FoLLoweRs

Wednesday, January 27, 2010

monolog (atau muhasabah diri pon ok gak)



aku keliru. siapa aku di hatinya? kekasih? teman? sahabat sejati? tidak bernama? entah siapa2? belum tentu?

aku bukan sekadar ingin berkongsi happiness dengannya. aku juga ingin berkongsi dukanya, sedihnya dan tangisnya. kerana aku marasakan dia sebahagian dari hidupku. kerana aku merasakan dia berkepentingan dalam hatiku. dan kerana aku mahu dia.

namun tidak begitu baginya. aku tidak dibenar untuk merasa kepahitan dan duka lara yang diharunginya. dia teramat bersedih. terlalu bersedih sehingga tiada siapa diperlukan untuk meredakan kesedihan dia.

dia rela bersendirian. keseorangan. meratap hiba. kerana dia tidak percaya siapa2 pon untuk masuk ke dunia kesedihannya. egois.

aku termanggu memikirkan siapa aku di sisinya. tak layakkah aku untuk menyapu air matanya? atau mungkin aku belum cukup syarat untuk sampai ke tahap yang sepatutnya untuk merasa sama apa yang dia rasa? barangkali... barangkali...

serasa langkahku mati dan aku keliru dengan jalan yang bakal aku lalui. betulkah? inikah? apakah aku sepatutnya reverse dan beri laluan kepada kereta yang dah lama q untuk lalu dahulu? (putrajaya kdg2 jem giler...)

Tuhan, beri aku jalan. beri aku petunjuk. aku tak ingin lukakan hati insan insan insan dan insan lain, yang mungkin tanpa aku sedari. entah selama ini mataku ini sengaja buta atas ketamakan aku sendiri.


aku bingung. dan saat ini aku ingin berlari laju2 ke pantai. berlari dan terus berlari dan terus sampai jauh ke laut dalam.


Tuesday, January 26, 2010

a season in hell


biler seseorang yang dah kau buang dia jauh2 dari hidup kau tiba2 datang kembali atas nama keinsafan, bagaimana rasanya?


beri aku baldi saiz besar, aku rasa nak muntah.

jangan menagih simpati. harta kau tak laku.

siler main jauh2.

Thursday, January 21, 2010

Tajuk lagu ni lagu uyi.



Lagu uyi


Burung berkicauan kerana engkau pergi dari aku
Langit yang biru menjadi putih
Itu tandanya kau sudah pergi meninggalkanku
Sudahlah sayang jangan kau permainkan diriku lagi
Janganlah engkau menghasutku
Jangan pula kau permainkan aku seperti bonekamu sendiri…
Oh sayang biarlah apa pon
Kau tetap di hatiku buat selama2nya
Kau yang pertama di sisi hatiku
Kalau kau tak percaya
Belahlah dadaku
Kau lihat saja
Ada kasih cinta kita berdua
Oh sayang walau apa pon terjadi
Kau tetap di hatiku buat selama2nya




***************

uyi cakap bait2 kat atas tu dia tulis sendiri.. dengan kata lain dia reka. erk.. ntah lagu mana ntah dia copy. semalam masa call dia, dia suruh aku tulis sementara dia bacakan. aku try la memerah kepala otak ni lirik lagu mana sbb uyi suka layan lagu2 indon jugak.

tapi agaknya makan semut banyak sangat so daya ingatan tu ader sikit kureng. err korang tau tak lagu mana ni? atau mungkin petikan dari mana2 novel tapi setau aku dia mana la baca novel2 ni semua. hmm. mungkin dia pernah terbaca dari mana2 petikan pastu ubah2 cket2. dia kan kreatif. hehe.

tapi menurut sumber terdekat, org yg rapat ngan dia, mok cu a.k.a pajeen, uyi mmg suka tulis benda2 camni. dia cedok cket lagu ni, lagu tu dan kadang2 dia tulis dan perdengarkan kat kazen2 dia atau mak2 sedara dia kat kampung. hmmm.

kalau betul uyi tulis, bangga jugak mak. ada bakat menulis lirik anak aku ni. hikhik.



pajeen


lepas makan kat kenny rogers

Wednesday, January 20, 2010

selamat hari lahir siti marlina mukhtar.




dah. giliran ibu dia pulak. hmm 4 hari selepas uyi, aku punya turn pulak. dan tak keterlaluan aku katakan tahun ni punya besday sangat special dan bermakna dan tertulis dalam kamus sejarah hidup aku.

