FoLLoweRs

Thursday, December 24, 2009



kadang2 aku terasa diri ini amatlah buruk dan buruk.


Saturday, December 05, 2009

Friday, December 04, 2009



aku rasa letih......

izinkan aku lena sebentar.






i don't wanna love you if you don't love me...
don't wanna need you when you won't need me too.

*samantha mumba-gotta tell you*


Thursday, December 03, 2009

titik

kadang2 aku suke tengok muke aku sendiri kat cermin.

sebab aku nampak macam2 cerita kat situ. macam2 kisah dan pengalaman sepanjang aku bernafas kat muka bumi ni. kadang2 aku suke senyum sendiri. senyum pada diri sendiri. di hadapan cermin. dan kadang2 aku akan buat muka hodoh macam pontianak yang menggerunkan. err... uyi suka buat muka joker.

aku boleh termenung lama depan cermin. flash back apa yg berlaku di masa lampau. kadang2 sampai aku tak sedar aku dah tak berada depan cermin lagi, tapi dah landing meniarap atas katil. hah..

macam2 peristiwa aku lalui. kadang2 rasa letih dan cuba nak lari jauh2. mungkin nak try masuk ke alam bunian ke. nampak macam tenang je.. damai. dengan pakaian serba putih yang kelihatan suci dan bersih.

teringat dulu en angel pernah menyatakan kerisauannya terhadap aku sewaktu masalah dengan ex-husband belum setel. dia risau aku tak dapat handle sekiranya aku menemui kesulitan. dia risau aku tak dapat tangani dan tak dapat terima dugaan yang mencabar nanti.

tambahnya lagi aku mungkin lemah, tak kuat... aku mungkin tak dapat mentafsir masalah yg datang dengan bijak. tak boleh menilai.. apa yang patut apa yang tidak. arhh.. risau sungguh dia!

dan waktu tu aku hanya tergelak dalam hati. kenapa la engkau begitu risaukan aku. aku dah besar. aku tau mengatur hidup. aku bukan budak kecik.

aku hanya tersenyum dalam diam.

itu 6-7 tahun yang lalu....

dan alhamdulillah.. sepanjang waktu itu aku telah lalui pelbagai ujian.


dan sekarang aku teringat balik itu semua...
betul ke aku telah dan boleh lalui semua dugaan yang mendatang dengan bijak....

Wednesday, December 02, 2009

touch by an angel...

kebelakangan ni aku kerap mencari kisah2 sedih yg berlaku dalam hidup manusia.

membaca atau mendengar atau mengimbas kembali.. kemudian membandingkan dengan kisah aku. berharap kesedihan hati ini dapat dikurangkan dengan memujuk hati... mereka juga menanggung kesengsaraan yang berat... malah ada yang lebih hebat.

mungkin sedih aku ini banyak dipengaruhi oleh emosi. lantaran emosi yg mengawal akal dan fikiran.

Tuhan.. berikan aku kekuatan seandainya kesedihan aku ini berpanjangan.

Harapan yang kembali itu sememangnya tinggal harapan yang entah di mana penghujung yg aku sendiri tak tau...

-the end-