FoLLoweRs

Wednesday, November 30, 2011

Jangan pisahkan




November 2011 berakhir hari ini.

Esok dah 1 Disember. Perghh. Pantas masa berlalu. Lagi 31 hari je lagi nak masuk tahun yang baru, 2012.

Eniwei, salam Maal Hijrah. Hari ni dah 4 Muharram 1433. Semoga ada penghijrahan ke arah kebaikan. Ameen....

Dulu, setiap kali tahun baru aku sibuk2 beli diari. Percaya atau tidak, aku start tulis diari masa Darjah 6. Terus sambung ke sekolah menengah.

Diari tu aku tulis dan simpan sampailah aku praktikal. Lebih dari 10 diari aku ada. Macam2 kaler. Tapi sekarang satu pon takde. Aku pon heran camaner bleh hilang. Mungkin aku dah buang dan bakar tanpa sedar. Hehe.

Tapi nak cite cket, diari masa aku form 4 lah yang paling best. Sangat manis. Sangat indah. Sangat memorable. Sangat sentimental. Sangat touching. Dan sangat menggetarkan kalbu.. even sehingga saat ini. Ewwwww.

Tapi sekarang aku ada blog. Cuma blog tak boleh tulis macam diari if too personal. Sebab blog ada orang baca. Diari tak. Hanya aku dan Tuhan saja tahu. Dan jugak adik aku yang curi baca!

Jadi diari dengan aku bukanlah satu hubungan yang asing. Diari=blog. Blog=diari. Tak bukak sehari rasa tak sedap badan. Tapi sekarang ni hari2 bukak pon tak dapat nak tulis.

Idea takde. Malas ada.

Huhu. Dah memang dasar pemalas!



Thursday, November 17, 2011

Bukan siapa-siapa






Bila aku snap pic ni, adik2 aku semua perli 'mentang2 anak dia suka amek gambar camtu, dia pon nak tiru jugakkkkk'

Huhu.



wind of change




Penghujung tahun buat aku resah.

Dengan kerja yang tak pernah surut, maklumlah nak tutup akaun kan. Dengan cuti sekolah. Uyi macam biasa dah list down tempat2 yang dia nak pergi, nak buat, nak makan etc.

Hujung tahun seperti biasa jadi percutian keluarga jugak. Abang pon khabarnya akan turun KL. Herm lum fikir lagi nak pergi mana.

Hujung tahun jugak aku buat aku sedih. Sebab tahun baru akan muncul dan umur baru akan naik. Hehe. Sedih la sangat... Bukan sedih, tapi kecut. Alamak... dah tua lagi! And i feel old. Huhu.

Well, walaupon lahir ditahun 70an dan berusia 30an, jiwa kanak-kanak kadang2 tak dapat dipisahkan. Kelakar pon ada. Kadang2 geli pon ada. Hehe. Dan aku masih tak dapat buang tabiat ketuk dagu bila kepala terhantuk dengan apa2 benda. Konon2 nak letak balik otak ke posisi asal sebab bergegar. Konon. Err.. kepercayaan masa budak2 dulu. Huhu. Tapi dah jadi habit.

Kalau terhantuk sesama kepala, harus hantuk sekali lagi dengan kepala orang tu. Hahahaha.... Konon nak bagi balance.

Masih aku amalkan sampai sekarang. Hehe. Tak bleh buanglah. Dan adik2 aku sangat faham peel aku tu.

Diam tak diam dah 3 tahun lebih aku di government ni. Nak citer pasal kerje di gomen? Malaslah. Cukuplah aku katakan, antara tugasan awal aku di sini akan diambilalih oleh staf lain tahun depan. Reshuffle.

Aku pulak, akan buat tugas lain.

Sedih.

Hukhuk...

Sebab kerja yang aku buat sekarang ni kire macam first baby akulah. Huhu. Dan aku sangat suka, senang dan enjoy dengan kerja tersebut. Walaupon kadang2 bertimbun memaksa aku OT, stayback, datang Sabtu Ahad tapi i love my job. Dan aku akan siapkan dalam masa yang sepatutnya.

Haih. What to do. Adatlah. Bukan tanak buat kerja lain, tapi aku belum puas. At least, kasi can lagi setahun. Kan.

Eniwei, aku positif dan optimis dengan tugasan baru. Ada kawan di bahagian lain yang boleh dijadikan sifu. Lepas ni ada alasan le bleh berdeting. Wink.


Wednesday, November 16, 2011

Ya baik... baik ada makna tuh... ~




Kita memang suka orang baik dengan kita. Bersangka baik, berperangai baik, bercakap baik, melayan baik.

Tapi kalau terlebih baik, baik jugak ke?

Oh tidak..!

Tolonglah. Jangan terlalu baik. Aku rasa tak selesa.

Orang baik yang terlalu mengambil berat jugak buat aku rasa rimas. Begitu baikkah? Baik yang terlampau kadang2 kelihatan macam tak lojik dan dibuat2. Heh. Bukan niat nak memperlekahkan atau berprasangka tak baik terhadap orang, tapi itulah realitinya.

'Buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali'.

Tapi aku ni pulak jenis lembut hati. Orang baik ni aku akan bersangka baik dan sentiasa rasa kasihan. Sebab dia baik! Walaupon kadang2 terasa sangat annoying.



Sunday, November 13, 2011

10 Zulhijjah 1432




Err... walaupon 10 Zulhijjah tapi gambar lembu yang dikorbankan aku tanak letak. Ngeri lah. Campur kesian. Tu pon semua gambar lembu korban uyi yang snap. Siap rakam lagi. Aku tukang suruh je. Hehe.



































Friday, November 11, 2011

Dalam hati ada pokok.







Pokok yang baru nak tumbuh bunga. Atau baru nak berbuah. Daunnnya lebat. Agak subur. Rendang. Sedap mata memandang. Sesuai untuk berteduh. Nyaman.

Yang best tu, ada macam2 pokok.

:)


Entry untuk mencuri tarikh




Dah lama nak update, tapi asik tak sempat. Asik sibuk. Asik malas. Asikkkk asiikkk.

Hari ni pulak demam. Ikutkan hati nak mc je. Tapi memikirkan ada kerja penting yang perlu dibuat, ku gagahkan jua bangun pagi tadi.

Dan hari ni 11 november 2011, siap keluar paper lagi tarikh yang macam2 orang plan nak buat, aku ambil kesempatan guna tarikh cantik ni jugalah letak dalam blog.

Takde pape pon :)

Tapi yang sebenarnya, terlalu banyak cerita kisah2 hati duka lara senyum gembira yang terpaksa aku lalui 3-4 bulan kebelakangan ni. Cume aku tak sempat, sangat2 tak sempat nak berjiwang2 macam dulu. Huhu.

Aku sure semua pernah dengar kata2 ni, 'Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah'

Dulu aku cuma anggap kata2 tu sekadar kata2. Takde makna. Ye la, bercakap, berkata, berpuitis memang senang. Pakai pena, pakai keyboard. Tulis. Taip.

Tapi sebenarnya kata2 tu dari pengalaman orang sekeliling jugak, kan. Ada betulnya. Yang penting, sabar, doa, tawakal dan jangan terlalu berfikir sangat tentang satu2 perkara. Kalau boleh ignore je especially soal yang melilbatkan feeling2 ni. Tapi boleh ker? Boleh ke buat2 lupe?

Entah. Boleh tak boleh itu sebenarnya terpulang pada masing2. Kan?

Dah siap satu entry. Yeay..!