FoLLoweRs

Tuesday, March 24, 2009

Kerana aku jatuh cinta....?

Aku terasa macam jatuh cinta!

Seminggu di Sibu, 2 minggu di Pangkor cukup membuatkan aku betul2 letih. Kerja kat ofis macam tak cantek sangat dah. Claim pegawai ada yang lum dapat lagi. Duit2 yang harus dijaga ada yang tak tele. Ah.. macam2 lah.

Tapi aku terasa macam aku jatuh cinta!

Aku tak peduli apa yang berlaku. Yang aku ingat... pelangi yang maha cantik yang yang aku saksikan sewaktu menyusuri jalan lama dari Teluk Intan ke KL.

Aku jatuh cinta dengan pelangi itu?

Ha ah. Dan yang paling penting orang yang menemani aku di saat itu. Ahakss...

Betul ke aku jatuh cinta?

Entah! Tapi hati aku rasa berbunga. Hehe. Dan aku rasa gembira. Itu perasaan yang baik kan?

Jatuh cinta?

Tuhan menguji aku. Selalu dulu aku tak faham.. kenapa pintu hati aku seolah2 macam tak terbuka. Camaner aku umpil pon, ia tetap tertutup rapat. Tapi... kenapa Tuhan suka uji aku begini? Apa yang aku tak mengharapkan atau aku tak suka, itulah yang akan menimpa. Kenapa ea.... Atau paling tepat, apa yang pernah aku ludah dulu terpaksa aku jilat balik. Adehhh kasar dan kurang sopan sungguh kata2 itu tapi... that's the truth! Aduhh.

Takkan lah aku jatuh cinta?

Yeahh.. entah! Tapi aku suka dia dalam diam. Tanpa sedar..tup tup aku rapat, bleh get long, habiskan masa sama2. Hehe.

Menyusuri pantai yang pasirnya putih bersih menyelaputi kaki, menikmati angin laut yang lembut.. Dan di saat itu baru aku tersedar yang dia mempunyai sepasang mata yang sangat cantik. Peh! Cair beb. Eh tapi bukan itu yang buat aku suka. Aku suka dia sebab... entah! Aku pon tak tau. Yang aku tau tiba2 aku rasa selesa dan senang bile bersama dia. Aku takde sebab kenapa aku suka dia. Giler nyer perasaan ini.

Pelangi... cantik kan? Dah lama aku tak tengok sesuatu yang cantik. Dan petang yang cool tu telah menyedarkan aku betapa aku selalu leka dan tak menyedari keindahan yang tercipta.

Bentuk pelangi yang cantik... dari hujung kaki langit sana membawa ke hujung kaki langit sini.. dengan pelangi yang double layer, hujan rintik2... aku teruja! Sangat2. Tak taulah sebab ada yang menemani ke..huhu. Tapi serius beb. Sangat cantik. Kami turun dari kereta dan snap beberapa gambar. Last.. aku dongak lagi ke langit... Ya Tuhan cantiknya. Aku rasa happy sangat2.. terharu, kerdil... Dah lama aku tak tengok scene yang cantik camtu.

Masuk dalam kereta.. aku dongak lagi ke langit melalui cermin. Eh.. mane pelangi tu? Hilang! Aduhh.. Sekejapnya!

Bertambah2 la perasaan teruja tuh. Betapa beruntungnya aku! Betul2 Tuhan nak kasi aku kecantikan tu sebelum Dia lenyapkan. Fuhhh... Beruntungnya aku dapat menikmati keindahan pelangi itu walaupon seketika.

Dan petang itu sangat romantik. Aww.. malu sendiri. Hikhik..

Err.. aku jatuh cinta ker?

Tak tau. Tapi aku dapat rasa pintu hati yang tertutup rapat dulu ada cahaya yang menembusi. Cahaya apa tu? Dan dada aku terasa lapang.

Mungkinkah aku jatuh cinta?

Agaknya! Sebab aku dah tak peduli panggilan, msg yang datang dari orang lain. Aku mula menyedari dan menghargai erti hidup. Dan yang paling penting.... aku teringin nak jadi manusia yang sempurna dan baik. Aku mula merasakan penyesalan dan kerugian di atas kealpaan aku sendiri selama bernafas di muka bumi ni.
Dan aku selalu terfikir pasal pelangi itu.

Jatuh cinta ke camtu?

Haih. Entah. Takkan lah semudah tu kot, kan? Dan aku membuat andaian bahawa perasaan ini hanya perasaan dan mainan. Hehe. Ia hadir dan singgah sekejap. Biasalah, bila dah selalu bersama, perasaan yang sebegitu akan datang, ye tak? Tapi perasaan itu sangat indah. Sungguh! Aku sangat suka.

Tapi aku rasa happy... happy sangat2. Aku terasa sesuatu yang lain. Dan... aku rasa tenang je bile bersama dia. Bile tengok wajah dia. Ehekhekhekk... Tenang seperti air di kali. Perhh!

