FoLLoweRs

Tuesday, December 20, 2016

Jangan ketawa.




Assalamualaikum...


Hihihi... Sebelum aku teruskan, biarlah aku bagitau kat sini yang aku tak reti nak buat travelog dan tak berniat pon nak buat. Tapi bila tengok orang lain punya, still aku rasa tak boleh nak buat. Sebab aku bukan jenis itu. Aku ni jalan main redah je. I even can't remember those nama tempat tu semua.

Tapi rasa nak letak gambar jugak. Rasa sayang pulak gambar tersimpan je dalam kamera ataupon handphone. Tapi masih tak reti nak buat travelog macam orang lain.

So, aku buat untuk diri sendiri. Biarlah orang nak gelak tengok kembara aku ni. Sebab aku pon dah puas gelak dah. Haha. Lagipon, ini cerita tahun 2015. Ingat ingat lupe gitu.

Tapi, mungkin next time aku akan cuba buat itinerary dengan baik dan lebih kemas. Supaya orang baca pon rasa seronok. Supaya nampak cantik dan berguna.

Dan yang penting, jadilah seperti seorang pengembara, bukan hanya sebagai pelancong. Yezzzaa...





 
Ok. Aku lupe nama tempat ni. Kahkahkah.. Tapi memang banyak temple. Banyak sangat.



 Ni nak ke Imperial Palace yang terletak di Tokyo.



Ini kat area homestay aku kat Narimatsu. Dekat je dengan subway. Jalan kaki dalam 10 minit. Err.. dekat ke?



 Haa.. aku tidur kat sini lah. Host rumah ni nama dia Kaori. Entah ada tidak picture aku dengan dia. Apartment dia kecik je, tapi ok dan selesa. Traditional Japanese style. Ada bilik tidur, meja makan, dapur, bathtub pon ada taw, tapi petak empat segi yang kalu berendam tu memang kaki takleh berlunjur. Dekat dengan sekolah, supermarket, train station dan neighbourhood yang bersih. Kaori ni ada cafe. Pagi2 selalu dia sediakan breakfast. Yang best tu, dia guna minyak ekstrak dari pokok yang dia tanam sendiri. Tapi pokok apa aku pon lupa. Hahaha.



 Rasanya semua orang tau, oarng Jepun ni suka naik basikal. Kat sana memang banyak parking basikal. Haa.. best je tengok.



 Time for dinner. Kat Jepun je aku makan ni.. ermmm. Tapi kat sane fruits sangat segar. Makan pon dengan gembira.



 Tengah tunggu train. Masa ni aku naik keretapi laju tu kalu tak silap. Apa nama eh.. shinkansen?



 Kat celah-celah lorong belakang ni gile bersih. Serius. Nak nangis aku tengok.



 Ekhemmm.. Happy anniversary yang pertama otto! Kat bamboo forest. Kat mane eh...( ingat senang ke nak pablish gambar asben sorang ni? )



 Banyak beza aku dan bamboo tu. Hhmppfff... tahan napas.



 Haa... sini la station nak ke hutan buluh tu. Tapi kena naik bas dehh. Tapi tak jauh dah. Hakhakhak.. alahaii.. gelak sendiri. Orang lain punya travelog punyalah cantik rapi tersusun. Aku punya tunggang terbalik. Takpe.. lain kali aku pergi mana-mana, aku make sure itinerary tu aku simpan elok2. Untuk bekalan tulisan dan jugak untuk panduan di masa akan datang sebagai bahan rujukan. Hehe.





Monday, December 19, 2016

Hantu saka ada atas belakang?




Menaip tanpa tujuan. Tanpa rasa nak menulis pon sebenarnya. Takde feel.  Tau2 je dah login ke blogger. Macam ni lah jadinya. Haha.

Assalamualikum.

Agaknya bosan. Tak buat apa2. Kerja pon takde. Ada.. tapi bukan urgent. Ada.. tapi bukan untuk dibereskan untuk diberi kepada siapa siapa. Sekadar kerja untuk pemurniaan dan filing diri sendiri. So.. ok la kan.

