1516Pemerintah Uthmaniyyah dari Turki
menakluki keseluruhan Timur Tengah termasuk Palestin. Mereka telah
menguasai kawasan ini selama 400 tahun.
Abad ke-19Orang-orang
Yahudi ditindas di Eropah. Kumpulan-kumpulan kecil Yahudi Eropah mula
berhijrah ke Palestin. Mereka bersepadu dengan penduduk Arab dan
mendapat tempat perlindungan untuk mengamalkan agama mereka. Apabila
kolonialisme Eropah menakluki hampir seluruh dunia, lahirlah gerakan
Zionisme, iaitu sebuah gerakan politik yang mendakwa bahawa menurut Old
Testament dan New Testament, semua orang Yahudi mempunyai hak ekslusif
ke atas Palestin. Pada masa yang sama, pemerintahan Uthmaniyyah ke atas
Palestin dan Timur Tengah menjadi kian lemah.
1869Sebuah
konsortium Perancis-British telah membina Terusan Suez, menerusi Mesir.
Terusan yang dibuka pada 1869 ini menjadi jalan pintas ke jajahan
Perancis dan jajahan British Ia menjadi cukup penting sehingga British
menggabungkan Mesir ke dalam empayarnya pada tahun 1882. Terusan Suez
dan kedudukan Timur Tengah yang strategik membuatkan kawasan ini amat
diperlukan oleh penjajah.
1896-1897Theodor
Herzl, salah seorang pengasas Zionisme telah menulis sebuah buku
berjudul The Jewish State. Dalam buku ini, Herzl menyokong pembentukan
negara Yahudi di Palestin. Pada tahun berikutnya, gerakan Zionis
mengadakan kongresnya yang pertama di Basel, Switzerland. Penyokong
Zionisme mula menguruskan penghijrahan orang Yahudi secara-
besar-besaran ke Palestin.
1908Minyak ditemui buat kali pertama di Timur Tengah oleh orang British di Iran.
1914-1916Perang
Dunia Pertama meletus. Orang Turki bimbang dengan pengaruh Britain dan
Perancis yang semakin kuat di Timur Tengah, lantas mereka bersekutu
dengan Jerman. Zionis bekerjasama dengan Britain dan mendesak Britain
menyokong penghijrahan orang Yahudi ke Palestin. Sebagai balasan, mereka
menjanjikan negara Yahudi yang terbentuk nanti akan melindungi
kepentingan British di Terusan Suez. Pada masa yang sama, Britain
berjanji kepada orang Arab bahawa mereka akan diberikan kemerdekaan jika
mereka bangun menentang orang Turki. Justeru orang Arab memulakan
pemberontakan. Sementara itu, Britain dan Perancis telah bertemu secara
sulit. Dengan menjangkakan bahawa orang Turki akan ditewaskan, kedua-dua
kuasa ini merancangkan pembahagian Timur Tengah melalui Perjanjian
Sykes-Picot.
1917Perisytiharan Balfour pada 2
November menyaksikan Setiausaha Luar Negara Britain, Lord Balfour
mengumumkan sokongan bersepadu kerajaan Britain kepada pembentukan
sebuah negara kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin. Orang Arab
membantah. Britain menenangkan mereka dengan berjanji bahawa penempatan
Yahudi di Palestin hanya dibenarkan sejauh mana penempatan mereka
sejajar dengan kebebasan politik dan ekonomi penduduk Arab. Bagi rakyat
Palestin, 2 November menjadi hari berkabung buat seluruh negara.
1918Orang
Arab membebaskan Damsyik daripada pemerintahan Uthmaniyyah. Walaupun
mereka telah dijanjikan kemerdekaan, namun sebulan kemudian Britain
menguasai Damsyik. Britain, Perancis dan Amerika Syarikat memenangi
Perang Dunia Pertama.
1920-1939Liga Bangsa
dibentuk, dan jelas sekali sebahagian besar negara ahlinya merupakan
negara Eropah. Liga memberi Perancis mandat ke atas Syria, manakala
Britain diberi mandat ke atas Iraq, Jordan dan Palestin. Di sini mandat
ringkasnya membawa makna Britain dan Perancis mentadbir kawasan-kawasan
ini sebagai jajahan de facto. Pada 1 September 1920, Perancis membentuk
Lubnan Besar, merangkumi Gunung Lubnan dan beberapa bahagian Syria.
