran ke Palestin.

1908
Minyak ditemui buat kali pertama di Timur Tengah oleh orang British di Iran.

1914-1916
Perang Dunia Pertama meletus. Orang Turki bimbang dengan pengaruh Britain dan Perancis yang semakin kuat di Timur Tengah, lantas mereka bersekutu dengan Jerman. Zionis bekerjasama dengan Britain dan mendesak Britain menyokong penghijrahan orang Yahudi ke Palestin. Sebagai balasan, mereka menjanjikan negara Yahudi yang terbentuk nanti akan melindungi kepentingan British di Terusan Suez. Pada masa yang sama, Britain berjanji kepada orang Arab bahawa mereka akan diberikan kemerdekaan jika mereka bangun menentang orang Turki. Justeru orang Arab memulakan pemberontakan. Sementara itu, Britain dan Perancis telah bertemu secara sulit. Dengan menjangkakan bahawa orang Turki akan ditewaskan, kedua-dua kuasa ini merancangkan pembahagian Timur Tengah melalui Perjanjian Sykes-Picot.

1917
Perisytiharan Balfour pada 2 November menyaksikan Setiausaha Luar Negara Britain, Lord Balfour mengumumkan sokongan bersepadu kerajaan Britain kepada pembentukan sebuah negara kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin. Orang Arab membantah. Britain menenangkan mereka dengan berjanji bahawa penempatan Yahudi di Palestin hanya dibenarkan sejauh mana penempatan mereka sejajar dengan kebebasan politik dan ekonomi penduduk Arab. Bagi rakyat Palestin, 2 November menjadi hari berkabung buat seluruh negara.

1918
Orang Arab membebaskan Damsyik daripada pemerintahan Uthmaniyyah. Walaupun mereka telah dijanjikan kemerdekaan, namun sebulan kemudian Britain menguasai Damsyik. Britain, Perancis dan Amerika Syarikat memenangi Perang Dunia Pertama.

1920-1939
Liga Bangsa dibentuk, dan jelas sekali sebahagian besar negara ahlinya merupakan negara Eropah. Liga memberi Perancis mandat ke atas Syria, manakala Britain diberi mandat ke atas Iraq, Jordan dan Palestin. Di sini mandat ringkasnya membawa makna Britain dan Perancis mentadbir kawasan-kawasan ini sebagai jajahan de facto. Pada 1 September 1920, Perancis membentuk Lubnan Besar, merangkumi Gunung Lubnan dan beberapa bahagian Syria.

Dengan persetujuan British, Zionis memulakan penghijrahan orang Yahudi Eropah secara besar-besaran ke Palestin. Antara tahun 1919 dan 1936, penduduk Yahudi di Palestin bertambah dari 58 000 kepada 348 000 orang. dalam tempoh yang sama, penduduk Arab di Palestin bertambah dari 642 000 kepada 978 000 orang. Zionis menubuhkan Dana Kebangsaan Yahudi untuk membeli tanah di Palestin tetapi mereka dapat memperluaskan bahagian tanah mereka sebanyak 5.6 peratus sahaja.
Rakyat Palestin membantah penhijrahan Zionis yang semakin pesat, tetapi Britain tidak bertindak balas. Pada tahun 1936, Palestin mengisytiharkan mogok peringkat kebangsaan sebagai membantah penghijrahan Zionis. Tidak lama kemudian mogok rakyat Palestin bertukar menjadi pemberontakan bersenjata terhadap British. Namun pada tahun 1939, British bersama Zionis telah berjaya menghancurkan pemberontakan tersebut.

1943
Kemerdekaan Lubnan, dan kuasa diagih-agihkan mengikut agama dengan kekuatan sesuatu komuniti agama didasarkan kepada bilangan yang diandaikan. Kuasa orang Kristian tidak dapat ditandingi, dipastikan oleh nisbah enam ahli Kristian kepada setiap lima ahli Islam di Parlimen. Presiden mesti seorang Kristian Maronite. Perdana Menteri seorang Muslim Sunni, Speaker Parlimen seorang Muslim Syiah dan seterusnya daripada struktur yang berasaskan kepercayaan agama atau gabungan yang terbentuk daripada komuniti bangsa. Pegawai kanan Angkatan Tentera Lubnan kebanyakannya orang Kristian.

1939-1945
Perang Dunia Kedua meletus. Dasar British berkaitan Palestin berubah dan secara tiba-tiba sahaja mereka cuba menghadkan penghijrahan Zionis untuk menghalang orang Arab daripada menyokong Jerman. Zionis mengaturkan penghijrahan secara haram dan terus terang menentang British. Di Eropah, Adolf Hitler memulakan penghapusan etnik Yahudi. Sebelum Jerman tewas, berjuta-juta orang Yahudi telah dibunuh. Lebih daripada 200 000 orang Yahudi dapat berhijrah ke Palestin di bawah program Zionis. United Nation (UN) atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan. Syria, Lubnan, dan Jordan mencapai kemerdekaan tetapi tidak Palestin.

1946
Pertempuran ganas antara orang Yahudi Zionis dengan rakyat Palestin. Britain tidak lagi dapat mengawal keadaan dan membiarkan PBB memikul tanggungjawab ke atas isu Palestin.

1947
Resolusi Pemecahan yang ditetapkan oleh PBB membahagikan Palestin di bawah mandat Zionis Yahudi dengan orang Arab Palestin. Rakyat Paletsin menolak pembahagian tanah air mereka. Zionis bersiap sedia untuk menghadapi pemecahan dan memulakan kempen keganasan terhadap rakyat Palestin untuk memaksa mereka lari meninggalkan kampung halaman.