Lagipon, badan dan minda tak berapa bagus. Deman. Selsema. Sakit Kepala. Demam. Sakit kepala. Sakit tulang pipi. Sakit dahi. Sakit tulang muka. Ulang ulang sampai 2 minggu.

Sehat.

Sakit kepala , demam lagi.

Kata mi media naranja (mengikut kamus Spanish), aku kena sinus tahap 2. Haa.. siap ada tahap tu yang takboleh blah tu. Tapi serius lah.. memang sangat sakit.. sangat tidak best.. sangat letih. Bayangkan selama 2 minggu tu, waktu aku tak sakit kepala hanyalah waktu aku tidur. Waktu jaga, sepanjang masa rasa ada batu besar ada duduk dalam ini kapla.

Ubat demam, ubat selsema, antibiotik, ubat tahan sakit, ubat radang, ubat otot dan segala macam jenis ubat dah aku telan lately. Tak cukup dengan klinik swasta, beli kat farmasi. "Kasi saya ubat paling bagus paling kuat punya untuk ini selsema." Bila pergi klinik kerajaan pulak, kena amek darah. Bila amek darah pulak, nak jadi cerita kandungan gula tinggi sikit. 

Bila gula dalam darah dah tinggi sikit, kena amek darah lagi untuk experimen susulan. Tapi aku tak pegi... lupe. Hurm.. tapi gula tu aku tak risau sangat. Takde la tinggi sangat aku rasa. Mungkin sebab pagi tu aku makan donat dua ketul. Itu punca.

Bila terasa dah banyak sangat macam2 jenis ubat yang masuk dalam 3-4 bulan ni, aku try buat sendiri la treatment kat rumah. Inipon cadangan dari mi media naranja. Wapkan muka, mungkin nak bagi cair al-kahaks dan al-hingus kat dalam rongga hidung yang mancung ni. Kasi dia keluar. Sebab doktor cakap benda2 tu dah block.. takleh nak keluar. Itu yang punca-punca sakit kepala.

Selain tu, doktor dan farmasist ada suggest ubat titik dalam lubang hidung tu. Tapi aku ngeri sikit. Hikhik. So aku tak amek.

Jiran sebelah rumah suruh gi Klinik Az Zahrah kat Bangi tu. Atau jumpa pakar. Tapi bila time nak pergi je, kepala ni tak sakit sangat. Dah baik sikit. Jadi, faham-fahamlah kan. Pi mai pi mai.. tak pergi lah.

Sejak asyik demam kebelakangan ni, aku rasa dah membulat. Iye lah, nak senaman ke apa ke tak larat. Kepala ni kena jaga. Gerak lebih2 rasa macam otak ni bergegar. Kena tatang bagai minyak yang penuh. Pulak tu nasi lemak hari hari mau. Haha. Adehhh.

Tapi mungkin sakit kepala ni ada sikit2 kesan stress. Stress + sinus + penat.

Dan satu lagi, sebab faktor umur. Kotttt.

Badan dah lama pakai. Hari2 dia bekerja. Arghh. Tiba-tiba rasa lenguh tengkuk.

Ok bai!





Wednesday, October 26, 2016

One of the best inspirational movie.

Ok. Baru selesai baca buku ni buat kali kedua. Dulu tengok filem dia, lakonan mantap Acha Septriasa. Lepastu terus cari novel dia kat MPH dengan orang-sebelah-saya-yang-baik. Sebab movie dia sangat memberi inspirasi...


 


SEJARAH TURKI UTHMANIYYAH




Ok. Ini bukan tulisan sendiri. Saje copy kat sini sebab rasa nak baca dan tak puas baca. Ambil kat sini.


