FoLLoweRs

Wednesday, October 31, 2012




Aku tulis. Aku save dalam draft.

Aku tulis lagi pada hari lain. Panjang jugak. Aku save lagi.

Rasa macam tak sesuai nak publish. Rasa macam terlalu peribadi pulak.

Nanti orang cakap saje nak show off. Atau mengundang simpati orang lain. Tulisan yang boleh buat orang jadi kesian kat aku. Ada orang pernah cakap gitu. Cehh. Ye ker? 

Itu cerita lama. Dulu. Dia pon mungkin dah tak baca blog aku ni.

Alaa... saper je yang masuk blog ni. Aku je yang selalu baca. Hehehehe... Maklumlah, tuan tanah mestilah selalu jenguk. Kalau tak siapa lagi.

Kan dah jenguk ni. :)


Begitu ajer.




Sedang mengumpul kekuatan mental dan tenaga untuk memulakan tugas seperti biasa. Seperti biasa...

Malasnya...

Kerja ni umpama masalah jugak. Tak pernah habis. Lepas setel satu, datang pulak yang lain. 

Hadap je lah.


Tuesday, October 09, 2012

Bukan sempurna




Aku dah sangat jarang berjalan2 ke blog lain. Jalan tu jalan jugak, baca tu baca jugak tapi bukan dengan hati perasaan. Baca sebab rasa bersalah sebab dah lama tak baca. Baca sebab rasa macam rindu dan nak lepaskan rindu dendam tapi sekadar melepaskan tanpa kepuasan maksima. Hehe. Boleh pulak rasa gitu ehh?

Apalagi nak drop komen. Rasa macam takde masa sangat dah. Dah tak asyik blogwalking macam dulu. Asyik dok mengugel cara memakai bawal, tips memakai shawl, cara2 memakai selendang etc etc. Hahaha.

Ok ok. Itu sebulan dua yang lepas. Sekarang aku pon dah naik muak dan nak muntah tengok tutorial tu. Tak payah nak ikut sangat, belajar basic je yang lain tu boleh ikut kepala kreativiti masing2. Lilitlah, belitlah asalkan menjadik. Dan yang penting tak nampak weird. Opss lupe... yang paling penting niat asal sebenarnya iaitu nak tutup aurat. Kan kan?

Sedar tak sedar dah masuk minggu kelima aku bertudung. Alhamdulillah. Maintain. Istiqamah. Mudah-mudahan. Ameen..

Dulu niat asal nak pakai tahun depan. Takpon lepas raya haji. Takpon awal Muharram. Tapi aku start pakai 23 Syawal bersamaan dengan 10 September, minggu uyi exam UPRS. Elok2 lepas aku balik dari kampung, pagi tu terus aku pakai ke ofis.

Macam tu je.

Walhal tudung ada baper helai je. Tak sampai pon 5 helai Ingatkan hari kelima tudung dah habis terus bukak, hehe. Belasah je la tudung2 adik2. Alhamdulillah. Support yang baik.

Tapi dugaan itu lagi hebat dan lagi besar rupanya. Inilah yang orang cakap bukan senang nak jadi baik, kan? Tak kiralah dugaan yang datang dari mana pon. Baik dari sekeliling atau dari pihak lain. Baik dari lelaki atau perempuan. Baik sindiran atau pujian.

Tapi dugaan yang paling mencabar adalah diri sendiri sebenarnya.

Weekend lepas pergi The Mines ada 'Dress Fever'. Sales giler2 sampai half price! Cantik2 pulak tu. Arghh..

Joging no more. Bukan takboleh joging. No more short pants lah. T-shirt lengan pendek pon dah macam segan2 sket nak pakai. Aurat ke tak? Aurat ke tak? Auratlah! Nak pakai sock hand ke tak? Perlu ker? Ha pastu dah besar kan, sendiri fikirlah, kata adik akuuuuu... Huhu.

Adehhh.. rasa lain macam sangat. Panas. Rimas. Tak selesa. Mulalah fikir macam2. Setan setan... Suka sangatkan masuk dalam kepala otak orang ni.

Meleleh air liur tengok seluar2 senteng, short pants, t-short kecik, dress paras betis. Erkkk... Nak buat apa? Pakai kat rumah je lah. Huhu.

Yang trauma tu, ada yang baru sekali dua pakai, masih baru dan cantik lagi. Hukhuk... Buat basahan buruk lah jawabnya.

Pelan2 kayuh. Gambar2 lama dalam blog masih di tempat lama. Gambar dalam fesbuk sebahagian dah diprivatekan. Nak hide kat mana aku pon tak tau. Nantilah.

Diri pon masih tak terurus lagi. Banyak sangat yang kurangnya. Banyak lagi setan dan jahatnya. Masih berbekas tebal lagi tompok2 hitam dalam hati. Ingat senang ke nak sental kasi hilang!



Monday, October 08, 2012

Selingan




Kadang2 untuk membuat sesuatu memerlukan lagu. Sebagai back up. Baru ada feel.

Seperti aku sekarang ni, bertemankan lagu 'Kejora'. Pergh... Rasa melayang2 jiwa ditiup angin tanpa hala tuju. Lepas bebas. Macam layang-layang. Lepastu ada sedikit getaran.

Arghh.. Indah sungguh zaman2 cinta. Tak perlu tunggu cinta suci abadi. Cukup sekadar momen2 asyik dan manis untuk santapan.

Seronoknya! Rindunya!

Hikhik.. ketawa gatal!




Monday, October 01, 2012

-




Takut. Perasaan normal dalam diri manusia.

Jadi, tak payah nak takut sangatlah. Tak payah nak risau sangatlah.

Yang penting, ada jalan. Ada penyelesaian.

Jomlah balik!