FoLLoweRs

Wednesday, August 17, 2016

Orang puteh cakap life begin at 40.




Ok taknak cerita panjang.

Macamaner nak jadi kurus balik seperti muda-muda dulu? Macamner nak bagi dagu ni tajam semula? Macamner nak jadikan kulit muka ni segar bila calit bedak takde nampak garis-garis halus akibat kekeringan kulit? Macamner nak buat bentuk muka kita ni bujur dan runcing? Macam dulu..?

Hehe.

Senang sangat.

Google jer. Macam-macam petua nenek kebayan ada. Macam-macam produk jual.

Tapi.. semuanya taraguna. Bila umur dah panjang, memang kita akan menjadi tua. Kalau kita tak sempat tua, maksudnya kita mati muda lah tu. Jadi bila dah tua pakailah apa pun tetap akan tidak muda balik. Tetap nampak tua dan jadi orang tua. Huhu.

Semalam, skrol punya skrol.. throwback.. baca balik post yang lama-lama.. belek balik gambar lama.. tengok balik komen dulu-dulu.. hikhik... kelakar. Tergelak sorang aku. Tersengih-sengih.. mengekek ketawa. Hahahaaa....

Seronok.

Bahagia.

Happy.

Hehe.. rupanya macam2 cerita aku post dulu. Tapi semuanya pasal aku.. pasal life aku. Pasal uyi. Pasal skandal itu skandal ini. Pasal frust situ frust sini. Pasal nanges camtu nanges camni. Pasal hati tergedik begitu tergedik begini. Hikhik... nakal sungguh. Muahahaaa... betul-betul rasa seronok membaca kembali kisah lama kita... kan?

Tak kurang jugak komen-komen dari kawan blog yang ikut baca blog ni (tapi sekarang semua dah senyap kecuali deaf. Sigh...) Rindunya.

Seronoknya bersembang bercanda di alam maya. Tak nampak rupa tapi rasa suka sangat dan melengkapi dunia blogger aku yang tak seberapa ni. Alahaiii... Jangan cakap la.. hampir-hampir nak jatuh centa pon ada taw. Haaa...

Rupanya dulu aku banyak bercerita pasal uyi. Bercerita pasal perasaan aku. Layan sembang kisah suka duka dan sepi sunyi. Nangis rindu tawa hiba. Haihh... gitu kisahnya. 

Bila baca tulisan lama, terimbau balik semua kenangan dulu. Macam-macam cerita berbagai episod bertukar tajuk. Sekejapan ajer ingatan berpuing-puing (ada ker perkataan ni?) pada kisah-kisah sinetron.

Berbunga-bunga hati aku membacanya. Nasib baik lah aku kenal dunia blog ni sewaktu usia dah mencecah 30. Bayangkan kalau aku start blogging belasan tahun... ntah apa-apa cerita lah aku tulis kan. Hahaha.

Bila baca balik bab yang terutamanya touching tu dan yang ala-ala gedik santai, rasa malu sendiri pon ada. Aku ngadu macamtu ke kat blog? Huwaa.. Hikhikhikk..Mula-mula baca macam tak percaya.. macam blushing pon ada.. macam seronok pon ada.. macam nak padam balik pon ada sebab tak sengaja dah termengadu kat alam maya pasal hati yang seketul ni.. tapi.. arhh... biarlah kan! Hihi.

Itu semua kenangan. Dah jadi sejarah. Sesetengahnya dah jadi arkib kot. Boleh dah nak buat muzium. Tapi masih kukuh dalam galeri hati saya ni. Cewaaahhh. So, aku biarkan aje kat sini.

Hurmmm... ku di halaman rindu.





3 comments:

deaf-angel said...

Zaman belasan tahun dulu ada ke internet nak buat blog? Ko ni....
Aku perasan, dulu aku suka cerita pasal makan makan, sekarang kurang sangat...
nanti la aku nak cerita pasal mee tarik kat kedai sungei besi tu hahaha

ko tak buat korban? Buatlah..kumpul sebanyak kambing lembu untuk Uyi ngan love ones ko semua tunggang nanti kat akhirat. Cehhhhhh motif aku pura2 jadi geng baik kul 3 pagi ni haha.

cLina said...

deaf;
owhh..dulu aku bloging gak..pakai diari. hehe.

ko kalu nak citer pasal mee tarik tu jgn lupe masukkan citer pasal aku skali..itu kedai dekat rumah aku je tu. huhu.

Tahun ni aku tak buat korban la deaf. ekonomani gitu. hahaha...

Haha.. nampak tak aku reply ni betapa aku rindu nak reply komen? hakhakhakkkkk

deaf-angel said...

Wahhhh ko tetiap hari makan2 la ye kat deret2 kedai2 tu...
meriah ye tempat tu.. macam2 makanan.
Alright witu ye, ada cash converter.
cash converter ni kalau kat Singapore memang dahsyat barang2 dia macam2.. baik2 lagi.

Takpelah buat tahun depan insyallah.
buat overseas, kita ni semua setakat daging, ayam, boleh cakap tahap tak heran sangat.. dari nasik campur sampai mekdi kepsi sampai burger ramli,
tapi contoh cam kat kambodia, ada tempat setahun pun tak sekali dapat makan nasik lauk daging khabarnya, so buat korban sana memang sangat mendatangkan kegembiraan gitu kat orang islam sana...