1948
Tentera-tentera British meninggalkan Palestin. Zionis mengisytiharkan negara Israel untuk kaum Yahudi. Negara-negara Arab menghantar angkatan tentera untuk menentang negara baru ini. Sejumlah 800 000 rakyat Palestin lari sebelum kemaraan askar Israel. Ankatan tentera Arab terpaksa berundur dan hanya mampu mengekalkan Tebing Barat Palestin dan Gaza. Jordan menguasai Tebing Barat dan Mesir mengambil alih pentadbiran Gaza.

1949
Israel diterima sebagai negara anggota PBB. Pada masa yang sama PBB mengarahkan Israel untuk membenarkan rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka, tetapi Israel tidak mematuhi arahan ini. Akhirnya rakyat Palestin terpaksa tinggal di kem-kem pelarian di bawah kelolaan UNRWA (Agensi Bantuan dan Kerja Amal PBB) di Jordan, Lubnan, Syria, Tebing Barat, dan Gaza. Rakyat Palestin tidak menubuhkan sebarang gerakan penentang tetapi sebaliknya mereka bersikap tidak peduli dan menanti sahaja kedatangan tentera Arab untuk membebaskan Palestin.

1956
Mesir memiliknegarakan Terusan Suez. Israel, Britain, dan Perancis menentang Mesir. Kesatuan Soviet mengancam akan mengebom Paris dan London. Amerika Syarikat memaksa penyerang berundur. Sekumpulan penuntut Palestin-salah seorang daripada mereka ialah Yasser Arafat- memutuskan untuk bertindak sendiri dan mereka menubuhkan Gerakan Pembebasan Palestin atau al-Fatah.

1958
8 Mei: Perang Saudara Lubnan yang pertama bermula. Perang berakhir pada 14 Oktober.

1964
Negara-negara Liga Arab menubuhkan Palestine Liberation Organization (Pertubuhan Pembebasan Palestin) atau PLO. Pergerakan Fatah tidak menganggotai PLO kerana mereka menganggap PLO terlalu dipengaruhi oleh negara-negara Arab.

1965
1 Januari; Fatah menjalankan operasi gerilanya yang pertama di Israel.

1967
Perang Jun: Angkatan tentera Arab ditumpaskan. Dalam tempoh enam hari sahaja Israel telah menambah wilayahnya sebanyak tidak kali ganda dengan menduduki Semenanjung Sinai di Mesir, Bukit Golan di Syria, Tebing Barat, dan Gaza. Kini seluruh Palestin diduduki. Sejumlah 416 000 pelarian baru dari Tebing Barat dan Gaza tiba di Jordan, Mesir, Syria, dan Lubnan. Kuasa besar Amerika Syarikat dan Russia memulakan serangan diplomatik untuk memujuk negara-negara Arab supaya mengiktiraf Israel, dan sebagai balasan Israel akan beredar dari kawasan-kawasan yang didudukinya. Namun tiada sepatah perkataan pun disebut tentang hak kebangsaan rakayat Palestin.

1968-1969
Perjanjian Kaherah mengesahkan kehadiran rakyat Palestin bersenjata di Lubnan dan menggunakan sebahagian kawasan selatan sebagai tempat melancarkan serangan ke atas Israel. Ketiadaan angkatan bersenjata selepas tentera Arab dalam Perang Jun kemudiannya diganti dengan kehadiran Fatah. Beberapa lagi kumpulan komando ditubuhkan seperti Barisan Hadapan bagi Pembebasan Palestin dan Barisan Demokratik. 21 Mac 1968: Pertempuran Karameh- kumpulan gerila Palestin di Jordan berjaya menumpaskan angkatan tentera Israel. PLO mengambil alih kuasa ke atas kem pelarian di Lubnan dan di Jordan. Disember 1968: Israel menyerang lapangan terbang Beirut; maka bermulalah konflik di Lubnan berkaitan isu Palestin. Pada tahun 1969, kumpulan-kumpulan komando mengambil alih PLO dan pemimpin Fatah, Yasser Arafat dilantik sebagai pengerusi PLO. Pangkalan gerila turut ditubuhkan di Jordan.

1970-1971
Peristiwa Black September. Banyak sekali operasi gerila PLO yang dilancarkan dari Jordan, tindak balas dendam oleh Israel terhadap pengkalan gerila dan kampong-kampung di Jordan, perampasan empat buah kapal terbang ke Jordan, dan bertambahnya kekuatan tentera PLO mencetuskan konfrontasi antara gerakan pembebasan dengan Raja Hussein dari Jordan. Selepas pertempuran dan pembunuhan beribu-ribu rakyat Palestin, angkatan tentera Raja Hussein berjaya mengusir keluar gerakan pembebasan dari Jordan pada Septrember 1971. PLO memindahkan ibu pejabatnya dari Jordan ke Lubnan. Serangan gerila yang berterusan terhadap Israel menyebabkan Israel melancarkan serangan udara terhadap selatan Lubnan. Presiden Jamal Abdul Nasser dari Mesir meninggal dunia dan Anwar Sadat menggantikannya.

1973
Perang Oktober: Usaha Damai kuasa-kuasa besar ke atas Timur Tengah beransur-ansur menjadi buntu kerana Israel enggan bertolak ansur. Untuk memecahkan kebuntuan, Mesir dan Syria memulakan serangan terhadap angkatan tentera Israel di Semenanjung Sinai dan Golan. Negara-negara Arab memulakan sekatan minyak. Rundingan damai yang baru bermula.

1974
Pengerusi PLO, Yasser Arafat menyampaikan ucapan pertamanya di Perhimpunan Agung PBB. Sebahagian besar negara di dunia -105 buah negara- mengiktiraf PLO sebagai satu-satunya wakil sah rakyat Palestin. Pada masa yang sama, PBB mengiktiraf hak rakyat Palestin terhadap tanah air kampung halaman mereka sendiri.

