FoLLoweRs

Wednesday, August 13, 2008

Pukul 3 pagi.

Ada sesuatu yang nak diciter kat sini tapi kepala otak macam jem aje. Nak tulis je.. hang. Nak tulis je.. blank.

3 hari 3 malam kemas rumah yang berkenduri kawin pon tak siap lagi. Eh.. apa dikemas daa..?

Membasuh segala macam mak nenek perkakas tu satu hal.. pinggan2 yang ditinggalkan oleh tukang-dapur-dan-tukang-basuh-yang-diupah-agak-mahal dengan punctualnyer selepas jam 5 petang tu memang mengundang banyak hal. Bukan nak mengungkit. Tak kisah bayar lebih sikit asal kerja puas hati dan berbaloi. Ini tidak. Upah boleh tahan grant, tapi kerja? Alahaii... kalau tahu bagi ajer murah2.

Siap operasi basuhan, operasi kemasan tu la yang makan masa. Banyak benda woo nak kena kemas. Mana nak kena angkut balik letak tempat asal. Yang kecik yang besar, yang ringan yang berat. Yang kena selongkar kena simpan balik.

Haih. Pendek kater, memang tak cukup kalau kasi 3 hari nak kemas balik semua tu.

Alah... nama pon kerja kawin ek? Nama pon kenduri.. nak senang buat la catering ye tak? Tapi cam tak happening la pulak. Tak kekampungan. Tak terasa tradisionalnya.

Patutnya aku kerja hari Selasa lepas. Tapi sebab kete breakdown kat Gua Musang jam 3 pagi... di ulang... jam 3 pagi di Gua Musang. Around 500meter dari kawasan kuari. Ngam2 sebelah sebuah gua. Sebuah gua musang yer... yang asalnya citer pontianak gua musang tu kot eh?

Keadaan sekeliling gelap. Pekat.

Lebih kacau lagi takde coverage. Bila lori balak lalu je, bergegar rasa kete. Laju.
Dah la jalan tu tak besar. Kecik la maksudnya.

Diam dalam kereta. Berharap ... err berharap ada la line enpon pastu. Tapi ampeh. Liza cargas sket bile pressure. Dia call 999. Polis. Eh dapat pulak. Terus enpon dia ada line lepas tu walaupon tersekat2. At least dapat inform abang.

Suruh abang call pak sedara yang tinggal berdekatan, Felda Perasu.

Lebih setengah jam tunggu, lama2 lampu malap. Signal pon dah cam nak mati. Bateri dah weak. 'Woiii.. cepat cepat keluar kete.. dah gelap sangat nikh..'

Tak tunggu lama. Tak fikir panjang. Kitorang yang pada mulanya mati dan kuncikan diri dalam kete sebab seram dengan sekeliling yang gelap hitam pekat terkocoh2 keluar dari kereta. Cepat cepat.

Terkejut gak bila mula2 pintu dibuka seekor kucing berwarna putih tiba2 muncul dari bawah kereta belah belakang dan terus meluru ke arah hutan berhampiran. Hehe. Tak ke saspen masa tu? Hm kucing hutan kot.

Masing2 angkat enpon. Alah.. cahaya lampu enpon nak lawan ngan gelap malam kat tepi hutan.. buat taik idung je. Tapi at least ada sikit cahaya lah.

Masa tu dah tak takut pasal hantu walaupon nuhhh ... di depan ada sebiji gua ternganga. Mak aiii.. seramnya. Masa tu hanya fikir kot ada binatang buas ke, orang jahat ke.. pukul dan rogol.. eee. Dan jugak takut kereta dirempuh oleh lori balak yang laju giler sebab keadaan memang gelap.

Satu satu lori lalu. Bergegar rasa jalan. Huhh.. ini kalau kereta kena sondol ni memang selamat. Selamat jalan.

Nak dipendekkan citer, ada satu kereta iswara lalu. Dengan bunyi enjinnya yang menderum, muzik lagu dikir barat ke hapa ntah dipasang kuat.. gamble je kitorang tahan. Mulanya cuak jugak. Ye la lagak gaya macam orang yang tak boleh dipercayai.. tapi memikirkan nak tunggu kat situ sampai bile? Ahh tahan je la kereta tu.

Dipendekkan citer sekali lagi, orang tu bukan orang jahat. Dia pon memula cuak gak. Dia diam kejap dalam keta, kitorng slow2 melangkah pi kat dia. Hehe. Saspen saspen.

Tak lama lepas tu baru pak sedara aku sampai. Diikuti dengan polis. Polis siap buat mini roadblok kejap bila nak u-turn balik kereta tu. Ye la, buatnya tak lepas lagi tetiba lori balak laju giler tak ke naya.

Tolak kereta sampai ke kawasan kuari. Kebetulan pak sedara aku kenal orang kat situ, tumpang letak sat sementara nak tunggu esok siang. Then, balik rumah pak ngah rehat, tido.

Yang peliknya, esok tu kereta tu bleh plak idup. Baik je. Walhal semalam mati, berasap lagi. Heh. Apa2 lah. Tapi yang pasti kata pak ngah aku, nasib baik kereta kitorang tak mati kat area depan sikit lagi. Situ lagi keras tempatnya. Ada orang pernah kena baling pasir la, ranting kayu lah. Eh takde kerja ke hantu2 ni. Suka pulak dia main baling2 ni ehh ;p

Dah dah. Pasni takmo dah gerak tengah2 malam dari rumah. Kalau boleh paling lewat pon gerak kol 10 malam. Kang jadi lagi kes camni naya.



Hermm... sampai opis.. kecoh. Ingatkan aku cuti kawin!

1 comment:

deaf_angel said...

ipar aku kawin...minggu yang ada 8888 tu jugak ler
woooo memang challenging dia punye pembersihan dia ye haha