Pendahuluan



Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah ditubuhkan pada abad ke-13 oleh sultan yang pertama iaitu sultan Uthmani.[1]Nama kerajaan Uthmaniyyah diambil sempena nama nenek moyang mereka yang pertama iaitu sultan Uthmaniyyah Ibn Sauji Ibn Artugrul Ibn Sulaiman Shah Ibn Kla Alp yang merupakan kepala kabilah kabl di asia[2] Pada abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasuk Yunani dan Bulgaria. Kejayaan yang terbesar dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah ialah dengan menakluki Kota Constantinople pada tahun 1453 (kemudian ditukar nama kepada Istanbul).[3] Pada tahun 1526 sebagian besar wilayah Hungary telah dikuasai oleh kekuasaan Turki Uthmaniah. Kerajaan Turki Uthmaniah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah Arab yang lain. Kajayaan Kerajaan Turki Uthmaniah adalah kerana mereka mempunyai angkatan laut yang handal dan sentiasa bersedia bagi melaksanakan tugasnya dalam peperangan. tenggara.




Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan karajaan Turki Uthmaniyyah merupakan keganasan Islam.CDengan ini mereka menegaskan bahawa Islam adalah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan.CPada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah ekoran daripada masalah dalaman seperti kelemahan pemerintah, masalah birokrasi, ketenteraan, kemerosotan ekonomi, dan pemberontakan, serta foktor luaran seperti pengaruh luar, dan peperang dengan kuasa luar.Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah memberi kesan kepada Negara-negara umat islam.




Faktor Kejatuhan Turki Uthmaniyyah




Antara faktor utama yang menyebabkan kejatuhan karajaan Turki Uthmaniyyah ialah kelemahan pemerintah. Sultan-sultan Uthmaniyyah yang terakhir sememangnya sedah tergelincir jauh daripada landasan perjuangan nenek moyang mereka. Mereka tidak mengingati bahawa kerajaan turki uthmaniyyah dibina atas dasar iman dan taqwa sultan-sultannya. Keperibadian pemerintah yang lemah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mengalami kemerosotan. Sultan dikatakan suka berfoya-foya, suka berhibur, rakus dan mempunyai sifat yang tamak. Mereka sudah leka dengan kenewahan dunia sehinggakan mereka tidak mempedulikan hal kebajikan rakyat. Hal ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan sultan Salim II pada tahun 1566 sehingga 1574, baginda dikatakan suka minum arak dan sering barfoya-foya dengan dayang-dayang istana,[4] sehingga dikatakan baginda meninggal dunia disebabkan terlalu banyak minum arak.[5] Sultan salim II langsung tidak mempunyai kesanggupan untuk menjaga negeri yang begitu luas. Malah baginda telah menyerahkan urusan pentadbiran Negara kepada wazir yang bernama Muhammad Pasya Secilli.[6]



Sebenarnya kelemahan sultan adalah berpunca daripada kelemahan iman, mereka tidak mengikut syiar dan sunnah Rasulullah s.a.w, malah mereka tidah takutkan Allah S.W.T. Akibatnya, Allah S.W.T tidak lagi memberi bantuan untuk menguatkan kerajaan mereka seperti firman Allah S.W.T surah Al-jasiyah yang bermaksud “Allah menjadi pembela kepada orang bertaqwa”.Sultan-sultan uthmaniyyah yang terakhir juga tidak mempedulikan lagi ulama ul-amilin, mereka tidak mendengar nasihat para ulama sufi yang selama ini banyak membantu sultan dalam hal pentadbiran. Kelakuan-kelakuan yang menyimpang oleh Sultan-sultan Uthmaniyyah di akhir usia pemerintahan, telah memberikan impak yang negatif kepada umat Islam. Kehidupan mereka yang tenggelam di dalam arus materialisma dan Jahiliah telah menjadikan diri dan masyarakat hidup dalam keresahan, celaru dan hilang jati diri.