1975
Operasi gerila yang begitu banyak dari selatan Lubnan menyebabkan Israel memulakan operasi pengeboman yang dahsyat terhadap kem pelarian Palestin di kawasan berkenaan. Mereka turut menyerang perkampungan-perkampungan di Lubnan untuk memaksa penduduk lari meninggalkan rumah mereka. Zionis menegaskan bahawa selatan Lubnan juga adalah milik negara Yahudi yang juga diistilahkan mereka sebagai Tebing Utara Israel. Rabbai IDF mengeluarkan risalah yang mewar-warkan bahawa bandar dan kampung di Lubnan dinamai dengan nama Ibrani kuno. Beirut ditandai Be’erot (telaga-telaga), manakala Lubnan diperihalkan sebagai tanah puak Asher.

13 April: Sayap kanan Phalange Kristian menyerang bas yang sarat dengan rakyat Palestin dan beberapa orang rakyat Lubnan. Mereka dibunuh beramai-ramai. Perang saudara Lubnan bermula. Sayap kanan Angkatan Tentera Lubnan bertindak untuk membersihkan semua kawasan Beirut Timur dan kawasan utara daripada PLO dan Gerakan Kebangsaan Lubnan (Lebanese National Movement atau LNM).
PBB mengutuk Zionisme sebagai bersifat perkauman. Mesir di bawah pemerintahan Anwar Sadat dan Israel menandatangani Perjanjian Interim yang kedua; lapangan minyak Abu Rudeis diletakkan semula di bawah Mesir.

1976
Seluruh anggota sayap kanan Barisan Lubnan menyerang kawasan orang Islam, Palestin dan Kristian yang berdegil di Beirut Timur: kem-kem Palestin ditawan, Dbayyeh (ditawan pada 14 Januari); Jisr al-Basha (lebih kurang 2000 orang Kristian) dan Tal al-Za’atar (30 000 rakyat Palestin dan rakyat Lubnan ditawan pada 12 Ogos); daerah sesak Syiah, Maslakh dan Karantina (ditawan pada 18 Januari), pinggir bandar Syiah, Nabab (ditawan pada 6 Ogos), dan Badawi, kawasan kecil Kristian Armenia. Gabungan LNM dan angkatan bersenjata Palestin yang dikenali sebagai Angkatan Bersenjata Bersama telah membalas dengan menawan bandar pantai Damour; penduduk Kristian Maronite diusir.

Pertengahan Januari: Angkatan Tentera Lubnan berpecah. Unit-unit tentera yang menentang persubahatan Kuasa Pemerintahan Tentera dengan sayap kanan angkatan bersenajat Kristian menarik diri daripada angkatan tentera dan membentuk Angkatan Tentera Arab Lubnan di bawah kuasa pemerintahan Leftenan Ahmad Khatib. Jun: Angkatan Bersenjata Bersama hampir-hampir menewaskan sayap kanan Barisan Lubnan apabila angkatan tentera Syria memasuki Lubnan atas undangan Presiden Lubnan, Sulaiman Franjieh. Kejayaan gerakan umum dan progressif tiba-tiba terencat. Syria bermula dengan menyerang angkatan tentera campuran LNM dan PLO dan dua tahun kemudian berlawan dengan sayap kanan campuran Maronite.

1977
16 Mac: Kamal Jumblatt, pemimpin LNM dibunuh. 19 November: Presiden Mesir, Anwar Sadat datang ke Jerusalem untuk memulakan rundingan damai. Lawatannya dikutuk oleh Liga Arab, terutamanya PLO.

1978
Mac: Israel menyerang selatan Lubnan, 2000 orang awam terkorban dan 200 000 lagi menjadi pelarian; enam buah kampung dimusnahkan dan 82 buah lagi dirosakkan. Israel dipaksa berundur tetapi mereka menubuhkan zon penampan atau Lubnan Bebas seluas 10 kilometer di wilayah Lubnan.

1979
Perjanjian damai yang akhir ditandatangani antara Mesir dan Israel. Israel dikehendaki mengembalikan Semenanjung Sinai kepada Mesir; pemindahan selesai pada tahun 1982. Sementara Mesir dan Israel sedang berunding, tentera Israel mengebom kem pelarian rakyat Palestin di Lubnan. Mesir kemudiannya dipecat daripada Liga Arab. Sayap kanan Angkatan Tentera Lubnan yang disokong Israel mengisytiharkan negara mereka sendiri di beberapa bahagian selatan Lubnan.

1980
Iraq menyerang Iran. Bermulalah Perang Teluk.

1981
Pesawat pengebom Israel menyerang dan menghancurkan sebuah reaktor nuklear di Baghdad, Iraq. 300 orang terbunuh dan 800 orang tercedera dalam seranga udara Israel ke atas kawasan orang awam di Beirut. Angkatan tentera Israel dengan cara yang teratur telah memusnahkan jambatan-jambatan yang menyeberangi Sungai Litani. Para diplomat Amerika merundingkan gencatan senjata di sempadan Lubnan-Israel. Disember: Israel secara tidak sah merampas Bukit Golan dari Syria.

1982
Jun: Cubaan membunuh duta Israel ke London oleh kumpulan Palestin yang radikal dan anti-PLO dijadikan alasan bagi Israel untuk menyerang Lubnan (perang Arab-Israel yang keenam); pengepungan Beirut selama tiga bulan; pengusiran angkatan bersenjata PLO dan angkatan tentera Syria dari Beirut.

14 September: Pembunuhan bakal Presiden Lubnan, Bashir Gemayel selepas beliau enggan mengikat perjanjian damai dengan Israel. 15-17 September: Pembunuhan beramai-ramai Shabra dan Shatila dijalankan oleh militia Kata’ib yang diketuai Elias Hobeika dan di bawah perlindungan dan sokongan tentera Israel. Menteri Pertahanan Israel pada ketika itu ialah Ariel Sharon.

