FoLLoweRs

Thursday, February 20, 2014

Masa itu berjalan.




Diam tak diam dah masuk tahun ke-6 aku kerja kat sini. Fuhh.. lama jugak ek. April nanti genaplah enam tahun aku ulang alik Tasik Selatan-Putrajaya. Setahun lebih merasa jugaklah naik bas dari LRT Sungai Besi sampai ke ofis ni. Bas kilang kaler biru. Rm130 sebulan kalau tak silap.

Hari2 lebih kurang 6.45 pagi dah kena start menapak dari rumah sehinggalah depan LRT Sungai Besi tu. Around 7am bas pon sampai...

Balik pon macamtu jugak. Pukul 5 petang bas dah tunggu. Jangan lambat nanti kena tinggal, maklumlah... diorang semua nak balik cepat. Nak masak.

Masa balik ni tak boleh leka sangat. Tak boleh tidur sangat. Nanti kang terbabas sampai ke kl mana ntah satu hal pulak aku nak balik. Maklumlah, badan letih seharian kerja, kalau dapat lelap tu memang syurga lah. Boleh terbabas. Tapi alhamdulillah aku tak pernah. Time pagi je penah sekali terlelap.. dah terlepas satu stesen. Nasib baik satu je. Tebalkan muka je lah turun bas cepat2 patah balik. Mujur tak jauh sangat. Hehe.

Lepas tangkap Arowana satu, aku dah bye bye kat bas. Lega sebab tak terikat dengan jadual bas. Boleh balik kerja sesuka hati. Weekend boleh OT sesedap rasa. Kalau dulu selalu menyusahkan driver untuk hantar balik rumah kalau stayback, selepas itu tidak lagi. Huhu.

6 tahun kat sini aku dah rasa macam otai. Bukan otai nak berlagak ke apa, ini perasaan dalaman aku sendiri. Otai which is aku rasa memang aku dah lama kerja kat sini sedangkan sesetengah orang dah kematu tak tahan nak pindah.

6 tahun kata diorang adalah terlalu lama untuk stay dekat satu2 jabatan. Takde peningkatan, takde perubahan, tak banyak pengalaman yang berkembang. Yeke?

Nantilah aku pindah. Aku pon dah mula rasa titik2 bosan dan mual kat sini. Lama2 aku boleh sakit dengan permainan macam2 jenis peel manusia. Yelah, bukan semua orang suka kita. Bukan semua orang tahu niat kita. Bukan semua orang hargai keikhlasan kita.

Seawal 2008 aku join department ni aku rasa macam belia je walaupon dah masuk thirty series. Yelah, awal 30an lah konon. Mudalah tu. Sekarang dah bertambah 6 tahun. Rasa dah pangkat akak2 senior pulak aku ni. Muka yang kurus dah tembam cket. Badan pon berisi sikit. Berat pon dah bertambah sikit. Semuanya sikit sikit. Lama2 jadi bukit. Kadang2 rasa rindu nak jadi kurus waktu pakai saiz S. Huhu. Sekarang jeans pon ada yang dah ketat nak sarung. Uikss.. dah gemuk aku nikh? Sebenarnya taklah gemuk sangat, cume sayang nak buang lemak kat badan ni. Ngeh ngeh.

6 tahun kat sini memang membuatkan aku rasa comfort zone. Tapi selesa macamana pon aku dah rasa sedikit penat dan sesak napas.





2 comments:

deaf said...

mana2 ko kerja pun ngan manusia, mesti ada terpeleot la, tak sefahaman la, puak-puak , apa la, tak paham aku. Kerja tu is just a means to an end.

Ko gi kerja kat zoo. Baru rasa aman.

Kerja kat zoo, kerja ngan haiwan, tu la cita2 aku dari dulu, tapi..$$$ hmmm..takpelah kerja kat tempat lain dulu la haha.

Anonymous said...

bagus la, pasni leh submitt application utk posting kt KK.
:)