FoLLoweRs

Tuesday, November 03, 2015

Selamat tinggal dan selamat datang.




Assalamualaikum..

Nak memulakan sesuatu yang baru memang susah kan? Lepastu ada orang akan menyampuk, "sape cakap susah?"

Entah. Susah ker? Atau susah untuk orang yang dah terbiasa dengan kebiasaan, jadi sesuatu yang baru memang tak mudah. Senang cakap, sebab dah aman dalam zon selesa, jadi untuk membuat sesuatu yang di luar kebiasaan memang agak mencabar.

Bukan saja mencabar, malah menyakitkan.

Bukan sahaja menyakitkan, malah menyedihkan.

Serba serbi tak kena. Macam2 dibandingkan. Yang lama macamni, yang baru begini.

Ok, aku menaip dari opis baru. Haha.. Got it?

Nak masuk minggu kedua kat ofis baru ni. Awal2 dulu meroyan sekejap. Serius. Aku tak sangka aku sayang rupanya kat ofis lama tu. Huhu.

Tapi... yelah.. Argh. Malas nak cakap. Kena move on jugaklah. Takkan nak bersedih-sedihan sebab kena tukar ofis.. ye tak?

Barangkali cukuplah hampir 8 tahun di tadika itu. Banyak pengalaman dah dilalui. Banyak suka duka dah dikutip. Macam2 puji keji keluar masuk. Alhamdulillah..





Friday, October 09, 2015

Muachhh!




Assalamualaikum.


Kalau berlatarbelakangkan rok kapak Intanku Kesepian, feel tu memang terasa kapak lah. Haha.. Old skul. Nostalgic. Cintan.

Ulang lagi dan lagi dan lagi. Sampai bernanah telinga ni. Hehe.

Tapi nanah nanah pon, peduli apa. Sedap lagu tu. Layan ajer. Pasang aje. Kumandangkan ajer. Biarkan melodi dan muzik tu menerawang kat udara.

Ok. Tahun 2015 dah lebih 80% berlalu. Dah masuk Oktober. Soon 2016 pulak. Adoii.. sekejap nya. Dunia blogging pon dah lama sangat dah ditinggalkan. Penulis2 blog yang sangat best pon aku dah tak baca. Dan tak tau pon sape. Yang aku tau cuma yang aku kenal yang pernah aku baca lah. Haha. Ala... Hujan pon dah 10 tahun... kan?

Niat nak jadikan blog ni diari sepanjang zaman pon dah lama lapuk dah. Dah terkubur takde nesan. Asikk gitu je. Huhu. Ada.. adalah. Kalau takde tu, memanglah tak terjengah pon blog aku yang tersayang ni. Hikks.

Ok. Esok Hari Sukan Negara. Walaupon aku ni tak aktif bersukan, tapi support tetap support jugak taw. So esok aku akan cuba-cuba bersukan. Jadi pompom gurl pon kira sebahagian dari aktiviti sukan jugak apa. Hakhakhakk.... Uwerrkk.




Throwback. Jerebu2 pon training taw... Esok ada race. Hikhik.





Friday, May 29, 2015

Headache




Assalamualaikum.

Tengahari Jumaat ni malas nak ke mana-mana. Nak tidur pon tak selera sebab takut nanti bangun sakit kepala. Well, aku selalu sakit kepala kalau tak cukup tidur.

Lately aku selalu sakit kepala. Terbaru sakit kepala ni menyerang tengahari lepas lunch hari Selasa hari tu. Aku sabar je menunggu pukul 5. Tak sabar nak balik rehat.

Waktu maghrib, aku mandi dan syampu rambut lama-lama lepas tu terus tidur. Selimut. Harap-harap bangun pagi esok sakit kepala ni akan hilang. Time tu lupa nak makan ubat. Aku seboleh-bolehnya taknak makan ubat sebenarnya. Sebab... yelah.. takut kan. Asik makan ubat je.

Kepala ni pulak sakit sebelah kanan je. Berdenyut-denyut. Macam nak pecah saluran urat darah dan segala jenis urat yang ada kat kepala ni. Bukan itu je, kepala ni ibarat harus ditatang bagai minyak yang penuh. Tak boleh bergerak sesuka hati. Bila ubah posisi tu kadang2 boleh menyebabkan rasa sakit.

Pukul 5 pagi esok aku bangun dengan rasa sengal-sengal badan especially kat tengkuk belakang dan terus ke bawah. Adoii.. terlalu lama sangat tidur dalam posisi yang sama ke? Haishhh... tak bestnya rasa. Dah la sakit kepala tak hilang-hilang lagi. Pelik aku. Selalunya ok bile diubatkan dengan tidur.

Tapi bangun jugak lah gagahkan diri. Ikut hati nak je baring atas katil.

Dalam hati berdoa dan berharap nanti ok lah bile dah breakfast nanti. Angin kot. Heh.. macam2 andaian buat.

Buat kerja pon slowly. Yelah, sakit kepala weh. Nak bercakap pon kita takde mood. Buat kerja pon tak cargas. Rasa macam nak demam tak demam pon ada. Mual nak muntah pon ada.

