FoLLoweRs

Thursday, July 21, 2011

Memori Berkasih.




Dah lama tak update blog yang satu ni.

Banyak benda nak tulis, banyak citer nak kongsi, banyak rasa hati yang nak diluahkan, banyak angan2 nak aku terjemahkan tapi... banyak sangat kerja sampai tak bernafsu nak menaip kat keyboard ni.

Penat. Letih.

Dah 2-3 kali aku terbabas terus pengsan. Sedar2 pukul 4 pagi, terus macam orang giler, cuci muka dan kemas2 apa yang patut.

Masa tak banyak. Setiap masa kat ofis ni terasa sangat berharga. Ada saje yang nak dibuat. Macam2. Selain kerja, banyak lagi urusan pasal kehidupan ni nak kena setel. Bayar itu ini, pergi sana sini, bank begitu begini, itu belum pergi DBKL lagi. Belum pergi jumpa workers Indon lagi. Arhhhh.

Bila lah nak habis. Aku target dalam bulan poser ni insyAllah slow down cket lah. Nak rest. Rest tak rest sangatlah, tapi boleh la rileks sket. Dan sebagai permulaan, next week tinggalkan ofis selama seminggu untuk ke Terengganu. Alah.. itu pon sebab terfikir nak cukupkan kursus selama 7 hari. Hoho. Dan sambil2 rehatkan otak ni, kata Suzana.

Semiggu dua ni memang balik lambat memanjang. Malam pon dah jarang lepak2 makan dengan adik2. Dah lama rasanya tak main2 dengan Mell. Rindu kat dia.

Oh ya. Aku da tengok movie Larry Crowne tu. Dalam orang lain sibuk2 nak tengok Transformer lah, Harry Porter lah, aku pilih Tom Hanks dengan Julia Roberts. Hehe. Di usia2 sebegini, rasa nak melayan citer2 camni la pulak. Dan Tom Hanks biasanya tak mengecewakan aku. Walaupon orang lain kata tak best ke apa ke, tapi bagi aku ok jer. Lagipon, rasa nak tengok filem2 yang ringan dan menghiburkan. Huh. Betul2 aku nak bersantai.

Sesekali hati terusik. Terusik dengan apa aku pon tak reti nak pastikan. Nantilah, bila free2 aku try selami apa yang aku rasa ni.

Daa.




2 comments:

deaf-angel said...

ok la tu bz bz pun dapat tengok wayang...

cLinaku said...

pegi masa weekend, curik masa ckett..hehe