1983
Angkatan tentera di bawah kuasa Phalange menguasai kawasan Beirut Barat. Penentangan di bawah sokongan Syria meletus dalam Fatah dan PLO; pertempuran di Lembah Biqa’a dan Tripoli, utara Lubnan berakhir dengan pemecatan askar yang setia kepada Pengerusi PLO, Arafat.

1984
Februari: Pemberontakan popular di Beirut Barat mengakhiri kuasa Phalange.

1985
Tentangan orang awam yang bersenjata terhadap askar Israel memaksa mereka berundur dari kebanyakn kawasan Lubnan yang kemudiannya diambil alih oleh pergerakan Amal, Hizbullah, dan Parti Komunis; enklaf PLO di Saida dan kem pelarian Rashidiyyah berhampiran Tyre. Mei: Militia Amal menyerang Shabra, Shatila, Bourj al-Barajneh. Bermulalah Perang Kem.

1986
Januari: Pertempuran Empat Hari di Shatila. April: Pertempuran Dua Puluh Hari di Shatila. Julai: Pertempuran Tiga Puluh Hari di Shatila. September: Pertempuran Enam Bulan bermula di Rashidiyyah, kemudiannya di Bourj al-Barjneh pada bulan Oktober, dan akhirnya di Shatila pada bulan November.

1987
Februari: Sekatan makanan ditarik balik di Bourj al-Barajneh dan Shatila; namun tembakan curi berterusan. Penyatuan semula PLO semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers. Disember: Meletusnya intifada (kebangkitan rakyat Palestin), pemberontakan popular di Tebing Barat dan Gaza di bawah pendudukan Israel.

1988
Januari: Amal menarik balik pengepungan Shatila dan Bourj al-Barajneh. Mei: Pertempuran di kem-kem di Beirut, di bawah sokongan Syria; Shatila dan Bourj al-Barajneh ditawan; mereka yang setia kepada Yasser Arafat diusir. Disember: Mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers mengistiharkan perlembagaan negara Palestin.

1993
Pihak berkuasa Palestin dan Israel and telah menandatangani Deklarasi Oslo pada 13 September 1993 yang menjanjikan pemerintahan bebas dan berdaulat untuk rakyat Palestin.

1994
Kawasan aman Israel-Jordan dibentuk pada 26 Oktober.

2002
Pada 24 Jun, Presiden Amerika Syarikat, George Bush memetakan penyelesaian konflik Israel-Palestin. Namun perkembangan yang berlaku tidak menunjukkan kemajuan. Malah pertempuran sering berlaku saban hari.

2004-2005
Kematian Yasser Arafat. Mahmood Abbas mengambil alih jawatan sebagai pemimpin Palestin sehingga sekarang.

*Rujukan:
Bendt & Downing. 1982. We shall return: women of Palestine. Trans. Ann Henning, Zed, London, 1982.
SZ: Sekurang-kurangnya, ambil tahu apa yang berlaku terhadap saudara kita di sana. Walaupun ada yang baru nak ambil tahu sekarang, lebih baik daripada tak ambil tahu langsung sampai bila-bila.






Friday, June 20, 2014

Entry #1




Kadang-kadang tahap kebosanan aku membuatkan aku terfikir tak sabar untuk mati.

Hishhh.

Haihhh. Macamtu pulak!

Mereng sekejap.





Wednesday, May 21, 2014

Macamni pon boleh...




Assalamualaikum...

Tak jawab dosa. Hehe.

Waalaikumsalam.

Dah lama aku type cerita trip ke Cameron Highlands tapi tak post pon sebab masalah gambar kat handphone tak dapat nak transfer ke pc ni. Adehhh.

Last2 biar macamtu je.

Hari ni ingat nak try godek2, cable pulak takde. Adoii. Lagilah terbiar.

Sekarang semua gambar snap pakai handphone je. Senang dan cepat. Terus upload instagram. Mudah. Kesian kamera. Dah lama tak guna. Kes malas nak cucuk cable masuk komputer, upload. Lepastu masuk blog. Macam leceh sangat rasa. Lambat.

Pakai handphone sangat simple. Snap upload. Snap upload. Easy. Upload kat blog? Uhh... tak sukalah buka blog pakai handphone. Kecik dunia rasanya.

Setakat whatsapp dan instagram boleh lah. Nak type berjela mintak maaf. Nak surf internet pon tak rajin. Kalu nak baca resipi sikit bolehlah digagahkan. Selebihnya tidak. Tak puas dengan skrin kecik walaupon everything di hujung jari.



Chakk..!!

Camera360 memang lawa. Arghhh... dah lama tak upload gambar sendiri kat blog. Ihikkkk... Gedik gedik!





Monday, May 19, 2014

Bila aku rindu




Sekejap tadi aku baca post2 lama kat blog ni. Aduhhh.. rindunyer!

Rindu pada keletah uyi.

Rindu pada suasana dulu.

Rindu pada kawan2.

Rindu sangat!

Rindu serindu-rindunya!

Andai dapat ku undurkan putaran dunia..... arghh.

Dan tiba2 rasa emo sekejap. Uhhh.





Monday, April 21, 2014

Melting.




Tau tak, dalam hidup ni tak semua benda yang kita nampak indah, yang kita nampak senang, yang kita nampak sangat selesa kita lalui adalah benda yang kita suka ataupon sesuatu yang kita pilih untuk hidup kita.

Ini disebabkan sesuatu yang terjadi dalam hidup kita ini sesungguhnya telah ditulis dan ditentukan oleh Yang Maha Esa. Dan kita sebagai manusia kadang2 memang tak mampu untuk menongkah arus. Atau lebih tepat reda aje dengan jalan depan mata.