semalam tepat jam 12 aku dapat sebiji kek made in secret recipe berperisa coklat padat dan sejambak bunga. awww.... of course!

err gambar later aku letak sebab semalam tak plan pape pon. pakai pon selekeh cam nyonya nak pegi pasar beli sayur. tapi serasanya aku wanita tercantik dan terbahagia pulak bila dapat sejambak bunga yang sangat comel. sungguh!

kuntuman2 ros merah dengan kelopak yang masih berbalut tu nampak sangat suci dan pure dan comel sangat. suka aku!

dan dengan ini secara rasminya aku berusia errr..... err born 1976. hehe. alamakk.. dah tua dah! tapi kawan aku cakap age is just a number, apa nak kesah. eh ehh... kesah lah! tahun ni aku nak kawen lah! nanti lambat2 susah plak nak beranak. huhu..

ekceli aku tak berapa sambut besday aku. biasanya sekadar ucapan dari famili dan kawan2, pastu makan2 ngan adik2. tu je. sebab aku malas nak ingat... hari lahir maksudnya bertambah satu lagi angka. adeehhhh...!

tapi tahun ni aku dapat kejutan yg istimewa. time kasih untuk teman yg sangat mengambil berat. i really appreciate it walaupon tak menangis keterharuan malam tadi. hehe.

may Allah bless me in everyway. ameen.....

Monday, January 18, 2010

siti ainur shahirah


16 january 2000 tepat jam 12.38am uyi dilahirkan.

16 januari 2010 hari sabtu lepas, uyi genap 10 tahun. well, hepi besday to my sweetest ever doter., siti ainur shahirah.

dia nak basikal sebab katanyer nak ke sekolah dengan kawan2, takmo atuk hantar. erk.. aku kena pikir yang tu. plus nak satu lagi present special dan seprais sempena kejayaannya dilantik sebagai penolong ketua kelas. waahh.. kemain suka dan bangga dia! tugas dia mengalahkan ketua darjah! hari2 tulis nama budak bising.

ada sekali tu, ketua tak datang dan dia jadi imam lah sekejap. 'assalamualaikum cikgu..!' semua budak2 follow dan dia rasa seronok dan bangga katanya. herm.. uyi memang suka jadi leader.

selain tu.. err dah tentu dia dah bertambah besar dari segi fizikal dan tak lama lagi diorang cakap dia akan sama tinggi ngan aku. heh. macam kawan2 atau kakak ngan adik gitu. ngeh ngeh.

happy birthday anak ibu.

happy birthday uyi.

happy birthday my little pumpkin.

happy birthday adikkk...

semoga uyi akan jadi manusia yg cemerlang dunia akhirat, anak yg baik dan berjaya dalam hidup... ibu sayang dan rindu uyi sangat2.......


Thursday, January 14, 2010

terus terang

1 2 3 4
isnin sampai jumaat
wang ringgit boleh dicari
tapi mana nak sama
dengan kau seorang
yang suka berterus terang
hanya kau yang ku sayang

1 2 3 4
siapa cepat dia dapat
kalau sakit makan ubat
tapi mana nak sama
dengan kau seorang
yang suka berterus terang
hanya kau yang ku sayang

yang ku sayang
hati riang
jiwa tenang
daku senang
terus terang

semakin susah nak menjadi
seseorang masa kini
tapi saya tak peduli
janji hati yang riang
dengan kau seorang
yang suka berterus terang
hanya kau yang ku sayang

dengan kau seorang
yang suka berterus terang
hanya kau yang ku sayang

yang ku sayang
hati riang
jiwa tenang
daku senang
terus terang


Monday, January 04, 2010

rindu uyi...


uyi da masuk darjah 4. da sepuluh tahun. da besar. da agak 'matang' bagi seorang budak yang sebaya dia. bleh share macam2 citer ngan dia. bleh kongsi perasaan ngan dia.

sms 2 januari 2010 0700am, dalam ketapi sewaktu di kuala krai, otw ke kelantan:

"Mom darling wake up.u brush u teeth,u bath and u go to work.i miss u mom."

panas rasa mata aku....






kat mines, atas sekali.

uyi ngan ibu.


uyi ngan uncle tariq kat secret recipe, mines.


tutup muke.. malu! mulut senget!


muke uyi bengkak sket lepas cabut gigi.