FoLLoweRs

Thursday, July 30, 2009

Kempunan

demi cintaku padamu..
ke mana pun kau kan ku bawa

bulan madu di awan biru
tiada yang mengganggu...
bulan madu di atas pelangi
hanya kita berdua...


Adeeehhhh... rasa ader arus elektrik yang mengalir kat jantung ni.

Arhh.. rasa nak terbang nyanyi sama-sama ngan Amy.

Wednesday, July 29, 2009

Friday, July 10, 2009

Uyi punya pasal

Abang call Ahad lepas.

'Ko balik kampung tak nanti?'

'Tak. Tak cukup duit ar..'

'Huhu.. berkirenyer.'

Arh. Bukan berkira. Tapi kira-kira. Kalau balik kampung 2-3 ratus mesti abis punyer. Aku plan nak balik awal puasa nanti.

Selasa malam call uyi. Terus dia merajuk bile aku cakap aku tak balik weekend ni.

'Ala uyi jangan la marah ibu.. nanti ibu balik la.'

'Tak yah balik sampai bile-bile pon....'
Amboi!

'Eh uyi ni.. naper cakap camtu. Tak baik tau. Ibu tak suka. Kang ibu tak balik betul2 sampai bile2 camner? Kalau ibu mati nanti mesti uyi nyesal cakap camtu tau. Jangan cakap camtu lagi. Nanti ibu balik lah bukan ibu taknak balik.' Terus aku emo.

Diam.

Diam.

'Uyi... jangan la marah ibu, nanti ibu balik yea.'

Diam.

Sudahnyer aku cakap sorang2.

'Hm. Penat la ibu cakap sorang2. Nanti ibu tepon uyi esok la bila uyi tak marah dah. Biar marah uyi reda dulu. Biar majuk uyi tu hilang dulu yea.'

'Tak ilang sampai biler2...'
Slow mendatar suara dia.

Terus aku senyap.

Esok tu aku apply cuti. Terus beli tiket ketapi.

Tak pe lah, duit aku bleh cari.
Malam ni aku balik kampung. Yeahhhaa!

Monday, July 06, 2009

Musim buah

Sebulan ni hari2 aku tepon uyi. Kadang2 2-3 kali sehari. Rindu sangat nak dengar suara dan cerita dia.

Dan selalunyer aku akan buat loudspeaker bila borak ngan dia.

Petang Sabtu lepas;

'Ibu bilo nak balik?'

'Nanti hujung bulan yea.. ibu balik ngan mak teh.'

'Ibu balik cepat ar...'

'Ye laa sayang.. nanti ibu balik yea.'

'Uyi.. jangan cakap kelantan.. cakap KL,' jerit Zana, adik comel sebelah aku.

'Wehh.. uyi tak cakap kl je, dia cakap omputeh terus,' aku balas.

'Ibu ibu....'

'Yea cayang.'

'Err.. fruit rambutan cooking ranum.'

Terus kitorang terbahak2 ketawa.

Cooking ranum tu yang tak tahan tuh! Uyi punyer English special sungguh. Sebijik2 dia translate. Hihi.

Anak aku ni.. kalau belajar betul2 bijak budak nikh. Grammer dia memang berterabur tapi tak dinafikan dia suka mencuba dan cepat paham sesuatu benda.

Dan cannot be denied.. dia kelakar. So adorable.

Tiada lagi...

Nariko dah tiada.

Nariko dah meninggal.

Nariko dah mati.

Kena langgar dengan proton kaler putih.

Celaka punyer driver.

Kalau anak ayam ke, tikus ke aku leh terima. Ini kucing. Bukan anak kucing. Dah bergelar anak dara sunti. Buta ke mata tak nampak?

Siamang punyer driver proton. Kalau aku tau rumah dia, nak ajer aku pergi menyumpah2 depan muka dia. 'Mate ko letak kat bontot ker?' Takde hati perut langsung.

Uyi nangis teresak2. Terdengar soksek2 bunyi hingus dihujung telefon. Aduhai... kesian anak ibu.

Aku pujuk dia. Tuhan sayangkan Nariko. Nariko kucing yang baik. Dia pasti akan masuk syurga. Kat syurga dia akan dapat ramai kawan, makanan. Sume best2.

Uyi tak respon apa2. Ye la. Tengah sedih. Takmo cakap apa2.

Agak lama aku cakap sorang2. Pujuk uyi.

Kesian uyi...

Nak tau bile Nariko kena langgar kereta? Sejam lepas aku upload gambar Nariko ke dalam blog. Waktu aku reply komen deaf, Nariko dah arwah pon masa tu.

2-3 hari kemudian Uyi dah ok. Selepas aku janji nak belikan kucing. Erk..

'Uyi dah ok? Sedih lagi tak?'

'Hermm..'

'Jangan sedih2 tau, nanti kite cari kucing baru yea.'

'Erm... Ibu, ibu kato ari tu Nariko masuk syurgo?'

'Ye la.. Nariko kan kucing yang baik. Nabi pon sayang kucing tau. Mesti nanti dia masuk syurga.'

'Tapi.. dia playgirl ibu.'

'Erk...'

'Sungguh ibu.. kejap denge kucing jate ni, pahtu nge kucing lain pulok. Buleh ko dio masuk syurgo'

'Erk.. uyi, dia kan binatang. Binatang takde akal. Dia takbleh pikir. Sebab tu binatang macam kucing tu ader ekskius. Bla bla bla...'


Hadoi... nak tergelak pulak aku lepas tu. Macam2 soklan budak nikh.