Dengan
persetujuan British, Zionis memulakan penghijrahan orang Yahudi Eropah
secara besar-besaran ke Palestin. Antara tahun 1919 dan 1936, penduduk
Yahudi di Palestin bertambah dari 58 000 kepada 348 000 orang. dalam
tempoh yang sama, penduduk Arab di Palestin bertambah dari 642 000
kepada 978 000 orang. Zionis menubuhkan Dana Kebangsaan Yahudi untuk
membeli tanah di Palestin tetapi mereka dapat memperluaskan bahagian
tanah mereka sebanyak 5.6 peratus sahaja.
Rakyat Palestin membantah penhijrahan Zionis yang semakin pesat, tetapi
Britain tidak bertindak balas. Pada tahun 1936, Palestin mengisytiharkan
mogok peringkat kebangsaan sebagai membantah penghijrahan Zionis. Tidak
lama kemudian mogok rakyat Palestin bertukar menjadi pemberontakan
bersenjata terhadap British. Namun pada tahun 1939, British bersama
Zionis telah berjaya menghancurkan pemberontakan tersebut.
1943
Kemerdekaan
Lubnan, dan kuasa diagih-agihkan mengikut agama dengan kekuatan sesuatu
komuniti agama didasarkan kepada bilangan yang diandaikan. Kuasa orang
Kristian tidak dapat ditandingi, dipastikan oleh nisbah enam ahli
Kristian kepada setiap lima ahli Islam di Parlimen. Presiden mesti
seorang Kristian Maronite. Perdana Menteri seorang Muslim Sunni, Speaker
Parlimen seorang Muslim Syiah dan seterusnya daripada struktur yang
berasaskan kepercayaan agama atau gabungan yang terbentuk daripada
komuniti bangsa. Pegawai kanan Angkatan Tentera Lubnan kebanyakannya
orang Kristian.
1939-1945
Perang Dunia Kedua
meletus. Dasar British berkaitan Palestin berubah dan secara tiba-tiba
sahaja mereka cuba menghadkan penghijrahan Zionis untuk menghalang orang
Arab daripada menyokong Jerman. Zionis mengaturkan penghijrahan secara
haram dan terus terang menentang British. Di Eropah, Adolf Hitler
memulakan penghapusan etnik Yahudi. Sebelum Jerman tewas, berjuta-juta
orang Yahudi telah dibunuh. Lebih daripada 200 000 orang Yahudi dapat
berhijrah ke Palestin di bawah program Zionis. United Nation (UN) atau
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan. Syria, Lubnan, dan
Jordan mencapai kemerdekaan tetapi tidak Palestin.
1946
Pertempuran
ganas antara orang Yahudi Zionis dengan rakyat Palestin. Britain tidak
lagi dapat mengawal keadaan dan membiarkan PBB memikul tanggungjawab ke
atas isu Palestin.
1947
Resolusi Pemecahan yang
ditetapkan oleh PBB membahagikan Palestin di bawah mandat Zionis Yahudi
dengan orang Arab Palestin. Rakyat Paletsin menolak pembahagian tanah
air mereka. Zionis bersiap sedia untuk menghadapi pemecahan dan
memulakan kempen keganasan terhadap rakyat Palestin untuk memaksa mereka
lari meninggalkan kampung halaman.
1948
Tentera-tentera
British meninggalkan Palestin. Zionis mengisytiharkan negara Israel
untuk kaum Yahudi. Negara-negara Arab menghantar angkatan tentera untuk
menentang negara baru ini. Sejumlah 800 000 rakyat Palestin lari sebelum
kemaraan askar Israel. Ankatan tentera Arab terpaksa berundur dan hanya
mampu mengekalkan Tebing Barat Palestin dan Gaza. Jordan menguasai
Tebing Barat dan Mesir mengambil alih pentadbiran Gaza.
1949
Israel
diterima sebagai negara anggota PBB. Pada masa yang sama PBB
mengarahkan Israel untuk membenarkan rakyat Palestin kembali ke tanah
air mereka, tetapi Israel tidak mematuhi arahan ini. Akhirnya rakyat
Palestin terpaksa tinggal di kem-kem pelarian di bawah kelolaan UNRWA
(Agensi Bantuan dan Kerja Amal PBB) di Jordan, Lubnan, Syria, Tebing
Barat, dan Gaza. Rakyat Palestin tidak menubuhkan sebarang gerakan
penentang tetapi sebaliknya mereka bersikap tidak peduli dan menanti
sahaja kedatangan tentera Arab untuk membebaskan Palestin.
1956
Mesir
memiliknegarakan Terusan Suez. Israel, Britain, dan Perancis menentang
Mesir. Kesatuan Soviet mengancam akan mengebom Paris dan London. Amerika
Syarikat memaksa penyerang berundur. Sekumpulan penuntut Palestin-salah
seorang daripada mereka ialah Yasser Arafat- memutuskan untuk bertindak
sendiri dan mereka menubuhkan Gerakan Pembebasan Palestin atau
al-Fatah.
