FoLLoweRs

Tuesday, November 03, 2015

Selamat tinggal dan selamat datang.




Assalamualaikum..

Nak memulakan sesuatu yang baru memang susah kan? Lepastu ada orang akan menyampuk, "sape cakap susah?"

Entah. Susah ker? Atau susah untuk orang yang dah terbiasa dengan kebiasaan, jadi sesuatu yang baru memang tak mudah. Senang cakap, sebab dah aman dalam zon selesa, jadi untuk membuat sesuatu yang di luar kebiasaan memang agak mencabar.

Bukan saja mencabar, malah menyakitkan.

Bukan sahaja menyakitkan, malah menyedihkan.

Serba serbi tak kena. Macam2 dibandingkan. Yang lama macamni, yang baru begini.

Ok, aku menaip dari opis baru. Haha.. Got it?

Nak masuk minggu kedua kat ofis baru ni. Awal2 dulu meroyan sekejap. Serius. Aku tak sangka aku sayang rupanya kat ofis lama tu. Huhu.

Tapi... yelah.. Argh. Malas nak cakap. Kena move on jugaklah. Takkan nak bersedih-sedihan sebab kena tukar ofis.. ye tak?

Barangkali cukuplah hampir 8 tahun di tadika itu. Banyak pengalaman dah dilalui. Banyak suka duka dah dikutip. Macam2 puji keji keluar masuk. Alhamdulillah..