Sudahnya, sepagi ke aku buat kerja. Dalam pukul 12 dan membawa ke lepas lunch aku dah tak larat dah. Banyak main2 dan kemas2 meja tak sudah sudah.

Drive balik pon straight je pandang depan. Takde nak toleh toleh. Apasal sakit ni tak hilang hilang. Geram pulak rasa.

Lepas sampai rumah tu, atas nasihat my love ones aku pon try la keluarkan peluh dengan melakukan pelbagai aktiviti senaman seperti squat, plank, angkat dumbell etc etc selama lebih kurang 20 minit dekat gym milik aku a.k.a bilik tidur.

Sikit sikit peluh mula keluar... Pelan pelan sakit kepala beransur hilang seiring dengan pengeluaran peluh yang semakin seksi tuh. Hakhak. Ptui.

Amazing rasa. Alhamdulillah. Ini agaknya kotoran yang menyebabkan sakit kepala macam bernanah nak meletup kat kepala ni kot? Hehh. Ntah.

Tak tau nak cakap. Sebab ada 200 penyebab sakit kepala. Jadi ni mungkin salah satu. Stress toksah cakap lah. Selalu sangat menyinggah sampai aku pon kadang2 dah tak reti nak identify aku ni stress ke tidak.

Lepastu aku ada terbaca dalam blog seorang doktor ni, apa yang kita makan pon boleh jadi punca sakit kepala. Hah... aku makan apa semalam ek? Rasa tak de yang pelik2. Ikan bakar i guess.

Nampaknya aku kena alert time bila sakit kepala ni selalu menyerang. Lepastu kena ingat kisah2 yang berkaitan. Tak makan lepastu masuk angin ker, tak cukup tidur ker. Nanti kalau gi klinik doktor tanya senang nak jawab. Kan?

Ok. Noted. Last aku sakit kepala hari Selasa dan Rabu lepas.

Hurrmmm.





Monday, May 25, 2015

Gomo sokmo sokmo.




Assalamuaalikum...





Takpe la... tu memang dah adat perlawanan. Kalau tak menang, kalah. Dah.. takkan nak dua-dua menang, kan?

Memang bukan rezeki nak pegang Piala FA tahun ni. Bola asyik dok main depan pintu je, masuknyer tidak. Memang betul2 takde rezeki lah tu.

Tahniah kepada LionsXII. Player korang memang mantap dan hensem. Main pon konsisten. Memang terbaik dan layak untuk menang.

Apapon, sokong tetap sokong. Semangat tak pernah pudar. Kalah menang kito tetap sayang kelate kito.





Tuesday, March 10, 2015

Aku rindu aku rindu aku rindu.




Alahai... alahaiii... alaaahaaiiiii....

Rindunya pada pembaca-pembaca blog. Rindunya pada tulisan-tulisan lama. Sangat rindu pada musim-musim lalu. Aduhaiii... Huhu.

Sejak pandai berinternet pakai handphone ni dunia blog memang terabai terus. Tampal gambar lebih mudah kat instagram. Tambah pulak takde nafsu nak berkongsi cerita atau lebih tepat idea nak menulis pon tarak, blog terus bersawang. Kawan-kawan internet pon ramai yang menghilang. Bloger feveret pon suram. Bloger baru macam tak se'best' bloger lama. Hehe.. Sama la macam zaman sekolah dulu. Batch kita lah yang best. Best adik2 yang memuncak naik tak cool macam geng kite. Ngeh ngehhh.

Tadi gatal tangan bukak gambar dalam my pictures kat komputer ni. Tahun 2010.. 2011.. Mak aihhh... cun melecun nya aku! Kah kah kah...!

Slim siot! Complexion toksah cakap lah. One of my pride. Proud. Eksen. Bangga. Kehkehkeh. Semua ado. Sekarang kolagen pon dah malu2 nak keluar

Dulu kursus sana sini. Langkawi. Kuala Terengganu. Kota Kinabalu. Kuching. Haihhhh... Seronok. Kerja kat ofis banyak jugak tapi seronok. Enjoy. Agaknya darah muda. Uwekk..

Toksah bandingkan dengan sekarang lah. Sekarang berat badan pon dah naik 46.2kg. Huhhh. Unbelieveable. Unsangkarable. Unpredictable. Masa 9 bulan pon setakat 45kg je, boleh bayangkan tak sekarang macamana comelnye saya? Hikhikkk... 

Malas nak terlalu obses dengan kurus. Kena faham, bila usia meningkat, berat pon suka nak bertambah. Lemak-lemak yang terjadi ni dah berkumpul bukan dalam sehari dua. Bukan seminggu atau sebulan dua. Dah bertahun dah. So, kena terima jugak, nak go go away kan dia pon bukan sehari dua. Bukan seminggu dua. Makan masa jugak.

Tapi takpe lah, as long as kita ada orang yang sayang kita kan. Hewhewww....

Tapi itu bukan alasan jugak, kesihatan kena jaga. Penampilan kena jaga. Akhirat pon kena kejar. Dunia jangan terlalu leka, ye dop?

Sekian coretan. Muahh setepek untuk kawan2 bloger yang lain. Rindu masa zaman nakal2 dulu. Ahaksss.
Assalamualaikum... 2015.