1958
8 Mei: Perang Saudara Lubnan yang pertama bermula. Perang berakhir pada 14 Oktober.
1964
Negara-negara
Liga Arab menubuhkan Palestine Liberation Organization (Pertubuhan
Pembebasan Palestin) atau PLO. Pergerakan Fatah tidak menganggotai PLO
kerana mereka menganggap PLO terlalu dipengaruhi oleh negara-negara
Arab.
1965
1 Januari; Fatah menjalankan operasi gerilanya yang pertama di Israel.
1967
Perang
Jun: Angkatan tentera Arab ditumpaskan. Dalam tempoh enam hari sahaja
Israel telah menambah wilayahnya sebanyak tidak kali ganda dengan
menduduki Semenanjung Sinai di Mesir, Bukit Golan di Syria, Tebing
Barat, dan Gaza. Kini seluruh Palestin diduduki. Sejumlah 416 000
pelarian baru dari Tebing Barat dan Gaza tiba di Jordan, Mesir, Syria,
dan Lubnan. Kuasa besar Amerika Syarikat dan Russia memulakan serangan
diplomatik untuk memujuk negara-negara Arab supaya mengiktiraf Israel,
dan sebagai balasan Israel akan beredar dari kawasan-kawasan yang
didudukinya. Namun tiada sepatah perkataan pun disebut tentang hak
kebangsaan rakayat Palestin.
1968-1969
Perjanjian
Kaherah mengesahkan kehadiran rakyat Palestin bersenjata di Lubnan dan
menggunakan sebahagian kawasan selatan sebagai tempat melancarkan
serangan ke atas Israel. Ketiadaan angkatan bersenjata selepas tentera
Arab dalam Perang Jun kemudiannya diganti dengan kehadiran Fatah.
Beberapa lagi kumpulan komando ditubuhkan seperti Barisan Hadapan bagi
Pembebasan Palestin dan Barisan Demokratik. 21 Mac 1968: Pertempuran
Karameh- kumpulan gerila Palestin di Jordan berjaya menumpaskan angkatan
tentera Israel. PLO mengambil alih kuasa ke atas kem pelarian di Lubnan
dan di Jordan. Disember 1968: Israel menyerang lapangan terbang Beirut;
maka bermulalah konflik di Lubnan berkaitan isu Palestin. Pada tahun
1969, kumpulan-kumpulan komando mengambil alih PLO dan pemimpin Fatah,
Yasser Arafat dilantik sebagai pengerusi PLO. Pangkalan gerila turut
ditubuhkan di Jordan.
1970-1971
Peristiwa Black
September. Banyak sekali operasi gerila PLO yang dilancarkan dari
Jordan, tindak balas dendam oleh Israel terhadap pengkalan gerila dan
kampong-kampung di Jordan, perampasan empat buah kapal terbang ke
Jordan, dan bertambahnya kekuatan tentera PLO mencetuskan konfrontasi
antara gerakan pembebasan dengan Raja Hussein dari Jordan. Selepas
pertempuran dan pembunuhan beribu-ribu rakyat Palestin, angkatan tentera
Raja Hussein berjaya mengusir keluar gerakan pembebasan dari Jordan
pada Septrember 1971. PLO memindahkan ibu pejabatnya dari Jordan ke
Lubnan. Serangan gerila yang berterusan terhadap Israel menyebabkan
Israel melancarkan serangan udara terhadap selatan Lubnan. Presiden
Jamal Abdul Nasser dari Mesir meninggal dunia dan Anwar Sadat
menggantikannya.
1973
Perang Oktober: Usaha
Damai kuasa-kuasa besar ke atas Timur Tengah beransur-ansur menjadi
buntu kerana Israel enggan bertolak ansur. Untuk memecahkan kebuntuan,
Mesir dan Syria memulakan serangan terhadap angkatan tentera Israel di
Semenanjung Sinai dan Golan. Negara-negara Arab memulakan sekatan
minyak. Rundingan damai yang baru bermula.
1974
Pengerusi
PLO, Yasser Arafat menyampaikan ucapan pertamanya di Perhimpunan Agung
PBB. Sebahagian besar negara di dunia -105 buah negara- mengiktiraf PLO
sebagai satu-satunya wakil sah rakyat Palestin. Pada masa yang sama, PBB
mengiktiraf hak rakyat Palestin terhadap tanah air kampung halaman
mereka sendiri.
