FoLLoweRs

Monday, December 19, 2016

Hantu saka ada atas belakang?




Menaip tanpa tujuan. Tanpa rasa nak menulis pon sebenarnya. Takde feel.  Tau2 je dah login ke blogger. Macam ni lah jadinya. Haha.

Assalamualikum.

Agaknya bosan. Tak buat apa2. Kerja pon takde. Ada.. tapi bukan urgent. Ada.. tapi bukan untuk dibereskan untuk diberi kepada siapa siapa. Sekadar kerja untuk pemurniaan dan filing diri sendiri. So.. ok la kan.

Lagipon, badan dan minda tak berapa bagus. Deman. Selsema. Sakit Kepala. Demam. Sakit kepala. Sakit tulang pipi. Sakit dahi. Sakit tulang muka. Ulang ulang sampai 2 minggu.

Sehat.

Sakit kepala , demam lagi.

Kata mi media naranja (mengikut kamus Spanish), aku kena sinus tahap 2. Haa.. siap ada tahap tu yang takboleh blah tu. Tapi serius lah.. memang sangat sakit.. sangat tidak best.. sangat letih. Bayangkan selama 2 minggu tu, waktu aku tak sakit kepala hanyalah waktu aku tidur. Waktu jaga, sepanjang masa rasa ada batu besar ada duduk dalam ini kapla.

Ubat demam, ubat selsema, antibiotik, ubat tahan sakit, ubat radang, ubat otot dan segala macam jenis ubat dah aku telan lately. Tak cukup dengan klinik swasta, beli kat farmasi. "Kasi saya ubat paling bagus paling kuat punya untuk ini selsema." Bila pergi klinik kerajaan pulak, kena amek darah. Bila amek darah pulak, nak jadi cerita kandungan gula tinggi sikit. 

Bila gula dalam darah dah tinggi sikit, kena amek darah lagi untuk experimen susulan. Tapi aku tak pegi... lupe. Hurm.. tapi gula tu aku tak risau sangat. Takde la tinggi sangat aku rasa. Mungkin sebab pagi tu aku makan donat dua ketul. Itu punca.

Bila terasa dah banyak sangat macam2 jenis ubat yang masuk dalam 3-4 bulan ni, aku try buat sendiri la treatment kat rumah. Inipon cadangan dari mi media naranja. Wapkan muka, mungkin nak bagi cair al-kahaks dan al-hingus kat dalam rongga hidung yang mancung ni. Kasi dia keluar. Sebab doktor cakap benda2 tu dah block.. takleh nak keluar. Itu yang punca-punca sakit kepala.

Selain tu, doktor dan farmasist ada suggest ubat titik dalam lubang hidung tu. Tapi aku ngeri sikit. Hikhik. So aku tak amek.

Jiran sebelah rumah suruh gi Klinik Az Zahrah kat Bangi tu. Atau jumpa pakar. Tapi bila time nak pergi je, kepala ni tak sakit sangat. Dah baik sikit. Jadi, faham-fahamlah kan. Pi mai pi mai.. tak pergi lah.

Sejak asyik demam kebelakangan ni, aku rasa dah membulat. Iye lah, nak senaman ke apa ke tak larat. Kepala ni kena jaga. Gerak lebih2 rasa macam otak ni bergegar. Kena tatang bagai minyak yang penuh. Pulak tu nasi lemak hari hari mau. Haha. Adehhh.

Tapi mungkin sakit kepala ni ada sikit2 kesan stress. Stress + sinus + penat.

Dan satu lagi, sebab faktor umur. Kotttt.

Badan dah lama pakai. Hari2 dia bekerja. Arghh. Tiba-tiba rasa lenguh tengkuk.

Ok bai!





3 comments:

deaf-angel said...

kikikiki, dulu aku ada satu kawan sama la ngan aku, Geng tonggang terbalik,
memang kira kelaut la kan perangai dan karakter.
Satu hari dia pergi kenduri, kat kenduri ada satu Ustaz yang sangat dihormati dan disegani ramai.
So masa doa, dan zikir dan whatever la you are supposed to do time Doa Selamat,
Semua orang macam fokus, tunduk bawah dan doa, zikir kan?
Sekali tu kawan aku ni kan geng tak betul, so dia tak fokus, dia mata meliao tengok orang kiri, orang kanan, orang depan... KEPOCHI gitu, busybody...
sekali tu dia tengok satu ke satu orang, sampai dia tengok Ustaz tersebut,

Kau tahu, dia nampak Ustaz tu tengah tengok atas kepala dia dengan muka "terperanjat" dan shocking, macam ada sesuatu atas kepala kawan aku.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!! tu la, nakal sangat, kan Ustaz pun sampai terkejut tengok atas kepala dia macam ada sesuatu.

So ko lain kali gi doa selamat, orang semua baca doa, you know what to do....
ko tengok Ustaz Ustazah kalau rupanya tengah tengok arah ko ngan gaya terkejut... HAH!!!!!!! sila jangan nakal sangat dalam hidup. HAHAHAHA.

Aku konfem macam2 kat atas kepala.

Anyway.... to your problem,-
jalan kaki. Gi mana2 pun jalan kaki.
Jalan kaki jalan kaki jalan kaki.

Its the best form of simple exercise till the day you die, and it will free your mind, and then your body.

cLina BeLedZa said...

hahaha..wehhh.. takde mende atas kepala aku ni...hehehkkk..

bagus jugak cadangan ko tu. memandangkan area rumah aku tu parking sangat lah teruk, lepas ni aku try jln kaki sebanyak mungkin.
tengkiu for your support deaf!

deaf-angel said...

Jalan kaki banyak kebaikan dan rasanya takde expose to keburukkan langsung pasal dia low impact jadi no injuries.