Bukan. Itu bukan cinta. Agaknya sebab hati aku sebenarnya sepi. Aku dah lama tak rasa happy dan enjoy macamtu. Aku dah lama tak gembirakan diri sendiri. Itu pasal aku rasa aku macam jatuh cinta. So.. nothing to be worried lah kan.

Tapi... kenapa aku rasa macam aku jatuh cinta? Arhhh.. bosannya. Dan aku rasa memang aku ditakdirkan berjumpa dengan dia. Gosh!

Malunya.. Malu dengan diri sendiri.

Betulkah itu cinta?

Ya Tuhan, kalau itu cinta.. aku rasa sangat sedih.

Kenapa yea... Entah. Kerana aku dapat merasakan yang aku takkan dapat memilki cinta itu. Atau.. kalau aku dapat sekalipon.... aku tak boleh menerimanya...

Tuhan...sedihnya hati ini. Berilah aku kekuatan dan jalanMu. Ameen.....

6 comments:

deaf_angel said...

tadi aku gi kedai aku nampak buku tu " jangan bersedih ". Ni yang bestseller Arab dialih melayu yang jugak bestseller.
aku tak beli, nengok2 je..memang bagus.

kot sesuai kot ngan ko diwaktu ni

cLinaku said...

deaf;
nak kena carik nikh.. kadang aku rasa lost

eddie dewanaga said...

hahaha... senyum sampai telinga nampak!!

it's about time, beb...
semoga berbahagia!

cLinaku said...

eddie,
ku bahagia...lama weh tak merasa bahagia dari sudut hati seorang perempuan..huhu.

Anonymous said...

ermm..

' kerana aku jatuh cinta....? '

actually, jatuh cinta tu sebenarnya satu kemestian dalam hidup, tanpa cinta takde la keghairahan dalam melayari hidup ini.

kalat, takde la ayat ayat ni,

dari mata datangnya cinta..
...dari mata turunkan ke hati.

ataupun ayat ayat tak logik yg menunjukkan kesungguhan pasangan yang bercinta seperti sanggup meredah lautan api la, lautan bara la padahal, kalau hujan sket dah merungut.

'demi cintaku padamu..
kemana pon kau kan kku bawa
ke hujung dunia ke bintang...kejora..'

best kan bila jatuh cinta ni?

' tua padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan'

so, this song specially dedicated kat owner blog ni.

Song No. 1

I always needed time on my own
I never thought I'd need you there when I cry
And the days feel like years when I'm alone
And the bed where you lie is made up on your side

When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now

[Chorus]


When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
The words I need to hear to always get me through the day and make it ok
I miss you

I've never felt this way before
Everything that I do reminds me of you
And the clothes you left, they lie on the floor
And they smell just like you, I love the things that you do

When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now

[Chorus]

We were made for each other
Out here forever
I know we were, yeah
All I ever wanted was for you to know
Everything I'd do, I'd give my heart and soul
I can hardly breathe I need to feel you here with me, yeah



Song No. 2


Di suatu senja di musim yang lalu
Ketika itu hujan rintik
Terpukau aku menatap wajahmu
Di remang cahaya sinar pelangi
Lalu engkau tersenyum
Ku menyesali diri
Tak tahu apakah erti senyummu

Dengan mengusap titik airmata
Engkau bisikkan deritamu
Tersentuh hati dalam keharuan
Setelah tahu apa yang terjadi
Sekian lamanya engkau
Hidup seorang diri
Ku ingin membalut luka hatimu

( korus )
Widuri (widuri)
Elok bagai rembulan... oh sayang
Widuri (widuri)
Indah bagai lukisan... oh sayang
Widuri (widuri)
Bukalah pintu hati untuk ku
Widuri (widuri)
Ku akan menyayangi

Sekian lamanya engkau
Hidup seorang diri
Ku ingin membalut luka hatimu

( korus )
Widuri (widuri)
Elok bagai rembulan... oh sayang
Widuri (widuri)
Indah bagai lukisan... oh sayang
Widuri (widuri)
Bukalah pintu hati untuk ku
Widuri (widuri)
Ku akan menyayangi

Widuri (widuri)
Elok bagai rembulan... oh sayang
Widuri (widuri)...

*********

senyum-senyum selalu...


Tapi, itulah cinta nama dia...

Apabila kita ingin menggenggamnya, ia tiada!
Apabila kita ingin merasa, ia kosong!
Ia bagai mengejek kita,
Ia bagai mempersendakan kita,
Kita pun mula rindu-rinduan,
Kita pun mula mimpi-mimpian,
Cinta itu pelik......kan?

- galeriblues.blogspot.com


:)

D-Dreamer

Anonymous said...

actually 'Dont be Sad" or Jangan Bersedih is such a good book. Cubalah,mungkin u akan jumpa ketenangan yg u cari di situ.

Cinta itu indah, malah lebih indah jika u tahu apa maksud cinta yang sebenarnya. Carilah dengan tulus ikhlas...InsyaAllah u akan jumpa.