FoLLoweRs

Thursday, February 13, 2014

Membaca itu ilmu.




Sudah lama tak menulis. Apalagi membaca. Apalagi membaca untuk ambik periksa. Otak dah berkarat. Ingatan dah tumpul. Tumpuan dah lemah. Rasa macam dah tepu. Huhu.

Ok. Itu takde kaitan dengan aku akan ambik exam ke apa ke. Saje je.

Tapi betullah. Kurang membaca membuatkan aku tak tau dan tak kenal dunia luar. Kadang2 rasa macam bodoh pon ada. Erkk... kurang ilmu pengetahuan.

Bukan takde bahan bacaan. Banyak. Nak kate takde masa bunyi macam berlagaklah pulak sibuknya mengalahkan menteri. Tapi memang betul pon masa sangat pendek.

Kadang2 aku baca heading dia dulu. Ataupon belek gambar. Dengan harapan lepas ni aku akan hadam isi dia. Sebab nampak tajuk macam menarik, nak kena ada feel lah untuk menghayati. So, kita setelkan kerja2 rumah dululah baru sedap sikit nak mentelaah.

Selalu aku akan membaca atas katil. Sambil feeling2 rilek minum secawan kopi panas melepaskan rasa lega sebab lantai dah bersih habuk dah cuci, bersandarkan bantal kat belakang... pergh. Barulah ada nikmat dan ada penghayatan.

Tapi biasanya ampeh... sebab aku tak boleh santai2 kalau rumah tak kemas, kain dalam bakul tak berbasuh, habuk melekat kat almari tv, dapur tak berlap ataupon lantai rasa melekit. Aduhh.. dan kalaupon semua tu dah setel, tak banyak yang dapat aku habiskan dalam satu2 pembacaan tu. Separuh jalan, zzZZZZzZZzzz... ataupon tretttt... 'ko buat apa tu? jom g giant'. Bihihihh... Habess.

Abes camno nak terapkan budayo membaco dalam diri ini? Banyak sangat halangan. Cehh.. padahal alasan semata-mata.. hendak seribu daya, tapi kalau dah malas tu memang taklah kan.. Hukhuk.

Kurang membaca melemahkan daya tumpuan sebenarnya. Aku perasan kadang2 aku terpaksa ulang 2-3 kali sesuatu ayat tu sebab tak faham. Ataupon sebab tak dapat. Maksd tu tak sampai dekat aku. Atau aku lost. Dah baca perenggan dua aku boleh patah balik ke perenggan first sebab aku seolah dah lupe apa yang aku baca tadi. Iskk... teruk aku rasa.

Makin bebal pulak rasanya.

Tu belum kira baca al-Quran ye tak? Mana nak baca, mana nak faham ayat lagi. Haihh... Banyak betul kekurangan. Makin kerdil.





4 comments:

Anonymous said...

Kelebihan tabiat suka membaca
Membaca membawa banyak faedah kepada kita. Tulis sebuah karangan tentang kelebihan tabiat suka membaca.


Dewasa ini minat membaca di kalangan rakyat Malaysia semakin berkurang oleh sebab arus pemodenan Negara. Pelbagai faedah yang kita peroleh jika kita membaca. Namun begitu, terdapat sesetengah individu yang menganggap membaca itu tidak penting. Terdapat pelbagai kelebihan tabiat suka membaca yang harus kita ketahui.

Antaranya ialah dapat meningkatkan perbendaharaan kata. Hal ini disebabkan dengan membaca, kita dapat peroleh perkataan-perkataan baru yang dapat kita gunakan semasa membuat karangan. Hal ini juga membuatkan karangan kita kelihatan lebih menarik untuk di baca.