Itu namanya takdir kan?

Mau tak mau kita kena terima. Dengan hati terbuka dan lapang dada. Takpelah.. bukan tempat aku untuk semua itu di sini.. in sha Allah di sana nanti ada sesuatu yang menunggu yang lebih hebat.

Mungkin sudah tertulis cerita kita begini begitu. Siapa kita untuk melawan itu semua? Bukan siapa siapa.

Again, Dia lebih mengetahu mana yang terbaik untuk kita....

Terbaik...




 

Seriously.




Seriously.


Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...


Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...






Friday, April 04, 2014

Counseling.




Ingat senang ke nak membesarkan anak seorang diri?

Memanglah satu je. Bukan tiga. Bukan lima. Tapi yang satu itulah datang dengan bermacam2 peel dan dugaan serta cabaran. Yang satu itulah madu dan racun. Yang satu itulah meruntunkan hati ibu. Yang satu itulah menyesakkan dada. Merobek jiwa. Menyakitkan hati.

Bilamana anak yang ditatang dengan penuh kasih sayang sejak kecil selalu melukakan hati ibu.

Hati ibu mana yang tak sedih bila anak makin membesar makin menjauhkan diri. Itu tak kena. Ini tak kena. Kena tegur sikit tak boleh. Nasihat susah nak dengar. Bila disuruh liat nak buat. Haihh. Jauh sekali gurau senda dan pelukan mesra. Takde dah gomol2 manja.

Nak salahkan siapa? Ada yang salah ke?

Bukan salah siapa2. Takde salah siapa2. At the end, aku salahkan diri sendiri. Nak identify root cause camaner kalau komunikasi tu jenis satu hala je. Sepuluh yang aku cakap, satu je dia jawab. Taktahu apa yang dia nak.

Last2, aku try tanya kawan2 kem motivasi yang berbentuk islamik. Macam summer camp la kot. Untungnya kerja di kementerian ni feedback yang diterima sangat positif. Cume nak kena sesuaikan dengan masa lah.

Hanya doa yang mampu membantu aku sekarang ni. Aku kadang2 rasa putus asa dengan sikap anak sendiri. Susahnya nak berbaik2 dengan aku. Asyik nak memberontak. Asyik rasa dia je yang betul. Asyik utamakan kawan2 daripada keluarga sendiri.

Ye aku faham dia seorang remaja yang sedang membesar. Banyak benda dia nak explore. Tapi aku pon pernah remaja jugak. Aku rasa aku dulu tak macam tu. Budak2 dulu tak macam budak2 sekarang barangkali.

Dulu banyak benda yang kita takut. Jelingan mata abah pon dah buat kecut perut. Budak2 sekarang? Entahlah. Tambah pulak dengan macam2 akses. Itu yang menkecutkan tali perut aku sebenarnya.





Thursday, February 20, 2014

Masa itu berjalan.




Diam tak diam dah masuk tahun ke-6 aku kerja kat sini. Fuhh.. lama jugak ek. April nanti genaplah enam tahun aku ulang alik Tasik Selatan-Putrajaya. Setahun lebih merasa jugaklah naik bas dari LRT Sungai Besi sampai ke ofis ni. Bas kilang kaler biru. Rm130 sebulan kalau tak silap.

Hari2 lebih kurang 6.45 pagi dah kena start menapak dari rumah sehinggalah depan LRT Sungai Besi tu. Around 7am bas pon sampai...

Balik pon macamtu jugak. Pukul 5 petang bas dah tunggu. Jangan lambat nanti kena tinggal, maklumlah... diorang semua nak balik cepat. Nak masak.

Masa balik ni tak boleh leka sangat. Tak boleh tidur sangat. Nanti kang terbabas sampai ke kl mana ntah satu hal pulak aku nak balik. Maklumlah, badan letih seharian kerja, kalau dapat lelap tu memang syurga lah. Boleh terbabas. Tapi alhamdulillah aku tak pernah. Time pagi je penah sekali terlelap.. dah terlepas satu stesen. Nasib baik satu je. Tebalkan muka je lah turun bas cepat2 patah balik. Mujur tak jauh sangat. Hehe.

Lepas tangkap Arowana satu, aku dah bye bye kat bas. Lega sebab tak terikat dengan jadual bas. Boleh balik kerja sesuka hati. Weekend boleh OT sesedap rasa. Kalau dulu selalu menyusahkan driver untuk hantar balik rumah kalau stayback, selepas itu tidak lagi. Huhu.

6 tahun kat sini aku dah rasa macam otai. Bukan otai nak berlagak ke apa, ini perasaan dalaman aku sendiri. Otai which is aku rasa memang aku dah lama kerja kat sini sedangkan sesetengah orang dah kematu tak tahan nak pindah.

6 tahun kata diorang adalah terlalu lama untuk stay dekat satu2 jabatan. Takde peningkatan, takde perubahan, tak banyak pengalaman yang berkembang. Yeke?

Nantilah aku pindah. Aku pon dah mula rasa titik2 bosan dan mual kat sini. Lama2 aku boleh sakit dengan permainan macam2 jenis peel manusia. Yelah, bukan semua orang suka kita. Bukan semua orang tahu niat kita. Bukan semua orang hargai keikhlasan kita.

Seawal 2008 aku join department ni aku rasa macam belia je walaupon dah masuk thirty series. Yelah, awal 30an lah konon. Mudalah tu. Sekarang dah bertambah 6 tahun. Rasa dah pangkat akak2 senior pulak aku ni. Muka yang kurus dah tembam cket. Badan pon berisi sikit. Berat pon dah bertambah sikit. Semuanya sikit sikit. Lama2 jadi bukit. Kadang2 rasa rindu nak jadi kurus waktu pakai saiz S. Huhu. Sekarang jeans pon ada yang dah ketat nak sarung. Uikss.. dah gemuk aku nikh? Sebenarnya taklah gemuk sangat, cume sayang nak buang lemak kat badan ni. Ngeh ngeh.