Selain itu, sultan juga dikatakan telah dipengaruhi oleh ibu dan isterinya dalam hal pentadbiran, ini menunjukkan bahawa sultan tidak mempunyai pendirian yang teguh dalam menentukan keputusan. Contohnya pada zaman pemerintahan sultan Ibrahim pada tahun 1640 sehingga 1648, banginda telah dipengaruhi oleh bondanya dan tiga orang isterinya yang masuk campur tangan dalam hal ehwal pemerintahan.[7] Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa penyikiran wazir besar iaitu Kara Mustafa yang telah banyak berjasa kepada sultan Murad IV[8]. Bonda dan isteri-isterinya telah menghasut kaum Inkishariyah agar mereka menuntut supaya sultan ibrahim menyerahkan kepala wazir tersebut kepada mereka. Bonda dan isterinya tidak puas hati dan tidak bersefahaman terhadap wazir tersebut kerana semasa wazir ini memegang kendali, beliau banyak menyentuh keperibadian perempuan. Selepas kematian sultan Ibrahim, Kerajaan Turki Uthamaniyyah telah diperintah oleh wanita istana, khususnya permaisuri-permaisuri sultan yang selama ini sememangnya mengiginkan kuasa pemerintahan. Di sini jelas menujukkan bahawa Sultan Ibrahim I telah dipengaruhi oleh ibu dan isteri-isterinya dalam melaksanakan pemerintahan.



Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah juga, disebabkan kerana kezaliman pemerintah, sultan telah melaksanakan pemerintahan secara kuku besi. Contahnya semasa zaman pemerintahan sultan Abdul Hamid II, walaupun baginda boleh dikatakan seorang pemerintah yang agung, namun begitu banginda juga telah melakukan kesilapan yang telah menyebabkan kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Baginda telah mentadbir Negara dengan corak pentadbirannya yang tersendiri, malah para pembesar yang tidak bersetuju dengan corak pemerintahannya akan dipecat atau dipenjarakan. Hal ini telah menyababkan segelintir masyarakat tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran sultan dan cuba untuk mengulingkan kuasa pemerintahannya.



Seperti mana yang kita tahu ketenteraan merupakan salah satu faktor yang telah menyebabkan kejayaan karajaan Turki Uthmaniyyah pada awal penubuhannya.[9] Kemerosotan dalam bidang ketentaraan telah menyababkan kekuasaan Turki Uthmaniyyah semakin berkurang dan lemah. Kemerosoktan ketenteraan bermula apabila disiplin ketenteraan dikalangan pegawai atasan semakin lemah.[10] Sikap tentera yang tamak dan tidak mempunyai semangat untuk berjihad telah menyebabkan mereka membenarkan begitu banyak rasuah berlaku dikalangan mereka. Pada zaman ini, penjualan jawatan telah bermula diperingkat atasan lagi, malah sultan Suliman sendiri telah meminta hadiah daripada orang yang hendak dilantik untuk memegang sesuata jawatan. Pada masa ini juga jawatan tidak lagi dipilih berdasaran kelayakan, inilah yang menjadikan ketenteraan menjadi lemah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa rasuah dikalangan tentera bermula dari puncak kepimpinan lagi. Gejala rasuah ini telah menjadi satu amalan bagi mereka, sehinggakan undang-undang syariah yang selama ini menjadi pegangan umat islam pun tidak mampu untuk membanteras kegiatan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai tersebut. Selain itu, pelantikan sesuatu jawatan juga berdasarkan keturunan, yang mana anak-anak mereka akan mengantikan jawatan mereka. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pembunuhan diantara waris-waris bagi mendapatkan jawatan tersebut. Waris-waris sendiri terpaksa dibunuh bagi menjamin tidak ada perebutan kuasa dikemudian hari.[11]

 

Ekonomi merupakan tulang belakang kepada kemajuan empayar Turki Uthmaniyyah, kemerotan ekonomi telah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyyah gagal dalam menguruskan pentadbiran negara. Kemerosotan ekonomi yang serius adalah berpuca daripada sikap sultan yang terlalu boros dalam pembelanjaan bagi memajukan Negara semata-mata hanya untuk hiburan dan tujuan kepentingan dirisendiri.[12] Hal ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan sultan Sulaiman, baginda telah menjalankan dasar perluasan kuasa melalui peperangan yang mana memerlukan modal yang besar dalam membiayai ketenteraan. Hal ini sekali gus telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan jumlah wang yang banyak, ekoran daripada masalah tersebut, pihak pentadbir terpaksa mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat. Peningkatan cukai yang tinggi telah menyebabkan rakyat tertekan dan cuba bertindak untuk memberontak.



