FoLLoweRs

Thursday, March 26, 2009

Kerana aku suka dia?

Masih ingat kekasih gelap ku..? Aku tak pernah lupe.

Cume aku takde masa. Dan kalau ada, aku tak berminat sangat nak mesej dia. Kan aku dah kata, sejak berjumpa budak comel aku teringin nak berubah jadi baik.

Jahat ke aku? Berubah disebabkan si dia adik yang comel itu. Tak... aku berubah nak betulkan keadaan. Aku berubah sebelum jadi teruk. Sebelum hubungan makin jauh. Sebelum aku dan dia susah nak dipisahkan.

Nampak macam alasan yang sengaja direka. Haih.

Teruk ke aku? Waktu memerlukan teman dialah tempatnya. Berkongsi cerita. Tapi sekarang aku dah tak peduli.

Perempuan jahat ke aku ni? Entah. Aku permainkan perasaan dia ker? Tidak. Aku sentiasa beringat, mengingatkan dia dan aku bahawa hubungan kami takkan ke mana. Tak pernah terlintas di hati aku nak berkongsi apatah lagi merampas. Jadi, selama ni aku memang permainkan perasaan dia la? Arhh... tak tau..

Aku sentiasa tahu bahawa dia takkan jadi milik aku. Aku sentiasa nak elakkan diri dari dia tapi aku tak mampu dan tak tahu caranya.

Dan kedatangan budak comel seolah memberi aku jalan. Memberi aku alasan.

Heh. Jahat la tu camtuh kan!?

Tapi aku tak bermaksud nak putus terus. Aku akan kawan macam biasa tapi ada batas dan had.

Hah. Semuanyer gara2 budak comel, eh budak berperawakan menarik si Eddie cakap...

Kerana dia budak comel.

Msg dalam inbox semua aku delete. Takde yang tinggal kecuali dari budak comel itu.

Hehe. Aku gelarkan dia budak comel sebab dia sangat comel.

'Comel sangat ke dia?' Tanya adik aku menjuihkan bibir. 'Aku tengok tak hensem pon.'

'Aku tak pandang rupe lah. Memang dia tak hensem, tapi dia sangat comel..hehe...'

Hak aku. Aku nak simpan msg dia ke, aku nak kata dia comel ke. Ada orang lain kesah? Hehe.

Aku cuma suka. Tak lebih dari tu. Aku seronok dapat kenal dia sebab dia matured. Dan aku teringin nak anggap dia lebih dari seorang kawan... tapi tak lebih dari itu. Boleh?


Tuesday, March 24, 2009

Pelangi itu pelangi aku










Kerana aku jatuh cinta....?

Aku terasa macam jatuh cinta!

Seminggu di Sibu, 2 minggu di Pangkor cukup membuatkan aku betul2 letih. Kerja kat ofis macam tak cantek sangat dah. Claim pegawai ada yang lum dapat lagi. Duit2 yang harus dijaga ada yang tak tele. Ah.. macam2 lah.

Tapi aku terasa macam aku jatuh cinta!

Aku tak peduli apa yang berlaku. Yang aku ingat... pelangi yang maha cantik yang yang aku saksikan sewaktu menyusuri jalan lama dari Teluk Intan ke KL.

Aku jatuh cinta dengan pelangi itu?

Ha ah. Dan yang paling penting orang yang menemani aku di saat itu. Ahakss...

Betul ke aku jatuh cinta?

Entah! Tapi hati aku rasa berbunga. Hehe. Dan aku rasa gembira. Itu perasaan yang baik kan?

Jatuh cinta?

Tuhan menguji aku. Selalu dulu aku tak faham.. kenapa pintu hati aku seolah2 macam tak terbuka. Camaner aku umpil pon, ia tetap tertutup rapat. Tapi... kenapa Tuhan suka uji aku begini? Apa yang aku tak mengharapkan atau aku tak suka, itulah yang akan menimpa. Kenapa ea.... Atau paling tepat, apa yang pernah aku ludah dulu terpaksa aku jilat balik. Adehhh kasar dan kurang sopan sungguh kata2 itu tapi... that's the truth! Aduhh.

Takkan lah aku jatuh cinta?

