Sunday, November 29, 2009

mungkinkah akan terjadi.

Kata org jodoh, pertemuan di tangan Tuhan. Sebenarnya semua benda pon di tangan Tuhan. Tapi itu tak bermakna kita serah bulat2 pada takdir. Kita kena usaha dulu, then tawakal lah. Baru bleh cakap semuanya adalah di tangan Tuhan.

Baru rasa puas hati sebab dah berusaha dgn penat lelah selama ini. Dan apapon yang terjadi rasanya berbaloi dan bleh diterima sebab kite dilahirkan sebagai muslim yang mesti menerima qada' dan qadar as rukun iman.

Sebenarnya aku kecewa. Dan sangat bersedih. Kenapa ekkk... asyik bersedih ajer. Bosan betul. Tapi kali ni kesedihan aku teramat dalam dan begitu berat untuk aku tanggung. Aku tak pasti aku bolah lalui dugaan yang aku terima ni dengan sabar dan tenang atau tak. Tapi sekarang jiwa aku tak tenang sangat! Jiwa kacau.


Aku cuma ingin bahagia. Benarkan kebahagiaan itu sukar dicari? Dan jika kite telah temuinya, kite mesti menggenggam kebahagiaan itu erat2.. or else ia akan hilang dari kita. Betul ker???

Apakah dosa aku mengecewakan dan meninggalkan En Angel begitu besar sekali sehingga kebahagiaan itu begitu susah nak mendekati aku? Belum habis lagikah sumpah En Angel pada aku? Tak layakkah aku merasa bahagia? Salahkan aku menidakkan poligami utk diri sendiri bilamana aku sendiri tak sanggup nak melaluinya?

Karma.

Sekarang aku faham bagaimana perasaan En Angel bila dikecewakan oleh orang yang teramat disayangi dan ingin dimiliki.

Sangat sakit!

Sangat terluka.

Sangat kosong.

Seolah hidup tak bererti. Jarum jam terhenti. Tak kira apa yang dilakukan, walau di mana, jasad saja di situ tapi otak langsung tak entah ke mana. Kosong. Takde apa.

Sebenarnya aku ingin jadi manusia biasa seperti yang lain. Yang tidak trlalu mengambil berat akan apa2 masalah yg berlaku di sekeliling. Yang boleh think positive dengan cabaran hidup. Aku nak jadi macam tu. Tapi aku macam tak kuat. Aku macam tak larat nak menanggung dugaan lagi. Dan kesudahannya... menangis. Menangis dan menangis! Sedangkan org lain gembira dan sibuk dengan hal masing2. Tapi aku keseorangan dalam bilik yg sempit, kosong, gelap, lemas, sesak. Sangat menyedihkan. Sangat memalukan. Dan terasa sangat buruk diri ini.

Dan paling menyeksakan, aku tak dapat berkongsi masalah ini dengan siapa2. Limited. Entahlah.

Mungkin ini hanya benda biasa bagi sesetengah orang. Lumrah. Memang la ada masalah dalam hidup ni. Take it easy la, rileks la. Bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor. Tapi yang menanggungnya? Terasa ada batu besar yang digalas.

Lagaknya macam org putus cinta kan?

Putus ker...?

Entahlah.

Terasa semangat aku hilang. Lemah. Tak berdaya. Malas.

Sinar2 bahagia itu aku rasakan semakin menjauh dan malap. Semakin kelam. Aku sangat sedih. Aku terasa sepi dan keseorangan.

Benarkah bahagia aku itu akan hilang Ya Allah...? Jika benar sengsaranya rasa...

Sungguh aku tak tau apa yang harus aku lakukan. Terasa tak sanggup untuk aku melepaskan dia pergi... tidak sama sekali. Tidak!

Teringat satu komen gina kat post aku yg lalu.. hak kite tetap hak kita. Tapi.. benarkah dia hak aku.......? Layakkah aku berkata begitu?

Tuhan... bantulah aku... ameen.

Wednesday, November 18, 2009

aku belum potong.



weekend ni rasanya aku nak gunting rambut. kena potong rambut. harus.

da panjang sangat.

sampai aku naik geli.

tapi macam sayang pon ader.

potong! potong!? potong! potong????

yark!


