FoLLoweRs

Thursday, May 10, 2012

Parti cap apa?




Aku tak pernah mengundi. Aku pernah daftar tapi bila cek2, nama aku takde. Ok tipu. Itu orang lain. Yang sebenarnya, aku tak pernah daftar sekali pun.

Jatuh hukum tak aku? Sebab tak jadi rakyat bertanggungjawab. Sebab tak menunaikan kewajipan terhadap nagara. Erk.

Masa kat kampung dulu, kecoh. Dah daftar tapi nama tak keluar. Habistu nama tu daftar pergi kat mana? So, sebagai seorang yang sangat tidak suka campur urusan2 kekecohan itu, aku putuskan untuk malas daftar terus. Biarlah. Kecoh2, bising2, potpet aku tak minatlah. 

Teruk aku ni kan? Hehe. Untuk usia yang dah cecah 36tahun ni, belum pernah sekalipon aku pangkah parti cap apa. Orang cakap aku rugi.

Ha ah. Rugi sebab aku tak pernah merasa macamner nak pergi mengundi, beratur, pangkah guna dakwat cair ke kekal ke, pastu masukkan dalam kotak undi tu. Hehe.

Takpe. Pengalaman undi mengundi ni dah banyak sebenarnya. Paling busuk pon, pilih Penghulu time kursus pon ada kena undi gak. Haha.

Aku tak kesah. Aku tak peduli.

Tapi aku sangat peduli kalau nak balik kampung untuk buang undi dapat duit tambang bas. Malah mungkin lebih lagi.

Heh. Ada bukak lagi tak untuk  daftar?

Ngehh ngehh ~

Syyy... undi anda adalah rahsia, yea. :p



5 comments:

ardz marn said...

psstt.. gua pun sama gak.. daftar pun tak.. ngundi apatah lagi..

.

deaf-angel said...

masa dulu2 kat tv rtm nanti ada lagu ' marilah mari , kita mengundi, jalankan kewajipan pada negara '.
sampai skarang aku tak boleh lupa, ngan all those ' merah sangat la mak ngah ' and those moral education ads ' cerah masa depan'.

Anyway, undi ni memang leceh tapi its a right and its powerful.
Kalo kat Singapore undi wajib. Wajib kena pergi kalo ada undi kat kawasan ko, sebab tu aku suka walkover. Satu parti je masuk bertanding. Tak yah leceh2.

broken_nigina said...

tak mengundi adalah haram,sebab itu bukan tanggungjawab terhadap negara semata-mata tapi lebih penting,tanggungjawab memilih pentadbir agama.negara ni dah parah:-ekonomi,kos sara hidup,cukai itu cukai ini.itu belum lagi sentuh bab hukum-hakam.jangan kata budak-budak yang jahil,the so called 'ulamak' pun selamba badak je hina hukum.it's not too late right to do the right thing?seriously,undi kita seorang mempengaruhi seluruh kehidupan dan masa depan masyarakat.golongan-golongan atas pagar ni kalau masing-masing mainkan peranan,tak mustahil boleh ubah apa yang ada sekarang.penat seyh.orang berjuang nak dapatkan perubahan pergi perhimpunan aman yang sengaja diprovok dan dikucar-kacirkan oleh tuut sampai ada yang terkorban nyawa,takkan kita tak ada terbit sikit pun rasa bertanggungjawab?come on sis,marilah mari,pergi mengundi.undi sis,mungkin boleh mensejahterakan hidup dan masa depan gua.pernahkah anda mengira berapa puluh ribu yang dah dlabur untuk bayar beli kfc,lalu tol,beli minyak(yang kualiti rendah),cukai pendapatan etc etc.think of other people who suffer due to our negligence.think of budak-budak muda habis belajar hutang bertimbun,think of orang-orang tak berkemampuan mengemis minta derma nak buat pembedahan selamatkan nyawa anak while the so called pemimpin sibuk utamakan hal air mani orang,think of kedudukan agama bila sekarang ni murtad atheist dah jadi lumrah,think of other people yang mati-mati berjuang nak bawa perubahan,think of your family,think of uyi.please please please please vote.tak adil tau untuk mereka-mereka yang bersusah-payah cuba nak merevolusikan negara yang dok macam itu je berpuluh-puluh tahun,sedangkan kita lepas tangan.

sekian syarahan saya.

cLinaku said...

phewww.... lap dahi jap.

ardz marn said...
This comment has been removed by the author.