FoLLoweRs

Tuesday, March 10, 2015

Aku rindu aku rindu aku rindu.




Alahai... alahaiii... alaaahaaiiiii....

Rindunya pada pembaca-pembaca blog. Rindunya pada tulisan-tulisan lama. Sangat rindu pada musim-musim lalu. Aduhaiii... Huhu.

Sejak pandai berinternet pakai handphone ni dunia blog memang terabai terus. Tampal gambar lebih mudah kat instagram. Tambah pulak takde nafsu nak berkongsi cerita atau lebih tepat idea nak menulis pon tarak, blog terus bersawang. Kawan-kawan internet pon ramai yang menghilang. Bloger feveret pon suram. Bloger baru macam tak se'best' bloger lama. Hehe.. Sama la macam zaman sekolah dulu. Batch kita lah yang best. Best adik2 yang memuncak naik tak cool macam geng kite. Ngeh ngehhh.

Tadi gatal tangan bukak gambar dalam my pictures kat komputer ni. Tahun 2010.. 2011.. Mak aihhh... cun melecun nya aku! Kah kah kah...!

Slim siot! Complexion toksah cakap lah. One of my pride. Proud. Eksen. Bangga. Kehkehkeh. Semua ado. Sekarang kolagen pon dah malu2 nak keluar

Dulu kursus sana sini. Langkawi. Kuala Terengganu. Kota Kinabalu. Kuching. Haihhhh... Seronok. Kerja kat ofis banyak jugak tapi seronok. Enjoy. Agaknya darah muda. Uwekk..

Toksah bandingkan dengan sekarang lah. Sekarang berat badan pon dah naik 46.2kg. Huhhh. Unbelieveable. Unsangkarable. Unpredictable. Masa 9 bulan pon setakat 45kg je, boleh bayangkan tak sekarang macamana comelnye saya? Hikhikkk... 

Malas nak terlalu obses dengan kurus. Kena faham, bila usia meningkat, berat pon suka nak bertambah. Lemak-lemak yang terjadi ni dah berkumpul bukan dalam sehari dua. Bukan seminggu atau sebulan dua. Dah bertahun dah. So, kena terima jugak, nak go go away kan dia pon bukan sehari dua. Bukan seminggu dua. Makan masa jugak.

Tapi takpe lah, as long as kita ada orang yang sayang kita kan. Hewhewww....

Tapi itu bukan alasan jugak, kesihatan kena jaga. Penampilan kena jaga. Akhirat pon kena kejar. Dunia jangan terlalu leka, ye dop?

Sekian coretan. Muahh setepek untuk kawan2 bloger yang lain. Rindu masa zaman nakal2 dulu. Ahaksss.
Assalamualaikum... 2015.