FoLLoweRs

Friday, December 28, 2012

Semoga menjadi ibu yang hot. ngeh ngehh...




Mula2 sekali terima kasih dan tahniah untuk PPD Putrajaya sebab bersih, cekap dan amanah. Haa.. jarang aku nak puji2 orang ni.

Alhamdulillah... permohonan uyi nak masuk sekolah kat Putrajaya dah lulus. Syukur sangat2. Terkejut gak aku, dia call semalam. Dah pukul 630 petang time tu. Aku masih kat ofis, memang plan nak balik lambat pon. Tak sangka pulak diorang call petang2 tu ek... lambat balik gak. Saper kate keje kerajaan takde keje, balik cepat memanjang...... Haa.. see.

Aku bajet mesti lambat dapat result, sebab aku apply pon lambat. Hari Rabu baru aku submit, dengan nak buat surat akuan sumpahnya, pulak tu dengar cerita tahun ni PPD terima permohonan yang luar biasa sebab ramai parents luar hantar anak diorang sekolah Putrajaya, so gelabah jugak aku takut permohonan aku tak berjaya. Hantar last2 minit.

Tapi nasib baik semuanya berjalan lancar. Lembut je. Alhamdulilah, Tuhan permudahkan urusan. Dapat pulak sekolah yang aku mintak tu. Suka sangat!

 So... nampaknya aku kena prepare mental dan fizikal untuk menjadi ibu sepenuh masa selepas ni. Cuak gak.. huhu.

Whatever it is, inilah kehidupan aku sekarang. Semoga Tuhan berkati dan permudahkan semuanya.

Ameen......



Wednesday, December 26, 2012

Tahun baru yang baru




Aku, seorang ibu. Ada doter berusia 12 tahun yang akan ke sekolah menengah tahun depan yang tinggal hanya beberapa hari saja lagi.

Tapi, baru tadi aku merasa sedikit pengalaman berurusan hal persekolahan anak. Dari dia tadika, darjah satu, UPSR.. aku tak pernah tahu urusan kemasukan sekolah dia, yuran2 dia, buku2 sekolah apa yang diperlukan. Bukan aku tak pernah tengok buku2 sekolah dia. tapi dah nama pon dijaga atuk nenek... berapa banyak sangatlah masa yang  aku ada untuk semak buku2 dia. Yang aku tahu, bank-in beberapa not seratus... ma dan abah akan setelkan.

Mudah kan hidup aku? Semua orang lain uruskan.

Haih. Teruk.

Dan, kini aku sedang belajar untuk itu. Untuk uruskan satu-satunya anak aku.

Uruskan pertukaran sekolah dia dari Kelantan ke Putrajaya.

Masuk form 1 sekarang nak kena pakai surat nikah ek? Aku bagi sijil cerai. Ingat nak memudahkan, mana tahu kena pergi buat surat sumpah pulak menyatakan memang aku yang jaga uyi dari kecil.

Ok, setel.

Sekarang tunggu jawapan PPD macamaner. Hopefully sekolah yang aku mintak tu masih boleh diisi. Ada kekosongan lagi. Kalau tak dapat, susah sikitlah. Sekolah yang aku mohon tu sangat strategik. Dekat dengan ofis aku.

Tahu tak, berdebar2 masa aku nak ke PPD tadi. Entah.

Mungkin sebab tak pernah, pulak tu aku pergi sorang2. Kalau berteman tu lainlah. Ada geng. Dah la benda ni baru bagi aku. Haih. Macam jadi instant mom la pulak aku ni. Tiba2 je anak dah besar.

Tu baru masuk bab sekolah. Belum lain2 perkara.

Just imagine lah.. hampir 12 tahun ni hidup senang lenang bujang, tiba2 ada anak. Dah besar. Err sama besar lak tu.

Macam2 boleh share, dan kena share. Huhu. Baju aku baju dia. Baju dia baju dia. Haa...

Teringat kata2 kawan lama.. u kena berani. Berani to make a step. Once u step, automatically another step akan jalan jugak. Haa gitulah. Dia ciner. Hihi.

Oklah. Pray for me. Fikir yang baik2 aje. 

In sha Allah...



Friday, December 21, 2012

Salam.




Assalamualaikum.. salam sejahtera.

Tahun baru nak cat rumah baru. Ala.. cat kaler murah simpel giler. Sebab dah bosan tengok ros merah besar2. Try kaler lain pulak tapi still agak gelap. Ingat nak warna yang cerah sikit, tapi... arh ok lah ni.

Kalau rasa tak serasi, nanti tukar lagi.

Hihi.



Thursday, December 20, 2012

Sharing is caring (ker..)




Dalam hidup ni, nak taknak suka atau tidak, kadang2 kita kena percaya kat orang.