Monday, November 09, 2009

aku gi pasar bukan beli ikan




aku ni jenis keras tangan. tak kreatif langsung. keje2 pompuan ni tak pandai sangat. nak gubah bunga sket pon aku da berpeluh. tak reti. tapi pagi sabtu tu ntah naper berkenan pulak tengok bunga kekwa yang dijual kat pasar tu. teringin nak gantikan daun2 hijau kat pasu umah yang asik kering tu dengan bunga2 segar ni.



dan jeng jeng jeng...!!

bangga siottt dapat gubah bunga ni! untuk orang seperti aku, ni dah kira cukup cantik dan terpegun sendiri atau lebih tepat perasan laa dengan hasil gubahan sendiri yang pertama ni. hehe..

tapi... itupon hasil guide dari seorang kawan. dia cakap bla bla bla.. camni camni. aku just follow dan tak sangka menjadik! ahak ahak.... sukenyerrr sukenyerr ....!!
tiap kali aku lalu sudut tu aku akan jeling kat bunga ni. bestnyer rasa. peacefull. betul org cakap, flora ni mendamaikan mata memandang.

so aku ingat pasni aku nak rajin2 bli bunga hidup camni. peace!

Saturday, November 07, 2009

update#

heh. benci pulak aku tengok 2-3 post aku yang jiwang tahap gaban nikh.

takpe. biarkan. jangan delete. nanti satu hari aku akan baca balik. aku akan tersenyum tawar mungkin. aku akan sengih sorang2. mungkin aku akan gelak, sampai guling2 kuar air mata. mana tahu!

atau aku hanya geleng kepala mengenangkan kebodohan dan kelemahan diri.

atau aku bersyukur kerana tidak lagi merasa miserable.

mungkin masa tu aku berdua. aku akan tunjuk blog ni kat kapel aku. kasi dia baca sama. dan dia pon akan gelak, geleng kepala kemudian merenung aku sambil kucup dahi aku dan berkata 'saya takkan biarkan awak keseorangan lagi'. ameennn...

semoga aku diketemukan dengan seseorang yang memang Tuhan ciptakan untuk aku. yang memahami aku. yang sayang aku. dan paling penting yang menerima aku seadanya. menerima aku sebab aku. sebab aku adalah siti marlina binti mukhtar. bukan sebab lain.

masih ingat mie? (ceyhh.. tanyer macam la femes sangat blog aku nikh...)
well, dia da bertunang. pengakuan dari mulut dia sendiri tapi aku tak sempat tanyer dengan minah mana. adakah dengan minah GRO tuh? mungkin tidak!

tapi katanyer nak kawen tak tau tahun bila. sebab duit lum cukup. ye ker? tak kesah lah. janji dia jemput aku datang masa hari nikahnya nanti. teringin pulak nak jalan2 kat melaka tuh.

semalam aku terjumpa kaset lama. terlabel 'uyi g'. nampak da buruk pon.

aku pasang masa nak ke opis tadi. whoaaaaa.....!!!! tau tape apa?

suara uyi masa dia berumur dalam lingkungan 2-3 tahun! masa tu tak silap citer 'ada apa dengan cinta' tengah ngetop. uyi pulak jenis budak cerdas dan cargas. kitorang rakam beberapa dialog yang dia hafal dan adegan yang dia tiru dalam tape tu. aduhhh... sangat comel suara dia. lemak. lembut macam puding karamel. manja macam kucing siam yang berbulu lebat tu. suara yang sangat fresh dan naif.. sore budak yang baru blajar nak bercakap pon ader.. teruja aku mendengarnya! terbayang keletah uyi waktu tu. dia memang sangat2 comel!






teringat citer uyi dan bontot 8 nyer tuh. hekhek...so sweet!


Friday, November 06, 2009

hari ni nak layan jiwang sket


How do I
Get through one night without you
If I had to live without you
What kind of life would that be?
Oh I need you in my arms
Need you to hold
Your my world my heart my soul
If you ever leave
Baby you'd take away everything good in my Life.

And tell me now
How do I live without you
I want to know
How do I breathe without you
If you ever go
How do I ever, ever survive?
How do I
How do I
O how do I live?.

