FoLLoweRs

Wednesday, February 24, 2010

Tuesday, February 23, 2010

sesat di kuala lumpur.

lemau.

lemau.

lemau.

bosan.

benci.

nyampah.

tak suke.

gitu le kalo dah cuti panjang, balik kampung. semua benda kat kl ni terasa sangat membosankan. menyedihkan. menjengkelkan. takde langsung pemangkin. rasa nak bomkan ajer kl ni.

my life is suck!

sgt2 bosan.

sangat2 menghampakan.

kerja pon tak seobses dulu.

bosan tahap cipan sampaikan satu2 saat tu tetiba rasa cam nak nangis. tambah plak kalu ade background baeekkk punya.

...dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku.... cisss!


meh jadi beruang kutub jab. hibernasi.

Friday, February 12, 2010

balik kampung yeay!

hm next week cuti. balik kampung seminggu. buat kenduri aqiqah mel, esok tu buat besday uyi.

esok pagi2 sebelum subuh aku bertolak sama ain dan alin. erk. neves gak sbb pertama kali balik kampung dgn mendrive kelisa aku.

takut.

sebelum ni jadi penumpang, kali ni aku drive sendiri. awal2 lagi aku dah pilih alin sebagai co-pilot sbb dia tau tau cket bab2 jalan ni kot.. huhu.

aku akan drive sepanjang perjalanan dari kl ke kelantan ni. atau tukar sat ngan alin masa kat highway. aku tak konfiden ngan dia lagi sbb dia baru dapat lesen. ceh. walhal aku pon bukan reti benor memandu ni. harapkan semangat kental bak satria baja hitam je.. nak balik kampung jumpa uyi disamping pertama kali drive sejauh itu. excited gak.

tambah teruja biler hanya kami bertiga, si anak dara tanpa melibatkan lelaki. awww.. anak dara gitu.

before this dik jarr beriya2 ajak abang ipar dia a.k.a nomad temankan aku. sbb dia tak konfiden ngan aku dan takut apa2 jadi nanti. tapi aku tanak sebab aku rasa nak uji kebolehan aku. lagi pulak aku ingin menjaga hati seseorang yang ingin aku berdikari dan yakin pada diri sendiri. sayang punya pasal maa.... tapi tak taulah dia perasan ke tak sebahagian apa yang aku buat ni adalah demi dia. cewahhh..!

well, doakan semoga aku selamat sampai kampung dan balik kl kerja semula.


jom cuti!

sejenak



kadang2 aku rasa aku tanak uyi besar. aku nak dia maintain kecik jer. maksud aku bukan aku nak dia kecikkk macam aku ni. aku nak dia stay 5 tahun ker, 6 or 7 tahun ker. budak2

sebab dia dan pemikiran dan kata2 serta kerenah dia sangat comel dan cute ajer.

takde nak majuk2 sangat. tak reti nak protes2. tak emo.

lately dia suka majuk. kadang sampai aku plak rasa nak majuk ngan dia. hangin pon ada. tapi kalau mood dia ok, wah bercakap non-stop. semua benda dia citer. excited. penuh teruja. siap ketawa mengekek2 sampai terbahak2 tak ingat dunia.

haih... anak ibu dah besar kot...




Thursday, February 11, 2010

penyedap rasa

semua yang berlaku dalam hidup kita adalah ketentuanNya. sudah tertulis. ada sebab2nya.

Tapi itu tak bermaksud kita serah bulat2 kan? bukan alasan untuk kita selalu berkata, ini adalah suratan.. adalah takdir... dah Tuhan kata jadi.

kalau bukan kita sendiri, siapa lagi nak ubah nasib diri sendiri kan? siapa lagi nak usaha kalau bukan diri sendiri kan?

Tuhan pon tanak ubah nasib kita kalau kita sendiri tak cuba dan usaha nak ubah. tak kira dalam aspek apa sekalipon.


Wang ringgit boleh dicari.... na na na.....

*ini tahun adalah tahun untuk berjimat cermat. yeayy..!












cantiknyer... aku jakun cket tgk pelangi ni. rasa macam berada dalam sebuah citer dongeng je. kalau ader pelangi, aku rasa best giler. seronok tak terkata. rasa nak dok bawah pelangi tu lama2. tak bergerak.

tapi gambar kat atas tu bukan aku yg snap. bukan kat belakang umah aku. aku pon tak tau kat maner.

last pelangi yg aku tgk setelah berkurun2 tak nampak adalah semasa balik dr Pangkor ngan budak comel. teruja giler! paling best sbb ujan rintik2 dan lepas tu pelangi tu ilang. ghaib. pehh.. lagi bertambah tahap kejakunan aku. huhu.

tapi perasaan jakun itu kadangkala seronok. dan amat indah. sebab aku rasa macam kanak2 ribena. berlari2 sambil tunjuk pelangi. takde rasa malu, takde rasa segan, macam takde apa2 masalah. free. bebas. weiss.. masa kecik dulu takut woo nak tunjuk pelangi. takut jari kudung!

kan best kalau kat satu2 tempat tu kompem ader pelangi.

bukumuka.




arghhhhh... tolongg...!! tolonggg....!!

aku tak tau naper susah, payah dan malas betul aku nak update fesbuk. bukan setakat update, nak login pon takder ati. iskk...

fesbuk dah lama join tapi tak aktif langsung. aku ader try berjinak2, belai2, bukakan hati aku untuk menyukai fesbuk tapi stil tak boleh.

aku ader login 2-3 kali. tapi lepas tu malehnyerrr nak add org. ntahnyer! email berbakul2 dah. adehhh.

aku stil tak suka fesbuk. tapi adik manja cakap kalau tak join fesbuk macamaner nak dapat anak ikan..? wakakakaka....

last2 aku fedap.

aku memang tak minat fesbuk! Stop.