6 tahun kat sini memang membuatkan aku rasa comfort zone. Tapi selesa macamana pon aku dah rasa sedikit penat dan sesak napas.





Friday, February 14, 2014

Thursday, February 13, 2014

Membaca itu ilmu.




Sudah lama tak menulis. Apalagi membaca. Apalagi membaca untuk ambik periksa. Otak dah berkarat. Ingatan dah tumpul. Tumpuan dah lemah. Rasa macam dah tepu. Huhu.

Ok. Itu takde kaitan dengan aku akan ambik exam ke apa ke. Saje je.

Tapi betullah. Kurang membaca membuatkan aku tak tau dan tak kenal dunia luar. Kadang2 rasa macam bodoh pon ada. Erkk... kurang ilmu pengetahuan.

Bukan takde bahan bacaan. Banyak. Nak kate takde masa bunyi macam berlagaklah pulak sibuknya mengalahkan menteri. Tapi memang betul pon masa sangat pendek.

Kadang2 aku baca heading dia dulu. Ataupon belek gambar. Dengan harapan lepas ni aku akan hadam isi dia. Sebab nampak tajuk macam menarik, nak kena ada feel lah untuk menghayati. So, kita setelkan kerja2 rumah dululah baru sedap sikit nak mentelaah.

Selalu aku akan membaca atas katil. Sambil feeling2 rilek minum secawan kopi panas melepaskan rasa lega sebab lantai dah bersih habuk dah cuci, bersandarkan bantal kat belakang... pergh. Barulah ada nikmat dan ada penghayatan.

Tapi biasanya ampeh... sebab aku tak boleh santai2 kalau rumah tak kemas, kain dalam bakul tak berbasuh, habuk melekat kat almari tv, dapur tak berlap ataupon lantai rasa melekit. Aduhh.. dan kalaupon semua tu dah setel, tak banyak yang dapat aku habiskan dalam satu2 pembacaan tu. Separuh jalan, zzZZZZzZZzzz... ataupon tretttt... 'ko buat apa tu? jom g giant'. Bihihihh... Habess.

Abes camno nak terapkan budayo membaco dalam diri ini? Banyak sangat halangan. Cehh.. padahal alasan semata-mata.. hendak seribu daya, tapi kalau dah malas tu memang taklah kan.. Hukhuk.

Kurang membaca melemahkan daya tumpuan sebenarnya. Aku perasan kadang2 aku terpaksa ulang 2-3 kali sesuatu ayat tu sebab tak faham. Ataupon sebab tak dapat. Maksd tu tak sampai dekat aku. Atau aku lost. Dah baca perenggan dua aku boleh patah balik ke perenggan first sebab aku seolah dah lupe apa yang aku baca tadi. Iskk... teruk aku rasa.

Makin bebal pulak rasanya.

Tu belum kira baca al-Quran ye tak? Mana nak baca, mana nak faham ayat lagi. Haihh... Banyak betul kekurangan. Makin kerdil.





Thursday, January 23, 2014

Pon koya




Aku jarang tengok drama melayu kebelakangan ni. Terutama kat tv3. Ntahapahapa. Koya.

Yang hero wajib happy ending dengan heroin. Kalau kaya tu, kaya sangat2 dan sangat meloyakan. Kebetulan2 yang sangatlah obvious nak bagi cerita tu nampak touching, romantik urghhhh... Tak boleh blah.

Sesekali aku tukar channel marhaen. Hehe. Kadang2 drama diorang lagi realistik. Lagi ada jiwa, biarpon pelakon idup tak idup tak femes mana. Tenang rasa jiwa aku.

Yang pelik tu, ramai pulak orang yang suka ek. Entahlah, aku baca komen2 diorang kat internet je. Ada yang kate bestlah, lakonan mantaplah, sweet n touching sangatlah. Huhu. Entah hapa2. Yang berlakon best tu, memang bestlah. Tapi yang berlakon nampak betul2 dia berlakon sedaya upaya menjiwai watak tapi still nampak berlakon tu, haihh... pon diorang kate fuyyooo... bestlah! Adehhh.. ntah mana bestnyer aku pon taktau. Harap pada glemer je lah kot.

Cerita pon sama je. Kawen, mula2 tak suke last2 mesti suka. Kawen, mertua jahat pulak. Macam2 kena pedajal.

Last2nya aku layan drama cine je. Citer polis. Takpon citer investigation. Hehe. Tapi kalau dapat cerita yang berlatarbelakangkan era 50an atau 60an aku lagi suka. Lagi best.

Suka betul aku dengar diorang cakap cine. Huhu.






Wednesday, January 22, 2014

20 Januari 2014.




Okeh. 20 Januari dah berlalu. Bermakna i dah 38 officially. Ngeh ngehhh...

Hari tu boleh pulak tersasul...."Iskk... naik jerawat pulak kat muke ni. Umo dah masuk 28 pon naik jerawat lagi. Tskk tskk.." Berdekah2 kena gelak dengan adik aku. Huuuuhuu.. Perasan. Umo dah 38 boleh pulak sebut 28 yea. Well... kadang2 makcik tak terasa tuo pong. Mihmihmihhh....

Selain pasal complexion, soal kesihatan pon kena ambil berat sekarang ni. Ops sori, sepatutnya dari dulu kena jaga soal kesihatan ni taw tapi manusia memang macam tu. Dah lumrah. Bila dah rasa macam nak sakit sikit barulah terhegeh2 cari solution.

