FoLLoweRs

Friday, May 23, 2008

Beras dah mahal.

Mulai hari ini, aku berjanji.. aku akan tanak nasi hanya untuk orang yang nak makan nasi sahaja.

Dengan itu, takkan ada pembaziran seperti nasik basi atau nasi lebihan semalam yang dah tak berapa sedap disebabkan aku masak-banyak-sebab-ingatkan-ko-nak-makan-nasik.

Membazir!

Beras dah mahal. Kena concern tuh. Beli mahal2 pastu kasi basi buat apa. Membazir. Sayang je.

Masak ikut sukatan orang yang nak makan. Kalau orang tu spesis makan banyak, masak banyak lah. Kalau jenis makan sikit, jangan pepandai tambah2 sebab takut tak cukup.

Masak sikit dulu takpe. Kalo tak cukup masak la lagi. Apa susah, kan?

Kalau dah terlebih, pastu takde sape nak makan kan rugi dan membazir tu?

Kalau sempat buat nasik goreng takpe. Ini memanjang basi je. Kesian kat nasi tu.

Selalu sangat berlaku kejadian nasi basi. Sayang. Membazir.

Sebab harga beras buat aku terkedu seketika di carrefour, aku akan kurangkan makan nasi bersesuaian dengan azam aku nak diet.

Moh makan ubi kayu?

Ingat senang ke nak dapatkan ubi kayu....

4 comments:

broken_nigina said...

nasib baik rumah ni dah lama tak beli bekalan beras.

deaf_angel said...

aku kalo beli beras, aku study betul2 tiap2 brand , jenis ngan harga dia...carik best value for money.
Lama jugak aku tengok belek2. Orang lain datang ambik datang ambik je.

cLinaku said...

gina,
terasa cam nak tanam sendiri je padi, pastu proses sendiri jadi beras.

deaf,
heh..bukan ko sorang je, aku pon puas belek dari satu brand ke satu brand.Yeap, beli kena berbaloi.

(psst, tu belum gina beli beras, beli ketip kuku pon puas belek.. ehh gina?;)

broken_nigina said...

kihkih..
pengguna yang bijak la katakan..
;p