FoLLoweRs

Thursday, May 08, 2008

Bulan pertama kerja baru.. bleh tahan santainyer.

2-3 minggu lepas plan nak hadiahkan ma sesuatu sempena hari ibu. Sajer je. Banyak sangat iklan hari ibu kat tv, rindu plak rasa kat bonda ku itu.

Nak beli barang kemas tak mampu ah. Rantai ma ajer dah tebal dah. Huhu, takkan nak beli yang kecik nyer ye tak? Tak best lak rasa.

So, rasanya nak hadiahkan ma kain sepasang. Lupa la pulak nama kain tu. Tapi aku tau ler kain yang camaner ma nak tu. Ma pernah mention. Kain tu nipis dan kena ada lining la kalau nak buat baju kurung. Harga sekitar seratus lebih2 gitu.

Actually, untuk ma kitorang selalu buat atau bagi sesuatu. Kalau birthday ke, sambil2 buat untuk uyi, tempah lagi sebiji kek untuk ma. Sambil kasi present sekali.

Kebetulan. Ma lahir bulan satu jugak sama cam uyi dan aku.

Abah lak...... errr... kaddang kaddang.


Tahun ni decide nak belikan abah sesuatu jugak. Tapi susah aa. Tak tau nak hadiahkan apa untuk abah. Nak hadiahkan jam, rasa cam tak berapa best lah.

Kalau boleh nak belikan sesuatu yang abah suka dan useful. Yang dia akan guna atau pakai. Apa ek...? Ntah.

Jam... ok jugak tapi mahal sangat la pulak. 2 ratus tak lari. Gaji pulak lom dapat lagi. Adusss..

Bajet bajet.

Ehh.. aku punyer bil letrik kat rumah dah sampai surat merah dah. Tunggakan tak sampai pon seratus, cuma around rm77 je kot. Hampeh punyer TNB, tak sampai seratus pon kecoh2 nak potong. Nyampah.

Aku memang tak pernah bayar on time bil letrik dan air ni kecuali untuk Astro.

Malas. Entah naper. Padahal maybank2u hujung jari je.

Suka kot main kejar2 ngan TNb nikh.

Ada sekali, aku ingat bil air dah cecah rm400++ baru bayar. Hehe. Sampai abah pon bising. Kumpul banyak2 baru kasi setel ek?

Jangan malam nanti aku bergelap sudah lah.

Eleh, macam tak biasa ek.

Lilin kan banyak?

6 comments:

deaf_angel said...

bil karen ni kan, problem nye sama je tau mana2..
kalo dorang dah potong, nak tunggu dorang sambung balik letrik, kadang2 cekik darah... lambat.

cLinaku said...

dan ini bukan kali pertama aku dpat surat cinta merah dari TNB.Dah warning baru le nak bayor..haihhh...

M1N4M1 said...

aku pun pesen liat nk byr letrik..slalunya 2 bulan skali.alah bkn byk pun kumpul2 utk 2 bulan adala dlm 30 lebey..cis!
kalau la tnb kasi free pengguna bwh rm50 kan best hahaha..

cLinaku said...

m1n4m1, cadangan yg best!

Ares Bahar said...

mujurlah org ada ketua rumah yang bagus...huhu...tak pernah miss bayor duet api air.

j or ji said...

bayar bil tengah bulan.orang dah tak beratur kat bank masa tu.