Kelebihan yang kedua ialah dapat meningkatkan memori kita. Jika kita tidak menggunakan memori, lama-lama memori kita akan menjadi lemah. Permainan seperti teka silangkata akan mengurangkan risiko kita untuk nyanyuk di hari tua. Walaupun membaca bukan sejenis permainan, dengan membaca, kita dapat membantu meregangkan otot-otot memori dengan menggunakan cara yang sama seperti kita bermain permainan yang menggunakan memori. Ini kerana membaca memerlukan ingatan lebih lanjut tentang apa yang kita baca itu. Secara tak langsung akan meningkatkan kekuatan memori kita.

Kelebihan yang ketiga ialah melatih diri menjadi seorang yang berdisiplin. Ini kerana apabila kita selalu membaca, kita telah membuatkan masa membaca sesuatu yang kita tahu dan kita mesti lakukan pada masa-masa tertentu. Tapi ada siapa-siapa yang membuat jadual membaca dalam sehari? Sangat sedikit yang melakukannya. Itulah sebabnya apabila kita menambahkan aktiviti membaca dalam jadual seharian dan sentiasa melakukannya, kita akan meningkatkan tahap disiplin dalam diri kita. Kita juga mungkin merasa tidak selesa jika tidak membaca pada satu-satu hari, itu bermakna tahap disiplin untuk membaca dalam diri kita sangat tinggi.

Kelebihan yang terakhir ialah dapat meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran. Jika kita seorang yang rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan, ini akan memberikan kita inspirasi kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan maklumat-maklumat yang lebih, membaca akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda kita dimana membaca dapat menyerap pembaharuan kedalam proses pemikiran. Seterusnya kita akan lebih kreatif untuk melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup kita.

Konklusinya, sikap membaca perlulah diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Jika tidak, kita akan jauh ketinggalan di belakang dan tidak mampu bersaing dengan negara-negara lain. Bak kata orang bijak pandai, “membaca jambatan ilmu”.

Anonymous said...

"Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca al-Quran dengan melihat(mashaf Al-Quran)."
- Pepatah Arab

Anonymous said...

Assalam,

Tabiat membaca ni boleh melambatkan nyanyuk sepertidalam buku yang bertajuk ‘Biar Betul-Betul’ tulisan Dr.HM Tuah Iskandar al-Haj,.Beliau telah memetik kata-kata dari pengerusi Intitut Terjemahan Negara,Dato’ Abd Aziz Abdul Rahman yang menyatakan,”Elak nyanyuk bacalah novel.”

Seterusnya beliau menyatakan dalam ceramah-ceramah yang beliau adakan sering beliau mengabungkan tiga perkataan lupa,latah dan nyanyuk serta mengaitkan ketiga-tiga perkataan itu dengan kemalasan tentang membaca,yang menyebabkan sel neuron dalam otak kita berada dalam situasi tidur,pengsan dan mati.Lagi beliau menyatakan,Jika semakin banyak sel tidur,pengsan dan mati ,besar kemungiknan menyebabkan penyakit lupa,latah dan nyanyuk terutamanya perempuan,untuk lelaki pula iaitu azheimer atau kelupaan yang teruk.

Menurut buku itu lagi,fakta ini di dapati dari kajian yang di keluarkan oleh Endowment of Arts di Amerika.Jadi bagaimana dengan anda semua? Nak baca buku tak, elak daripada nyanyuk?.Terpulang pada diri sendirilah ye.

deaf-angel said...

Aku tak suka baca Novel.

-Tapi aku baca sokkabar, kalau boleh tiap2 hari untuk ilmu pengetahuan.
-Aku baca news kat internet.
-Pasal bola dan muzik tiap2 hari aku cuba baca kat internet websites yang aku percaya kualiti informasi dan tulisan dorang
- Aku suka baca comic strip harian cam kat sokkabar tu gelak2 gitu.

nak baca buku, jarang la.

Tapi Quran kena baca la, seri kan rumah, malaikat masuk, pahala kalau ada ayat kita baca Allah terima, boleh sedekah kat love ones kita.
Nanti pun tak nyanyuk.

Tapi aku tak buat pun baca Koran, Tahun ni kot nak start? cehhhh... yo-yo-oh.