FoLLoweRs

Friday, October 31, 2014

Wayang kita.






Assalamualaikum.

Minggu lepas pergi tengok wayang. Dah lama jugak tak layan panggung ni. Last aku tengok citer apa ntah. Citer melayu kot. Ah.. sesekali teringin jugak nak tengok movie melayu, asik layan citer omputeh je. Apa tu, nak support lah kirenyer. Hehe.. Tapi macam biasalah.. citer melayu.. cam tu lah.

Ok. Hari tu kitorang tengok Dracula Untold lakonan mamat Luke Evans. Cerita dia ok lah, tak boring sangat. Aku bukannya kaki wayang, tau semua cerita yang bakal terjah kat panggung. Citer drakula tu pon tengok sebab takde cerita lain yang menarik.

Love ones aku cakap (cewahhh... deaf, aku pon da ada love ones jugak tawww..hikk) cerita tu actually ada unsur sejarah. Tapi biasalah kan, bila mat salleh buat cerita. Semua nak kredit kat dia je.

Tengok tajuk ingatkan cerita hantu kan, rupanya bukan. Ala, nak tau pasal sejarah apa sila gugel sendiri. Hehe. Aku pon cari pakcik gugel jugak.

Yang buat geram tu sebab ada salah satu babak dalam cerita tu terang2 menghina dan menampakkan Islam ni pengganas dan kejam. Scene masa Putera Vlad dengan Raja Turki sign perjanjian tu, ada pulak kalimah Allah tertera. Terkejut mak tengok!

Diorang penapis filem ni tapis apa ek. Boleh pulak lepas masuk tayang kat Malaysia ni. Kot tak nampak, takde lah rasa bengang sangat walaupon cerita tu macam poyo je.

Ini, aku yang rabun ni pon boleh nampak dengan jelas. A few seconds pulak tu. Teruk betul.

Rupanya cerita ni memang dah jadi isu pon kat Malaysia ni. Aku je yang tak tahu. Sedih pon ada. Marah pon ada. Sakit hati pon ada. Macam2 hal sekarang ni. Dunia dah akhir zaman barangkali.

Wallahu alam.






* err... tapi dia ni memang hensem kan? hikhikkkk... gediks.





2 comments:

deaf-angel said...

agama Islam tu sempurna, cuma ada penganut dia je yang perangai teruk, jadi orang kafir ni ambik kesempatan beberapa kerat perangai buruk tu untuk twist cakap tu la agama Islam.

Zaman dulu kan Islam kuat kat Europe. Anyway ko nak tengok cerita hollywood, yang hero hensem giler (Orlando Bloom), ada jiwang2 hero heroin sikit2, action packed perang2, sejarah Islam Kristian, ko gi tengok Kingdom Of Heaven. Ko beli dvd dia yang full director version 3 jam lebih. Hah, orang Yahudi orang kristian Hollywood marah betul film ni, tu pasal film ni gagal di pasaran.. pasal director buat filem ikut sejarah, dan sejarah memang orang Islam tak zalim, tentera Salib yang zalim, so memang la.

Lagi kau nak tengok Black Hawk Down tu, tu pun tunjuk orang Afrika hitam tak suka Amerika, tapi tetap tunjuk dorang pun manusia biasa siap Solat semua, tapi satu je masalah, Kerajaan Malaysia complaint pasal dalam film tu tak tunjuk tentera Malaysia yang selamatkan Amerika...dia tunjuk omputeh la hero bagai... Kalau betul, tentera Malaysia yang datang dulu...

Ye la, ye la ko pun ada love ones la, Uyi apa khabar? periksa dahbis? nombor berapa? ada merah ke kat report book?

Anonymous said...

steady. lama x tengok blog nh. ada lg. tp dah slow. x mcm dlu. -budak ensem