FoLLoweRs

Friday, May 26, 2017

Ramadan al-Mubarak.







Selamat menyambut bulan puasa bulan Ramadan.

Azam bulan puasa tahun ni... kalau cakap nak perbanyakkan baca al-quran, nak selalu solat berjemaah, teraweh taknak tinggal... etc etc macam nak menunjuk-nunjuk pulak kan. Hikss.. 

Tapi itulah hakikatnya bila kita dah lama hidup dan baki kehidupan kita tinggal tak berapa banyak lagi. Kita nak jadi lebih baik. Sedar tak sedar, secara semulajadi atau secara fitrah manusia sedikit demi sedikit kita rasa kita nak berubah dan memang berubah. Bila usia makin meningkat, slowly kita rasa banyak benda dalam dunia ni buat kita letih. Buat kita penat. Buat kita nampak banyak benda yang selama ni kita kejar, yang kita risau, yang kita takut sebenarnya takde apa pon sangat. Sebab kita bukannya menongkat langit. Kita ada di atas sana yang Maha Esa.

Dan aku sedar, kalau setiap perkara tu kita serahkan pada Allah, insya Allah hati kita akan jadi lebih tenang. Di samping kita pon usaha laa... tak aci lah kite serah bulat2 pada Allah tanpa usaha kan? Huhu.

Alhamdulillah.. esok 1 Ramadan. Insya Allah dapat teruskan ibadah puasa selama sebulan. Ameen... ameennn.

Selamat berpuasa seluruh umat Islam di seluruh dunia. Semoga hari ni lebih baik dari semalam. Semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas. Dan semoga puasa dan ibadah2 yang lain diterima Allah.

Takde apa yang lebih membahagiakan dan menenangkan selain dari kasih sayang Allah dan rahmat dariNya.





6 comments:

deaf-angel said...

Selamat menyambut bulan Ramadhan.
Semoga gembira di bulan yang penuh rahmat ni.

Masa aku kat Liverpool tengok Iron Maiden, aku gi semayang jemaat kat masjid liverpool.
Khatib dia berbual sebijik macam Will Smith atau mana2 kulit hitam Amerika.
Dia cakap gini masa khutbah,

" YA ALL TAKE IT EASY MAN!!
RAMADHAN IS A MONTH OF RAHMAH (RAHMAT), ITS NOT TORTURE.
ITS RAHMATH!
AND IF YOU SEE PEOPLE TRAVELLING, PEOPLE ON THE PLANE,
AND THEY ARE EATING,
DONCH YA ROLL YOUR EYES AT THEM!!!!!!!"

(sambil buat aksi pusing mata menjeling).

haha. nanti aku cerita eh.. weiii gi Liverpool weiii cukup2 la Jepun yang kau agung2kan tu...

cLina BeLedZa said...

hahahaa.. ko lain deaf.. segenap ceruk ko da pergi. jeles aku. lebih lagi time ko pergi mane tu bosnia ke.. ko pergi tak jambatan yang femes tu? kat mostar tu?

liverpool gile mahal. tak mampu aku. tak daya nak ngumpul duit nak travel da. rugi time muda2 dulu tak pikir benda ni, sbb time tu aku rs mmg mustahil nak pergi jalan2 jauh camtu, gaji bukan banyak pon.

jepun tu first time ever aku g sangat jauh wehhh. jakun sikit la..muahahaha... nanti september ni nk pergi guangzhou. insha allah. time tu aku buat baekk punya itinerary..haha.

Deaf said...

Taklah. Bosnia belum pergi. Insyallah lain kali.
Kalau Iron Maiden perform kat sana. HAHA.

Errrmmm flight tiket tu, kau tambah sikit lagi dah sampai Europe.
Ooo aku tak pernah gi China.
OK sila cerita.
Paling penting cerita pasal makanan2 halal disana ye.
Pau tu semua...
China pun Insyallah merata orang Islam ada ye, so no problem.

Aku selalu rasa kita tolak wak kang la kan, kita cuma ambik Melayu je la Msia + Singapore.
Aku rasa celah gigi je la kan Melayu Islam berbanding dengan berapa ramainya berpuluh2 juta orang Islam di China.

Tu pun rasis Melayu tak sedar. Suka kutuk Cina kafir la makan babi la. haha.

cLina BeLedZa said...

ok. Bukan Bosnia. Ko g Serbia kan?

deaf-angel said...

yeah..
untuk ko Malaysian kan? so ko nak gi Serbia leceh pasal kena pakai visa.
tapi ko nak gi lain2 kat pecahan Yugoslavia yang perang siksa orang Islam tu mudah je.
Cuma pasport Malaysia nak masuk Serbia kena ada visa.
Weeiii gi UK weeii, senang orang Islam ramai, orang Melayu ramai...
ko gi Birmingham, ko ingat ko kat Jalan TAR.
hahaha.

cLina BeLedZa said...

lagiii europe.. mahal wehh. hukhukk.

pergi bosnia macam seram sikit rasa...kan. entahlah.
tapi dgr citer tun mahadhir femes kat sana.