Kisah pengkhianatan terbesar dalam sejarah Islam moden ini, bermula ketika Sultan Abdul Hamid II menolak permintaan Theodore Hertzel (Ketua Zionisme Antarabangsa dan anggota tertinggi Freemasonry) agar sultan menyerahkan Palestin sebagai wilayah baru untuk Yahudi. Harga lumayan yang ditawarkan kepada Sultan Abdul Hamid, supaya baginda menjual bumi Palestin telah ditolak mentah-mentah kerana baginda sudah tahu tujuan sebenar mereka. [13] Sungguhpun jumlah tawaran tersebut begitu besar untuk ditolak. Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut : 



"Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun.."



Akhirnya pada tahun 1908, gerakan Committee of Union and Progress (CUP) yang didalangi oleh yahudi zionis telah melakukan pemberontakan "Revolusi Turki Muda" menentang khalifah.[14] Hasil daripada revolusi ini, sebuah perlembagaan telah diisytiharkan di Salonika, khalifah telah dipaksa supaya meluluskan pelantikan para menteri yang dipilih oleh Turki Muda.Pada 26hb. April 1909, Jawatankuasa Kebangsaan telah bertindak memecat Sultan Abdul Hamid daripada jawatan khalifah dan sistem perlembagaan dilaksanakan semula.[15] Dengan ini sistem pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah telah berkubur dan digantikan dengan sistem perlembagaan dan parlimen ala barat. Gerakan Nasionalisme yang dipimpin oleh Mustafa Kamal berjaya mendapat tempat dengan Parti Kebangsaan yang dibentuknya.Beliau bercita-cita untuk menggantikan Khilafah dengan Republik Turki.Revolusi yang digerakkan oleh beliau dilihat sebagai memenuhi kepentingan British, sungguhpun beliau cuba mengaburinya dengan rupa nasionalisme. British adalah dalang yang menaja segalanya bagi menjayakan revolusi yang dijalankan oleh Mustafa kamal. 



Pada masa yang sama, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat.Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, telah menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1 yang berpaling tadah dan memihak kepada Britain.Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin.Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan - “hari ini, perang salib sudah berakhir”.[16] Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi, Britain menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.[17] Penempatan Yahudi di Palestin telah meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta.Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya.

                                      Kerajaan Turki ditukar pada sistem barat dan ini merosakkan sistem Khilafah.


 Kesan Terhadap Negara Umat Islam




Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah sememangnya telah memberi kesan yang mendalam kepada umat islam.Kesan yang paling ketara yang dapat dilihat ialah, terdapatnya unsur-unsur sekularisme yang telah dipengaruhi oleh barat. Hal ini telah menyebabkan lahirnya golongan birokrat yang pro barat, yang sekali gus telah melahirkan golongan yang memandang tinggi terhadap orang barat.Unsur sekularisme telah meresap masuk ke dalam pentadbiran, perundangan, pendidikan, pertahanan dan yang paling penting adalah pemikiran penduduk Turki Uthmaniyyah.Penduduk semakin terpengaruh dengan gaya hidup orang barat yang menjadikan mereka kufur dengan perbuatan seperti meminum arak dikalayak ramai, menari dan bergaul bebas. Malah mereka juga telah meninggalkan ajaran agama islam yang selama ini menjadi tunggak dalam kehidupan mereka.



