FoLLoweRs

Friday, January 16, 2009

Budak Kelantan.

Semalam aku ke carrefour. Beli barang. Buat spek mata. Beli beg.

Yang best, beg troli yang aku beli tu harganya rm40. Dulu, masa aku nak beli harga dia dekat seratus. Waa.. suka aku. Berbaloi lah kesabaran dan ketidakgopohan aku dalam membeli ni. Lagipon waktu tu aku tak memerlukan sangat beg tu. Ha skang aku nak.

Aku buat spek baru. GA blue. Tak la mahal sangat. Buleh la. Spek aku hari tu bengkok dikerjakan Bad, anak abang.

Semalam terjumpa cd Budak Kelantan. Apa lagi, sambar satu. Teringin nak tengok. Wehh.. mesti la nak tengok, aku kan orang kelantan. Nak tengok apa citer dalam tuh.

Sanggup tu tidur lewat padahal mata aku ngantuk sangat. Yea.. dalam minggu ni aku cuba tidur awal. Paling lewat pon aku tidur 12.30am.

Hemm.. permulaan cerita, bak kata Firman kawan aku, ok. Nampak best. Menarik. Tapi klimaks dia bagi aku tak sampai lah. Lepas separuh cerita, jalan dia macam fast pulak. Alih2 si Jaha dah tangkap cintan ngan Che Nor. Pastu Jaha mati. Alah, macam cerita2 melayu yang biasa.

Tapi yang kelakar, of course bahasa kelantan tuh. Memang la aku orang kelantan. Tapi aku tak dapat tahan ketawa kalau dialek kelantan masuk dalam cerita. Kelakar dengar. Menonton cerita semalam, esp masa geng2 Jaha tu berkumpul membuatkan aku teringat masa sekolah2 dulu pulak. Ye lah, dah lama tak dengar bahasa kelantan yang pekat gitu, pastu kumpul ramai2 sumer orang kelantan. Heh.

Tapi watak Jaha tu memang betul2 buat aku seram dan takut. Hiii.. jahat betul dia. Hermm.. nak citer sket.. dulu aku cukup anti ngan budak kelantan. Lelaki. Sebab..

Masa aku muda remaja dulu CM adalah tempat yang glemer dan best. Situ ramai orang seni. Aku suka. Selalu lepak sana. Situ ramai budak kelantan gak. Kena kacau, kena usik ngan diorang tu memang pernah. Kadang tu ada yang kurang ajar. Heh. Memang aku menyampah betul. Aku benci.

Aku jarang mengaku yang aku budak kelantan. Bukan aku malu. Cuma aku tak pernah cakap aku dari mana mana. Aku taknak diorang, esp budak kelantan tau aku asal dari sana. Sebab? Mengikut pengalaman aku, kalau diaorang tau kite ni sama kapal, hm mulalah nak rapat2.. Konon nak jagalah. Satu gu la. Haii.. kenegerian gitu.

Kadang2 gelagat budak2 kelantan, esp lelaki lah buat aku malu nak mengaku yang aku ni, pon budak kelantan. Bukan nak cakap aku ni baik sangat. Tak. Tapi.. entah. Ramai di kalangan diorang terutama kalau baru sampai kl, over sangat. Dari macam2 segi.

Itu pasal aku kurang berkenan. Tapi tak semua. Ada jugak budak kelantan yang aku jumpa baik sangat2. Sangat2.

Itu dulu. Skang, semua pon tau aku ni orang kelantan. Hehe. Apa2 lah.

Aku taknak kasi uyi tengok cerita tu. Sebab part si Ana kena rogol tu menakutkan. Huh. Giler wehh...! Macam real.

Minggu depan, satu minggu aku takde kat ofis. Nak buat mesyuarat berkenaan Anggaran Belanjawan 2010/2011. Boleh? Tak pernah2 aku buat... Mintak2 semuanya berjalan lancar. Takde apa2 masalah. Sebab lepas tu aku nak cuti seminggu, raya cina nanti. Balik kampung lerrr...

Dan aku rasa sedikit excited. Joe, member lama kat Four Wheel Drive dulu ajak offroad nanti, kalau ada peluang. Cantek aah. Dulu masa keje kat sana takde can. Bila lagi nak merasa ek? Mencabar tuh. Huhu. Ini tahun aku nak bersosial sket. Tanak terperuk kat rumah sangat.

Oklah. Nak solat zohor. Doa banyak2 semoga hidup aku sekeluarga bahagia. Ameen.

5 comments:

eddie dewanaga said...

member gua ramai budak2 kelantan, diorang ok je... tak semua yg mcm tu, diorang pun ada bilang tentang sesetengah yg berperangai sebegitu, budak mana2 negeri pun ada yg jahat2 mcm tu... gua pun bkn baik sgt dulu...

deaf-angel said...

ni cerita wayang eh?

aku lost track betul pilem melayu kat wayang

Rembo said...

amin. god speed u.

cLina BeLedZa said...

ye la.bukan semua eddie.ibarat pepatah disebabkan nila setitik abis susu seperiuk takleh nak diminum.

cLina BeLedZa said...

ha ah.di bwah arahan sorang pengarah muda budak kelantan.ex student dato' mahmud kalu tak silap.