Yeahh.. entah! Tapi aku suka dia dalam diam. Tanpa sedar..tup tup aku rapat, bleh get long, habiskan masa sama2. Hehe.

Menyusuri pantai yang pasirnya putih bersih menyelaputi kaki, menikmati angin laut yang lembut.. Dan di saat itu baru aku tersedar yang dia mempunyai sepasang mata yang sangat cantik. Peh! Cair beb. Eh tapi bukan itu yang buat aku suka. Aku suka dia sebab... entah! Aku pon tak tau. Yang aku tau tiba2 aku rasa selesa dan senang bile bersama dia. Aku takde sebab kenapa aku suka dia. Giler nyer perasaan ini.

Pelangi... cantik kan? Dah lama aku tak tengok sesuatu yang cantik. Dan petang yang cool tu telah menyedarkan aku betapa aku selalu leka dan tak menyedari keindahan yang tercipta.

Bentuk pelangi yang cantik... dari hujung kaki langit sana membawa ke hujung kaki langit sini.. dengan pelangi yang double layer, hujan rintik2... aku teruja! Sangat2. Tak taulah sebab ada yang menemani ke..huhu. Tapi serius beb. Sangat cantik. Kami turun dari kereta dan snap beberapa gambar. Last.. aku dongak lagi ke langit... Ya Tuhan cantiknya. Aku rasa happy sangat2.. terharu, kerdil... Dah lama aku tak tengok scene yang cantik camtu.

Masuk dalam kereta.. aku dongak lagi ke langit melalui cermin. Eh.. mane pelangi tu? Hilang! Aduhh.. Sekejapnya!

Bertambah2 la perasaan teruja tuh. Betapa beruntungnya aku! Betul2 Tuhan nak kasi aku kecantikan tu sebelum Dia lenyapkan. Fuhhh... Beruntungnya aku dapat menikmati keindahan pelangi itu walaupon seketika.

Dan petang itu sangat romantik. Aww.. malu sendiri. Hikhik..

Err.. aku jatuh cinta ker?

Tak tau. Tapi aku dapat rasa pintu hati yang tertutup rapat dulu ada cahaya yang menembusi. Cahaya apa tu? Dan dada aku terasa lapang.

Mungkinkah aku jatuh cinta?

Agaknya! Sebab aku dah tak peduli panggilan, msg yang datang dari orang lain. Aku mula menyedari dan menghargai erti hidup. Dan yang paling penting.... aku teringin nak jadi manusia yang sempurna dan baik. Aku mula merasakan penyesalan dan kerugian di atas kealpaan aku sendiri selama bernafas di muka bumi ni.
Dan aku selalu terfikir pasal pelangi itu.

Jatuh cinta ke camtu?

Haih. Entah. Takkan lah semudah tu kot, kan? Dan aku membuat andaian bahawa perasaan ini hanya perasaan dan mainan. Hehe. Ia hadir dan singgah sekejap. Biasalah, bila dah selalu bersama, perasaan yang sebegitu akan datang, ye tak? Tapi perasaan itu sangat indah. Sungguh! Aku sangat suka.

Tapi aku rasa happy... happy sangat2. Aku terasa sesuatu yang lain. Dan... aku rasa tenang je bile bersama dia. Bile tengok wajah dia. Ehekhekhekk... Tenang seperti air di kali. Perhh!

Bukan. Itu bukan cinta. Agaknya sebab hati aku sebenarnya sepi. Aku dah lama tak rasa happy dan enjoy macamtu. Aku dah lama tak gembirakan diri sendiri. Itu pasal aku rasa aku macam jatuh cinta. So.. nothing to be worried lah kan.

Tapi... kenapa aku rasa macam aku jatuh cinta? Arhhh.. bosannya. Dan aku rasa memang aku ditakdirkan berjumpa dengan dia. Gosh!

Malunya.. Malu dengan diri sendiri.

Betulkah itu cinta?

Ya Tuhan, kalau itu cinta.. aku rasa sangat sedih.

Kenapa yea... Entah. Kerana aku dapat merasakan yang aku takkan dapat memilki cinta itu. Atau.. kalau aku dapat sekalipon.... aku tak boleh menerimanya...

Tuhan...sedihnya hati ini. Berilah aku kekuatan dan jalanMu. Ameen.....