Kejatuhan karajaan islam yang agung ini telah menyebabkan, berlakunya perubahan dari segi perundangan, yang mana undang-undang yang digunakan dalam pentadbiran adalah berdasarkan undang-undang yang menerapkan unsur sekular. Mereka memandang rendah terhadap undang-undang syariah, malah mereka lebih mengagungkan undang-undang yang diperkenalkan oleh barat. Selain itu, kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah juga telah memberi perubahan dalam bidang pendidikan. Bidang pendidikan mula diterapkan dengan unsur-unsur sekularisme[18] yang telah melihirkan golongan pro barat yang akhirnya telah melakukan perubahan besar terhadap kerajaan Turki.



Selain itu, kajatuhan karajaan Turki Uthmaniyyah telah memberi kesan terhadap institusi khalifah. Setelah Mustafa Kamal Ataturk memegang puncuk kepimpinan, beliua telah mengadakan perubahan besar kepada sistem pentadbiran yang mana beliau telah menghapuskan institusi kesultanan pada 1 november 1922 di mana beliau menggunakan alasan bahawa sultan telah mengkianati Negara. Pada masa yang sama beliau juga telah mengistiharkan Turki sebagai sebuah Negara republic di mana beliau sendiri telah mengangkat dirinya sebagai presiden yang pertama.[19] Dengan bermulanya corak pemerintahan republic tersebut. maka sistem khalifah yang diamal di Negara islam itu telah berakhir pada 29 november 1923 dengan memutuskan bahawa khalifah tiada gunanya.[20] Semasa pemerintahan Mustafa kamal, beliau telah menunjukkan sikapnya yang anti terhadap islam. Umat islam telah menerima kesan yang sangat mendalam ekoran daripada sikap Mustafa Kamal yang banyak melarang umat islam untuk mengikut ajaran islam. Contohnya, beliau telah menghapuskan semua yang berwajah dan berbau islam, malah yang paling menyedihkan apabila beliau telah mengeluarkan arahan larangan azan dalam bahasa arab, wanita-wanita juga dilarang untuk menutup aurat.

Pada masa yang sama, kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah juga telah memberi kesan kepada Negara-negara islam lain.Umat islam telah berpecah dengan dasyat mengikut Negara masing-masing dengan idetiti bangsa dan ideologi masing-masing yang kebanyakkannya telah dipengaruhi oleh budaya barat. Hal ini telah menyebabkan Negara umat islam menjadi lemah dan mula dijajah satu persatu oleh kuasa barat yang sememangnya menantikan saat-saat tersebut. Campurtangan kuasa barat semakin meluas di Negara-negara umat islam, Negara umat islam dibahagi-bahagikan oleh Kuasa Berikat bagi tujuan penaklukan.



Kesimpulan




Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Kerajaan Turki Uthmaniyyah sememangnya merupakan sebuah empayar islam yang agung di dunia sehingga dikatakan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana empayar selepasnya. Walaubagaimanapun keagungan dan kejayaan empayar tersebut akhirnya telah mengalami kemerosotan dan kejatuhan ekoran daripada faktor dalaman dan juga luaran yang banyak memberi tekanan kepada kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kajatuhan empayar Turki Uthmaniyyah telah memberi kesan tehadap Negara umat islam sehingga ke hari ini. Namun begitu, kejatuhan Turki Uthmaniyyah juga telah memberi kesedaran kepada umat islam untuk memikul tanggungjawab menyebarkan agama.[21] Hal ini telah menyebakan muncullah ulama’-ulama’ yang sedar dan menggerakkan Harakah Islamiyyah di negara masing-masing.



[1] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 386

[2] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 346

3 Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 398

[4] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 376

[5] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 411

[6] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 376.

[7] Lois A. Aroin Dan Richard P. Mirtchell(Terjemahan Redzuan Othman).1991.Timur Tenggah Dan Afrika Moden.Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka.