Sebab bukan semua benda kita boleh tanggung sendiri. Tak semua kita dapat setel. Bukan semua perkara kita boleh simpan dalam hati. Sesetengah perkara kita perlu luahkan, lepaskan... walaupon kita tak suka, walaupon kita tak rela, walaupon ia bukan penyelesaian kepada masalah yang kita hadap, walaupon kita rasa malu macam tak pakai baju.. but we have to share. Iye kan? Iye ker?

Persoalannya, sejauh mana perkara yang kita share tu boleh meringankan beban kat kepala, boleh melepaskan sesak nafas kat dada, boleh mengurangkan hati yang menggigil?

Jauh!

Agak jauh. Walaupon tak jauh beribu batu, walaupon masalah kita bukan boleh selesai dengan sharing sahaja, walaupon sebenarnya kita berdepan dengan macam2 risiko lagi, tapi sharing sangat membantu.

Sekurang-kurangnya, at least... rasa lega. Tak banyak, sikit. Tapi dapat rasa. Beban yang berat tu berkurang. Terasa beberapa ketul batu yang kita pikul tu tercicir. Ringan sedikit. Tapi pikul tetap pikul. Kena teruskan sebab beban masih sama, masih ada.

Apapon, hidup kan kena terus. Teruk atau baik. Susah atau senang. Mudah atau payah.

Good luck for your life.



Wednesday, December 12, 2012

12.12.12




Chuppp..!

Seumur hidup, dapat sekali je tarikh ni.

So, mari kita abadikan dalam blog dulu. Huhu.



Friday, December 07, 2012

Normal ker.. normally




Tengok gambar lama (takde la lama sangat) kat blog yang diprivatekan.

Alalaa.......

Comelnya..... aku! Hekhekhekk.. Nak muntah dengar ea? Siler siler.

Tak marah pon. Huhu. 

Kadang2 buat orang meluat dan sakit hati sedap jugak. Padan muka dia sakit hati dengan kita.

Hihii.. 

Giler.



Tuesday, December 04, 2012

Need to recharge




Aku macam familiar sangat dengan tarikh hari ni.

4 Disember.... birthday sape ek..?

Musuh aku? Kekasih gelap? Buah hati baru? Skandal lama? Eisk.. bukan bukan. Takde sape kot.

Ataupon, sebenarnya bukan bulan Disember. 4hb tu dah betul, tapi bukan bulan duabelas. Kot..?

Oklah, aku nak letak gambar2 masa Malaysia lawan Indonesia kat Bukit Jalil baru ni, tapi bateri habis. Cas dulu, dah penuh karang, dah rilek karang, dah free karang aku letaklah. Kalo rajin...

Sekarang ni, aku rasa nak tido dulu.....



Saturday, December 01, 2012

Sebenarnya aku cuma nak ambil tarikh hari ni... :)




Wah... dah Disember. Dah penghujung tahun. Dah masuk bulan last skali. Dah nak tiba tahun yang baru. Dah nak sampai 2013 pulak. Dah nak masuk umur baru lagi.

Dan macam biasa, dah sampai seru untuk buat bermacam2 azam baru. Ok siler siler. Siler create azam baru masing2. Aku nak dengar, aku nak baca. Aku takde azam hebat2 pon yang nak persembahkan untuk 2013 ni. Biasa2 aje. Macam biasa. Sebab aku tak perlu tunggu tahun baru pon nak ada azam. Rasa nak, buat. Rasa perlu, teruskan.

Cuma satu je azam yang tak pernah aku jemu, yang tak pernah aku bosan nak buat sebab aku kena buat, tapi tak pernah pon aku rasa ianya tercapai.

Simpan duit.

Adehh.. tak pernah berjaya pon nak simpan betul2. Kalau dah simpan tu, ada pulak kejadian2 pelik yang memerlukan duit. Ataupon, duit tu memang tak pernah cukup. Duit gaji bukan ngam2, tapi memang tak cukup. Memang boleh kalau nak cukup, tapi tak payah beli bedak, jangan beli syampu, berhenti beli kain baju, makan kat rumah je jangan makan kat luar.

Eh tapi benda2 tu semua bukan beli setiap bulan pon. Kain baju, bedak bagai bukan beli setiap bulan. Bedak aku bleh tahan sampai 5-6 bulan. Mungkin lebih. Samalah macam moisturizer ke, sunblock ke.. even aku dah try tukar pakai safi yang lagi murah dan menjimatkan.

Tak tak.. Benda2 tu semua tak menyumbang ke arah kedefisitan duit aku. Duit tak cukup sebab hari tu aku beli almari, lepas tu pada masa yang sama renew roadtax dan insurans kereta. Lepas tu pulak uyi datang ngan ma dan abah. Dan bulan lepas memang banyak sangat makan kat luar.. Itu ini. Owhh.. belum kira hutang yang belum dikutip.

Ok ok. Rasa lega sket sebab aku bukan termasuk dalam kategori boros, lupa daratan berbelanja wlaupon takde duit. Cuma kadang2 je.. Huhu.

Apapon, start tahun depan memang aku try sehabissss baik uruskan duit aku. Tanak dah korek2 saving. Kesian dia...