FoLLoweRs

Monday, January 19, 2009

Yeah.

Hari ni bertolak ke Hotel Goldcourse, Klang untuk mesyuarat ABM sampai jumaat ni. Huh. Seminggu tuh..

Pastu cuti raya seminggu lak. Means, 2 minggu aku takde kat ofis.

Heee.. tak sabar nak celebrate besday uyi kat kampung nanti.

Uyiiii.. tunggu ibu balik cayang...!!!!

Friday, January 16, 2009

Budak Kelantan.

Semalam aku ke carrefour. Beli barang. Buat spek mata. Beli beg.

Yang best, beg troli yang aku beli tu harganya rm40. Dulu, masa aku nak beli harga dia dekat seratus. Waa.. suka aku. Berbaloi lah kesabaran dan ketidakgopohan aku dalam membeli ni. Lagipon waktu tu aku tak memerlukan sangat beg tu. Ha skang aku nak.

Aku buat spek baru. GA blue. Tak la mahal sangat. Buleh la. Spek aku hari tu bengkok dikerjakan Bad, anak abang.

Semalam terjumpa cd Budak Kelantan. Apa lagi, sambar satu. Teringin nak tengok. Wehh.. mesti la nak tengok, aku kan orang kelantan. Nak tengok apa citer dalam tuh.

Sanggup tu tidur lewat padahal mata aku ngantuk sangat. Yea.. dalam minggu ni aku cuba tidur awal. Paling lewat pon aku tidur 12.30am.

Hemm.. permulaan cerita, bak kata Firman kawan aku, ok. Nampak best. Menarik. Tapi klimaks dia bagi aku tak sampai lah. Lepas separuh cerita, jalan dia macam fast pulak. Alih2 si Jaha dah tangkap cintan ngan Che Nor. Pastu Jaha mati. Alah, macam cerita2 melayu yang biasa.

Tapi yang kelakar, of course bahasa kelantan tuh. Memang la aku orang kelantan. Tapi aku tak dapat tahan ketawa kalau dialek kelantan masuk dalam cerita. Kelakar dengar. Menonton cerita semalam, esp masa geng2 Jaha tu berkumpul membuatkan aku teringat masa sekolah2 dulu pulak. Ye lah, dah lama tak dengar bahasa kelantan yang pekat gitu, pastu kumpul ramai2 sumer orang kelantan. Heh.

Tapi watak Jaha tu memang betul2 buat aku seram dan takut. Hiii.. jahat betul dia. Hermm.. nak citer sket.. dulu aku cukup anti ngan budak kelantan. Lelaki. Sebab..

Masa aku muda remaja dulu CM adalah tempat yang glemer dan best. Situ ramai orang seni. Aku suka. Selalu lepak sana. Situ ramai budak kelantan gak. Kena kacau, kena usik ngan diorang tu memang pernah. Kadang tu ada yang kurang ajar. Heh. Memang aku menyampah betul. Aku benci.

Aku jarang mengaku yang aku budak kelantan. Bukan aku malu. Cuma aku tak pernah cakap aku dari mana mana. Aku taknak diorang, esp budak kelantan tau aku asal dari sana. Sebab? Mengikut pengalaman aku, kalau diaorang tau kite ni sama kapal, hm mulalah nak rapat2.. Konon nak jagalah. Satu gu la. Haii.. kenegerian gitu.

Kadang2 gelagat budak2 kelantan, esp lelaki lah buat aku malu nak mengaku yang aku ni, pon budak kelantan. Bukan nak cakap aku ni baik sangat. Tak. Tapi.. entah. Ramai di kalangan diorang terutama kalau baru sampai kl, over sangat. Dari macam2 segi.

Itu pasal aku kurang berkenan. Tapi tak semua. Ada jugak budak kelantan yang aku jumpa baik sangat2. Sangat2.

Itu dulu. Skang, semua pon tau aku ni orang kelantan. Hehe. Apa2 lah.

Aku taknak kasi uyi tengok cerita tu. Sebab part si Ana kena rogol tu menakutkan. Huh. Giler wehh...! Macam real.