1975
Operasi gerila yang begitu
banyak dari selatan Lubnan menyebabkan Israel memulakan operasi
pengeboman yang dahsyat terhadap kem pelarian Palestin di kawasan
berkenaan. Mereka turut menyerang perkampungan-perkampungan di Lubnan
untuk memaksa penduduk lari meninggalkan rumah mereka. Zionis menegaskan
bahawa selatan Lubnan juga adalah milik negara Yahudi yang juga
diistilahkan mereka sebagai Tebing Utara Israel. Rabbai IDF mengeluarkan
risalah yang mewar-warkan bahawa bandar dan kampung di Lubnan dinamai
dengan nama Ibrani kuno. Beirut ditandai Be’erot (telaga-telaga),
manakala Lubnan diperihalkan sebagai tanah puak Asher.
13 April:
Sayap kanan Phalange Kristian menyerang bas yang sarat dengan rakyat
Palestin dan beberapa orang rakyat Lubnan. Mereka dibunuh beramai-ramai.
Perang saudara Lubnan bermula. Sayap kanan Angkatan Tentera Lubnan
bertindak untuk membersihkan semua kawasan Beirut Timur dan kawasan
utara daripada PLO dan Gerakan Kebangsaan Lubnan (Lebanese National
Movement atau LNM).
PBB mengutuk Zionisme sebagai bersifat perkauman.
Mesir di bawah pemerintahan Anwar Sadat dan Israel menandatangani
Perjanjian Interim yang kedua; lapangan minyak Abu Rudeis diletakkan
semula di bawah Mesir.
1976
Seluruh anggota
sayap kanan Barisan Lubnan menyerang kawasan orang Islam, Palestin dan
Kristian yang berdegil di Beirut Timur: kem-kem Palestin ditawan,
Dbayyeh (ditawan pada 14 Januari); Jisr al-Basha (lebih kurang 2000
orang Kristian) dan Tal al-Za’atar (30 000 rakyat Palestin dan rakyat
Lubnan ditawan pada 12 Ogos); daerah sesak Syiah, Maslakh dan Karantina
(ditawan pada 18 Januari), pinggir bandar Syiah, Nabab (ditawan pada 6
Ogos), dan Badawi, kawasan kecil Kristian Armenia. Gabungan LNM dan
angkatan bersenjata Palestin yang dikenali sebagai Angkatan Bersenjata
Bersama telah membalas dengan menawan bandar pantai Damour; penduduk
Kristian Maronite diusir.
Pertengahan Januari: Angkatan Tentera
Lubnan berpecah. Unit-unit tentera yang menentang persubahatan Kuasa
Pemerintahan Tentera dengan sayap kanan angkatan bersenajat Kristian
menarik diri daripada angkatan tentera dan membentuk Angkatan Tentera
Arab Lubnan di bawah kuasa pemerintahan Leftenan Ahmad Khatib. Jun:
Angkatan Bersenjata Bersama hampir-hampir menewaskan sayap kanan Barisan
Lubnan apabila angkatan tentera Syria memasuki Lubnan atas undangan
Presiden Lubnan, Sulaiman Franjieh. Kejayaan gerakan umum dan progressif
tiba-tiba terencat. Syria bermula dengan menyerang angkatan tentera
campuran LNM dan PLO dan dua tahun kemudian berlawan dengan sayap kanan
campuran Maronite.
1977
16 Mac: Kamal Jumblatt,
pemimpin LNM dibunuh. 19 November: Presiden Mesir, Anwar Sadat datang ke
Jerusalem untuk memulakan rundingan damai. Lawatannya dikutuk oleh Liga
Arab, terutamanya PLO.
1978
Mac: Israel
menyerang selatan Lubnan, 2000 orang awam terkorban dan 200 000 lagi
menjadi pelarian; enam buah kampung dimusnahkan dan 82 buah lagi
dirosakkan. Israel dipaksa berundur tetapi mereka menubuhkan zon
penampan atau Lubnan Bebas seluas 10 kilometer di wilayah Lubnan.
1979
Perjanjian
damai yang akhir ditandatangani antara Mesir dan Israel. Israel
dikehendaki mengembalikan Semenanjung Sinai kepada Mesir; pemindahan
selesai pada tahun 1982. Sementara Mesir dan Israel sedang berunding,
tentera Israel mengebom kem pelarian rakyat Palestin di Lubnan. Mesir
kemudiannya dipecat daripada Liga Arab. Sayap kanan Angkatan Tentera
Lubnan yang disokong Israel mengisytiharkan negara mereka sendiri di
beberapa bahagian selatan Lubnan.
1980
Iraq menyerang Iran. Bermulalah Perang Teluk.
