FoLLoweRs

Thursday, June 30, 2011

tea break





dua2 ni hensem giler



















yang ini giler2!



Nasi lemak buah bidara




Aduhh. Malas betul nak update blog. Bukan taknak. Nak! Tapi malas. Tambah pulak kerja tangah banyak.

Ada jugak tulis, tapi last2 kensel. Tak publish. Save as a draft je. Bosan. Ntahapahapa.

Erm. Esok balik kampung. Duit tengah tak barapa nak banyak sebab aku dah laburkan kat Melilea! Tapi tak kesahlah. Semua tu keperluan.

Well... my little doter growing up. Da jadi anak dara sunti :) Hari sabtu ni pulak dia ada merentas desa. So, balik support lah. Banyak benda nak citer dan share ngan dia nikh.

Handphone aku da hampir seminggu tak bercakap. Err.. rosak kot. Last week terjatuh. Banyak kali da. Sebagai ganjarannya, aku tak dapat dengar suara orang yang call tu. Tapi diorang dapat dengar suara aku. Terjerit2 jugakla mula2 tu. 'Mesej.. mesej.. saya tak dapat dengar suara awak, hp saya rosak... huhu.'

Kerja? Banyak giler. Sampaikan aku rasa takde masa nak pi toilet pon. Sayang nak tinggal meja dan pc. Melekat. Masa itu emas. Setiap masa yang ada kat opis aku guna betul2 dan cukup2. Err.. pagi ni update blog sebab nak panaskan enjin sket. Hehe.

Si dia dah pergi jauh. Si dia? Kawan aku. Pergi umrah. Mebi banyak sangat benda2 yang dia sukar nak terima, hati bercelaru, jiwa tak tenang. Hopefully dia akan temui apa yang dia nak dan cari dalam hidup dia. Lupe pulak aku nak pesan gelang. Hehe. Gelang ni seingat aku waktu kecik2 dulu kalau orang balik dari Mekah mesti bawak balik gelang ni, as a souvenir kat budak2. Ala.. yang dia pusing2, lilit2 tu. Kaler hitam. Ntah. aku panggil gelang mekah je. Tahun lepas lagi aku cari gelang ni ekceli.

Masa di Melaka, aku ada tanya seorang kawan, macamaner kita nak pastikan yang itu adalah jodoh kita. Yelah, kadang2 kita rasa itulah cinta sejati kita. Dialah orangnya, tanpa menyedari kita sebenarnya terpedaya dengan mainan perasaan.

Well.. kawan aku cakap sentiasa berdoa semoga dipermudahkan. Andainya kita berkawan dengan seseorang tu, perhubungan itu smooth, senang, tak banyak masalah, pendek kata segala2nya berjalan lancar insyaAllah itulah yang Tuhan dah tentukan untuk kita. Tapi seandainya banyak perkara atau halangan yang berlaku, mungkin Tuhan pon tak restu.

Tapi, kalau ikut kisah2 cinta, yang banyak halangan itu dugaan sebab bukan senang nak menuju kebahagiaan. Kan. Mesti banyak onak duri dan cabaran dalam memenangi sebuah percintaan yang sejati. Hehe. Ntah.

Apapon, betul cakap kawan aku tu. Semoga dipermudahkan, diberi jalan dan petunujuk oleh Tuhan. Yang penting, sentiasa memohon petunjuk dariNya. Semoga dipermudahkan.. Ameennn.....

Sedikit sebanyak, aku rasa release. Mungkin bukan untuk kita walau sebaik mana pon orang tu, kan? Termasuklah Encek Angel. Yang sangat2 baik dan tak pernah jemu tolong aku.

Its time to work. Hari ni stayback lagi. Esok nak kena balik awal. Nak naik ketapi malam tu.

Daa.



Saturday, June 25, 2011

Bye.




Ada sebab orang ucapkan selamat tinggal.

Ada banyak cara orang ucapkan selamat tinggal.

Sama ada rela atau tak, hidup kena terus macam biasa.

Macam biasa.



Thursday, June 16, 2011

Permudahkan.




Arghhh... bizi yang sangat2 bizi. Sampaikan rasa macam nak muntah mengadap ini semua. Mual.

Semua nak cepat. Urgent. Tak terkejar aku. Kadang2 blur. Tak tau nak buat yang mana satu.

Pulun jer. Buat je. Siap satu, ambil yang lain pulak. Siap satu, lima datang lagi. Sedar2 dah lewat petang.

Arhh.. badan terasa letih. Tulang2 rasa ketat. Lenguh. Kalau dapat berendam sauna ni memang sedap.

Minggu ni tiap2 hari balik lambat. Sampai rumah dalam pukul 8. Dah malam. Gelap.

Memang letih. Tapi bosan. Kadang terasa nak hang out pekena minuman panas tapi macam malas, tak larat.

Nak mandi pon bercenta. Tapi skang selang sehari mesti nak kena syampu. Atau perap rambut dengan santan. Leceh sket, sebab bau agak tengik kalau tak cuci elok2. Nak buat macamane, stok daun bunga raya skang susah nak dapat. Aku suka pakai lendir daun bunga raya sebab kadang2 aku tak perlu syampu. Natural.

Minggu lepas dah beraya sakan ngan uyi, tapi next week nak pergi Melaka pulak seminggu, tu yang semua nak kena setel. Adehh.

Tapi kan, satu yang sangat pasti. Tengahari aku mesti nak lelap sekejap macamaner pon. Ntah. Lepas makan atau tak makan, rasa rugi kalau tak lelap mata. 10 minit pon jadik. Best giler dapat tidur!

Dah. Time to get some nap.



Monday, June 13, 2011

Warna kehidupan.




Uyi dah balik semula ke kampung Jumaat 10 Jun dengan KTM.

Aku macam orang sasau dalam 2 hari tu. Malas nak berkemas, malas nak bersiap, malas nak keluar, malas nak mandi!

Aku asyik kemas rumah, basuh kain je.

Malas nak masak. Makan jer.

Aku sedih. Uyi sedih. Uyi tepon nanges2. Aku nanges.

Dan petang tu, dapat mesej dari seorang kawan ibu yang dikasihi telah pulang ke Rahmatullah.

Sedihnya.....

Al-fatehah untuk arwah.....


Uyi di APT Salon