Aku, takdelah nak kata ada sakit kronik ke apa ker. Tapi yelah, makin meningkat usia ni tahap kesihatan pulak makin nak menurun. Ye lah, 38 tahun punya kitaran hidup. Semua proses perkumuhan dah berlaku.

So far aku rasa sihat takde masalah. Cuma banyak sangat perkembangan yang dah berlaku. Haha. Nak kena kecik2kan balik. Nak kena kuat2kan tulang, nak kena pejal2kan otot, nak kena lembab2kan kulit, nak kena kempis2kan perut. Haaa... banyak nak kena work out tuh.

Kite letak target sebulan untuk tengok progress dia camaner.

All the best lah untuk diri sendiri.





Monday, January 13, 2014

Januari cepatlah berlalu.




Assalamualaikum... hye.

Januari sangat special. Selain ia adalah bulan pertama dalam tahun Masihi, Januari merupakan bulan kelahiran aku, uyi dan ma. Januari aku rasakan bulan yang paling cepat habis. Errr... aku sorang je la yang rasa camtu. Hehehe. Mungkin sebab kita masih berada ditahun yang baru, masih dibuai tahun yang lepas, jadi kehadiran Januari tak berapa perasan sangat atau malas nak peduli sangat. Aku la rasa camtu. Hikss.

16 Januari ni uyi dah masuk 14 tahun. Wallawehhh.. dah besar anak aku. Dah 14 tahun aku jadi ibu kandung kepada Siti Ainur Shahirah. Bukan tak terasa masa itu cepat berjalan. Aku rasa tu. Tapi tu lah.. tak terkejar. Sebab jarum jam tu berjalan dan terus berjalan.

Aku rasa la kan, kalau jarum jam tu dipusing oleh manusia tanpa menggunakan bateri, nescaya pekerjaan memusingkan jarum jam adalah pekerjaan yang paling penat sekali. Ye la, setiap saat kena berdetik. Non stop. Seperi ombak yang memukul pantai tu la. Tak pernah berhenti.

Uyi takde request secara direct kat aku apa dia nak masa birthday dia nanti. Tapi menurut Dikja, dia nak makan kat hotel. Hahhh. Selera besar anak aku ni. Nak yang high class je. Tapi memang hari tu aku ada terdetik nak bawak dia makan kat Victoria Station. Dia suke sangat sirloin steak. Tapi aku pulak taktau jalan. Hehe. Cadangnya nak berdua-duaan je dengan dia.

Birthday aku pulak nanti.... ekheeemmmmm.......!
Hihi... tak de yang special jugak. Sebab tukang yang nak buat special takde. Hukhukk... Sadis. Layan makan kek je lah kan. Sedap jugok.

Untuk pertama kalinyer dalam beberapa tahun ni aku tak balik kampung beraya cine. Sebab cuti Chinese New Year tahun ni tak cunlah. Jatuh pada hari Jumaat Sabtu. Sabtu tu pulak berkongsi dengan Hari Wilayah. Arghhh... rugi rugi. Tak reti aku nak potong cuti kot mana. Last2, malas nak peningkan kepala aku decide tak balik kampung. Sedih pulak rasa tak dapat balik beraya.

Haihhh... membilang hari jugak menunggu 20 Januari. Mane tau ada kuntuman ros untuk aku? Ahakksss... Mihmihmihhh... perasan sendiri best!





Friday, January 10, 2014

It's 2014




Assalamualaikum.... 

It's friday... Yeahh!

Dan selamat tahun baru 2014. Untuk ingatan diri sendiri, aku ada masa dua tahun je lagi sebelum masuk 40. Seriusss... how time flies..... Sob sobb.

Sekarang ramai orang panggil kite kakak, tapi tak kurang jugak ada yang panggil kite adik. Haha. Rasa geli je tali perut usus ni bile orang yang kite rasa macam sebaya or maybe ada yang lagi mude atau tue sikit je panggil kite adik. Hihi. Adik lah sangat! Dah umur2 macamni macam tak layak je dipanggil adik. Huhu.

Takpe... kite kan sweet dan comey gitu. Ngeh ngeh ngehhh.

Tirai 2014 dah pon terbuka. Menandakan masa berjalan dan terus bergerak. Sangat pantas. Tangan aku belum puas lagi menulis nombor 2013, tiba2 dah kena tulis 2014.

Bila tahun baru, umur pon baru. Usia meningkat. Makin dewasa. Makin matang. Makin tua. Makin berkedut. Tapi tahun ni aku lupa sebentar usia aku. Aku tak berapa pedulikan peralihan hormon aku.

Aku lebih risaukan abah. Baru2 ni masa abah datang kl abah demam. Selsema. Batuk. Tiapkali abah batuk abah cakap dada dia sakit. Macam nak pecah. Abah pon kurang selera makan.

Ada sekali tu aku pandang wajah abah masa abah tengah tengok tv. Ya Allah... nampak cengkung. Kurus benar. Nampak benar abah dah dimamah usia. Tahun ni abah dah masuk 61. Memang aku tahu abah dah tua. Tapi wajah abah kali nampak benar2 dimakan usia. Wajah yang menahan jerit perih penat di bakar matahari. Aduhh.. sayu sangat rasa hati aku. Sebak. Tambah pulak abah tak berapa sihat. Memang ketara nampak kesihatan abah yang tak baik tu. Nak nanges aku rasa.

Sejak hari tu aku aku selalu tengok abah. Masa abah makan. Masa abah tidur. Aku rasa sangat sedih. Kesian abah. Abah pon dah tak ceria macam dulu. Mungkin sebab abah tak sehat...

Dan banda2 tu semua buat aku takut. Entahlah. Abah slalau cakap abah dah tua. Umur2 macam abah ni bila2 masa je. Kawan2 abah pon satu satu pergi. Haih. Abah, memang suka cakap camtu.

