FoLLoweRs

Thursday, June 22, 2017





Tak sabar nak balik kampung jumpa ma. Jumpa abah. Jumpa semua. Jumpa keluarga. Berkumpul macam dulu-dulu.

Semoga tahun depan.. insya Allah.

Tahun ni tak berapa meriah sangat kot sebab 5 daripada 9 anak2 ma abah tak balik beraya, diorang beraya di perantauan. Sob sobb... takpelah, janji aku balik kampung jumpa ma abah walaupon pada hari raya kedua.

Daa.





Salam Aidilfitri.





Assalamualaikum...

Hari ini 27 Ramadan 1438H. Hari Khamis.

Dan aku masih di sini. Di ofis. Di KL. Eh silap.. Putrajaya. Kerja. Yea... kerja.

Seronok sangat ke kerja? Huh?

Biasanya, hari2 macamni aku dah balik kampung. Kalau 3 tahun lepas, aku sedang excited giler memandu bersama ribuan malah jutaan pemandu menuju Kelantan. Samada melalui laluan Gua Musang atau membelah Banjaran Titwangsa, ikut Gerik.

Seronok dan teruja. Raya kan!

Tambah pulak dengan adik-adik, kadang2 konvoi 2-3 bijik kereta. Ye la, raya kan!

Tahun ni balik kampung jugak. Balik. Cuma balik raya kedua nanti. Sebab kite ikut turn. Tahun ni turn beraya di Kuala Kangsar dulu. So, petang esok aku balik naik Transnasional kat TBS turun di Ipoh, sebab bas ke KK dan habis. Last minit punya beli kan. Hehe.

Ini kat TBS esok ni mesti macam ulat taik. Hahkahkahkkkk. Manusia semua sibuk nak naik bas. Nak balik kampung. Takpe la, aku lone ranger. Takkan nak drive sorang2? Mau nangis. Baik aku naik bas. Tidur. Setel. Jalan dah tentu jem punya.

Oklah. Selamat menyambut hari raya yang dalam tempoh 3 hari je lagi.Tak lama dah kan. Sedih pulak rasa nak tinggalkan Ramadan. Dah tua2 ni semangat menyambut raya dah makin kurang. Dia lebih kepada semangat nak berjumpa dan berkumpul dengan keluarga. Lebih kepada menyambut kemenangan sebab selesai sempurnakan (sempurna kah?) puasa selama sebulan. Raya? Lepas solat aidilfitri tu, balik salam-salam, makan-makan, jalan-jalan lebih kurang.. tengahari ke petang tu kadang dah terbongkang. Tidur. Habis dah.

OK. Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.