Minggu depan, satu minggu aku takde kat ofis. Nak buat mesyuarat berkenaan Anggaran Belanjawan 2010/2011. Boleh? Tak pernah2 aku buat... Mintak2 semuanya berjalan lancar. Takde apa2 masalah. Sebab lepas tu aku nak cuti seminggu, raya cina nanti. Balik kampung lerrr...

Dan aku rasa sedikit excited. Joe, member lama kat Four Wheel Drive dulu ajak offroad nanti, kalau ada peluang. Cantek aah. Dulu masa keje kat sana takde can. Bila lagi nak merasa ek? Mencabar tuh. Huhu. Ini tahun aku nak bersosial sket. Tanak terperuk kat rumah sangat.

Oklah. Nak solat zohor. Doa banyak2 semoga hidup aku sekeluarga bahagia. Ameen.

16 January 2009.

Hari ini 16 January 2009.

16 January 2009.


16 January 2009.


Ingat tuh.

Monday, January 05, 2009

Selamat datang sayang.

Rasanya belum terlewat kot nak ucapkan selamat datang 2009.

Dah 2009 ek? Cam tak cayer.Sekejapan dah abis 2008. Huh!

Apa ada ngan 2008? Huh... azam 2008 nak carik pakwe tak tercapai. So, mari kite teruskan usaha itu di 2009 ni. Hehehe.

Kenangan manis di 2008? Adik aku tanya. Spontan aku jawab, dapat keje kerajaan. Huhu. Sebab time tu memang betul2 kena. Tepat. Aku tengah down, nak benti keje, nak carik keje lain. Tup2 dapat surat tawaran. Apa lagi, melompat sakan gua.

Biarlah gaji kecik, starting rendah, yang penting aku rasa happy, sonok, secure etc. And working environment kat sini pon quite nice. Plus jumpa ngan macam2 jenis orang. Ok la. Tak boring sangat. Dan aku suka dan enjoy ngan keje aku walaupon kadang2 rasa pressure dan keje banyak sangat. Pendek kata... so far so good.

Yang menarik tuh, penutup 2008 aku diakhiri dengan kisah kelakar. Hehe. Ada sorang bekas penolong pengarah merangkap bekas cikgu yang dah pencen minat kat aku. Hehe. Pencen? Ha ah. Dah 3-4 tahun dah. Lucunya, ada sorang mamat sibuk2 nak jadi telangkai. Match maker la. Sebab katanya, bekas cikgu ni kaya sangat. Nanti dia senang, aku pon senang la. Hehe. Bleh?

Dan, paling aku excited... di malam tahun baru, aku dapat panggilan yang tak disangka. Panggilan yang aku tunggu dah hampir 3 tahun selepas last jumpa. Mie! Last mesej aku hantar kat dia berbunyi lebih kurang gini; 'walaupon keinginan tu dah padam namun cinta di hati tetap menyala' Cehhh..! Gina... curik ayat kejap dan time kasih! Aku suka betul ayat tu. Sedap. Melekat kat hati aku. Kena betul aku kasi kat si dia.

Memang keinginan dah tak berapa ada. Sebab, dia nak jumpa aku malam tu tapi aku tolak. What!!? Reject? Huh.

Hehe. Sebab, takkan aku nak tinggal uyi... lagipon, nanti luka lama fresh balik. Kenangan lama segar balik. Yeah.. walaupon rindu tapi aku tahankan jugak. Err.. kalau uyi takde agak2 aku kuwar tak? Hahaha....

Hermm. 2008 jugak menyaksikan aku blind date ngan seseorang nikh. Dah kenal lama tapi baru ada peluang jumpa. Jatuh cinta? Entah. Aku agak sebab aku boring. Tak tau lah. Dah tak reti nak bezakan samada cinta atau sunyi.

Tapi aku sonok dapat kenal dia. At least aku rasa aku ada seseorang. Walaupon dia milik orang. Hermm.... Tapi aku janji..aku takkan amik hak orang yea. Promise! InsyaAllah. Cume.. nak ada teman. Hemm. Izzit?

Ok lah. Tak payah citer banyak. Sekadarnya sahaja. Awal2 tahun ni keje pon banyak. Nak setelkan kewangan 2008. Closing.

Selamat tahun baru utk kawan2 bloggers yang aku sayang.