[8] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 413

[9] Prof.Madya Fadhullah Jamal.2000.Islam Di Asia Barat Moden Sejarah Penjajahan Dan Penerokaan.Selangor.Thinker`S Library`S Sdn.Bhd.Hal 3

[10] Marshall G.P.Hadson Penterjemahan Mohd Radzali Masran.2004.Kebangkitan Islam:Gambaran Sejarah Dalam Tamadun Dunia Edisi Empayar Serbuk Letupan Zaman Moden Jilid III.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 50

[11] Marshall G.P.Hadson Penterjemahan Mohd Radzali Masran.2004.Kebangkitan Islam:Gambaran Sejarah Dalam Tamadun Dunia Edisi Empayar Serbuk Letupan Zaman Moden Jilid III.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 151

[12] Stanford Shaw.1976.History Of The Ottoman Empire And Modern Turkey.Cambridge.Cambridge University Press.Hal 234.

[13] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 402

[14]Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 402

[15] Ahmadi Al-Aziz.1998.Kamal Ataturk Ideology Dan Kesan Ke Atas Rakyat Turki.Hal 35.

[16] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 405

[17] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 405

[18] Esposito, L.John (Terjemahan Y.N.Eva.2001.Ensiklopedi Oxford Dunia Islam Moden.Bandung.Penerbit Mizan.Hal 130.

[19] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 426

[20] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 407

[21] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 408.





 Disediakan

Saudara Amirul Adli
Ketua Unit Biah Solehah
DPMZ 2012 / 2013  
       

Monday, October 24, 2016

Mode rindu.


Sedapnya nasi lemak. Kat Batu Jong je bole dapat nasi lemak ni... 





Thursday, October 06, 2016

Trip ke Bandung 2015.

Ni kat area Floating Market atau pasar terapung Bandung. Selain jual makanan, ada jual taman2 nirwana untuk kite jalan2.



Memang rok.



 Terliur nak makan tapi perut kenyang.



Hehehe... fenat.



Haha... sebenarnya banyak gambar posing camni kat Kawah Putih tu. Ye la, fotografer suruh camni lah camtu lah. Biar posing kite tu menampakkan kite sangat happy dan gambar tu idup. Idup tak? Macam iklan Salem.



 Hai.. jangan kecam saya. Saya bukan nak tunggang rusa tu betul-betul. Nama saya Mell.



 Tempat shoping. Time ni hujan. Redah jap sebab nakkan background Rumah Mode tu.



Ha.. ni sopan sikit.



Teka lompatan siapa paling win?



 Haha.. gambar tak tersusun. Ini di Kawah Putih, Ciwidey Bandung.



 Ok. Lain kali kita snap gambar cantik cket. Ini gambar tampal syok sendiri, tak larat dan taktau nak pilih gambar mane. Sekian.




Wednesday, October 05, 2016

Let the picture speak



Kawah Putih, Ciwidey Bandung.


Ini trip tahun lepas. Disember 2015. Malas lah sekarang ni nak letak gambar. Jadi, kite letak satu je.

Kang bila dah letak 2 keping gambar, akan jadi 3 dan 4 dan 5 dan 10 keping. 

Takpe, nanti bila datang rajin kite letak lagi. Time tu jangan rasa nak muntah pulak tengok. Hehe.




Friday, September 23, 2016

Mee Tarik.



 
Wet Mee with Beef and Mushroom



Salam Jumaat.

Selalunya aku upload gambar makanan dalam instagram. Hari ni rajin yang pelik pulak upload dalam blog. Huhu. 

Takpelah.. sesekali ubah sket penampilan blog ni. 

Kalau dulu selalu cerita pasal diri sendiri bersama uyi di samping kisah kekasih skandal dan karenah hidup aku, sekarang seiring dengan usia yang meningkat.. selari dengan arus media sosial, kita letak gambo makanan lah pulak sekali sekala.

Ni time aku makan dekat Mee Tarik Warisan Asli kat Lake Field. (Deaf kompem tau tempat ni)

Mee dia sedap. Tapi chinese cuisine lawan dengan tekak cili sambal.. memang tak puaslah mak makan. Rasa nak letak cili potong baru merecik. Haha... 

Ok lah.

Daa...



*signature cLina dah takboleh buat sebab.. apantah. Link kena blok ke hapa. Hadehh.