Wednesday, February 03, 2010

Only One

Broken this fragile thing now
And I can't, I can't pick up the pieces
And I've thrown my words all around
But I can't, I can't give you a reason

I feel so broken up (so broken up)
And I give up (I give up)
I just want to tell you so you know

Here I go, scream my lungs out and try to get to you
You are my only one
I let go, but there's just no one that gets me like you
You are my only, my only one

Made my mistakes, let you down
And I can't, I can't hold on for too long
Ran my whole life in the ground
And I can't, I can't get up when you're gone

And something's breaking up (breaking up)
I feel like giving up (like giving up)
I won't walk out until you know

Here I go, scream my lungs out and try to get to you
You are my only one
I let go, but there's just no one that gets me like you
You are my only my only one

Here I go so dishonestly
Leave a note for you my only one
And I know you can see right through me
So let me go and you will find someone

Here I go, scream my lungs out and try to get to you
You are my only one
I let go, but there's just no one, no one like you
You are my only, my only one
My only one
My only one
My only one
You are my only, my only one

-



Hari ni aku bangun sangat awal. Dan aku sampai ofis pon awal, kira2 10 minit sebelum pukul 7. Uyi pon lum siap mandi lagi masa aku call dia.

Uyi selalu bangun lambat gi sekolah! Tapi dia cakap ibu tu yang tepon awal sangat. Huh! Ada2 jer jawapan dia.

Haih. Aku tak tau naper hidup sekarang terasa sungguh kebosanannya. Kat ofis rasa bosan. Bukan aku bosan dengan kerja aku. Agaknya sebab sekarang tak berapa busy, kerja pon tak banyak yang mendesak. Bosan!

5S yang Pengarah suruh apply pon aku tak start lagi. Huh! Bosan sungguh bila mengenangkan kubikel kecil tempat aku bertapa ni bakal kosong dan hanya ditampal dengan memo2 kerja.

Kat rumah pon macam mati je. Berkali2 adik aku suruh pasang Astro. Tengok la tv katanya. Tapi aku tak rasa kepingin nak layan Astro pon walaupon tiap2 bulan aku bayar bil Astro.

Balik kerja awal. Sebab aku bosan dah lepak ofis lama2. Sampai rumah pon bosan jugak. Sebab adik2 lum balik lagi. Sudahnya aku jadi penunggu dalam rumah tu.

Well.. aku lupe! Dulu pon sebenarnya aku macam ni jugak. Pergi kerja, balik kerja. Penat. Bosan. Terlelap. Cume dulu aku terikat dengan masa sebab aku naik bas. Sekarang tidak dan aku boleh managekan masa aku sendiri dengan selesa. Itu kelebihannya. Yeay.

Haih. Takpe lah. Tengahari nanti aku kuar jap, ngular sambil2 nak amek smart card pegawai kat Bangsar. Cube2 hilangkan kebosanan.


Ehhh.. kadang2 bosan pon best apa... ader gak aku post something yang takde jiwengs kat blog ni. *wink kat budak comel tuhh...*

Tuesday, February 02, 2010

kata adik comel aku....



seorang kawan merangkap budak comel ym aku, blog aku ni terlalu jiwang. aku balas balik ' ntah. semenjak 2 menjak ni rasa emo sket.'

dia tembak 'eleh.. bukan sekali dua ni.. selalu. nampak ajer brutal tapi leleh.'

desyumm..! desyumm!!

erkk. ye ker?

ok ok. yang tadi tu post last berunsur kejiwaan.

ciss..!!


petikan 'cinta di permaisuri'




"kalau awak rasa tak dapat lupakan masa silam, saya rela lepaskan awak pergi." luahku perlahan.

"kenapa cakap macam tu?" dia bertanya.

"entah. saya taknak awak bawa benda tu sepanjang hayat awak. saya taknak awak terbeban dan menipu perasaan sendiri."

diam.

"kalau awak rasa perasaan awak berat ke arah itu, baik awak follow ke arah itu. dapatkan balik apa yang telah awak kehilangan sikit masa dulu.awak harus tau apa yang awak nak dalam hidup awak." pandainya aku berkata-kata.

dia mengeluh perlahan. "tak mungkin kami bersama kembali. kami ada keluarga yang harus dijaga hati dan perasaan. tak semudah itu. walau masing2 nak kembali, ianya tak mungkin sebab terlalu banyak halangan terutama famili dia. dan keadaaan takkan sama seperti dulu." sebutir sebutir patah perkataan dari bibirnya.

"awak yang nak kahwin kan? bukan famili dia. bukan orang lain. ini life awak. kebahagiaan awak." tegasku.

"awak sanggup lepaskan saya?" soalnya kembali.

diam.

"kalau itu takdirnya, kalau itu yang awak inginkan, kalau itu yang boleh buat awak ceria dan bahagia, saya bukan siapa2 untuk menghalang. nak taknak saya terpaksa relakan awak." aduhh.. baiknya aku!

"awak boleh terima semua tu?" tekannya lagi.

angguk.

"habis.. kalau saya kembali semula dengan dia, awak macamana?"

aku renung dia. tanpa kata. "biarlah.. biar aku pergi jauh2 membawa hati yang luka." jeritku tanpa suara. hanya berkata2 dalam hati sendiri. "takpe... saya ok." akhirnya aku berjaya meluahkan juga apa yang sepatutnya untuk seseorang yang amat aku sayang.




tiba2 laju je tangan aku menaip selepas berjaya menggemukkan diri tadi. nanges nanges... hoho.

nasi tambah: tergerak nak tulis camni bile terbaca salah satu blog kawan tu. cam best je. huhu.

february 2010