FoLLoweRs

Saturday, December 01, 2012

Sebenarnya aku cuma nak ambil tarikh hari ni... :)




Wah... dah Disember. Dah penghujung tahun. Dah masuk bulan last skali. Dah nak tiba tahun yang baru. Dah nak sampai 2013 pulak. Dah nak masuk umur baru lagi.

Dan macam biasa, dah sampai seru untuk buat bermacam2 azam baru. Ok siler siler. Siler create azam baru masing2. Aku nak dengar, aku nak baca. Aku takde azam hebat2 pon yang nak persembahkan untuk 2013 ni. Biasa2 aje. Macam biasa. Sebab aku tak perlu tunggu tahun baru pon nak ada azam. Rasa nak, buat. Rasa perlu, teruskan.

Cuma satu je azam yang tak pernah aku jemu, yang tak pernah aku bosan nak buat sebab aku kena buat, tapi tak pernah pon aku rasa ianya tercapai.

Simpan duit.

Adehh.. tak pernah berjaya pon nak simpan betul2. Kalau dah simpan tu, ada pulak kejadian2 pelik yang memerlukan duit. Ataupon, duit tu memang tak pernah cukup. Duit gaji bukan ngam2, tapi memang tak cukup. Memang boleh kalau nak cukup, tapi tak payah beli bedak, jangan beli syampu, berhenti beli kain baju, makan kat rumah je jangan makan kat luar.

Eh tapi benda2 tu semua bukan beli setiap bulan pon. Kain baju, bedak bagai bukan beli setiap bulan. Bedak aku bleh tahan sampai 5-6 bulan. Mungkin lebih. Samalah macam moisturizer ke, sunblock ke.. even aku dah try tukar pakai safi yang lagi murah dan menjimatkan.

Tak tak.. Benda2 tu semua tak menyumbang ke arah kedefisitan duit aku. Duit tak cukup sebab hari tu aku beli almari, lepas tu pada masa yang sama renew roadtax dan insurans kereta. Lepas tu pulak uyi datang ngan ma dan abah. Dan bulan lepas memang banyak sangat makan kat luar.. Itu ini. Owhh.. belum kira hutang yang belum dikutip.

Ok ok. Rasa lega sket sebab aku bukan termasuk dalam kategori boros, lupa daratan berbelanja wlaupon takde duit. Cuma kadang2 je.. Huhu.

Apapon, start tahun depan memang aku try sehabissss baik uruskan duit aku. Tanak dah korek2 saving. Kesian dia... 



3 comments:

deaf-angel said...

duit takkan cukup punye mak uyi.

ko pelan2 je saving...tapi aku paham betul la kita susah2 saving, sekelip mata abis semua..
lumrah hidup.

Aku doakan ko sihat walafiat selalu, bila sihat boleh kerja, kerja dapat gaji. Boleh joli.

broken_nigina said...

zaman sekarang org simpan duit lagi ke?hahaha..

cLinaku said...

deaf;
dapat gaji pon tak sempat nak joli, camner??huhu

gina;
simpan.nak buat hantaran.hihi