Without you
There'd be no sun in my sky
There would be no love in my life
There would be no world left for me
And I
Baby I don't know what I would do
I would be lost if I lost you
If you ever leave
Baby you would take away everything real in My life

And tell me now
How do I live without you
I want to know
How do I breathe without you
If you ever go
How do I ever ever survive?
How do I
How do I
O how do I live?...

Please tell me baby..

How do I go on?
If you ever leave
Well baby you would take away everything
Need you with me
Baby don't you know your everything good in My life

And tell me now
How do I live without you
I want to know
How do I breathe without you
If you ever go
How do I ever, ever survive?
How do I
How do I
O how do I live

How do I live without you
How do I live without you baby.......
How do I live....




sendiri komen : i mungkin boleh live jugak tanpa u tapi life i takkan same as before. mungkin terasa sedikit tawar dan suram. haih.




dari mana datangnya cinta?


orang dulu2 cakap dari mata turun ke hati.

Thursday, November 05, 2009

hujan.

cuaca dalam hati sama macam cuaca pada masakini.

mendung.

hujan.

hujan.

dan hujan.

sikit2 nak hujan.

senang sangat pulak nak hujan.

petir, guruh sikit pastu hujan.

arhh.

sigh.

-the end-

kucing dari Kuching




sepasang Kuching di Bangi Kopitiam. uyi pon ader sepasang. katanyer seekor dia nak kasi kat Boboi. amboiii amboii....!
Key-chain ni sangat bermakna sebab ia kapel. comel. hepi giler bile jumpa masa pusing2 kat .. apa ntah nama tempat tu. lupe. aku amik 2 pair. suzana amik 1pair. lebih bermakna bile seekor kucing aku bagi kat someone yg juga sangat bermakna. bermakna yang ada macam2 makna....

hari ni yang sangat blues. naper ntah!

err layan jiwang sket, tapi aku tanak letak tajuk dia.
naper? sebab aku tak suka tajuk dia.


hembusan angin bagai membawa berita
berita yang mengecewakan ku
apa yang terjadi bukan yang ku impikan
namun ku tabahkan hati ini

sayangku... ku tahu kau tak ingin begini
tapi kau sanggup lakukannya
betapa hatiku hancur musnah berderaian
tidak seorang pun yang memahami
hati dan perasaanku

kerna cintaimu ku jadi begini
kena sayangkan mu ku telan semua
betapa hebatnya kau di hati ini
kenapa kau tak pernah fikirkan aku
kenapa si dia jadi pilihanmu
ku sedar siapa diriku di hatimu
di sisimu...

ku harap suatu hari kau kan mengerti kasih
siapa diriku di sisimu
pengorbananku bagai tak pernah dihargai
ia bagai angin yang berlalu



perghh... nak nangis sey dengar lagu ni.
lagu ni aku pernah dgr dalam citer DYH. memula dengar nak termuntah pon ader (sori hetty!)kelakar siak. tangkap leleh abis.
dan ari ni tak sangka aku leh post dlm blog aku. sigh. padan muka aku.....

Friday, October 30, 2009

tajuknya aku da delete.

life is great.

apa yang hebat dalam hidup manusia? kehidupan itu sendiri.

sebab kehidupan tu ader macam2 jenis, corak, bentuk, warna, rasa dan sebagainya.

hidup akan bosan dan takde makna kalau statik dan takde apa2 cabaran. sebab tu hidup ini dikatakan hebat dengan adanya seribu satu kisah pelbagai cerita suka dan duka, cabaran dan dugaan, masam, manis, pahit, hambar, tawar dan lemau. macam rojak.

dan setiap manusia pasti akan melalui macam2 keadaan. macam2 masalah. sampaikan orang cakap bukan hidup namanya kalau takde masalah.

apa yang penting adalah cara kita menangani masalah yang Tuhan bagi kat kita. sebab tu semua adalah ujian nak mengukur sejauh mana tahap keimanan atau kekuatan, ketabahan kita sebagai insan di muka bumi ini.

aku pon tak pernah lepas dari masalah. masalah life, kerja, cinta, duit, anak etc.

kadang2 bila masalah tu datang rasa nak menangis pon ada. tambah pulak bila ia difikir2, dicompare2 dengan orang lain, di darab bahagi... di lump sumkan pulak dengan masa depan.. rasa gusar. rasa tertekan. rasa terhimpit. sesak rasanya.

