FoLLoweRs

Monday, August 22, 2011

GOOD BYE...




I can see the pain living in your eyes
And I know how hard you try
You deserve to have much more
I can feel your heart and I simpathize
And I'll never criticize
All you've ever meant to my life


I don't want to let you down
I don't want to lead you on
I don't want to hold you back
From where you might belong


You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to say but goodbye


You deserve the chance at the kind of love
I'm not sure i'm worthy of
Losing you is painful to me


I don't want to let you down
I don't want to lead you on
I don't want to hold you back
From where you might belong


You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to say but goodbye


You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to try
Though it's gonna hurt us both
There's no other way than to say goodbye



Ada macam2 cara orang ucapkan selamat tinggal, tapi yang pasti ia bukan sesuatu yang mudah. kan? berguling bersilat seribu kali pon belum tentu..



Thursday, August 18, 2011




Kita biasa dengar, bercinta dengan orang lain tapi kawen dengan orang lain. Itu jodoh namanya.

Kita pon biasa dengar bertunang dengan orang lain, tapi akhirnya kawen dengan orang lain. Itu pon dah jodoh namanya.

Dan kita jugak ada mendengar, bercinta dengan orang lain tapi hati dan perasaan pada orang lain. Errr.. itu namanya curang ek?

Duhhh.


Monday, August 15, 2011

Rebah




Kau tau, aku rasa rindu. Rindu ...

Rindu untuk apa aku pon tak tau. Tapi perasaan ini sangat menggamit. Memanggil-manggil untuk sesuatu.

Kadang2 terasa getarnya dalam hati. Terasa ingin memberontak. Aku ingin luahkan semuanya di sini tapi rasa sukar untuk diterjemahkan. Susahnya rasa.

Perasaan ini terbuku dalam hati. Arhhh. Tensen betul.

Aku kira, perasaan aku sekarang umpama rojak. Bercampur. Suka gembira, sedih kecewa, marah terkilan... semua ada. Dalam satu masa.

Orang2 yang aku suka, yang aku kejar, yang aku sayang, yang aku tangguhkan perasaan (owhh.. perumpamaan sendiri), yang aku benci, yang aku menyampah, yang buat aku meluat, yang boleh mencetuskan perasaan cinta, yang bikin sedih semuanya berada di sekeliling. Dalam satu masa. Aku rasa sesak.

Aku bagai tak reti nak berekspresi macamaner.

Last2 aku macam patung cendana. Matikan diri.

Dan aku penat. Melayan karenah orang. Aku sendiri ingin dilayan. Aku sendiri ingin dimanja. Aku ingin jadi anak2 kecil, yang masih bayi. Dibelai dimanja.

Aku letih melayan perasaan sendiri, untuk orang yang tidak ingin dilayan oleh aku sebenarnya. Aku ingin berhenti tetapi bagaimana?

Sebab itu kadang2 aku menggelar diri sendiri hipokrit. Memang benci. Tapi itulah aku sekali sekala. Demmit.

Aku rasa nak pergi jauh. Jauh dari orang2 yang pernah hadir secara istimewa dalam hidup aku, jauh dari orang2 yang pernah aku sakiti, jauh orang2 yang boleh menimbulkan perasaan yang sesuatu dalam hati.

Mungkin saat itu aku akan rasa betul2 free.... kan?



Sunday, August 07, 2011

Tuesday, August 02, 2011

Salam Ramadan untuk semua.




Orang cakap, cinta pada Allah adalah cinta yang sejati, kekal abadi. Betul. Sebab cinta manusia datang dan pergi, silih berganti.

Cinta yang ini pergi, datang pulak cinta lain. Bila cinta yang itu pulak pergi, cinta yang satu lagi menyusul. Macam macam. Tak pernah sunyi, kan. Cuma hati kita saja, nak atau taknak. Mau atau tak mau.

Kalau orang lain sibuk mengira umur tatkala menjelang tahun baru atau sambutan hari lahir, aku pulak waktu raya. Datangnya puasa dan raya tahun ni, bermakna bertambah umur aku setahun. Heh. Sudah tua. Hehe.

Lately aku sangat2 penat. Balik dari Terengganu dah la tengah malam baru sampai rumah, esoknya ke hulu hilir ke kedai hardware, beli cat, beli simen, beli batu bata, beli pintu. Lepas tu mengecat. Huhu. Betul2 aku rasa macam superman. Aku cuma tidur lebih kurang sejam sebelum mandi dan bersiap ke opis sekejap pada hari Ahad tu. Lepas tu balik dan beli barang2 mana yang tak cukup sementara workers Indon tu buat kerja.

Isnin, first puasa rasa tak larat sangat nak ke ofis. Tidur tak cukup, rehat tak tentu. Tapi seronok sebab tak sabar nak tengok rumah yang di makeover ni. Yeahooo.

Nampaknya, misi untuk balik kampung dengan keretapi tahun ni gagal. Semua disebabkan KTM yang bengong macam haram. Aku bengang betul. Berbulan2 aku plan, berhari2 aku telefon, seawal 630am adik aku lepak KTM untuk beratur ambik nombor, tapi jawapannya tiket habis dengan alasan 'kami bukak kaunter seluruh Malaysia termasuk kaunter komuter tu yang cepat habis tuh.' Macam celaka. Memang tak lojik. Nak beli hari ni tiket cuma akan dijual esok. So esok pagi datang jam 630pagi, cume ada 6-7 orang kat depan, bila sampai orang ke5 tiket dah habis sebab nampak muke orang ke5 tu kelat macam cuka. Macam sial kan?

Tak pasal2 aku terpaksa balik kampung naik kereta. Arghhh.. Tensennnn. Nak menghadap jem, jauh, hutan bagai. Adoiii.

Haihhh. What to do. Think positive je lah. Barangkali ada rahmatnya.

Ya Tuhanku, aku mengambil berkat Ramadan ini semoga hati aku tenang, dipermudahkan segala urusan. Ameennn...