FoLLoweRs

Tuesday, August 02, 2011

Salam Ramadan untuk semua.




Orang cakap, cinta pada Allah adalah cinta yang sejati, kekal abadi. Betul. Sebab cinta manusia datang dan pergi, silih berganti.

Cinta yang ini pergi, datang pulak cinta lain. Bila cinta yang itu pulak pergi, cinta yang satu lagi menyusul. Macam macam. Tak pernah sunyi, kan. Cuma hati kita saja, nak atau taknak. Mau atau tak mau.

Kalau orang lain sibuk mengira umur tatkala menjelang tahun baru atau sambutan hari lahir, aku pulak waktu raya. Datangnya puasa dan raya tahun ni, bermakna bertambah umur aku setahun. Heh. Sudah tua. Hehe.

Lately aku sangat2 penat. Balik dari Terengganu dah la tengah malam baru sampai rumah, esoknya ke hulu hilir ke kedai hardware, beli cat, beli simen, beli batu bata, beli pintu. Lepas tu mengecat. Huhu. Betul2 aku rasa macam superman. Aku cuma tidur lebih kurang sejam sebelum mandi dan bersiap ke opis sekejap pada hari Ahad tu. Lepas tu balik dan beli barang2 mana yang tak cukup sementara workers Indon tu buat kerja.

Isnin, first puasa rasa tak larat sangat nak ke ofis. Tidur tak cukup, rehat tak tentu. Tapi seronok sebab tak sabar nak tengok rumah yang di makeover ni. Yeahooo.

Nampaknya, misi untuk balik kampung dengan keretapi tahun ni gagal. Semua disebabkan KTM yang bengong macam haram. Aku bengang betul. Berbulan2 aku plan, berhari2 aku telefon, seawal 630am adik aku lepak KTM untuk beratur ambik nombor, tapi jawapannya tiket habis dengan alasan 'kami bukak kaunter seluruh Malaysia termasuk kaunter komuter tu yang cepat habis tuh.' Macam celaka. Memang tak lojik. Nak beli hari ni tiket cuma akan dijual esok. So esok pagi datang jam 630pagi, cume ada 6-7 orang kat depan, bila sampai orang ke5 tiket dah habis sebab nampak muke orang ke5 tu kelat macam cuka. Macam sial kan?

Tak pasal2 aku terpaksa balik kampung naik kereta. Arghhh.. Tensennnn. Nak menghadap jem, jauh, hutan bagai. Adoiii.

Haihhh. What to do. Think positive je lah. Barangkali ada rahmatnya.

Ya Tuhanku, aku mengambil berkat Ramadan ini semoga hati aku tenang, dipermudahkan segala urusan. Ameennn...



2 comments:

deaf-angel said...

true
true
TRUE!!
true
true

smua paragraph..

yang capital letter tu pasal paragraph umur makin tua tu.

cLina BeLedZa said...

hehe... selamat berpuasa deaf!