dan aku selalu mengeluh. apa yang aku keluhkan pon aku tak tau. bukan mengesali hidup. bukan menyalahkan takdir. jauh sekali meratapi nasib. tapi ... entah. tak tertanggung dugaan tu barangkali. takut agaknya dengan sekuen dugaan yang datang.

dan aku pon tak tau apa aku nak tulis sebenarnya. cume memula start menulis tadi aku terkenang2 zaman sekolah seketika. teringat hidup aku. rasa sebak seposen. rasa sedih pon ader satu sen. pastu abah call. borak2 ngan dia.. pastu rasa rindu sangat kat abah. rasa sayu pulak bila abah sebut2 pasal kitorang, pasal abah...

aku cume nak cakap....


entah.

Thursday, October 29, 2009

uyi dan alia a.k.a bad





ni kazen uyi. diorang berdua ni close sangat cam adik bradik. uyi suka budak. yang si kecik ni lak suka ngadu apa2 citer kat uyi. tapi kalu gaduh pon masing2 takmo mengalah. masing2 menjerit sebijik macam kera kena belacan. hahaha.

skang diorang da tambah satu geng lagi. mellisa hani iman tuh. tunggu besar je.

rindu





aku suke gambar uyi yang ni. sebab nampak gusi dia, gigi dia yg kecik tajam dan besar tu, bibir dia yg merah tu. fresh. pastu dia sengih dalam pose yg begitu.

ceyyhh... asik puji anak dia jerk! adik aku cakap.

uyi demam. selsema dan batuk cket. alahai... sian anak aku!

Wednesday, October 21, 2009

menulis dalam mood yang tak baper sehat.



Lama tak update...

3-4 minggu lepas sibuk siapkan pakej kursus kat Kuching. Last week 4 hari di Merdeka Palace, Kuching sebagai urusetia kat sana.

Hm pertama kali sebagai urusetia bergandingan dengan Suzana comel tu mmg sangat poyo dan kelakar. Hehe. Tapi sib baik peserta Sabah SArawak sumernya sporting dan sempoi. Awal2 aku dah cakap ngan diorang, takmo terlalu formal sangat kursus ni. Kalau bleh bialah santai dan rileks je. huhu.

Yang best tu, banyak masa kitorang buat aktiviti sendiri. Kelas dianjakkan supaya malam kitorang bleh merayap.

Malam kedua pekena mee kolok yang sangat femes tuh. Memang mencabar sungguh sebab 2-3 kedai kitorang masuk, mee kolok takde. Habis la. Takde stok la. Macam2. Kedai ke4 kami pergi baru ader. Huh. Sib baik. Kalu tak, mau kempunan aku ngan suzana.

Gambar? Takde sebab tak bawak kamera. Ader snap dalam enpon tapi kali ni tak baper posing sangat. Nanti tunggu hujung bulan November nanti ke Sabah nak posing sakan. Sebab aku plan nak bawak uyi. Mesti dia sonok. Kalu jadi laa...

Tapi yang best tu aku dapat cari sesuatu yang sangat istimewa. T-shirt kaler hitam pic kucing dan key chain kucing kapel. Sekor jantan dan sekor betina. Sweet sangat. Dan aku sangat2 berpuas hati dengan apa yang aku beli tu.

I miss uyi so much...... rindu sangat bile dengar suara dia yang lemak berkrim... dan sangat sedap itu.


Tuesday, October 06, 2009

citer raya sket...

sepasang kasut raya comel utk uyi beli kat Jusco Cheras berharga rm63.50. Tapi frust giler sebab tak muat! Haih. Sayang sangat sebab kasut tu sangat cantik dipakai dengan baju kurung atau gown. Grrrrr......

kat salah satu pasar raya kat kelantan hari last pose. Penat dan frust sebab abis sume kedai kasut kat Tanah Merah tu dia kitorang masuk tapi takde satu pon dia berkenan.


at last..... jumpa gak Asadi yang berkenan. Tu yang tersengih tapi lupe ar nak snap pic tu. 2 pasang uyi tangkap. Satu kasut warna pink, satu lagi sandal bertali dan bertumit warna itam.


on raya kedua kat rumah kawan Alin. Yang masuk sekerat tu Pajeen, my adik bongsu.


L-R pajeen, uyi, aku dan uyo.