1981
Pesawat
pengebom Israel menyerang dan menghancurkan sebuah reaktor nuklear di
Baghdad, Iraq. 300 orang terbunuh dan 800 orang tercedera dalam seranga
udara Israel ke atas kawasan orang awam di Beirut. Angkatan tentera
Israel dengan cara yang teratur telah memusnahkan jambatan-jambatan yang
menyeberangi Sungai Litani. Para diplomat Amerika merundingkan gencatan
senjata di sempadan Lubnan-Israel. Disember: Israel secara tidak sah
merampas Bukit Golan dari Syria.
1982
Jun:
Cubaan membunuh duta Israel ke London oleh kumpulan Palestin yang
radikal dan anti-PLO dijadikan alasan bagi Israel untuk menyerang Lubnan
(perang Arab-Israel yang keenam); pengepungan Beirut selama tiga bulan;
pengusiran angkatan bersenjata PLO dan angkatan tentera Syria dari
Beirut.
14 September: Pembunuhan bakal Presiden Lubnan, Bashir
Gemayel selepas beliau enggan mengikat perjanjian damai dengan Israel.
15-17 September: Pembunuhan beramai-ramai Shabra dan Shatila dijalankan
oleh militia Kata’ib yang diketuai Elias Hobeika dan di bawah
perlindungan dan sokongan tentera Israel. Menteri Pertahanan Israel pada
ketika itu ialah Ariel Sharon.
1983
Angkatan
tentera di bawah kuasa Phalange menguasai kawasan Beirut Barat.
Penentangan di bawah sokongan Syria meletus dalam Fatah dan PLO;
pertempuran di Lembah Biqa’a dan Tripoli, utara Lubnan berakhir dengan
pemecatan askar yang setia kepada Pengerusi PLO, Arafat.
1984
Februari: Pemberontakan popular di Beirut Barat mengakhiri kuasa Phalange.
1985
Tentangan
orang awam yang bersenjata terhadap askar Israel memaksa mereka
berundur dari kebanyakn kawasan Lubnan yang kemudiannya diambil alih
oleh pergerakan Amal, Hizbullah, dan Parti Komunis; enklaf PLO di Saida
dan kem pelarian Rashidiyyah berhampiran Tyre. Mei: Militia Amal
menyerang Shabra, Shatila, Bourj al-Barajneh. Bermulalah Perang Kem.
1986
Januari:
Pertempuran Empat Hari di Shatila. April: Pertempuran Dua Puluh Hari di
Shatila. Julai: Pertempuran Tiga Puluh Hari di Shatila. September:
Pertempuran Enam Bulan bermula di Rashidiyyah, kemudiannya di Bourj
al-Barjneh pada bulan Oktober, dan akhirnya di Shatila pada bulan
November.
1987
Februari: Sekatan makanan ditarik
balik di Bourj al-Barajneh dan Shatila; namun tembakan curi berterusan.
Penyatuan semula PLO semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di
Algiers. Disember: Meletusnya intifada (kebangkitan rakyat Palestin),
pemberontakan popular di Tebing Barat dan Gaza di bawah pendudukan
Israel.
1988
Januari: Amal menarik balik
pengepungan Shatila dan Bourj al-Barajneh. Mei: Pertempuran di kem-kem
di Beirut, di bawah sokongan Syria; Shatila dan Bourj al-Barajneh
ditawan; mereka yang setia kepada Yasser Arafat diusir. Disember:
Mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers mengistiharkan
perlembagaan negara Palestin.
1993
Pihak
berkuasa Palestin dan Israel and telah menandatangani Deklarasi Oslo
pada 13 September 1993 yang menjanjikan pemerintahan bebas dan berdaulat
untuk rakyat Palestin.
1994
Kawasan aman Israel-Jordan dibentuk pada 26 Oktober.
2002
Pada
24 Jun, Presiden Amerika Syarikat, George Bush memetakan penyelesaian
konflik Israel-Palestin. Namun perkembangan yang berlaku tidak
menunjukkan kemajuan. Malah pertempuran sering berlaku saban hari.
2004-2005
Kematian Yasser Arafat. Mahmood Abbas mengambil alih jawatan sebagai pemimpin Palestin sehingga sekarang.
*Rujukan:
Bendt & Downing. 1982. We shall return: women of Palestine. Trans. Ann Henning, Zed, London, 1982.
SZ: Sekurang-kurangnya, ambil tahu apa yang berlaku terhadap saudara
kita di sana. Walaupun ada yang baru nak ambil tahu sekarang, lebih baik
daripada tak ambil tahu langsung sampai bila-bila.