Lepas solat aku tak lupa doakan abah dan ma. Semoga diberikan kesihatan yang baik. Ameennn.


Ok. Back to my life. Rutin kembali seperti biasa. Menguruskan anak dara sorang tu yang ada macam2 angin. Lain2 tak banyak yang berubah. Seperti sediakala.

Takde yang beza pon 2014 ni. Sama macam biasa. Semangat, azam, keinginan. Yang berbeza cuma angka. Kerja pon macam biasa. Cuma kadang2 aku rasa bosan dengan environment ofis ni. Mual. Huhu.

Kalau aku ada banyak duit, aku teringin nak makan angin. Hahhh.





Thursday, December 19, 2013

Sat




Nanti kite letak gambar masa kenduri adik kite kawen ekk.

Tunggu...





Friday, November 29, 2013

Kahwin itu normal




Assalamualaikum... hai hai.

Update blog pagi ni. Kaver sket post yang last tu. Mihmihmihhhh... Ala takpe, kalah menang tu pasti. Kalau tak kalah, menang. Kalau tak menang, kalah lah. Adat dan peraturan.

Apapon, set kito jange pecah. Wahhh haha.

Ada kurang lebih 2 minggu lagi majlis pernikahan adikkkk aku. Huhu. Bukan aku yea. Aku punya kalau takde aral melintang in sha Allah tahun depan. Doa2kanlah yea semoga dipermudahkan segala urusan. Uyi pon dah bagi green light tu :))

Cakap pasal kahwin ni, seorang lagi adik aku bakal berkahwin Disember nanti. Dapat pulak orang Pahang. Kira ok la jugak. Sama2 pantai timur. Senang nak balik. Satu jalan. Tapi senang senang pon, konfius jugak tu pagi raya nak balik mana dulu. Ahaksss... Nanges.

Rasa sedih jugak di sebalik tengah happy2 nak balik kampung untuk kenduri kahwin tu nanti. Ya la, lepas ni kuranglah sorang ahli majlis kat dalam rumah tu. Taktau lagi dia duduk mana lepas kahwin ni. Kalau jauh jaranglah dapat jumpa. Susahlah nak ngeteh sama2. Kalau dekat, boleh aku singgah hari2 amek lauk. Hahaha..

Bila ingat2 balik kan, rasa takut pon ada. Takut jarang dapat jumpa. Takut tak dapat kumpul2 ramai2 macam dulu. Mesti tak best kan... Sebab kitorang dah biasa dapat berkumpul ramai2. Biasa sangat. Dikja, suami dia tak kesah selalu balik kampung. Abang long pulak memang duduk kat kampung. Kitorang adik beradik yang lain memang stay sama2 kat KL ni. Jadi memang tak pernah berpisah. Duduk satu rumah, kerja kadang2 tempat yang sama, shoping sama2, lepak sama2. Pendek kata semua aktiviti memang bersama2. Dating je lain2.

Dah la aku ni adik-beradik perempuan ramai. Ada 7. Satu satu kawen.... semua ikut suami masing2 nanti. Sob sobb...

Tapi, itulah hakikat yang harus diterima. Memang fitrah manusia hidup berpasang-pasangan. Semua orang pon macam tu kan. Kahwin. Hidup berumahtangga. Ikut pasangan masing2. Berpisah. Aku tahu tu. Aku faham. Cume .. yelah.. luahan perasaan.

Oklah. Babaiii.. kite buat kerja. :)





Friday, November 01, 2013

GKG!







Tengah rasa nak menggomo ni. Mihuhihihuuuuuu........ All the best for our warriors. Set kito jange pecoh :p







Salam Tahun baru




Gedebak gedebuk dah November. Agak penghujung tahun bagi 2013. Dan minggu depan dah masuk Muharram. Awal tahun bagi umat Islam.

Cepat. Aku ada 2 tahun lagi untuk berada dalam three series. Waaaahhh. Gilos! Sangat pantas. Sebab aku masih ingat lagi masa darjah satu aku pakai kasut sekolah sumbat kertas sebab longgar, tak muat. Sedar sedar sekarang aku dah jadi makcik.

Kalau dulu orang selalu panggil adik.. lepastu panggil sis.. sekarang aku selalu dengar orang panggil aku aunty. Aku pon bahasakan diri aunty jugak. Arghhhh..! Makcik kepada anaknya yang berada dalam sekolah menengah.

Ambil cermin dan telek muke dekat2.. lubang pori2 dah mula tersengih. Kalau tengok jauh2 memang la tak nampak. Tengok dekat2 lagi... owhh kasar dan kusam. Letak jauh sikit cermin... ala... macam umur 25 lagi. 


Uweeekkkkk.... huhuhu. Bolehlah kalau nak muntah.

Kalau fikir soal umur, soal tua memang kecut perut. Alahaii.. dah nak tua ke aku? Hadoi.. rasa macam tak sedia lagi. Rasa nak muda lama2. Rasa nak jadi cantik macam Rozita Che Wan.

Tapi Che Ta kawen orang muda. Muda sangat dari dia. Aku tokser la jadi camtu. Tak padanlah. Tak konfidenlah. Nanti aku dah tua kedut, laki aku muda lagi, baru nak naik. Time tu nanti baru la nampak 'ketuaan' kite dari kecantikan kite yang dah mula pudar tu.

Ye dop?

Apapon, semoga Kelantan menang Piala Malaysia nanti. Heh. Gomo Kelate Gomo!





Thursday, October 31, 2013

KL Gengster 3




Ni ha.. uyi pow aku.



Tajuk ini yang dibelinya. Haihh..! Kalau bab2 gengster ni suka betul dia. Tskk...