Assalamualaikum.
Tengahari Jumaat ni malas nak ke mana-mana. Nak tidur pon tak selera sebab takut nanti bangun sakit kepala. Well, aku selalu sakit kepala kalau tak cukup tidur.
Lately aku selalu sakit kepala. Terbaru sakit kepala ni menyerang tengahari lepas lunch hari Selasa hari tu. Aku sabar je menunggu pukul 5. Tak sabar nak balik rehat.
Waktu maghrib, aku mandi dan syampu rambut lama-lama lepas tu terus tidur. Selimut. Harap-harap bangun pagi esok sakit kepala ni akan hilang. Time tu lupa nak makan ubat. Aku seboleh-bolehnya taknak makan ubat sebenarnya. Sebab... yelah.. takut kan. Asik makan ubat je.
Kepala ni pulak sakit sebelah kanan je. Berdenyut-denyut. Macam nak pecah saluran urat darah dan segala jenis urat yang ada kat kepala ni. Bukan itu je, kepala ni ibarat harus ditatang bagai minyak yang penuh. Tak boleh bergerak sesuka hati. Bila ubah posisi tu kadang2 boleh menyebabkan rasa sakit.
Pukul 5 pagi esok aku bangun dengan rasa sengal-sengal badan especially kat tengkuk belakang dan terus ke bawah. Adoii.. terlalu lama sangat tidur dalam posisi yang sama ke? Haishhh... tak bestnya rasa. Dah la sakit kepala tak hilang-hilang lagi. Pelik aku. Selalunya ok bile diubatkan dengan tidur.
Tapi bangun jugak lah gagahkan diri. Ikut hati nak je baring atas katil.
Dalam hati berdoa dan berharap nanti ok lah bile dah breakfast nanti. Angin kot. Heh.. macam2 andaian buat.
Buat kerja pon slowly. Yelah, sakit kepala weh. Nak bercakap pon kita takde mood. Buat kerja pon tak cargas. Rasa macam nak demam tak demam pon ada. Mual nak muntah pon ada.
Sudahnya, sepagi ke aku buat kerja. Dalam pukul 12 dan membawa ke lepas lunch aku dah tak larat dah. Banyak main2 dan kemas2 meja tak sudah sudah.
Drive balik pon straight je pandang depan. Takde nak toleh toleh. Apasal sakit ni tak hilang hilang. Geram pulak rasa.
Lepas sampai rumah tu, atas nasihat my love ones aku pon try la keluarkan peluh dengan melakukan pelbagai aktiviti senaman seperti squat, plank, angkat dumbell etc etc selama lebih kurang 20 minit dekat gym milik aku a.k.a bilik tidur.
Sikit sikit peluh mula keluar... Pelan pelan sakit kepala beransur hilang seiring dengan pengeluaran peluh yang semakin seksi tuh. Hakhak. Ptui.
Amazing rasa. Alhamdulillah. Ini agaknya kotoran yang menyebabkan sakit kepala macam bernanah nak meletup kat kepala ni kot? Hehh. Ntah.
Tak tau nak cakap. Sebab ada 200 penyebab sakit kepala. Jadi ni mungkin salah satu. Stress toksah cakap lah. Selalu sangat menyinggah sampai aku pon kadang2 dah tak reti nak identify aku ni stress ke tidak.
Lepastu aku ada terbaca dalam blog seorang doktor ni, apa yang kita makan pon boleh jadi punca sakit kepala. Hah... aku makan apa semalam ek? Rasa tak de yang pelik2. Ikan bakar i guess.
Nampaknya aku kena alert time bila sakit kepala ni selalu menyerang. Lepastu kena ingat kisah2 yang berkaitan. Tak makan lepastu masuk angin ker, tak cukup tidur ker. Nanti kalau gi klinik doktor tanya senang nak jawab. Kan?
Ok. Noted. Last aku sakit kepala hari Selasa dan Rabu lepas.
Hurrmmm.
1 comment:
makin tua, makin macam2 terpeleot.. haha.
ikan ok, aku rasa daging merah iaitu kambing and lembu berlebihan yang buat kick kat kepala tu..
Anyway lain orang stress level semua berlainan.
Post a Comment