FoLLoweRs

Friday, April 04, 2014

Counseling.




Ingat senang ke nak membesarkan anak seorang diri?

Memanglah satu je. Bukan tiga. Bukan lima. Tapi yang satu itulah datang dengan bermacam2 peel dan dugaan serta cabaran. Yang satu itulah madu dan racun. Yang satu itulah meruntunkan hati ibu. Yang satu itulah menyesakkan dada. Merobek jiwa. Menyakitkan hati.

Bilamana anak yang ditatang dengan penuh kasih sayang sejak kecil selalu melukakan hati ibu.

Hati ibu mana yang tak sedih bila anak makin membesar makin menjauhkan diri. Itu tak kena. Ini tak kena. Kena tegur sikit tak boleh. Nasihat susah nak dengar. Bila disuruh liat nak buat. Haihh. Jauh sekali gurau senda dan pelukan mesra. Takde dah gomol2 manja.

Nak salahkan siapa? Ada yang salah ke?

Bukan salah siapa2. Takde salah siapa2. At the end, aku salahkan diri sendiri. Nak identify root cause camaner kalau komunikasi tu jenis satu hala je. Sepuluh yang aku cakap, satu je dia jawab. Taktahu apa yang dia nak.

Last2, aku try tanya kawan2 kem motivasi yang berbentuk islamik. Macam summer camp la kot. Untungnya kerja di kementerian ni feedback yang diterima sangat positif. Cume nak kena sesuaikan dengan masa lah.

Hanya doa yang mampu membantu aku sekarang ni. Aku kadang2 rasa putus asa dengan sikap anak sendiri. Susahnya nak berbaik2 dengan aku. Asyik nak memberontak. Asyik rasa dia je yang betul. Asyik utamakan kawan2 daripada keluarga sendiri.

Ye aku faham dia seorang remaja yang sedang membesar. Banyak benda dia nak explore. Tapi aku pon pernah remaja jugak. Aku rasa aku dulu tak macam tu. Budak2 dulu tak macam budak2 sekarang barangkali.

Dulu banyak benda yang kita takut. Jelingan mata abah pon dah buat kecut perut. Budak2 sekarang? Entahlah. Tambah pulak dengan macam2 akses. Itu yang menkecutkan tali perut aku sebenarnya.





3 comments:

deaf said...

- ko pergi supermarket tanya la dia nak apa? dia tak cakap pun ko stock la peberet2 dia kat rumah
- every meal tanya la dia nak makan apa? ayam? which part of ayam? nak makan pizza arnab? then mati hidup balik ko gi carik pizza arnab tu sampai dapat
- sabar je la, cuma semayang lima waktu agak2 dia belum buat, ko tegur sekali cara baik2.
- you yourself set example kat rumah. Mulut sebut yang baik2 sahaja, lembut2 sahaja, disiplin2 saje perangai..
a bit hypocrite la HAHAHA, tapi.. haha.

cehhhh

mimbar hari jumaat ni.. haha.

cLinaku said...

budak2 ni kdg ego tinggi melangit.
sengaja buat sesuatu utk sakitkan atau nak uji ksh syg kite?
haihh...ntahlah. sabo je lah.

deaf-angel said...

always find something positive walaupun berapa desperate dah situasi kita..

- at least dia duk kat rumah etc etc etc

ko gi la jalan2 ngan dia..as frens with mutual respect cehhhhh